Thursday 29 May 2008

Masjid, tandas awam mesti diberi perhatian - Dr Lo' Lo'
Azamin Amin Thu | May 29, 08 | 1:18:43 pm MYT

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Hrkh) - Ahli Parlimen PAS Titiwangsa Dr Lo' Lo' Ghazali menggesa supaya kerajaan di bawah Kementerian Pelancongan memberi perhatian serius terhadap institusi masjid dalam negara dan tandas awam yang sering kali diabaikan termasuk oleh rakyat yang tidak prihatin.

Kataya masjid merupakan sebuah monumen atau bangunan yang sepatutnya menjadi tarikan pelancongan dilihat tidak 'mesra' pelancong dan pelawat menyebabakan ia kurang mendapat sambutan.

Ini terjadi katanya akibat kurangnya layanan mesra pihak kakitangan masjid terhadap pelancong untuk melawat dan mengehathui lebih mendalam tentang sejarah masjid di Malaysia ini

"Masjid boleh dilawati hatta di dalam kawasan musollat (tempat sembahayang) oleh orang bukan Islam dengan syarat memakai pakaian yang disediakan ataupun pakaian yang tidak menjolok mata.

"Masalahnya, terdapat segelintir kakitangan masjid yang tidak mesra dan kurang menyambut baik dan memberi penerangan sekali gus menjejaskan imej agama Islam itu sendiri.

Selain menyediakan katalog untuk masjid berkaiatan asal usul atau sejarah, risalah juga boleh disediakan bagi menerangkan tentang isu-isu yang membabitkan agama Islam yang sering kali disalah tafsir oleh orang bukan Islam termasuk para pelancong luar negara.

"Saya pernah ke Sri Langka dan masjidnya menyediakan risalah kepada semua pihak sama ada untuk pelancong Kristian dan Buddha untuk tujuan tarikan pelancong dan penerangan yang sebenar.

Selain itu dalam sidang Dewan tadi beliau turut membangkitkan isu tandas awam yang masih lagi tidak mencapai standard atau ISO antarabangsa dan perlu diberi perhatian termasuk memberi kesedaran sivik kepada rakyat yang dilihat kurang mengambil berat soal kebersihan tandas awam.

Sering kali dalam ceramah beliau menyatakan bahawa sebagai tanda aras kebersihan sesebuah institusi ataupun keluarga hendaklah memastikan kebersihan tandas diutamakan terlebih dahulu.

"Kalau nak tahu tahap kebersihan sesebuah keluarga itu, tengok tandas mereka. Jika bersih itulah 'standard' kebersihan mereka," katanya yang meminta Kementerian Pelanciongan memeberi tumpuan kepada kelemahan aspek tandas awam dan masjid.

What’s wrong with our Ministers?

29 May 2008

BY YB TONYPUA

The House ruptured into disorder again this morning, all within the live TV coverage as well, this morning in Parliament.

Yesterday, we had the Deputy Minister of Health, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad creating a smaller storm by saying that doctors have the “license to kill“, in describing the fact that doctors may cause fatalities via human failures. While the deputy minister in all probability didn’t mean it in the literal sense, his lack of tact and respect for the medical profession caused a furore amongst many doctors sitting on the opposition bench including KEPONG, KUALA KRAI, TITIWANGSA as well as PERMATANG PAUH.

Despite the controversy and despite initial instructions from the Speaker to retract his statement, the deputy minister refused causing the proceeding to be further delayed by demands from parliamentarians who were rightly offended by the Deputy Minister. It was also not helped by the Speaker who was swung between decisions on whether to enforce the retraction or just secure a promise that the phrase will not be used again.

At the end, the Deputy Minister stood to retract his remarks, but stated that he will not apologise for the remarks made.

Today, we have the Deputy Minister of Higher Education, Datuk Idris Harun, creating another unnecessary ruckus by using a obscene Tamil swear word when responding to a valid question raised by Nasir Zakaria [PAS/PADANG TERAP]. Most of us were oblivious to the term used, but M Kulasegaran [IPOH BARAT] and N Gobalakrishnan [PADANG SERAI] caught the use of the term loud and clear and demanded, rightly so, that the Deputy Minister retract and apologise for his use of the word.

The Deputy Minister gave the most thuggish of replies, despite leading the Higher Education Ministry, shouting and challenging PADANG SERAI to “repeat the word” that he allegedly used. The Speaker clearly lost control of the House then he’ll always qualify his response with the excuse that he does not know the meaning of the word expressed and hence the House should move forward while he obtain the understanding of the word utilised before making a ruling subsequently.

The situation was really quite a disgrace. Unfortunately, BAGAN SERAI(should be PADANG SERAI) took matters into his own hands and chose to walk towards the Speaker to whisper the explanation of the word to him. It was unfortunate because it then created a total diversion from the unparliamentary act by the Deputy Minister, allowing the BN backbenchers to create another ruckus demanding that BAGAN SERAI (should be PADANG SERAI)be punished for breaking all decorum and showed disrespect towards the Speaker.

The party whip for PKR, Azmin Ali [GOMBAK] took the most honourable and admirable stand that BAGAN SERAI will apologise for his action to the House, which the latter did accordingly. Much less could be said for the integrity of the BN whip and parliamentarians who chose not to chastise their own colleague for bringing disrepute to the House.

As the Question time proceedings restarted, the disgraceful Deputy Higher Education Minister got away scot free, without even a need to retract his use of the word.

Are these the only people Barisan Nasional or the Prime Minister could find, who are competent enough to shoulder our Government ministries? And I’m not even referring to the quality of answers, which deserves another post altogether.

Lo' Lo' beri perhatian terhadap nasib peniaga Kampung Baru

Intan Abdullah Wed | May 28, 08 | 4:00:38 pm MYT

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Hrkh) - Perihal nasib peniaga di pasar Kampung Baru yang tidak berkesudahan sebelum ini mendapat perhatian Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali (PAS-Titiwangsa).

Menurutnya, para peniaga pasar minggu Kampung Baru itu telah mula menjalankan perniagaan di Jalan Pekin yang kini dikenali sebagai Jalan Raja Alang sejak tahun 1960-an telah dipindahkan ke tapak pasar malam Kampung Baru yang pada ketika itu ditadbir oleh Malaysian Agriculture Settlement (MAS).

"Malangnya, pada tahun 1990-an yang lalu, pasar tersebut mengalami kebakaran secara besar-besaran dan ia tidak dibangunkan semula menyebabkan peniaga tidak boleh berniaga di pasar tersebut," ujarnya selepas ditemui Harakahdaily di Lobi Parlimen sempena sidang dewan rakyat hari ini.

Jelasnya, hal demikian mengakibatkan mereka terpaksa menjalankan aktiviti perniagaan di bahu-bahu jalan kerana tiada sesiapa yang mahu masuk ke dalam pasar tersebut.

Pada masa sama ujarnya, terdapat sebahagian daripada pemilik asal tapak perniagaan di pasar tersebut juga telah menyewakan premis perniagaan mereka kepada pendatang asing.

"Saya dimaklumkan bahwa tapak pasar di sana adalah di bawah kelolaan PKNS walaupun sebelum ini peniaga tidak membayar cukai atau yuran kepada PKNS," katanya.

Walau bagaimanapun ujarnya lagi, peniaga ini tidak memiliki 'legal procedure' (sepatutnya legal document) kerana kelemahan pentadbiran pihak PKNS terdahulu dalam menguruskan masalah ini.

"Peniaga-peniaga ini juga tidak mengambil berat mengenai hak-hak mereka dalam isu pemilikan tapak perniagaan di pasar Kampung Baru," ujarnya lagi.

Lo' Lo' yang juga Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Pusat telah dimaklumkan bahawa PKNS telah menjual pemilikan pasar tersebut kepada DBKL.

"Jadi, DBKL telah menganggap tapak pasar itu sebagai hak milik mereka," katanya lagi.

Apatah lagi katanya apabila pemilik asal premis perniagaan tersebut tidak berusaha untuk diberi pengesahan terhadap pemilikan tanah tersebut selama ini.

"Setelah menjalani pemeriksaan di Pejabat Tanah, saya mendapati tapak pasar tersebut masih berada di bawah hak milik PKNS meskipun ia telah dijual kepada DBKL.

"Sampai sekarang saya tidak dapat berjumpa dengan ketua Pengarah DBKL tetapi hanya dapat bertemu dengan Menteri Besar Selangor yang berminat untuk membantu menyelesaikan masalah ini," ujarnya lagi. - mns

Wednesday 28 May 2008

Hari ini (28 Mei 08) saya belajar banyak perkara baru sebagai Ahli Parlimen buat kali pertama. Mujurlah YB Zailah duduk sebaris dengan saya dan YB Dr Mariah. Seorang bekas senator untuk selama 2 penggal, YB Zailah lebih berpengalaman dalam aturan perbahasan dan permesyuaratan di Parlimen, oleh itu kami banyak bertanya dengan beliau. Selepas berakhirnya sesi soalan parlimen dan sesi usul menjunjung kasih terhadap titah ucapan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung, diikuti jawapan oleh Menteri-menteri. Selepas itu adalah perbincangan tentang perbekalan tambahan diperingkat dasar dan akhirnya perbincangan perbekalan tambahan peringkat jawatan kuasa. Diperingkat ini cokmar mesti diturunkan, apa signifikannya saya pun kurang pasti dan saya tidak mendapat jawapan yang memuaskan. Kami terlalu sibuk untuk memahami kertas2 tentang aturan mesyuarat dan maklumat bajet tambahan yang dikemukakan sehingga tiada masa untuk bertanya lebih lanjut tentang cokmar. Melalui dokumen2 yang ada kami perlu kemukakan soalan2 yang berkaitan kepada menteri2 yang berkenaan. Bekalan tambahan yang diminta lulus adalah sebanyak RM 16 billion , bukan sedikit, termasuklah untuk Le tour de langkawi, siaran langsung sambutan Hari Peladang di Trengganu yang dikendalikan oleh syarikat swasta dan baaanyak lagi, Semua perbelanjaan tersebut telah pun dibelanjakan dan Ahli2 Parlimen dipaksakan untuk meluluskan. Cemas betul Ahli Parlimen BN dan MEnteri2 termasuk PM & TPM yang kelam kabut masuk untuk mengundi untuk pastikan perbelanjaan diluluskan. Sekurang-kurangnya satu peringatan kepada BN supaya jangan pandang ringan kemampuan PR. Hari ini walau bagaimana pun saya berjaya tanya soalan tentang lebih RM 5 juta yang disumbangkan kepada Pertubuhan2 Antara Bangsa oleh Kementerian Luar dalam perbelanjaan luar jangka. Soalan saya pertubuhan mana yang mendapat sumbangan tersebut. Adakah termasuk pertubuhan2 yang berasaskan politik seperti Kelab UMNO. Menteri pun senaraikanlah nama2 pertubuhan antara bangsa tersebut. Solan kedua pula adalah soalan yang saya minta penjelasan dari Timbalan Menteri Pertaniana iaitu tentang perbelanjaan tambahan sebanyak RM 100K. Soalan saya adakah arm 100K termasuk baju batik yang dipakai urusetia sehingga kepada menteri2 yang ditempah khas, dimana kini saya kata sudah jadi trend iaitu dalam pelbagai aturcara dari urusetia hingga VIP dan para Menteri pakai baju yang sama. Ini saya kira satu pembaziran. Bayangkan seorang menteri menghadiri berpuluh2 majlis rasmi, dan bayangkan berapa banyak baju menteri2 ini yang sebahagian besarnya tidak akan dipakai lagi sebab baju2 itu ditempah khas untuk majlis tersebut. Jawab Timb Menteri Pertanian Yb taksukake tengok para petani,peladang ni pakai cantik2 dan berbaris. Saya bukannya bercakap tentang peserta saya bercakap tentang menteri yang membazir dan dibimbangi duit rakyat yang dibazirkan

Tuesday 27 May 2008

Berikut adalah teks asal ucapan saya untuk membahaskan Usul menjunjung kasih titah DYMM SPB Yang di Pertuan Agung. Saya merakamkan kembali teks ucapan tersebut kerana isu merokok di Parlimen telah menjadi isu 'nasional' yang diulas oleh beberapa akhbar hingga pada hari Ahad lalu iaitu oleh wartawan NST. Sehubungan dengan itu ada beberapa kemajuan telah berlaku di Lobi Parlimen dan Ruang Rehat Ahli Parlimen dimana tanda dilarang merokok telah naik. Namun realitinya tanda tersebut seolah-olah salah satu perhiasan dinding yang tidak diberi perhatian oleh ahli2 YB. Mereka terus merokok walaupun bekas abu rokok telah dikeluarkan. Cuma sekarang ini mereka agak segan silu jika berhadapan dengan YB Titiwangsa. Pagi ini semasa minum pagi saya terserempak dengan seorang Timbalan Menteri muda yang memegang jawatan penting merokok dengan begitu bahagianya. Patutlah antara 50-60 remaja menjadi perokok baru setiap hari di Malaysia. Menyedari kehadiran saya Timbalan Menteri itu telah memadamkan rokoknya. Saya akan terus berjuang dengan isu ini sehingga bangunan parlimen betul2 menjadi kawasan bebas rokok kecuali di tempat yang di khaskan. MasyaAllah, dah jauh ni. Saya patah balik. Tan Sri/Dato YDP, Hari2 awal saya menjejak kaki ke bangunan Parlimen yang mulia ini, saya dikejutkan dengan senario Ahli2 Parlimen bebas merokok didalam bangunan parlimen iaitu di kawasan kafeteria AP, kafeteria umum dan lobi sedangkan kawasan untuk merokok telah disediakan sebagaiman Ahli2 YB sedia maklum. Peraturan Kawalan Tembakau dan Hasil Tembakau 2004 adalah dibawah Akta Makanan Bahagian IV Peraturan (II)(I) yang antaranya menyebut premis2 kerajaan adalah kawasan larangan merokok. Jadi jelas disini Kawasan Parlimen adalah kawasan larangan merokok . Jadi menjadi tanggung jawab AP untuk mematuhi peraturan kerana undang2 dan peraturan2 bermula dari Parlimen sendiri. Adalah sangat janggal apabila penggubal undang2 dan peraturan2 melanggar undang2 tersebut dalam bangunan tempat unadang2 itu digubal. Mana mungkin AP2 mengharapkan peraturan itu dipatuhi oleh rakyat apabila mereka sendiri tidak menghormati dan tidak mematuhinya. Tujuan utama peraturan larangan merokok adalah untuk melindungi golongan yang tidak merokok kerana golongan inilah yang menjadi mangsa kerana terpaksa jadi perokok pasif. Perokok pasif tanpa kerelaan terpaksa menyedut asap rokok yang mengandungi 4000 bahan2 toksik dimana 37 darinya adalah penyebab kanser. (berhenti dulu menaip sebab nak solat dan sesi parlimen hari ni nak berakhir. Lepas ni meeting d JRL pula)
Is there a smoker in the House?

By : Aniza Damis NST Print Article

WHEN it comes to smoking in government buildings, is there one law for Members of Parliament, and another for the ordinary people they represent? Are lawmakers too good for the laws they make, asks ANIZA DAMIS. The wanton smoking that goes on all over in Parliament appears to suggest so.

IT IS 11.30am. After one-and-a-half hours of work, a few workers slip out of the office and sneak a quick cigarette or five. Slowly, and in informal shifts so that the office isn’t left too empty, the workers are joined by other colleagues, who all gather round for coffee shop-talk, a plate of mee goreng or a bowl of bubur kacang, teh tarik and an illicit puff. No Smoking signs abound everywhere. They are ignored. Whether in the cafetaria or in the lounge, smokers sit or stand in front of the signs, carefreely waving their white-stick-adorned fingers. So what? you might say — smokers can be delinquent that way.

Except, these ‘workers’ are Parliamentarians, and the ‘office’ is the Dewan Rakyat, and the cafetaria and lounge are in the Parliament building. At any time of the day or night, MPs, their assistants, and government ministry officials can be seen smoking, either at the Parliament cafetaria, at the MPs lounge, or the two ante-chambers on either end of the MPs lounge. All these areas are no-smoking zones. There is a designated smoking area; a glass-walled open-air garden, not three metres from the MPs lounge, and less than 20 metres from the cafetaria. But only a handful of smokers are conscientious enough to take their smoke there. Is nothing sacred anymore? Well, MPs are human, too, some might argue. But MPs are not mere humans, in spite of the “you monkey!”-level arguments we might occasional hear. In as far as obeying the law is concerned, MPs are not equal to the ordinary citizen: MPs also have a moral obligation to obey the law, because it is MPs, as lawmakers, who make the laws. How is it fair for MPs, who represent the people, to place restrictions and hardship on their constituents, while at the same time considering themselves to be above the very laws they themselves made? Under Regulation 11(1) of the Control of Tobacco Product Regulations 2004, smoking is prohibited in the following areas: • any entertainment center or theatre, except any pub, discotheque, night club or casino, at any time when such place is open to the public; • any hospital or clinic; • any public lift or toilet; • any air-conditioned eating place or shop; • any public vehicle or public transport terminal; • any building specified by the Minister by notification in the Gazette under Regulation 22; • any airport; • any government premise; • any area which is used for any assembly activity in a building other than private or residential building; • any area in an educational institution or a higher educational institution; • any area in a nursery; • any school bus; • any floor with a service counter in the building specified in the Second Schedule; • any shopping complex; • any area in a petrol station; • any area in a stadium, sports complex, fitness center or gymnasium; • any building or public place which is used for religious purposes; • any area in a library; • any area in an internet cafe. Whether the MPs like it or not, Parliament is a government premise, and hence, a no-smoking zone. Two weeks ago in the Dewan Rakyat, Titiwangsa MP Dr Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali, a first-timer in the Federal Parliament, expressed her shock at the discovery of MPs freely smoking in Parliament, which is supposed to be smoke-free. She said MPs were supposed to be good role models, especially considering that some 50 to 60 teenagers become smokers daily, and that Malaysians spent an average of RM3mil daily buying cigarettes alone. Between 2000 and the end of 2002, three tobacco companies sold 58 billion cigarettes of various brands. Granted that smoking is a choice, and hopefully people who smoke do so fully informed of the health hazards. But whatever that choice may be, it cannot be denied that, officially at least, the Malaysian government’s policy is that it disapproves of smoking. And, where the law says a person cannot smoke, you just cannot smoke. No-smoking signs around the world are pictorial and universally recognised. Even if there were no words below the sign of a crossed out cigarette, even an illiterate person can understand the message. In Parliament, it is certainly expected that the MPs and their cohorts would understand the no-smoking sign. The only person not expected to see the sign and understand it is Dewan Negara senator Professor Datuk Dr Ismail Md Salleh. But only because the senator is literally blind. When the government’s Tak Nak! anti-smoking campaign was launched in February 2004, a budget of RM100 million was set for a five-year period. That period ends this year. Tak Nak! campaign posters were prominently displayed, and can still be seen on some amber-coloured school buses with the slogan: Kami juga boleh berfikir. Jika bijak, katakan Tidak. (We are capable of thinking. If you’re smart, say No.) So, after all that money has been spent, just how effective has the campaign been? There’s no need to spend a lot of money on surveys around the country to gauge the effectiveness of the campaign. Just one day in Parliament ought to do it. This Saturday, May 31, is World No Tobacco Day. And, no, it is not a celebration of smokers worldwide. Let’s just hope our Parliamentarians can understand that much.

Thursday 22 May 2008

Majlis Hi-Tea sempena Hari Ibu "Ibu Ratu Hatiku"
Menyampaikan cenderahati kepada peserta Antara tetamu-tetamu yang hadir. Pada 18 Mei 2008 yang lalu, saya telah berkesempatan untuk merasmikan satu majlis hi-tea bersempena dengan Hari Ibu. Dengan bertemakan "Ibu Ratu Hatiku", majlis ini telah berjaya memikat ramai hadirin dan hadirat untuk hadir. Majlis ini telah bermula pada jam 2 petang. Alhamdulillah, bagi saya majlis ini telah berjaya dan sambutan yang diberikan untuk menjayakan program ini adalah sangat memuaskan.

Thursday 15 May 2008

Biaya Malaysian Philharmonic Orchestra RM3.5 juta sebulan! Ekoran dari berbagai krisis melibatkan ekonomi samada berpunca dari masalah domestik mahupan yang global, kerajaan menyeru agar kita berjimat-cermat. Ada yang menyarankan agar majlis-majlis kerajaan turut disederhanakan agar menjimatkan wang rakyat. Namun sejauh mana kesungguhan usaha ini, masih menjadi tanda-tanya. Dalam pada itu di Parlimen semalan wakil Bagan yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, mendedahkan bahawa Petronas terpaksa membelanjakan sejumlah RM3.5 juta sebulan untuk membiayai Malaysin Philharmonic Orchestra iaitu orkestra yang diwujudkan oleh kerajaan sejak 10 tahun dahulu atas biaya Petronas. Okestra ini dianggotai oleh hanya 5% rakyat Malaysia manakala selebihnya adalah yang diimpot. Konduktor orkestra ini sahaja dibayar RM130,000 sebulan dan pembantunya RM50,000 sebulan (lebih mahal dari elaun Menteri-menteri Besar dan Menteri Kabinet Malaysia)! Beginikah caranya Petronas menyalurkan keuntungannya kepada rakyat,sedangkan persembahan orkestra ini hanya dinikmati oleh kurang dari 1% rakyat Malaysia yang rata-rata dari golongan elit dan berada? Jika benar dalam susasan ekonomi dunia yang tidak menentu ini kita diminta berjimat-cermat maka penjimatan yang paling uatama disaat ini bagi saya adalah untuk mengahpuskan sahaja orkestra yang tidak memberi manfaat kepada lebih 24 juta rakyat Malaysia ini. Peruntukkan RM130,000 sebulan untuk membayar gaji konduktor MPO ini lebih baik digunakan untuk perkara lain yang lebih berfaedah. Bayangkan MTUC perjuangkan gaji minima buat kaum pekerja di Malaysia sebanyak RM1200.00 sebulan iaitu gaji RM900 dan COLA RM300, dengan RM130,000 sebulan ini dapat membayar gaji minima kepada 108 orang pekerja Malaysia dan membantu mereka mengatasi kesan kenaikkan kos hidup hari ini! dari Roslan sms
Program Kesihatan Menjadi juri pertandingan lukisan kanak-kanak...

JAKARTA 2008

Dengan prinsip “ Mengambil Kesempatan Dari Kesempitan” dan juga kerana janji yang telah dibuat dengan anak yang berada di perantauan pada 15,16&17/4 yg lalu saya, suami tercinta dan anak bongsu telah terbang keJakarta Indonesia untuk bertemu dengan anak yang ketiga yang belajar di Fakulti Perubatan Universiti Hassanuddin, Makassar, Sulawesi Selatan. Kami bertemu di Jakarta dan menginap bersama di Hotel Sufyan, Chikini, Jakarta.

Antara tempat menarik yang telah kami lawati ialah Taman Safari, Punchak Bandung. Setelah menikmati pengembaraan di Safari ini menggunakan kereta dan pemandu yg dsewa kami sepakat mengatakan Idea Safari ini sangat menarik dan sepatutnya diadakan di Malaysia.

Gambar yang tertera adalah Gambar ’real’ kami dengan harimau ’albino’ yg berumur 1 tahun. Walau pun ’baby’ tetapi sudah cukup besar dan menggerunkan. Namun begitu kami berjaya memeberanikan diri untuk bergambar.

Babah, Mama, Farhan dan Sakinah bersama baby Harimau Albino

Tuesday 13 May 2008

Zailah gesa kerajaan pergiat usaha latih pembantu rumah tempatan
Salmiyah Harun Tue | May 13, 08 | 1:34:46 pm MYT

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Hrkh) - Timbalan Yang DiPertua Dewan Rakyat Dato' Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar member laluan mudah kepada ahli parlimen wanita pembangkang untuk mengajukan soalan tambahan kepada Menteri Sumber Manusia Dato' Dr S Subramaniam berhubung isu pembantu warga asing.

"Untuk soalan tambahan ini eloklah saya beri kepada kaum wanita," kata Speaker yang turut menujukan kepada dua wakil wanita yang bangkit iaitu Dr Lo'Lo' Ghazali (PAS-Titiwangsa) dan Siti Zailah Yusof (PAS-Rantau Panjang).

Ketika diberi ruang menanyakan soalan tambahan Siti Zailah sempat mencelah bahawa beliau hampir 40 kali bangun untuk menanyakan soalan tambahan tetapi tidak diberi peluang.

"Terima kasih Tuan Speaker, hampir 40 kali saya bangun inilah kali pertama saya dapat menanyakan soalan," celahnya.

Celahan Zailah itu, dijawab oleh Speaker dan memberitahu perkara itu adalah menjadi kebiasaan dan hendaklah bersabar.

Dalam soalan tambahan, Zailah meminta kerajaan mempergiatkan usaha untuk menggalakkan rakyat negara ini mengambil pembantu rumah di kalangan warga tempatan.

Beliau juga berkata, kerajaan tidak seharusnya memikirkan soal kewangan semata-mata tetapi perlu juga menitiberatkan soal akhlak dan moral anak-anak bangsa pada masa hadapan.

"Jadi apakah penyelesaian jangka panjang pihak kerajaan supaya menggalakkan pembantu rumah warga tempatan diberi peluang dan jangan kita hanya fikirkan soal kewangan tetapi ini penting untuk masa depan anak-anak kita," katanya dalam sesi soal jawab pagi ini.

Zailah turut melahirkan kebimbangan terutama soal pengaliran wang negara ke negara asing jika kerajaan terus menggalakkan pengambilan pembantu warga asing ke negara ini.

Dalam soalan asal, Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) meminta Menteri Sumber Manusia menyatakan adakah kerajaan menyediakan program-program khusus untuk melatih warga tempatan menjadi pembantu rumah bagi mengurangkan kadar pergantungan kepada pembantu rumah asing di negara ini. - mns

PAS assures consideration of all races for each Pakatan state

KOTA BARU: PAS has given an assurance that it will consider the different racial make-up of each state under the Pakatan Rakyat alliance before implementing long-term recreational and religious policies.

This means that whatever policies adopted in Kelantan, particularly those covering entertainment, gambling and places of worship, may not be suitable for other states under the alliance, PAS Supporters' Club chairman Hu Phang Chiau said.

He said that party leaders in Kedah, Perak, Selangor and Kelantan had recently conveyed this to him during closed-door discussions.

PAS has a huge presence in those four states. It monopolises the administrations of Kedah and Kelantan besides helming Perak, where it holds the mentri besar's post in a collaborative government with DAP.

PAS also has a significant presence in Selangor where it works with Parti Keadilan Rakyat.

“PAS recognises the different racial make-up of each state under Pakatan, except for Penang where DAP dominates,” Hu, a former newspaper journalist, said in an interview.

He said he informed PAS leaders that in Kelantan, about 97% of the population are Muslims, so it would be easier and logical to implement Islamist-based policies.

In Kedah, only 65% are Muslims, while in Selangor and Perak, the margin of difference is narrower as only 55% are Muslims, Hu said.

Kelantan, which has been under PAS stewardship since 1990, practises a rigid policy on entertainment under which live performances and gambling are banned and alcohol sale controlled.

Hu said the PAS Supporters' Club, consisting of non-Muslims who are supportive of the Islamist party, plans to allay fears of non-Muslims in states under the Pakatan alliance.

Hu, who is reportedly being considered for a senatorship under the PAS-led Kelantan government, said more people are starting to accept the Islamist party as an alternative to Barisan Nasional.

Since the March general election, membership of the club has shot up 100% with an estimated 5,000 non-Muslims now members, Hu claimed.

RM500,000 for each parliamentary constituency

ALL parliamentary constituencies will each receive RM500,000 from the Prime Minister’s special allocation.

Deputy Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Hassan Malek said the money would be channelled through the State Development Office in each state.

“All members of Parliament can propose to the Office suitable projects for implementation using the allocation,” he said in a written reply to Loke Siew Fook (DAP-Rasah) at the Dewan Rakyat.

Loke wanted to know the amount allocated for development in Parliamentary constituencies this year and how it would be channelled.

Hassan said the State Development Office would consider the projects proposed based on the existing guidelines and financial regulations.

Wakil rakyat ditegur merokok di Parlimen

KUALA LUMPUR 12 Mei - Sikap segelintir wakil rakyat yang suka merokok secara terbuka dalam bangunan Parlimen terutama di kafetaria ditegur kerana memberi contoh yang tidak baik kepada masyarakat.

Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali (Pas-Titiwangsa) berkata, beliau melihat ahli-ahli Parlimen sama ada daripada Barisan Nasional (BN) atau pakatan pembangkang bebas merokok di kafetaria yang sering menjadi tumpuan orang ramai.

Menurut beliau, di bawah Peraturan 11 (1) (H) Peraturan-Peraturan Kawalan Tembakau 2004 jelas menyatakan bahawa tiada seorang pun yang boleh merokok dalam mana-mana premis kerajaan.

''Saya berharap ahli-ahli Parlimen dari kedua-dua pihak supaya tidak merokok secara terbuka di kafetaria sebaliknya berbuat demikian di kawasan yang dibenarkan oleh Parlimen.

''Sebagai wakil rakyat kita harus menjadi contoh kepada orang lain terutamanya generasi muda di samping dapat menyelamatkan mereka yang tidak merokok," katanya ketika membahaskan usul titah ucapan diraja pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Lo' Lo', terdapat kira-kira 4,000 bahan kimia dalam sebatang rokok dan jelas ia boleh menyebabkan seseorang perokok itu mendapat penyakit bahaya.

"Pakar-pakar perubatan dari United Kingdom (UK) turut mendapati rokok mengandungi dadah yang boleh membahayakan kesihatan seseorang perokok itu," ujarnya.

Tambahnya, ketika ini terdapat hampir 4.6 juta perokok di negara ini yang membelanjakan kira-kira RM3 juta sehari untuk membeli rokok.

''Ini bermakna kira-kira RM90 juta dibelanjakan untuk tempoh satu bulan bertujuan membeli rokok sahaja, sedangkan banyak lagi perkara boleh dilakukan seperti menyalurkan wang berkenaan bagi membantu rakyat miskin terutama di negeri Sabah dan Sarawak," katanya.

Lo’ Lo’ blows her top over MPs smoking in Parliament

A WOMAN MP slammed both backbenchers and Opposition members for smoking in the Parliament building.

Dr Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali (PAS – Titiwangsa) took everyone by surprise when she stood up to debate the motion of thanks on the royal address to say that she had a huge “culture shock” when the new Parliament session began.

“All the MPs are smoking freely within the premises despite a smoking area being specially prepared for them and this has caused non-smokers to be exposed to smoke containing all kinds of toxins and carcinogenic agents.

“I am talking about both the backbenchers and the Opposition. Under the current government regulations, all government premises are to be smoke-free,” she pointed out, adding that as MPs, they were supposed to be role models.

“This is particularly so when some 50 to 60 teenagers become smokers daily. Malaysians spend an average of RM3mil daily buying cigarettes alone,” said Dr Lo’ Lo’.

Health Ministry officials had previously attempted to enforce the guidelines forbidding smoking within the premises and had even told off some reporters before.

Dr Lo’ Lo’ said the Government should treat nicotine as the country's enemy, and not just drugs.

Saturday 10 May 2008

Temubual TV PAS Bersama YB Dr. Lo’ Lo’ Dato’ Mohd Ghazali Sambungan
Parlimen 30 April 2008 : Soalan Tambahan Dr. Lo’lo’ Berkenaan Pulapol 4 Saranan Kepada Datuk Bandar DBKL Pertemuan pertama dengan Menteri Wilayah Himpunan Hari Pekerja bersama MP Pakatan Rakyat

Wednesday 7 May 2008

Khabar dari Parlmen; Dari memo 30 April : Dakwaan kekecohan pada hari pertama persidangan telah dimanipulasi media2 yang dikongkong BN. Bagaimana saya sendidri menjadi mangsa. Sepanjang pagi Hari pertama persidangan saya tidak bangun pun kerana ingin mempejari dan memerhati dulu. Hanya pada sebelah petang barulah saya ada 'kekuatan' untuk bangun menanya soalan. Namun dalam berita RTM malam itu gambar saya dan gambar YB Presiden PAS disiarkan selepas gambar YB Karpal sambil dinyatakan ahli2 parlimen pembangkang membuat kekecohan dan gangguan serta mencari publisiti murahan. Sedangkan saya tidak terlibat langsung dengan 'kekecohan' pagi tu. Saya hanya bangun sebelah petang dan berikutan adalah sedutan ucapan saya: YB Bintulu: Dlm PULAPOL semua instructor kah mengajar undang2kah, itu bukan qualified Kdg2 org itu sudah d 'eye-spt' setakat tempat itu. Ataupun org kena disiplin , dia dibuang pergi sana. Kalau kita tidak jadi satu pusat yang mustahak ini, perlu kira ambil perhatian. Itu pegawai personel dia, kalau dia belum training, belum habis lagi, dia training dia sudah mahu gila. Dia keluar selepas shj training dia keluar sdh jadi gila. Mcm2 dia mahu jlnkn tugas? YB Dr Lo'lo': YDP, minta laluan YB Bintulu. Tk YDP & YB Bintulu. Saya hendak minta penjelasan sdkt satu perkara sbb PULAPOL ini duduk berhampiran kwsn saya. Pusat Latihan Polis. Saya rasa satu perkara yg sgt membimbangkan kalau YB Bintulu menyatakan bhw tenaga2 pengajar yg dihantar ke PULAPOL ini terdiri dari polis2 yg telah dikenakan tindakan disiplin ataupun yg hendak disejukbekukan disana. Jadi bermakna mrk ini akn melahirkan polis2 yang bentuk bagaimana? Adakah polis2 ini mampu keluar dari PULAPOL untuk menjaga keselamatan negara. Jadi minta penjelasan sedikit. YB Bintulu: Tk YB TW. Itulah yg saya persoalkan mengenai perkara ini. Kita mesti membaiki masalah ini. ( Skrg tengah hangat persidangan prlmn kerana YB2 BN Sabah dan Sarawak sdg 'mengamuk' malah kata sanggp pindah dari rmh 'bungalow' iaitu BN ke rumah teres PR demi kepentingan rakyat. Jadi kena berhenti dulu. )

Tuesday 6 May 2008

Bersama Rakyat
Pada petang Sabtu yang lalu iaitu bersamaan dengan 3 Mei 2008, saya telah turun utk bertemu rakyat di kawasan perumahan PPR Cochrane Perkasa. Majlis ini dibuat di padang permainan di kawasan perumahan tersebut. Alhamdulillah, sambutan yang ditunjukkan oleh penduduk di kawasan tersebut amatlah memberangsangkan. Hadirin pada majlis ini terdiri dari pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan India tanpa rasa takut dan bimbang seperti mana yang berlaku pada sewaktu ketika dahulu. Pada kesempatan ini jugalah saya telah memberikan sedikit penjelasan tentang perjalanan mesyuarat di Dewan Rakyat dan apa yang berlaku di sana pada hari pertama perbahasan titah ucapan YDPA. Pada akhir majlis ini, saya juga berpeluang untuk mendengar keluhan dan permintaan dari penduduk di kawasan perumahan tersebut untuk dijadikan perhatian di pihak saya. InsyaAllah saya akan cuba sedaya upaya saya untuk memperjuangkan keadilan untuk rakyat di kawasan saya khasnya dan untuk rakyat Malaysia amnya. Doa dan sokongan daripada anda semua amatlah diharapkan untuk menuju ke arah negara berkebajikan.
Berikut tulisan yg kedua dari blog Pemuda WP. Untuk pengetahuan pengunjung2 sehingga kini setelah 3kali perjumpaan dengan Dato Bandar dan seluruh pegawai tinggi DBKL, jumpa pula dgn Menteri WP disusuli dgn Retreat selama 2 hari di Hotel Istana belum lagi ada respon dari DBKL atas isu2 yangdibangkitkan pada semua perjumpaan2 tersebut. Respon positif pun tiada respon negatif pun tiada. TW sendiri mengemukakan hampir 12 muka isu2 da permasalahan di TW. Sehingga kini Pengurus Cawangan TW pun tidak menghubungi saya selaku Ahli Parlimen. Sekretariat 10 AP WP sdg cuba mendapatkan tarikh utk "Working Meeting" sejak minggu lepas tetapi belum ada jawapan.

Dr. Lo’lo’ ‘tawan’ isu-isu di kawasan Menteri Wilayah

Posted on April 17, 2008 oleh HermanSamsudeen | Edit

Menteri Wilayah Persekutuan yang juga ahli parlimen wilayah persekutuan, Zulhasnan Rafique hari ini menerima satu kejutan bila mana isu-isu rakyat didalam kawasan parlimen beliau telah ‘ditawan’ oleh ahli parlimen Titiwangsa, YB. Dr. Lo’lo’ Binti Dato’ Hj. Mohamad Ghazali. Isu-isu berkenaan turut diutarakan sempena Retreat Perundingan Meja Bulat Wilayah Persekutuan Ke-2 anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan di Hotel Istana yang baru bermula hari ini.

Walaubagaimana pun Dr. Lo’lo’ tidak sempat menghadirkan diri kerana masih berada di Indonesia. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju, YB. Wee Choo Keong.

Antara isu yang dibangkitkan adalah projek-projek Kerajaan Barisan Nasional yang terbengkalai seperti projek naik taraf Dewan Serbaguna Datuk Keramat, projek Taman Tasik Datuk Keramat, projek Kompleks Pasar Datuk Keramat, projek Jejantas Pejalan Kaki (Berhadapan Stesen LRT Putra Damai) dan projek Menaiktaraf Pasar Chow Kit.

Ada antara projek ini terbengkalai sejak 10 tahun yang lalu dan anggaran kos pembinaan keseluruhan projek ini adalah melebihi 100 juta ringgit.

Selain itu, Dr. Lo’lo’ turut menyentuh tentang nasib setinggan di Kampung Indian Settlement dan Kampung Kerayong yang masih tidak terbela. Beliau meminta agar DBKL membuat satu pertemuan dengan penduduk untuk berbincang tentang rancangan pemindahan mereka memandangkan kawasan kediaman mereka kini akan dibangunkan Kerajaan.

Isu Sindiket Pelacuran, gejala Pondan dan juga Penagihan Dadah di Jalan Hj. Taib turut dibangkitkan kerana hingga kini pihak kerajaan tidak serius membersihkan kawasan ini dari aktiviti maksiat. Menteri Wilayah harus berasa malu bila mana Kuala Lumpur yang pesat membangun dan sedang berusaha menjadi bandaraya kelas pertama masih lagi dibelenggu dengan aktiviti bermoral rendah seperti itu.

Isu-isu dari PPR Desa Rejang yang berada dalam kawasan Zulhasnan turut menarik perhatian dan membuka mata semua pihak yang selama ini menganggap kawasan berkenaan tidak bermasalah kerana Ahli Parlimennya adalah menteri Wilayah Persekutuan.

Zulhasnan tertunduk bila lapan tuntutan masyarakat PPR Desa Rejang dibacakan oleh Wee. Antaranya adalah kenaikan kos penyelenggaraan bangunan dari RM 35 kepada RM 66 selepas sahaja pilihanraya berlalu. Para penduduk melihat tindakan ini sebagai tidak ‘gentlement’ dan ianya adalah usaha membalas dendam kepada pengundi yang menyokong Pakatan rakyat. Bagi mereka, ianya tidak sepatutnya berlaku jika benar DBKL ingin membela rakyat.

Penduduk juga mengadu bahawa DBKL tidak mengotakan janji untuk membayar kos perpindahan dari Flat Pekeliling ke Desa Rejang sebanyak RM1,000, pemasangan pintu besi (Grill) sebanyak RM500 dan pemasangan tikar getah RM500.

Isu ketiadaan perkhidmatan bas awam, peti pos, tempat ibadat kaum cina dan india turut dibangkitkan.

Wee mencabar Zulhasnan agar mengambil tindakan segera terhadap permintaan penduduk di Kawasan Parlimennya jika ingin kekal sebagai ahli Parlimen di masa akan datang dan kata-kata beliau ini disambut dengan tepukan gemuruh oleh para hadirin yang mendengar.

Begitulah ahli Parlimen Pakatan Rakyat bekerja, walaupun isu berkenaan bukan dari kawasan parlimen mereka, tetapi ianya tetap diperjuangkan secara bersama untuk kepentingan rakyat.

Diharapkan agar pihak Kementerian dapat memberikan khidmat yang adil kepada semua rakyat walaupun mereka tidak lagi menyokong Barisan Nasional. Kekalahan Barisan Nasional pada pilihanraya yang lalu harus di ambil iktibar dan Kementerian yang beroperasi mengunakan duit cukai rakyat haruslah berkhidmat untuk rakyat bukannya untuk kepentingan Barisan Nasional.

Lawati Blog Saya di : http://dppwp.wordpress.com

Berikut adalah tulisan dari blog Pemuda WP

'Rubbish MP’:Adnan Mansor Cabut Lari Bila Ditegur YB Segambut

oleh HermanSamsudeen

Komentar Ahli Parlimen Segambut, YB. Lim Lip Eng dalam Retreat Perundingan Meja Bulat Wilayah Persekutuan Ke-2 anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan di Hotel Istana yang baru bermula hari ini benar-benar membuatkan Ahli Parlimen Barisan Nasional panas punggung.

Ahli Parlimen muda ini berjaya menarik perhatian para audien yang hadir dengan membangkitkan sikap ‘double standard’ pihak Kementerian Wilayah yang tidak menghormati ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat yang dijemput ke majlis berkenaan sebagai ahli panel.

Beliau memaklumkan bahawa beliau dijemput hadir sebagai VIP tetapi tidak dibenarkan untuk meletakkan kereta beliau ditempat VIP kerana tempat itu dikhaskan untuk ahli parlimen BN dan kenderaan DBKL sahaja. Oleh itu beliau terpaksa meletakkan kenderaan di tempat letak kereta awam di bahagian bawah Hotel.

Tidak cukup dengan itu, beliau juga ditolak oleh pengawal peribadi Datuk Bandar ketika cuba mendekatinya untuk berbual.

Ahli Parlimen Putrajaya, Adnan Mansor yang sampai lewat ke majlis ini menjadi panas punggung bila mendengar komen Lim yang dianggapnya sebagai perkara remeh dan ‘rubbish’. Beliau tanpa segan silu menolak untuk naik ke pentas dan terus sahaja meninggalkan majlis walaupun baru setengah jam berada disitu.

Sikap tidak ‘gentelment’ Adnan ini dikutuk oleh para hadirin hingga ada yang memanggilnya sebagai ‘rubbish MP’ ketika beliau melangkah keluar dari dewan.

Walau apa juga sebabnya beliau tidak sepatutnya keluar dan perlu berlapang dada menerima komentar dari MP lain. Urusetia program turun kecewa kerana beliau sebagai ahli parlimen BN gagal menunjukkan komitmen dan sikap yang positif didalam majlis berkenaan.

Para perwakilan persatuan, NGOs dan wartawan yang hadir menganggap bahawa beliau hari ini gagal menjalankan tugas beliau sebagai ahli parlimen Putrajaya, dimana semua MP telah memberikan kerjasama yang baik dalam mengupas permasalahan di parlimen masing-masing untuk dikongsikan.

Beliau menyertai ahli parlimen Setiawangsa, yang turut gagal membawa isu-isu rakyat dikawasan parlimen mereka yang sepatutnya dikemukakan dalam sesi pembentangan isu.

Ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan begitu kecewa dengan sikap ahli parlimen BN ini kerana mereka gagal menunjukan kesungguhan dan kerjasama walhal mereka juga yang merayu agar semua MP dapat hadir untuk berkerjasama dalam membela rakyat melalui majlis ini.

Jika inilah mentaliti dan cara mereka menguruskan kawasan mereka dan wilayah persekutuan ini secara keseluruhannya, maka tunggulah saatnya, kebajikkan rakyat akan terus terabai selepas ini.

Lawati Blog Saya di : http://dppwp.wordpress.com

Sunday 4 May 2008

Pemimpin Bersama Rakyat Majlis pemimpin bersama rakyat...
Pakatan Rakyat tetap meneruskan tradisi untuk memberi kefahaman kepada seluruh rakyat dengan mengadakan majlis ceramah. Majlis ceramah tersebut telah diadakan pada malam 2 Mei yang lepas di Padang Taman Sri Puchong.

Friday 2 May 2008

Bersama MB Perak Bergambar bersama Menteri Besar Perak sewaktu mengadakan mesyuarat di Ipoh baru-baru ini.
Perasmian Mesyuarat Agung Muslimat
Menurut Ketua Muslimat PAS Pendang, yang juga merupakan isteri kepada YB Ahli Parlimen Pendang; kehadiran muslimat dalm mesyuarat Agung kali ini sangat luar biasa. Hampir 1000 muslimat mendaftar sebagai perwakilan dan pemerhati. Jumlah yang besar untuk sebuah Dewan Muslimat kawasan. Muslimat memenuhi semua kerusi yang ada dan sebahagian besar terpaksa duduk bersila hingga ke belakang dewan.

Program YB Titiwangsa pada pertengahan bulan April

11 April

Tazkirah motivasi kepada pekerja2 wanita DBKL dan pejabat2 sekitar di Surau Bangunan Wawasan Jalan Sultan Ismail. Pengisisna: Diskusi Buku Nota kepada diri tulisan TGNA

3 petang bertolak ke Kedah setelah singgah sebentar di Ipoh untuk solat Asar dan menjengah ibu yang tua dan uzur. Kesian Mak, tiadak berdaya dan tidak mampu urus diri kerana uzur.

Sampai di Alor Setar Kedah untuk bermalam di rumah ibu mertua yang juga sudah tidak segagah dulu.

12 April

Jjam 9.30 pagi bertolak ke Pejabat PAS kawasan Pendang di Gajah Mati untuk merasmikan mesyuarat yang dijadualkan pada jam 10.00 pagi. Pengisian ucapan perasmian adalah seitar ulasan isu semasa terutama Tsunami politik terutama mengongsikan cerita kempen PRU 12 dan kemenangan Pakatan Rakyat di KL . Ungkapan2 Lakukan yang berbeza untuk dapat hasil yang berbeza, kempen 'giler2' untuk membolosi halangan yang di letak SPRdan kempen extravaganza BN dalam media yang dikuasai mereka. Juga di sentuh agenda Mengurus kemenangan yang dikira lebih mencabar kini setelah Kedah diterajui Pakatan Rakyat.

Selepas membeli beberapa helai tudung dan baju cucu kami bergegas pulang ke Alor Setar untuk bertolak ke Ipoh bagi menghadiri program2 di Ipoh.

13 April

Sebelah pagi saya meladeni ibu tua, ibu yang sudah semakin lupa. Sedih dan kasihan melihat ibu yang sebelum ini sangat aktif dengan kerja2 masyarakat, rajin memasak, menjadi pasangan yang membahagiakan ayahanda, rajin membaca kitab2 jawi, menulis dan berzikir ; kini hampir lupa untuk solat dengan sempurna. Begitulah hari tua seorang yang berjasa kepada kami adik beradik diuji Allah dengan ditarik rezeki 'ingat', rezeki makan-minum dan rezeki beribadah. Ya Allah Ya Tuhan ku ampunilah dosa dua ibu-bapaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku.

2 ptg mesyuarat bulanan AJK PAS Pusat dipengerusikan oleh YB Presiden di Kediaman Rasmi MB. Oleh kerana ramai yang telah jadi YB kami saling ucap tahniah, yang belum menang YB juga sebab terus berkhidmat. Mesyuarat juga dihadiri 2 YAB MB iaitu dari Kedah dan Perak serta beberapa orang exco kerajaan2 negeri. Kami dikongsikan pengalaman2 berbeza YAB MB Kedah dan YAB MB Perak.

Mlm sekali lagi di tempat yang sama diadakan Mesyuarat Ahli2 Parlimen PAS di Pengerusikan oleh YB Salehuddin sebagai pengerusi Lajnah Parlimen PAS. Ahli2 Parlimen baru diberi taklimat tentang perjalanan parlimen dan apa yang perlu dijangkakan dan persiapan2 untuk persidangan parlimen. Tidak kurang juga "the do's & the dont's". Saya membangkitkan tentang kedudukan Ahli Parlimen TW yang tiada ADUN untuk membantu. APTW terpaksa berkhidmat serta mengurus 50,000 pengundi dan hampir 200,000 penduduk Titiwangsa. Ini memerlukan stamina serta perlu dibiayai dengan kos yang tinggi sedangkan imbuhan untuk AP semuanya sama. Lebih buruk lagi AP pembangkang di Malaysia di anak-tiri dan tidak pernah merasa untuk mengendalikan sendiri peruntukan AP yang dikatakan mencecah 1 juta setahun. Namun nampaknya 'tiada siapa' dikalangan sahabat yang dapat menghayati dan memahami kerisauan saya, malah ada yang mengeluarkan 'remarks' yang agak sinis.

14 April

Seminar Wakil2 Rakyat PAS yang dihadiri Ahli2 Parlimen, ADUN dan AJK PAS Pusat di Dewan Besar INTIM, Ipoh Perak. Semasa soal jawab saya membangkitkan tentang 'Gender sensitiviti' dan menegaskan agar sahabat2 YB tidak membawa lawak bodoh kedai kopi atau lawak dengan isteri tentang wanita ke dewan2 di Parlimen dan DUN. Malah saya mencadangkan satu bengkel tentang gender sensitiviti diadakan untuk membekalkan pemahaman yang lebih mantap tentang isu2 gender.

Kami bertolak balik ke KL selepas majlis selesai dan selamat sampai malam itu, Alhamdulillah.

Karnival Keluarga
Karnival Keluarga telah diadakan pada 20 April 2008, padang bola Kampung Padang di Kampung Baru. Karnival ini telah dijayakan oleh penduduk-penduduk setempat dan dihadiri oleh saya sendiri sebagai untuk merasmikan majlis karnival ini.
Dialog Bersama Penduduk Desa Rejang
Dialog bersama penduduk Desa Rejang Setapak pada 6 April 2008. Majlis tersebut telah dipengerusikan oleh En. Vincent iaitu Naib Pengerusi Kelab Penyokong PAS Wilayah Persekutuan. Antara yang hadir pada majlis tersebut adalah pengerusi Kelab Penyokong PAS En. Hu Pang Chow. Kira-kira seramai seratus lima puluh hadirin yang hadir bagi menjayakan majlis dialog tersebut yang terdiri daripada kaum India dan Tiong Hua. Antara perkara yang dibangkitkan oleh penduduk-penduduk adalah penjualan rumah PPR kepada penduduk di kawasan itu. Di antara isu-isu lain yang diutarakan pada majlis dialog itu lagi adalah untuk mewujudkan peti POS Malaysia, pasar, rumah mayat dan balai polis demi untuk menamin keselesaan dan tahap keselamatan di kawasan tersebut. Di akhir pertemuan, mereka juga memohon untuk mewujudkan persatuan penduduk yang baru oleh kerana persatuan yang sedia ada sekarang kurang mengambil berat terhadap kebajikan penduduk di kawasan tersebut.