Monday 14 July 2008

Majlis Penerangan Deraf KL 2020

... beramah mesra dengan hadirin yang hadir selepas majlis.

Saya bersama peguan En. Zamri ketika ditemuramah oleh wartawan.

Walimatul Urus
Pada hari Sabtu yang lepas bersamaan dengan 12 Julai 2008, saya telah berkesempatan untuk hadir ke satu majlis undangan kenduri perkahwinan anak kepada bekas Imam Masjid Kampung Baru iaitu Haji Abdul Aziz dan Hajjah Mariam. Semoga kedua-dua mempelai tersebut berbahagia dan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Amin...
MAJLIS HIMPUNAN IBU-IBU TUNGGAL & "TINGGAL" PARLIMEN TITIWANGSA BERSAMA YB DR. LO'LO' BINTI DATO' HJ MOHAMAD GHAZALI 13 Julai 2008 (Ahad)
YB Iskandar A. Samad memberi ucapan aluan pada majlis tersebut
sebahagian ibu-ibu tunggal & "tinggal" yang berada di luar dewan
sambutan diluar jangkaan, begitu ramai sehingga tidak muat di dalam dewan
pendaftaran ibu-ibu tunggal & "tinggal"
"Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita sama-sama berkumpul pada pagi yang berbahagia dan penuh barakah ini di 'Majlis Himpunan Ibu Tunggal dan Ibu Tinggal Parlimen Titiwangsa' (HIT).Program ini adalah satu usaha Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa dengan kerjasama Persatuan Penjaja&Pasar Jalan Wirawati serta DBKL untuk mengenal pasti dan meraikan golongan wanita yang telah menjadi ibu-ibu tunggal samada secara penceraian ataupun kerana suami mereka telah meninggal dunia; di kalangan penduduk di Parlimen Titiwangsa. Program ini dilihat mampu untuk memberi Ibu-ibu Tunggal maklumat berkenaan saluran dan kemudahan yang ada dan bantuan yang disediakan oleh badan-badan kerajaan dan agensi-agensi sokongan kepada mereka. Sebenarnya jika kita tahu menggunakan saluran yang betul dan tepat, masalah kita mungkin akan dapat diselesaikan kerana telah ada peruntukan bantuan kepada golongan ibu-tunggal malah juga ibu-ibu yang dikategori sebagai Ibu Tinggal.Ibu Tinggal bermaksud wanita yang dalam proses perceraian dengan suami, isteri kepada banduan dan tahanan ISA serta isteri kepada penghuni Pusat Serenti. Dengan adanya majlis seperti ini, diharapkan agar maklumat,ilmu dan pengalaman yang dikongsikan akan dapat memberi sedikit sebanyak bantuan dan sokongan terus kepada ibu-ibu tunggal ini. Antara aktiviti yang boleh mendatangkan faedah dan kebaikan adalah pendedahan kepada konsep sedekah dan zakat di dalam Islam.Sedekah dan zakat adalah konsep Bantu-membantu yang telah dinyatakan di dalam Al-Quran dan hadiths Nabi sebagai satu cara mulia dan berkesan bagi membantu golongan yang memerlukan, terutama kepada golongan yang kurang bernasib baik, kurang kemampuan atau kurang upaya. Menerusi sedekah dan zakat jugalah kita mampu untuk menilai sejauh manakah jangkauan dan keberkesanan proses pembangunan yang telah dicapai; apakah ianya boleh diperbaiki, dan apakah tatacara untuk memantapkannya bagi memastikan tidak berlaku keciciran di kalangan warga dan umat yang sedang dibangunkan. Saya juga difahamkan oleh pihak urusetia program bahawa beberapa organisasi kerajaan seperti Baitulmal, Jabatan Kebajikan Masyarakat, NGO2 seperti Badan Kami Prihatin, WIRDA dan Yayasan Amal, Ahli Parlimen Ampang, ADUN-ADUN dari Cempaka, Lembah Jaya dan Ulu Kelang, beberapa Badan perniagaan, syarikat-syarikat serta individu2 telah turut menyumbang kepada kejayaan majlis ini. Ini termasuklah di dalam memberikan sumbangan dalam bentuk cenderahati kepada para penerima. Selaku Ahli Parlimen dan juga bagi pihak urusetia program HIT saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang2. Saya juga mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada urusetia program yang telah bertungkus lumus dan berusaha keras untuk menjayakan program. Hanya Allah yang mampu membalas jasa dan sumbangan puan-puan Sidang hadirin yang dihormati sekalian, Majlis seumpama ini sentiasa mendapat kerjasama dari semua pihak, kerana ia adalah satu radas yang amat baik dan mampu membimbing dan mendorong masyarakat ke arah penghayatan sebenar semangat bantu-membantu sesama kita tidak kira agama dan bangsa. Majlis ini diimarahkan pula dengan penghuluran sumbangan – sumbangan berbentuk barangan keperluan dan sebagainya. Pemberian sumbangan ini sebenarnya adalah satu simbol menandakan kesedaran dan keinsafan kita kepada nasib golongan yang memerlukan bantuan; terutama dalam suasana gawat kenaikan harga minyak yang dikuti dengan domino efek iaitu kenaikan harga barang keperluan dan kos perkhidmatan. Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian, Kesepaduan usaha terutama di dalam menjayakan majlis seumpama ini tidak akan dapat kita capai sekiranya kita tidak membangunkan permuafakatan dan perpaduan erat di antara Wakil Rakyat, pemimpin dan wakil2 masyarakat serta agensi2 kerajaan di Parlimen Titiwangsa ini. Maka,berpadanan dengan objektif program iaitu untuk menjadikan Pusat Khidmat Wakil Rakyat sebagai perantara antara Jabatan Kerajaan seperti Baitulmal, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan golongan ibu tunggal untuk memudahkan pendaftaran, bancian dan prosedur yang sepatutnya. Objektif lainnya adalah untuk membimbing ibu-ibu tunggal mendapat khidmat yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi serta khidmat nasihat dan kaunseling serta majlis ini adalah sebagai medan perkongsian pengalaman daripada golongan ibu-ibu tunggal yang telah berjaya kepada ibu tunggal yang baru menghadapi situasi tersebut. Permuafakatan dan pakatan seperti ini hendaklah dibangunkan dan diperkukuhkan lagi dengan kemesraan, toleransi keikhlasan dan penerimaan kita semua terhadap satu sama lain. Bersetuju untuk bersetuju dan bersetuju untuk tidak bersetuju. Saya mengimpikan Titiwangsa sebagai Parlimen contoh dimana rakyat berbilang kaum, berbilang sokongan politik, berbilang agama dan kepercayaan dapat hidup dalam suasana harmoni, hormat menghormati, menghargai budaya dan cara hidup yang mulia serta mensyukuri nikmat rezeki yang dikurniakan Tuhan Allah dengan menjadi masyarakat yang bertaqwa atau 'God Fearing Society'. Tuan-tuan dan Puan-puan yang dikasihi sekalian, Sebagai mengakhiri ucapan izinkan saya menungkap dua rangkap pantun 4 kerat: Hari minggu jalan-jalan, Jalan-jalan naik kereta, Ilmu dikongsi buat bekalan. Bantu-membantu budaya kita Setakat ini sahaja ucapan saya. Semoga segala gerakkerja diberkati dan diredhai Allah..Akhir kalam, Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera"…
Majlis Himpunan Ibu-ibu Tunggal & "Tinggal" merupakan majlis yang pertama diadakan di Parlimen Titiwangsa. Ada sebahagian dari ibu-ibu tunggal & tinggal mengatakan "selama saya menetap di Titiwangsa ini, inilah pertama kali majlis seperti ini diadakan"...saya terharu mendengarnya...
Pada hari tersebut memang betul-betul diluar jangkaan seramai ini, lebih kurang hampir 700 orang ibu-ibu tunggal & "tinggal" yang hadir.
Program ibu tunggal Parlimen Titiwangsa Mohd Sabri Said Mon Jun 30, 08 12:14:10 pm MYT PERMATANG PAUH, 30 Jun (Hrkh) - Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo'Lo' Mohd Ghazali berhasrat mengadakan perhimpunan ibu tunggal, ibu tinggal termasuk isteri mangsa ISA, suami dipenjara kerana berbagai kesalahan dan isteri dalam proses penceraian pada 13 Julai nanti di Dewan Pasar dan Pusat Penjaja Wirawati bermula jam 8.30 pagi. Ujarnya, program tersebut terbuka kepada semua kaum bagi merapatkan jentera parti khasnya golongan muslimat merapatkan tali persaudaraan dengan masyarakat umum. Di samping itu juga katanya, selain menambah koleksi aktiviti di parlimen Titiwangsa ia bermatlamat mengguna pakai dewan yang selama ini dijadikan stor. "Saya menjemput semua golongan ibu sasaran datang beramai-ramai ke Dewan Pasar dan Pusat Penjaja Wirawati pada 13 Julai nanti jam 8.30 pagi untuk bersama-sama meraikan program anjuran Parlimen Titiwangsa," terangnya. Selama ini sambung beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hanya bijak merancang pembangunan seperti dewan orang ramai tetapi tidak dimanafaatkan sepenuhnya. Kebanyakan bangunan tersebut dikuasai oleh orang politik Umno sehinggakan parti lain seperti PAS, KeAdiLan dan DAP dilarang menggunakanya. "Alangkah ruginya wang rakyat kerana bangunan yang luas tidak pernah diguna pakai. Itulah tabiat segelintir kepimpinan Umno mereka merasakan itu semua hak milik parti mereka," jelas beliau. Kata Dr Lo'Lo' lagi, PAS berhajat membantu golongan sasaran dengan menyalurkan bantuan kepada mereka melalui Kerajaan Negeri. Menyentuh mengenai ucapan perasmian Muktamar Dewan Muslimat PAS Negeri yang ke-19 beliau sekali lagi mengulangi agar jentera muslimat di negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat bergiat aktif dengan melaksanakan kerjasama dengan kerajaan yang dibentuk. Usah lagi bergerak secara sendirian seperti dulu kerana kerajaan Pakatan Rakyat secara langsung dapat membantu merealisasikan kehendak PAS dengan mengadakan perbincangan dengan exco belia dan wanita, katanya. "Sebenarnya kita, walaupun menang satu di Pulau Pinang tidak bererti kita tidak berperanan sebaliknya boleh mengatur program untuk membantu kerajaan Pakatan Rakyat turun padang," katanya. Turut bersama dalam sidang media di luar Dewan Haji Yusuf Rawa, Kampung Sama Gagah, Permatang Pauh itu ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri, Nurul Huda Yusuf Rawa.

Saturday 12 July 2008

Mesyuarat Penerangan Deraf Pelan Bandaraya KL 2020

10 julai 2008 jam 9.45mlm bertempat di Pusat Khidmat Wakil Rakyat, Jln. Raja Muda Musa, Kg. Baru. Mesyuarat ini diadakan untuk memberi penerangan kepada masyarakat tentang hak-hak mereka dalam pelancaran Deraf Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020. Mesyuarat yang diadakan pada malam tersebut adalah untuk final meeting & reheasal presentation bagi zon Kg. Baru dan zon Pandan. Penerangan deraf pelan KL 2020 ini merupakan inisiatif saya dengan kerjasama PAS Kawasan dan Perhubungan untuk memberi penerangan kepada masyarakat, kerana tidak semua masyarakat mengetahui atau faham hak-hak mereka..

Butir-butir penerangan adalah seperti berikut:


Penerangan Deraf Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020

12 Julai 2008 Sabtu

Zon Kg. Baru -jam 9.00 pagi - 12.30 t/hari

Zon Pandan, jam 2.00 petang - 5.00 petang


Anda ingin mengetahui hak-hak anda?..adakah anda bersetuju tentang Deraf Pelan ini?...untuk menjawap persoalan anda, hadirlah beramai-ramai untuk menyelesaikan kekusutan fikiran anda...

LRT Program turun LRT Datuk Keramat (public transport) ke Kg. Baharu.. pada 25 Jun 2008 jam 8.00 pagi saya menaiki putra/ LRT dari Datuk Keramat ke Kg. Baharu bersama beberapa kakitangan PKWR dan juga orang-orang kawasan berserta media. Saya ingin mengetahui sendiri bagaimana keadaan dan kesesakkan pengangkutan awam ini semenjak kenaikan harga minyak... Nampaknya selepas kenaikan harga minyak keadaan putra/ LRT menjadi sesak, kerana penambahan pengguna yang ingin menjimatkan kos kehidupan mereka...pengguna ada yang menunggu dari awal pagi untuk menaiki perkhidmatan tersebut, ada sesetengah dari mereka menunggu lebih dari satu jam untuk menaiki, memandangkan keadaan yang sesak oleh orang ramai terpaksa menunggu lagi..dalam jam 9.00 pagi ke 9.30 pagi baru dapat menaiki dalam keadaan agak sedikit selesa..

Wednesday 9 July 2008

Tazkirah 4 julai 2008. jam 12.30-2.30ptg
Saya diminta untuk menyampaikan tazkirah kepada muslimat bank islam di Surau Bank Islam Darul Takaful... Alhamdulillah sambutan yang diterima adalah amat menggalakkan... Tajuk yg diberikan kepada saya adalah "PERUBATAN DAN PENGHAYATAN AKHLAK ISLAM". Konsep perubatan dan kesihatan sangat luas, hendak diceritakan mgkn tidak cukup masa, Islam sangat menitikberatkan tentang aspek kesihatan. Islam sangat cantik, cuba kita tgk bagaimana islam mengajar adab-adab sebelum makan dan minum serta cara-caranya, makan semasa lapar dan berhenti sebelum kenyang, ini merupakan salah satu daripada cara-cara untuk mengelakkan dari mendapat penyakit yang diajar di dalam Islam. Salah satu punca atau sebab penyakit adalah disebabkan oleh faktor permakanan. kesihatan dan akhlak adalah sama penting, kerana di dlmnya terdapat keTAQWAan yg tidak dapat diukur oleh manusia, ketaqwaan itu dapat dilihat dengan perilaku @ kecerminan diri yg ditunjukkan. Terdapat 3 jenis kesihatan: 1. Kesihatan fizikal 2. Kesihatan mental 3. Kesihatan spritual Firman Allah dlm surah at-Taubah ayat 71:
yang bermaksud: "Dan orang2 yg beriman, lelaki dan perempuan sebahagian mereka adalah menjadi penolong bagi sebahagian yg lain. mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah yg mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana"
Majlis Dialog Antara Polis dan Wakil-Wakil Masyarakat Dialog Jabatan polis dan YB Dr. Lo’lo’ bersama wakil-wakil masyarakat Pangsapuri Anggerik Blok A dan B, Desa Pandan, Jln. Kg. Pandan pada 15 Jun 2008 jam 10.00pagi.
Majlis Berbuka Puasa
Majlis berbuka puasa di Masjid al-Syafie zon Pandan, saya bersama-sama dengan masyarakat berbuka puasa dan solat maghrib berjemaah serta membaca yasin dan tahlil, program ini bermula pada jam 7.00 malam pada 12 jun 2008 (Khamis).
Rasmi Kedai Buku "Muslim Shoppe" Alhamdulillah pada 19 Jun yang lepas saya telah dijemput untuk merasmikan kedai buku "Muslim Shoppe" milik Cik Asiah dan Cik Azian pada jam 5.00 petang... alamat: 1095/2D, Jln. Raja Mahmud Off Jln. Daud, Kg. Baru, Kuala Lumpur.
album