Thursday 30 October 2008

Gambar Sekitar Selepas Kebakaran di Kg. Sg. Penchala Pada Khamis malam Jumaat 23 Syawal telah berlaku satu kebakaran besar di Kg Sg Penchala iaitu perkampungan orang2 Arqam satu masa dulu yang menyebabkan 2 orang kanak2 4 dan 6 tahun telah maut. 9 keluarga telah kehilangan rumah dan paling sedih apabila 60 orang anak2 yatim miskin telah kehilangan tempat tinggal mereka. Saya selaku Pengerusi LKKPP telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut.
Alhamdulillah dengan usaha bersungguh2 dari Puan St Aishah AJK Lajnah Kebajikan& Kemasyarakatan PAS Pusat mangsa2 kebakaran telah dibantu dengan mendapat voucher percuma sebanyak rm100 seorang dari pihak Mydin Super Store utk membeli barangan asas keperluan mereka. Sehari suntuk malah sampai ke malam Puan Aishah menguruskan mereka. Malah saya dimaklumkan Dato Ameer Ali Mydin sendiri turun ke Hyper Market Mydin USJ memilih barang2 keperluan. Saya sendiri telah turun ke USJ pada malam tersebut untuk membantu Puan Aishah dan melihat sendiri suasana di Mydin.
PAS kawasan Segambut yang diwakili En Afifi dan juga beberapa orang muslimat Kelana Jaya juga turut sama membantu.Alhamdulillah seramai 75 orang mangsa telah dibantu untuk mendapatkan keperluan asas Saya juga berbesar hati

Tuesday 28 October 2008

Kelab Penyokong PAS Desa Rejang (kaum Cina/Budha) anjurkan 'sembahyang utk kesejahteraan Negara' Saya telah dijemput sama selaku wakil rakyat kpd sebahagian penghuni PPR Desa Rejang. Lebih kurang 500-600 orang telah hadir makan malam tersebut. Dlm majlis tersebut saya telah memberi ucapan. Antara perkara yg saya sentuh adalah berkenaan dengan toleransi antara kaum dan agama . Pada malam tersebut berlaku insiden yg memang tidak sepatutnya berlaku, dimana seseorang dari Blok M dimana diadakan majlis tersebut, telang mencampakkan satu bungkus sampah keatas bumbung khemah sehingga salah satu zink tembus/jatuh dan sampah yg sangat busuk itu terjatuh atas salah seorang pengunjung. Ini menyebabkan pengunjung tersebut luka dikepalanya dan bajunya dicemari dengan sampah yg busuk. Saya terpaksa menyabarkan mereka dan menyebut bahawa jika pada malam ini kita bertindak agresif sudah pasti boleh tercetus perkara yang lebih buruk, yang akan merugikan kita semua.Cina rugi, Melayu rugi India pun rugi. Jadi kita kena bersabar ,tambahan pula kita tidak tahu siapa yang baling sampah tersebut. Saya juga mohon supaya PA sistem diturunkan suaranya, majlis ditamatkan sebelum tengah malam supaya tidak mengganggu sangat penghuni2 berhampiran. Saya menyebut juga tentang kita semua berasal dari satu nenek dan satu datuk iaitu Adam dan Hawa. Jadi kita semua sepupu-sepapat, mungkin sepupu ke 2000 atau ke 30,000, Allah juga yang tahu. Dibawah ni gambar saya dimeja khas menunggu makanan yang di tempah dari Katerer Muslim. Ah Keong Pengerusi Kelab Penyokong PAS Desa Rejang begitu prihatin dengan menyediakan makanan halal untuk kami. "Wahai manusia, Aku jadikan kamu dari satu Lelaki dan Wanita, Aku jadikan kamu berpuak2 dan berkaum2 supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu disisi Allah adalah yang berTaqwa" Al Hujurat ayat 10 Pengunjung yang cedera. Saya nasihatkan dia untuk dapatkan rawatan dan buat lapuran Polis. Pengunjung2 yang hadir dikatakan membeli meja RM350/meja. Table are fully booked. Pada malam tersebut saya terlupa bawa sarung tangan, dengan itu saya memberitahu secara umum bahawa saya tidak bersalam dengan pengunjung lelaki. Nampaknya mereka memahami dan menghormati pendirian saya. Alhamdulillah....
Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri (Blok A7)
Kelihatan En Yusuf Pengerusi Persatuan Penduduk Blok A sedang menyambut YB. Kelihatan juga En Kadri Pengurus DBKL cawangan Titiwangsa. Macam2 makanan ada....YB dilayan oleh Puan Fauziah Zainal Abidin, isteri En Abu Hassan Wakil Zon Pandan. Kaum wanita bersemangat menunggu makanan dan cabutan hadiah bertuah. dihantar oleh Faezah
MAJLIS TAUTAN SILATURRAHIM JAWI DI MASJID ARRAHIMAH
Sedang memberi ucapan aluan. Antara intipati ucapan adalah meminta supaya pentarbiyahan Ramadhan diterjemahkan dengan terus memakmurkan Masjid2 dan Surau2 dengan bersolat jemaah dan menghidupkan Majlis2 Ilmu. Sehingga kini saya selaku Ahli Parlimen Titiwangsa atau wakil rakyat yang sah belum lagi mendapat pengiktirafan yg sewajarnya dari pihak berwajib khususnya JAWI/MAIWP. Setiap majlis JAWI di TW, yang merasmikan adalah samada Pengarah JAWI atau Timbalan2nya. Namun saya mengakui bahawa mereka tetap menjemput saya. Mungkin ada tekanan dari pihak2 tertentu yang tidak dapat menerima perubahan dimana PR menerajui 10 dari 13 kawasan parlimen WP. Bersama Ustazah Saemah Timbalan Pengarah Operasi JAWI. Antara Muslimat ahli Qariah Masjid Ar Rahimah yang hadir. Dr Lo'lo'
MAJLIS IDUL FITRI DAN HARI TERBUKA DEEPAVALI PARLIMEN BANDAR TUNRAZAK/ BTR ANJURAN AHLI PARLIMEN BTR yang juga MB Selangor iaitu YAB Tan Sri Khalid Ibrahim.
Yang hairannya Majlis di BTR ni bendera PKR boleh dipasang dengan bebas. Sedangkan di TW bendera PAS langsung tidak boleh dipasang kerana akan diturukan oleh DBKL. Malah banner yg ada lambang PAS pun diturunkan sehingga pada satu masa terpaksa dipotong lambang PAS bagi membolehkan banner tersebut boleh digantung. Mugkin jawatan Tan Sri Khalid dalam Selangor menyebabkn DBKL lebih 'mesra alam' di BTR. Tan Sri bersama YB Ronnie Liew. Sungguh pun beliau seorang MB namun sangat 'humble' dan sedia bergambar dengan rakyat atau orang ramai yang datang bertali arus. Dr Lo'lo'
MAJLIS EIDUL FITRI PUSAT PERUBATAN KOHILAL TAMAN MELAWATI
Cenderahati kepada Puan Robinah yang terpaksa bersara setelah sekian lama bekerja dengan PPK kerana masalah kesihatan. Sahabat saya Dr Asmah Yun Pakar Perbidanan dan Sakit Puan masih sibuk menjawab talipon. Seorang lagi sahabat saya Puan Latifah juga turut hadir. Seorang lagi sahabat baik saya Dr Hasmawati Pakar Kanak-kanak sedang menikmati hidangan. Subhanallah, banyaknya makanan2 yang mengancam 'keselamatan badan'. Dr Lo'lo'
MAJLIS EIDUL FITRI BLOK E, DESA PANDAN
Terimakasih atas jemputan. Saya perhatikan tetamu2 yang hadir lebih kurang sama dengan yang hadir di majlis JAWI Masjid Ar Rahimah. Saya pun kurang pasti samada budaya Hari Terbuka harus terus dibiarkan bercambah2 sehingga sudah tidak memenuhi mungkin hasrat awal majlis tersebut diadakan. Saya bimbang kita jadi seolah2 berlebih2an dalam soal ini. Tuan Hj Mohd Nor Pesuruh Jaya PAS WP juga turut hadir bersama isteri beliau. Orang-orang kuat belakang tabir. Hadirin/t sedang khusyuk mendengar ucapan. Dr Lo'lo'
HARI TERBUKA PARLIMEN LEMBAH PANTAI ANJURAN YB NURUL IZZAH
Suami saya juga turut mengiringi kerana sebelum itu kami telah menghadiri Majlis Perkahwinan anak sahabat kami di Damansara. Kelihatan Derek Fernandez sedang menyatakan ketegasannya tentang Draf KL 2020 yang menyalahi Pelan Fizikal Negara. Saya disambut YB Nurul Izzah bersama suaminya En Shahril. Kelihatan juga bekas reformis yang masih istiqomah dengan PAS dan PKR. Namun begitu Roslan menyatakan sudah agak letih dan mahu berehat untuk tumpu perhatian kepada keluarga dan perniagaan. Saya jawab, inilah alasan2 yang biasa saya dengar dari aktivis2 dan pimpinan PAS yang sebelumnya begitu aktif, namun setelah itu terus hilang dan tidak nampak bayang lagi atau bahasa harakinya terus Futur!

Wednesday 22 October 2008

ucapan takziah melalui sms
Ucapan TAKZIAH (sms)
dari: YB Nurul Izzah, DSWA, DSAI, Shahrir and family...
Salam, Dear Dr. Lo'lo', Innalillahi wa inna ilaihi rojiuun.. deepest condolences from all of us. Allah bless her dear soul. Praying for u and family to be strong.
dari: Ust. Kashfun & Keluarga...
Assalamualaikum...
Innalillahi wa inna ilaihi rojiuun...semoga Allah melimpahkan rahmat dan keampunan kepada Almarhumah dan di tempatkan di FirdausNya. Dan kita yang ditinggalkan mendapat kesabaran. Ta'ziah dan doa dari kami sekeluarga.
dari: YAB DS Nizar & DS Fatimah
YB Dr., Our sincere heart felt condolence from me, my family, the MB Office and all from the PR Perak government. Will be there this morning to join you in mourning your loss and last respect.
dari: YB Tan Kok Wai dan keluarga
YB Puan Dr. Lo'lo', terimalah ucapan takziah diatas kembalinya ke RAHMATULLAH ALLAHYARHAMAH Hjh Zainab, ibu YB dan harap bersabar dengan pemergiannya.
dari: Vincent Lee
dengan perasaan sedih saya mengucapkan TAKZIAH & banyak bersabar, kerana DIA lebih menyayanginya. Ya Allah tempatkanlah ibu sahabat seperjuanganku ini dikalangan hambaMu yang dirahmati & tempatkan dia bersama hamba-hambaMu yang bertaqwa...Ameen!
dari: Ust. Mohd Fadli Yusof
Salam... Takziah atas kepulangan Almarhumah bonda YB ke Rahmatullah, dari Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Jelatek.
dari: Prof. Madya Dr. Harlina Siraj
Salam Takziah dari saya, family & Wanita JIM untuk YB Dr. Lo'lo'.
dari: Pn. Bashariah BERNAMA
Innalillahi wa inna ilaihi rojiuun.. Takziah. Semoga ALLAH menerima amalan allahyarhamah dan menempatkannya di sisi orang yang diredhaiNya. Aminnn...
dari: Puan Nik Mahani
Innalillahi wa inna liahi rojiuun...
dari: Gen (B)Hj Abd Ghani
Innalillahi wa inna liahi rojiuun... Kembalinya ibu YB ke rahmatullah serupalah seperti kehilangan ibu-ibu saudara kami sendiri. dengan perasaan amat sedih kami ucapkan takziah dan banyak-banyaklah bersabar. Kami mohon maaf kerana tidak dapat ke Ipoh Sebab kami masih capek selepas pergi dan balik ziarah kematian & kebumian arwah bapa saudara...Al-Fatihah.
dari: www.ummuhani.com & keluarga
Takziah saya ucapkan untuk YB Dr. Lo'lo'
dari: Abd. Aziz Awang
saya Abd. Aziz Awang tidak dapat nak pergi, saya dapat menghulurkan ucapan takziah, Ya Allah tempatlah ibu sahabat seperjuangan ku ni dikalangan hambaMu yang dirahmati: YDP JIM Titiwangsa, bendahari Keadilan bhg Titiwangsa, SU AMK bhg Titiwangsa.
dari: Hj Yahaya, Hjh Sharifah & Keluarga
Assalamualaikum...Innalillahi wa inna liahi rojiuun...Takziah kami ucapkan buat YB Dr. Lo'lo' dan keluarga...moga YB Dr. bersabar & tabah dengan ujianNya...sesungguhnya Allah amat menyayangi hamba-hambaNya yang bersabar.
dari: Isz Bank Islam
salam...salam takziah buat YB sekeluarga..
dari: Datin Fathonah
Innalillahi wa inna liahi rojiuun...
dari: Cikgu Laila (ISA)
Innalillahi wa inna liahi rojiuun...
dari: Puan Salbiah DBKL
Innalillahi wa inna liahi rojiuun...
dari: En. Idris, Gombak
Innalillahi wa inna liahi rojiuun...
dari: En. Mahadi
Salam Takziah dari kami Parsatuan Penggiat Industri Nasyid Malaysia PIN. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan maghfirah, kami doakan agar YB tabah dan redha...
dari: Mimie PKR
Innalillahi wa inna liahi rojiuun...Al-fatihah, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan di tempatkan di tempat orang-orang yang beriman...amin...
dari: Ust. Rejab, Kuala Nerang
Innalillahi wa inna liahi rojiuun...semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas marhumah
dari: Datin Nor Aisyah
Innalillahi wa inna liahi rojiuun...takziah untuk YB dan family, sabar itu sebahagian daripada iman.
dari: www.mohdalhafiz.com
Innalillahi wa inna liahi rojiuun...
dari: Cikgu Midah
Innalillahi wa inna liahi rojiuun...
dari: Norazian
Innalillahi wa inna liahi rojiuun...
dari: En. Jefri
Salam Takziah untuk YB Dr. Lo'lo' & keluarga. di doakan moga roh dicucuri rahmat oleh Allah Ta'ala, amin..
dari: Nanee Surya, Seth & Erma
Innalillahi wa inna liahi rojiuun...salam takziah dari kami..Maaf tidak dapat ziarah, kami berada di Madinah.
dari: Normala, al-amin
Innalillahi wa inna liahi rojiuun.
dari: Chek Det
Innalillahi wa inna liahi rojiuun.
dari: Hanim
Innalillahi wa inna liahi rojiuun...Takziah dari kami, Hanim & Mael wakil dari Keramat Jaya.
dari: En. Mansor
Innalillahi wa inna liahi rojiuun...Semoga roh beliau di tempatkan bersama mereka-mereka yang direstuiNya.
dari: Hj. Mustafa
Assalamualaikum Yb Dr. Lo'lo' dan Takziah. Sesungguhnya kematian adalah peringatan agar bersedia pergi ke akhirat dengan berbekalkan jihat di dunia ini. Hj. Mustafa, Chairman Koperasi Ukhwah.
dari: Ust. Salman Maskuri
Salam...Takziah, moga Allah mencucuri rahmat kepada roh ibu YB, bersabar atas pemergiannya.
dari: En. Salman
Innalillahi wa inna liahi rojiuun.
dari: En. Azmi, Penang
di doakan semoga rohnya dicucuri rahmat Allah, dia telah tinggalkan saham yang besar untuk menikmati di dalam kubur iaitu seorang mujahidah...
dari:En. Jamal
Salam Takziah.
dari: En. Omar
Innalillahi wa inna liahi rojiuun...Takziah kepada YB dan keluarga semoga dicucuri rahmat roh ibu mereka
dari: Puan Mastura
Innalillahi wa inna liahi rojiuun...
dari: Puan Sarah
Innalillahi wa inna liahi rojiuun...
dari: Puan Salmah PKR
Innalillahi wa inna liahi rojiuun...semoga rohnya dicucuri rahmat..Amin.
dari: Puan Sharmila
Innalillahi wa inna liahi rojiuun...
dari: En. Zul, suk
Salam Takziah
dari: YB Drs. Zainuddin
Innalillahi wa inna liahi rojiuun...semoga rohnya diterima di sisi Allah
dari: En. Kamaluddin
Innalillahi wa inna liahi rojiuun...
dari: Puan Anne PKR
Innalillahi wa inna liahi rojiuun...

Tuesday 21 October 2008

Datin Zainab Bt Salleh, ibu kepada YB. Dr. Lo'lo' telah kembali ke rahmatullah malam tadi.
dikirim oleh: Faezah, Pembantu YB Dr. Lo'lo'

Monday 20 October 2008

GAMBAR SEKITAR HARI TERBUKA AIDILFITRI
PARLIMEN TITIWANGSA
YB bagi-bagi duit raya kepada kanak-kanak, turut membantu YDP kawasan; Ust Yusuf Daud
Dato Seri Anwar Ibrahim tetap memberi sokongan kpd YB dgn singgah sebentar dlm majlis tersebut dan turut memberi ucapan . Mengiringi DSAI adalah isteri beliau DSWA yg juga Presiden PKR.
Pesuruhjaya Mohamad Nor turut memberi ucapan...PJ datang bersama isteri Hjh Masitah dan anak perempuan mereka.
antara tetamu-tetamu yang hadir...
YB bersama Ust. Zamri dey jay IKIM.fm
YB bersama DSWA dan juga Datin Kamariah dari Flat Bukit Baru, Keramat Hujung. Saya ambil kesempatan utk bergambar.
YDP bersama Pak Yazid (Tok Guru) dan DSAI
YB makan pun layan diri jer...
tiga orang pengheboh majlis rumah terbuka...
dari kiri En. Yusuf, (tengah) Pn. Fauziah, (berbaju merah) Jeance Lee,Ahli Majlis Ampang.
adik-adik comel dari SAR Sri Al-Ummah, mendendangkan lagu yang begitu merdu...
gambar di belakang tabir...
suami YB turut membantu tuk melayan tetamu-tetamu yang hadir
huuu...semangatnya  En. Shahir pegawai khas YB...betul-betul sibuk nih...Tidak lama lagi Shahir akan berangkat menunaikan Haji.
cepat-cepat!!! tetamu dah mula ramai....nie bahagian muslimin....
tetamu muslimat dengan anak masing-masing
sebelum dibuka tuk tetamu...
para petugas dipersilakan menjamu selesa dahulu....nanti tetamu dah mai tak sempat nak makan plak kot....
wahhh...makan-makan jangan tak makan....
YB dah sampai...Yb baru sampai dari Ipoh sebab balik ziarah ibu yg uzur
para petugas dah mula bersiap-siap...cepat-cepat kang tak sempat....
hi...mcm mana nie nak letak meja nie?...dah pukul berapa?...
tue dia...muslimat kalut dah...cepat-cepat potong lemang, buah... susun kat meja...Kelihatan En Mokhtar, Abu Hanifah, Kak Shimah dll
disediakan oleh: Faezah pembantu YB Dr. Lo'lo'