Wednesday 20 May 2009

BALA BERGANDA DI MALAYSIA - SATU RENUNGAN Dunia dikejutkan dengan wabak Selsema Babi yang tidak pernah kita dengari dulu. Sebelum ini yang menggemparkan adalah selsema burung. Kurang kisah selsema burung datang selsema babi. Wabak yang menggemparkan. Namun agaknya kerana bimbangkan perusahaan penternakan babi mendapat kerugian besar maka ditukar kepada nama yang langsung tiada 'trademark' babi iaitu Wabak Influenza A (H1N1). Masa beratus2 ribu ayam, burung & itik ditangkap dan dibunuh untuk mengelakkan wabak selsema burung merebak terus tiada pula usaha dibuat untuk menukar nama selsema burung kepada nama lain yang lebih 'glamour'. Apakah agenda disebalik penukaran nama wabak ini atas masing2 punya interpretasilah. Bagi orang Islam yang jelasnya babi haram dimakan dan dengan itu haram dipelihara. Negara kita yang berbilang kaum dan kepercayaan hak orang Bukan Islam untuk makan babi tidak boleh dinafikan, tetapi mesti ada pengurusan yang teratur dan peraturan serta yang paling penting penguat kuasaan yang tegas. Ini demi untuk kebaikan semua baik yang pelihara, yang makan dan yang tidak makan. Jika sudah jadi wabak, virus tidak mengenal mangsanya. Kerajaan mesti tegas bermula dengan usaha2 pendidikan, peraturan dan penguatkuasaan. RASUAH yang berleluasa sebelum ini menyebabkan ladang2 babi haram tumbuh macam cendawan, tiada pengurusan sisa kumbahan, kotor dan mencemarkan alam terutama sumber AIR MINUM ! Pendedahan tentang pengusaha babi yang juga pemelihara ikan keli menggunakan air kumbahan babi di Ipoh Perak sangat menjiikkan. Malangnya Perak masih bergelora, kebajikan rakyat terabai kerana sikap rakus UMNO/BN, tindakan tegas dan segera tidak dapat diambil terhadap pengusaha yang sangat tidak bertanggung-jawab itu. Saya kira sudah sampai masanya Kelab Penyokong PAS diberi peranan untuk menangani isu-isu seperti ini bagi memahamkan kaum bukan Melayu terutama orang Cina tentang tanggung-jawab sosial mereka menjaga sensitiviti, kebersihan, alam sekitar dan juga kesihatan mereka sendiri dan masyarakat umumnya. Ini amaran kedua Allah dimana beberapa tahun lepas Virus Nipah telah mengamuk diladang2 babi sehingga mengorbankan banyak nyawa. Disamping selsema burung, yang peliknya di Malaysia masa kini terjadi juga wabak2 lain seperti wabak Meningitis (Infeksi Selaput Otak) di Pusat Latihan JPJ Melaka, wabak Leptospirosis (jangkitan kuman binatang-manusia) di Pusat Tahanan PATI di Juru Pulau Pinang, Wabak Influenza yang belum dikenal pasti melibatkan Pelatih PLKN Kem Setia Ikhlas, Semenyih, Selangor, Kes keracunan makanan pelatih PLKN di Kem Cancun, KB, Kelantan; malah juga kebocoran paip Petronas mengakibatkan 31 pelajar SJKT Bukit Emerald Bukit Kemuning dimasukkan wad dan dirawat kerana terhidu gas. Ini yang saya katakan bala berganda yang saya kira patut benar menjadi renungan bersama. Adakah keangkuhan sebahagian dari kita, kemungkaran yang tetap sebahagian kita terus sokong malah ketidak-pedulian sebahagian besar masyarakat atas pelbagai isu yang bergolak kini, gejala sosial, kerosakan akhlak serta kegelojohan pemimpin negara yang mengakibatkan aqidah dan syariat Islam terus terancam; juga mereka yang bukan ahli dan terpalit dengan noda sewenang2nya menerajui kepimpinan negara; menyebabkan kita semua diserang oleh pelbagai wabak dari Utara hingga Selatan. Marilah sama kita renungkan. Wallahu'alam ! Dr Lo'lo' 1101 PD

2 comments:

Anonymous said...

yahuu...pilihanraya kat perak tak de...

"tunggu PRU13, kami akan tukarkan wakil rakyat PR..nyesal pangkah PR"

Anonymous said...

membazir duit je buat pilihanraya byk kali ni...
dr bila pulak nak letak jawatan...kita undi semula tengok..


UMNO DI HATIKU SELAMA NYER