Monday 31 January 2011

Gambar Sekitar Program Penerangan Akta Rang Undang-undang Perbadanan Kampung Baru

kaunter Pendaftaran sebelum program penerangan bermula

kehadiran lebih ramai dari diadakan sebelum ini


Pengerusi Program Sdr Mohd Noor Hassan sedang menyampaikan ucapan bagi
 memulakan Program Penerangan

Majlis Penerangan dimulakan oleh Penasihat Guaman
Pusat Khidmat Parlimen Titiwangsa sdr Ahmad Zamri


Program ini turut mendapat liputan dari Australian Broadcasting Corporation ( ABC )


Sdr Zulhazmi ( Penasihat Guaman Pusat Khidmat Parlimen Titiwangsa )
sedang memberikan penerangan

walaupun hujan dari pagi hingga ke petang ianya tidak menghalang dari penduduk untuk hadir mendengat Program Penerangan tersebut

Wakil Pemilik & Pewaris Kg Baru Sdr Ismail Ibrahim

salah seorang pemilik tanah yang hadir menanyakan beberapa soalan kepada
panel program

Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'

Monday 24 January 2011

RAJA KAMPONG BHARU

Ucapan ini ditujukan khas kepada Menteri Wilayah Persekutuan dan
Kesejahteraan Bandar, Dato’ Raja Nong Chik Bin Dato’ Raja Zainal
Abidin kerana akan ditabalkan menjadi “RAJA KAMPONG BHARU” pada Mac
2011 nanti.

Untuk menjadi “RAJA KAMPONG BHARU” tidak susah, hanya perlu bentangkan
dan luluskan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru
2010 (RUU PPKB 2010) sahaja. Justeru Dato’ Raja Nong Chik pada 17
Disember 2010 yang lalu telah membentangkan untuk bacaan kali pertama
RUU tersebut di Dewan Rakyat. Dalam kegawatan Negara dan pimpinan
Melayu menghebohkan Ketuanan Melayu dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu
maka tindakan ini harus dipuji kerana akan menambah seorang lagi Raja
Melayu khas bagi penduduk Kampong Bharu. TAHNIAH sekali lagi.

RUU PPKB 2010 dibentangkan bertujuan untuk menubuhkan suatu Perbadanan
Pembangunan Kampong Bharu dengan tanggungjawab untuk melaksanakan
dasar, arahan dan strategi berhubung dengan pembangunan dalam kawasan
pembangunan Kampong Bharu, untuk menggalakkan, merangsang,
meningkatkan, memudahkan dan menyelaraskan pembangunan dalam kawasan
Kampong Bharu dan untuk mengadakan peruntukkan-peruntukkan yang
berkaitan dengannya.

Tujuan utama RUU PPKB 2010 ini adalah untuk menubuhkan suatu
Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PPKB) yang mana fungsi dan
kuasanya ini dinyatakan dengan jelas di dalam Bahagian III RUU ini.
Mengikut Fasal 5, Perbadanan akan dianggotai oleh tidak lebih dari
enam belas (16) orang ahli yang terdiri daripada :
a)Seorang Pengerusi yang dilantik oleh Menteri tertakluk kepada
kelulusan Perdana Menteri;
b)Tidak lebih empat (4) orang wakil Kerajaan Persekutuan yang
dilantik oleh Menteri;
c)Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan
Bandar;
d)Datuk Bandar Kuala Lumpur atau wakilnya;
e)Seorang wakil Kerajaan Negeri Selangor yang dinamakan oleh Raja
Negeri Selangor dan hendaklah dilantik oleh Menteri;
f)Dua (2) orang daripada tuan tanah Kampong Bharu yang dilantik oleh
Menteri; dan
g)tidak lebih enam (6) orang anggota lain yang dilantik oleh Menteri.

Fasal 17 dengan jelas menyatakan bahawa Perbadanan adalah
bertanggungjawab kepada Menteri dan Menteri juga boleh memberikan
arahan kepada Perbadanan dalam melaksanakan tanggungjawabnya.

Selain Perbadanan, terdapat suatu Majlis Penasihat diwujudkan melalui
Fasal 19 (1) bagi maksud menasihati Perbadanan. Fasal 20 seterusnya
memperuntukkan keanggotaan Majlis Penasihat yang mestilah terdiri
daripada :
a)Pengerusi; dan
b)Tidak lebih lima belas (15) orang wakil masyarakat Kampong Bharu
yang semuanya dilantik oleh Menteri.

Majlis Penasihat ini bagaimana pun tidak lebih daripada “Majlis
Mesyuarat Tingkap” dalam filem Tan Sri P. Ramlee kerana nasihat Majlis
ini tidak mengikat Perbadanan seperti yang dinyatakan di dalam Fasal
19 (3). Apa guna mengadakan suatu Majlis penasihat jika nasihat mereka
tidak mengikat dan boleh dibakulsampahkan? Apa rasionalnya Majlis
Penasihat ini?

Berdasarkan penubuhan dan keanggotaan Perbadanan serta Majlis
Penasihat ini, maka jelas dilihat bahawa kuasa penuh RUU ini adalah
terletak di tangan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan
Bandar iaitu Dato’ Raja Nong Chik. Beliau berkuasa melantik ahli
Perbadanan dan memberi arahan kepada Perbadanan. Beliau jugalah
berkuasa melantik ahli Majlis Penasihat. Dato’ Raja Nong Chik inilah
“Raja Kampong Bharu” yang akan ditabalkan jika RUU PPKB 2010 ini
diluluskan nanti. TAHNIAH sekali lagi kepada Dato’ Raja Nong Chik
kerana akan menjadi “RAJA KAMPONG BHARU” dan juga Tahniah kepada
penduduk serta pemilik tanah Kampong Bharu kerana akan mendapat
seorang “RAJA” baru.

Dengan penabalan “RAJA” baru ini maka kedudukan tanah Kampong Bharu
diambang bahaya. Ia terdedah kepada pemilikan orang-orang dan syarikat-
syarikat konglomerat yang kaya-raya dan beduit. Hak dan keistimewaan
pemilik tanah Kampong Bharu yang dijamin melalui Malay Agricultural
Settlement Rules 1950 [Selangor G.N. 50/51 & Selangor G.N. 66/51 dan
Selangor G.N. 480/54 akan terhapus. Perlu diingat dan diambil
perhatian bahawa tanah Kampong Bharu telah diwujudkan sejak tahun 1899
atas desakan penduduk Melayu di Kuala Lumpur ke atas pihak pentadbir
British ketika itu. Ekoran desakan tersebut, Residen Brittish Selangor
telah bersetuju untuk menubuhkan perkampungan Melayu di Kuala Lumpur
merangkumi seluas 223 ekar tanah di antara Sungai Klang dan juga Jalan
Batu (Batu Road). Antara tujuan Jeneral Residen Brittish mewujudkan
perkampungan tersebut adalah untuk melibatkan dan mendidik anak-anak
bangsa Melayu :-
a)Untuk mengambil bahagian dalam pentadbiran Kerajaan Residen
British;
b)Untuk membolehkan orang-orang Melayu mengambil peluang dalam
pembangunan dan kemajuan Kuala lumpur.

Justeru pemilik dan penduduk Kampong Bharu pada tahun ini 2011 telah
merayakan sambutan 111 tahun penubuhannya. Ironinya Kementerian
Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar membentangkan RUU PPKB
2010 di Parlimen dengan hasrat membatalkan dan menghapuskan status
Kampong Bharu yang unik ini. Fasal 57 (1) menyebut bahawa Malay
Agricultural Settlement Rules 1950 adalah dibatalkan manakala Fasal 57
(2) pula memansuhkan Lembaga Pengurusan Petempatan Pertanian Melayu
yang ditubuhkan di bawah Malay Agricultural Settlement Rules 1950
tersebut. Dengan pembatalan dan pembubaran ini, status tanah Kampong
Bharu adalah sama seperti tanah-tanah lain yang akan terdedah kepada
pemilikan pihak-pihak lain sedangkan tujuan utama penubuhan Kampong
Bharu adalah khas semata-mata untuk orang Melayu di Kuala Lumpur.
Lebih baik Penjajah British yang menjamin hak Ketuanan Melayu daripada
Kerajaan Ketuanan Melayu yang akan menghapuskan hak bangsa sendiri
atas nama kemajuan dan pembangunan.

Fasal 51 RUU PPKB 2010 seterusnya menyatakan bahawa tiada apa-apa
tindakan guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau
dibawa, dimulakan atau dibuat ke atas Perbadanan atau anggota
Perbadanan, atau anggota jawatankuasa, atau mana-mana pekerja atau
ejen Perbadanan di dalam mana-mana mahkamah. Ini adalah kekebalan
Perbadanan daripada undang-undang. Peruntukkan ini sekali lagi
menunjukkan bahawa RAJA KAMPONG BHARU dan Perbadanan adalah kebal
melebihi kekebalan Raja-Raja Melayu yang ada. Hidup Raja Kampong
Bharu.

Akhirnya kepada pemilik tanah Kampong Bharu, ingatan ini kepada anda
semua. Adakah ini yang anda mahukan? Adakah ini yang diperjuangkan
selama ini untuk pembangunan? Tepuk dada tanya selera. Tiada sesiapa
boleh mempertahankan hak anda melainkan anda sendiri.



Zulhazmi Shariff


Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'

Sunday 23 January 2011

Jamuan & Solat Hajat di Rumah YB Dr Lo'Lo' sempena hajat YB Dr Lo'Lo' mengejakan Ibadah Umrah sekeluarga





Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'

Najib wajib debat dengan Anwar sbb rakyat nk tau Janji 100 PR atau subsidi kpd rakyat spt kata Idris Jala yg akan sebabkn ngra bankrup

Parti Islam Se-Malaysia PAS mengharapkan Datuk Seri Najib Tun Razak terimalah debat , jangan banyak helah dan cuba mengalih isu. Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah  mengemukakan fakta mengenai kemampuan Pakatan Rakyat jika diberi mandat untuk memerintah.

Sumber yang Pakatan Rakyat  perolehi, ialah dengan memerangi rasuah yang menyebabkan negara rugi RM28 bilion setahun. Memotong balik RM19 bilion subsidi yang diberikan kepada IPP.  Subsidi untuk  rakyat RM10 bilion akan diberi semula supaya minyak dan makanan dapat dikawal dan menstruktur semula tol di Malaysia dengan kos RM23 bilion dan elaun tambahan kepada guru RM3.2 bilion setahun. Jika dijumlah dengan anggaran pendapatan hasil daripada memerangi rasuah dan memerangi kroni ialah  RM47 bilion  dan perbelanjaan hanya RM32.2 bilion,  maka Pakatan Rakyat mampu malahan lebihan. Ini tidak masuk lagi hasil balak, minyak, sawit dan sebagainya. 

Sekarang rakyat hendak dengar hujah Datuk Najib yang kata kalau laksanajJanji Pakatan Rakyat maka negara akan bankrap.
Malangnya Datuk Najib cuba mengalih isu debat kepada isu liwat. Nampaknya saf kabinet negara memang pemimpin lebai malang. Tan Seri Muhyiddin Yasin suruh Pakatan Rakyat naikkan gaji guru yang berkhidmat di negeri Pakatan. Manakala Datuk Ahmad Maslan Ketua Penerangan Umno merangkap Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri menyuruh negeri Pakatan Rakyat menurun harga barang di negeri pakatan.

Kesemua pemimpin tertinggi Umno fikiran mereka satu skima sahaja gagal  menjawab soalan yang berbentuk fakta. Sepatutnya menjawab masalah, bukan lari daripada masalah yang dibangkit.

PAS yakin Datuk Seri Najib bimbang dengan  kadar inflasi pada tahun ini dijangka berada sekitar 2.5 hingga tiga peratus dan peningkatannya diramal lebih pantas menjelang separuh kedua ekoran pertumbuhan ekonomi dunia.
Penganalisis ekonomi AmResearch, Manokaran Mottain tidak menolak inflasi bakal meningkat lebih pantas sekiranya kerajaan melaksanakan cadangan di bawah rasionalisasi subsidi yang dikemukakan Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu)

Ustaz Idris AhmadKetua Penerangan PAS Pusa



Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'

Saturday 15 January 2011

Majlis Dailog Akta Rang Undang2 Perbadanan Kampung Baru ( Kampung Baru Atas " A " )






Alhamdulillah Majlis Berjalan lancar petang tadi ...melalui soal jawab dgn penduduk kini mereka faham tentang Akta tersebut , dua peguam muda dari Pejabat parlimen titiwangsa , Sekretariat Pembangunan Kg Baru ( SPKB ) serta YB Dr Lo'Lo' hadir memberikan penerangan di majlis tersebut , program ini tidak terhenti disini sahaja kerana Pihak SPKB  akan buat Road Show di enam buah Kampung Lagi .
Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'

Wednesday 12 January 2011

PAS bersikap terbuka kepada semua kaum


Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 9 Jan: PAS bersikap terbuka kepada semua kaum di negara ini bukan bertujuan meraih sokongan politik semata-mata sebaliknya kerana mengikut perintah Allah Taala, tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Abdul Hadi berkata, Islam sememangnya tidak memaksa penganut agama lain memeluk Islam namun umat Islam diwajibkan menjalinkan hubungan baik sesama manusia tanpa mengira agama, bangsa dan kaum.
"Kita berhimpun di sini untuk melancarkan Sua Kasih kita bersaudara melibatkan semua kaum, bukan secara pandai-pandai diatur oleh PAS.
"Sebenarnya inilah perintah Allah SWT yang menurunkan ajaran Islam. Walaupun kita umat Islam mengakui dan percaya bahawa Islam mengajak kaum yang lain bersama kita dan dalam masa yang sama kita dilarang memaksa pengganut agama lain mengikut agama kita.
“Tapi dalam masa yang sama kita diwajibkan menghubungkan kasih sayang sesama manusia, bukan sahaja terdiri darpada pelbagai kaum dan bangsa bahkan terdiri daripada pelbagai agama," katanya sewaktu menyampaikan ucapan di majlis pelancaran Sua Kasih Kita Bersaudara di tapak Kompleks Pendidikan Titiwangsa, Jalan Gurney, dekat sini petang tadi.
Menurut beliau juga, PAS hanya menjalankan peranannya mewujudkan kemakmuran tanpa diskriminasi kaum seperti yang diperintahkan Allah.
"Peranan manusia di atas muka bumi ini bagi memakmurkannya dan Allah mewajibkan manusia hidup bermasyarakat.
"Allah membahagikan manusia ke seluruh pelusuk dunia, yang hidup di tempat masing-masing, dengan cuaca masing-masing, hasil bumi masing-masing, bangsa dan budaya masing-masing," katanya di hadapan kira-kira seribu tetamu yang terdiri daripada Melayu, Cina dan India.
Program anjuran bersama Lajnah Penerangan dan Dakwah Dewan Muslimat PAS Pusat (LPD DMPP) dan pusat khidmat masyarakat parlimen Titiwangsa itu turut dihadiri Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pimpinan-pimpinan yang lain.
Antaranya setiausaha agung, Datuk Mustafa Ali, Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar, bendahari, Dr. Mohd Hatta Ramli, Ketua Muslimat, Nuridah Salleh dan beberapa pimpinan lain.
Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) daripada beberpa negeri juga memenuhi majlis dengan diketuai pengerusinya, Hu Pang Chau.
Sementara itu, ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo' Lo' Ghazali yang juga ahli jawatan kuasa muslimat PAS Pusat berkata, program tersebut terlaksana di atas kesedaran peri pentingnya mewujudkan persaudaraan sesama manusia, bukan lakonan untuk meraih sokongan rakyat.
"Kita tidak bercakap retorik, kita tidak berbelanja jutaan ringgit, kita tidak ada penasihat daripada Apco yang dibayar berjuta ringit untuk melahirkan satu suasana kasih sayang antara satu sama lain.
"Kita tidak boleh pilih nak jadi orang Melayu ke, orang Cina ke, India ke. Ini bukan pilihan kita tapi daripada Allah. Jadi tak ada sebab kita nak prejudis antara satu sama lain.
"Tidak ada formula lain untuk mewujudkan keharmonian antara kaum selain sifat hormat-menghormati," katanya.
Justeru beliau berkata, jika Pakatan Rakyat diberi peluang memerintah negara ini, segala dasar yang digubal akan mengambil kira kebajikan seluruh rakyat tanpa ada diskriminasi kaum.
"Berilah peluang kepada Pakatan Rakyat untuk membuktikan bahawa kami boleh memastikan setiap rakyat dalam negara kita ini saling berkasih sayang melalui program yang kami disediakan.
"Kalau kami diberi peluang menjadi Kerajaan Pusat, kami akan pastikan seluruh dasar menjurus kepada kebajikan kepada seluruh rakyat tanpa diskriminasi kaum," katanya.
 
 

Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'

Pelbagai Bangsa hadir ke Majlis meraikan program " SUA KASIH KITA BERSAUDARA "




Kaunter Pendaftaran sibuk sejak Awal pagi
Pemeriksaan Kesihatan ...Cik Kumutha ( Pernah Bertanding sebagai  Calon Pas di Johor ) sedang menjalani pemeriksaan Kesihatan
Bahagian paling meriah ( Pertandiangan Mewarna )





bergambar dgn anak & anak saudara

geng2 unit amal

kaum2 india disambut oleh Puan Sharifah Dan En Abu assan

Wakil2 Pemuda Wilayah & Titiwangsa
   
Sdr Zulhazmi bersama anak sedang menderma darah



YB Dr Lo'Lo' walaupun kurang sihat tetapi begitu bersemangat untuk hadir kemajlis tersebut.

Acara melelong barangan koleksi Pimpinan Pas Pusat

Adik kecil ini memenangi tempat pertama untuk pertandingan mewarna

     


YB Dr Lo'Lo' melawat Klinik Kesihatan sambil menerima penerangan darim Pn Sharifah Rashidah

YB Dr Lo'Lo' dgn pemenang 3 pertandingan Explorasi Minda

Wakil kaum India dari Kota Raja bersama ahli parlimen Kota Raja YB Dr Siti Mariah Mahmood

Urutan reflexilogi pun ada

Pengarah Program Sua Kasih Kita Bersaudara Cik Aiman Atirah Al-jundi

Mursyidul Am Pas TNGA & Presiden Pas TGHH hadir ke majlis perasmian " Sua Kasih Kita Bersaudara "


Ucapan Alu-aluan dari Tuan Rumah program " Sua Kasih Kita Bersaudara " YB Dr Lo'Lo'



Presiden Pas Tuan Guru haji Hadi menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan Program " Sua Kasih Kita Bersaudara "































Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'