Sabtu 29 Mei 2010
Blog ini dibangunkan sejak awal tahun 2006/1427 dengan bantuan anak saya, atas kesedaran untuk berkongsi pengalaman, informasi serta perjalanan hidup saya dengan pengunjung blog. Adalah diharapkan perkongsian ini adalah perkongsian bijak yang memberi manfaat kepada diri saya sendiri dan masyarakat majmuk Malaysia serta yang paling penting membantu agenda memartabatkan Islam.
Monday, 31 May 2010
Majlis Tadarrus Al - Quran dan Pelancaran Projek Kitar Semula
Sunday, 30 May 2010
Menteri WP halang Wakil Rakyat Titiwangsa dari bercakap isu Kg Baru
Orang-orang Kg Baru menyaksikan sendiri sikap menteri 'pintu belakang' yang langsung tidak menghormati seorang wakil rakyat yang dipilih rakyat
Dia umumkan Drs Sulaiman letak jawatan dan ucap tahniah kepada Dato Johari Ghani yang baru jadi Pemangku Ketua Bahagian Umno Titiwangsa bukan politikkah? Apa kena mengena Umno Titiwangsa dengan isu Kg Baru kalau bukan sebab politik.
Perbincangan-perbincangan yang telah berjalan di peringkat KWPKB dan DBKL dan disertai Umno Bahagian TW bukan politikkah? Saya diketepikan dan tidak diturut sertakan bukan politikkah?
Raja Nong Chik bercakap atas kapasiti apa? Sebagai pemilik tanah Kg Baru atau kapasiti Menteri WP? Kenapa boleh bercakap dan jadi penganjur program? Sudah tentu atas kapasiti menteri sebab dia bukan pemilik atau pewaris Kg Baru. Saya juga ada hak bercakap atas kapasiti wakil rakyat.
Hari ini saya dimalukan tetapi saya yakin Allah Maha Adil, sudah pasti apa yang berlaku ada hikmahnya dan insyaAllah orang Kg Baru yang menyaksikan gelagat melampau Menteri WP dan beberapa penyokong kuat Umno akan terus berpihak dan menyokong saya dan PR dalam PRU 13 nanti.
Ini bukan kali pertama Raja Nong Chik bersikap melampau. Semasa melawat Keramat Mall tahun lalu, juga tanpa memberitahu kepada saya selaku wakil rakyat beliau telah mengeluarkan kata-kata "Takkan mana saya pergi mesti bagi tahu YB, ni saya nak pergi tandas, nak ikut?". Walau pun sudah minta maaf tapi sikap buruk tersebut beliau ulangi lagi hari ini. Saya difahamkan beliau sering juga menghalang program-program YB Nurul Izzah selaku Wakil Rakyat Lembah Pantai. Nampaknya menteri bernama Nong Chik ini hanya berani dengan orang perempuan !
Saya ingin ingatkan bahawa rakyat sudah tidak tertelan lagi dengan politik Umno/BN hingga Blok minyak M dan L terlepas ke Brunei. Tanjung Pagar yang 100% Malaysia punya kini terpaksa dikongsi dengan singapura 60:40 di Woodland. Semasa majlis pagi tadi pun saya dengar figur 60:40 untuk Kg Baru.
Saya sangat bimbang pemilikan Melayu Islam Kg Baru akan terus tergadai oleh mereka yang tidak ikhlas, tidak jujur, tidak amanah kerana tidak takutkan Tuhan. Saya difahamkan ada sebahagian KECIL yang bercakap berdegar-degar tadi adalah kaki judi dan memang menunggu peluang untuk mendapat keuntungan segera dari Projek Pembangunan Kg Baru.
Seruan saya pada anak-anak Kg Baru, "Selamatkanlah Kg Baru, JANGAN menang sorak kampung tergadai". Moga-moga Allah menetapkan pendirian anak-anak Kg Baru supaya tidak berputih mata melihat Kg Baru terlepas pemilikannya.
Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali
Ahli Parlimen Titiwangsa
docpearl.blogspot.com
032698002
Thursday, 27 May 2010
Jalanraya Rosak Di sepanjang Jalan Wirawati
Aduan sudah dibuat oleh Cawangan Titiwangsa tapi tiada tindakan lanjut dari pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Al-Fatihah untuk Ust Ahmad Ismail kembali Kerahmatullah akibat Kanser
Sewaktu Di Wad Untuk Rawatan dikunjungi wakil Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Titiwangsa sdr Hafiz dan Cikgu Yusoof
Sedang Berbual dgn cikgu yusoff dan sdr hafiz
Sedang Berbual dgn cikgu yusoff dan sdr hafiz
Wednesday, 26 May 2010
Yang Dipertua Persatuan Anak-Anak Melayu Selangor / WP kembali kerahmatullah
Berjumpa dgn balu Allahyarham yang juga agak uzur kerana mengidap stoke dan penyakit2 lain.
Allahum Maghfirli Hayyina wa Maiyitina.....
Berbicara dgn anak arwah dan En Zaini.
Yang Dipertua PAS Kepong kembali ke Rahmatullah akibat serangan jantung
YB Dr Lo'lo' berbual dengan isteri arwah Cikgu Nordin
Pesuruh Jaya PAS Wilayah Persekutuan, Us Hassan Shukri dan lain-lain pimpinan PAS yang datang menziarahi.
Muslimat bertadarrus sementara menunggu jenazah diuruskan.
Haji Zainal berucap kepada hadirin bagi pihak keluarga Arwah Cikgu Nordin


