Episod Chua, amaran kpd semua pimpinan BN dan ahli
Kata Najib tentang skandal sex: Ahli2 parti mesti berdisiplin dan berkelakuan yg sewajarnya pada bila2 masa. Oleh kerana PRU akan berlaku bila2 masa, isu2 yg melibatkan kepimpinan parti akan kerap muncul........Itu kata2 Najib.
Kata Menteri KekWa pula dalam TV: Sebagai pemimpin kita seumpama duduk dlm rumah kaca, sentiasa diperhatikan. Jadi kena jaga kelakuan biar bersesuaian dgn budaya dan etika ......
Begitulah komen pimpinan UMNO, tiada langsung menyebut tentang masalah moral & akhlak, tiada langsung rujukan kepada larangan Allah, tiada tersentuh lansung dosa dan pahala. Yg ditakuti ialah imej yang tercemar, budaya dan etika. Yg dirisaukan kerana pilihanraya sudah dekat, kalau baru menang PRU mungkin akan dikatakan buatlah semaunya, kan rakyat Malaysia cepat lupa.
Skandal sex bukan sahaja isu MCA, tetapi juga isu UMNO dan MIC. Saya bukan bercakap omong kosong. Fail2 mahkamah buktinya. Mugkin Dolah,Najib dan Rais Yatim sudah lupa atau buat2 lupa,tapi saya dan saya percaya ramai lagi tidak lupa. Tentu masih ingat kes skandal sex Vijandran dimana bahan bukti ‘hilang’ dari simpanan polis. Masih baru lagi rasanya dalam ingatan saya bagaimana seorang Ketua wanita UMNO sebuah kawasan pinggir KL yang mati dibunuh disebuah hotel di Pudu. Begitu juga kes Ketua wanita UMNO dari sebuah negeri yang juga mati dibunuh dalam hotel. Sungguh memalukan apabila dalam perbicaraan kedua2 kes bunuh mereka didedahkan mereka yang merupakan pimpinan wanita UMNO melakukan hubungan seks terlarang dengan pasangan masing2 yang sudah tentunya bukan suami mereka. Malu dan meng’aibkan. Oleh kerana cerita itu jauh dari PRU maka kes tersebut ‘hilang’ begitu sahaja dalam mahkamah.
Jangan disebut lagi cerita2 yang didengar tentang pimpinan yang dikatakan terlibat dengan gadis bawah umur, merogol pembantu rumah sehingga mengandung, ditangkap khalwat, hubungan dengan artis dan selebriti. Masa PRK pun ada Wakil Rakyat yang ambil kesempatan berasmara-dana dengan senator.Sorang suami orang, sorang lagi isteri orang. Itu belum disenaraikan lagi pimpinan BN yng berjudi hingga berhutang berjuta RM, yang tidak segan silu minum arak dan mengaku pula tu, yang nampak bersahaja memegang bahu wanita bukan mahramnya, yang berpeluk dan berlaga pipi kerana terlalu’happy’. Ini semua budaya mereka, Cuma jangan bocor atau kata budak2 sekarang jangan kantoi, macam Menteri Kesihatan.
Bekas Menteri Kesihatan sekurang2nya berani mengaku dihadapan rakyat, yang lain-lain sembunyi belakang seluar dan kot ‘bos’. U scratch my back, I scratch your back. Pandai makan pandai simpan. Yang lagi smart, jika kantoi, hantar kapak untuk diamkan macam kes mustakizah, bagi minum racun macam kes heroin filem Tamil/model yang dikatakan ada skandal dengan anak menteri. Yang paling smart bila kantoi , letupkan aje dengan peledak C4, biar hancur berkecai bahan bukti hidup yang boleh bercakap.
Kepada saudara mara saya yang masih duduk dalam kapal UMNO, Kak mun, Abang Man, Dato Wan dan Datin serta yang lain2, insaf2lah. Sudah2lah tu. Takkan kita nak terus menerus sokong kemungkaran yang berlaku depan mata. Lepas satu,satu telor tembelang UMNO/BN pecah, baunya membuatkan kami semua muntah. Larat lagike nak duduk dalam kapal tu? Berbaloike kerja keras Kak Mun? Kata2 Najib dan Rais jelas membuktikan tiada Nahi Mungkar dalam UMNO/BN. Amal maaruf mungkin ada, tetapi nahi mungkar, Nahi !
Kepada Sahibus samahah Mufti yang kuat mempertahankan sunnah, yang dengar cerita berjalan jauh dibawa menantu PM, takkan nak diam diri. Bersuaralah, katakan sesuatu. Kapal UMNO/BN semakin pincang dan senget. Kalau setakat jadi Pegawai Kerajaan tu biasalah, tapi kalau dah bersekongkol dan cenderung dengan program parti, itu namanya telah lari dari landasan dan tujuan asal pegang jawatan Mufti, atau mungkin juga firasat saya salah kut. Bimbang bila dah termakan budi taksanggup nak kritik dah lagi.
Polis pun turut melatah. Turun sedozen ahli2 forensik Polis.Yang disiasat hotel tempat berlaku adegan panas. Perlakuan yang panas membakar, jijik, hina, berdosa dan salah disisi undang2 negara pun nampak macam tiada tindakan akan diambil. Melakukan zina, melakukan seks luar tabi’i dan menonton bahan lucah semuanya salah disisi undang2 negara. Kira dah letak semua jawatan selesai kes, tutup fail, buang dan bakar DVD. Cukuplah tu, jangan diganggu lagi dia, malah bagi liputan untuk dia menyuarakan luahan hati dan perasaan. Jadikan dia hero kerana berani bukan kerana benar.
Letih dan lemas kita dengan bau busuk bangkai dan telor tembelang UMNO/BN. Yang malu bukan sahaja ahli UMNO/BN tetapi kita juga selaku rakyat Malaysia. Selepas ni mana nak letak slogan KKM: Amalkan cara hidup sihat, jauhi seks bebas, cegah HIV/AIDS. Selepas ini apa kita nak cakap kpd remaja2 dan budak sekolah dalam kempen KKM. Jangan berzina, tapi kalau nakbuat juga pakai kondom dan jangan kantoi! Astaghfirullah........sesak dada sebab SOB (short of breath).
Dr Lo’lo’ HMG
4 dan 5 Jan 2008