Wednesday 13 February 2008





Ini satu lagi persoalan yang sering di salah erti dan dimainkan oleh UMNO. Bila kita memberitahu kepincangan kerajaan UMNO/BN siap dengan fakta2nya dan mereka tidak mampu menafikan dikatakanlah ini fitnah dan tidak baik menyebut keburukan orang lain.Sebagai contoh, adakah istana Dato Zeck satu fitnah?DrLo'lo'



ANTARA MENGUMPAT DAN MEMBERITAHU.

1. Umat Melayu adalah satu umat yang special. Umat Melayu adalah satu umat yg lembut, berhemah dan bersopan santun. Umat Melayu bukan jenis memaki orang, bertengkar kasar, tetapi satu umat yang banyak mengalah dan memendam rasa. Walaupun begitu, berhemah dan bersopan santun umat Melayu tidak bermakna mereka tidak menyimpan didalam hati. Jika umat Arab boleh bertengkar begitu hebat, mereka juga boleh baik dengan kadar hampir serta merta. Mereka boleh bersalam, bercium dahi dan kemudiaanya pergi seolah olah tidak ada apa apa yang berlaku. Umat Melayu belum tentu demikian, didepan tidak ada apa berlaku, didalam hati atau di belakang mungkin banyak yang berlaku.

2. Oleh kerana umat melayu yang berhemah tinggi, perkara mengumpat adalah satu perkara yang dibenci. Jika didalam arena politik, ahli politik A memberitahu akan keburukan ahli politik B, umat melayu dengan mudah mengatakan ahli politik A telah mengumpat. Mereka begitu benci jika ini berlaku walaupun tanpa mereka sedari, gossip dan umpat adalah perkara lumrah dalam kehidupan mereka terutama apabila di kedai minum teh dan juga di pejabat. Dan kalau ahli politik A menggunakan perkataan yang agak keras, dengan mudah ahli politik A dikatakan memaki hamun.

3. Walaupun aktiviti mengumpat adalah biasa didalam masyarakat melayu, terutama nya didalam dunia pekerjaan dipejabat, mereka merasa janggal apabila orang politik menyebut kesalahan demi kesalahan kerajaan yang memerintah. Adakalanya ahli politik ini ada menyebut serba sedikit hal individu individu tertentu dan memang diakui ada yang terlebih sedikit dalam sebutan mereka. Mereka ini dituduh sebagai membuka kesalahan orang lain.

4. Persoalannya, ADAKAH SALAH UNTUK KITA MENYEBUT KEBURUKAN ORANG LAIN DIDALAM SEMUA PERKARA?

5. Jawapan yang ingin saya utarakan ialah, APABILA KITA MENYEBUT KESALAHAN ORANG LAIN, TIDAK SEMUANYA DIKATEGORIKAN SEBAGAI MENGUMPAT, terutama didalam usaha menegakkan keadilan dan memilih kepimpinan negara.

6. Jawapan saya itu adalah berdasarkan kepada pendapat 2 ulama besar, iaitu imam Ghazali didalam buku Bimbingan Mukminin, dan imam Yusuf Qardhawi didalam buku Halal Dan Haram Dalam Islam.

7. Imam Ghazali mengariskan 6 perkara yang membolehkan menceritakan hal orang lain. Iaitu

a. Didepan hakim didalam membela seseorang dari penganiayaan.
b. Apabila meminta bantuan orang lain untuk mengubah sesuatu kemungkaran atau mengembalikan seseorang ke jalan kebaikan.
c. Mengingatkan seseorang Muslim kepada sesuatu kejahatan seseorang. Dimana tujuannya mengingatkan orang lain supaya menjauhkan diri dari orang itu. Begitu juga didalam kes membincangkan kesesuaian seseorang untuk menjadi suami atau isteri , iaitu didalam pemilihan pasangan hidup.
d. Apabila seseorang itu memang sengaja terang terang membuat kefasikan dan bermegah megah dengan perbuatan itu.
e. Ketika meminta fatwa atau penerangan sesuatu hukum dalam ugama.
f. Apabila seseorang itu terkenal dengan sesuatu gelaran, maka tidak salah untuk menyebut gelaran itu walau menyebut gelaran itu bagaikan mengumpat.

(Adakah pembeliaan jet mewah utk PM dan pemimpin lain MENGGUNAKAN DUIT RAKYAT satu fitnah dan umpatan?DrLo'lo')


8. Bertolak dari perkara 6, terutama perkara 6a & 6c, dimana memberitahu akan keburukan orang dibolehkan kerana ada kepentingan menegakkan keadilan dan memilih pasangan, maka boleh ditakrifkan bahawa DIDALAM MEMILIH KEPIMPINAN KITA DIBOLEHKAN UNTUK MEMBERITAHU AKAN KEBURUKAN ORANG JIKA PERLU.

9. Memilih kepimpinan negara adalah suatu perkara yang amat penting. Salah pilih kepimpinan, bukan saja negara akan menghadapi bahaya, ianya juga akan mencengkam dan menzalimi rakyat. Mereka akan menghabiskan harta negara dengan perangai korupsi mereka dan berbillion ringgit akan hilang.

10. Walaubagaimana pun didalam usaha untuk menerangkan dan memberitahu bahawa orang tertentu tidak layak untuk menjadi kepimpinan negara, adab adab masih perlu dijaga. Ianya mestilah tidak sampai hingga ketaraf menghina orang itu.

11. Pemberitahuan itu hanya untuk menerangkan orang ramai bahawa orang begini tidak layak memimpin negara. Imam Yusuf Qardawi didalam membicarakan mengenai memberitahu keburukan orang lain kerana sesuatu kepentingan berkata "Dan jika kepentingan itu dapat ditempuh dengan sindiran maka tidak boleh berterang-terangan atau menyampaikan secara terbuka". Cuma kadang kadang penggunaan sindiran tidak memberitahu perkara sebenarnya dan hanya membuatkan orang keliru dan tertanya tanya.

12. Tapi pokoknya, didalam usaha memberitahu keburukan orang lain dalam pemilihan kepimpinan, kita perlu berhati hati dan menjaga adab sebaiknya. Tetapi jangan kita pula menolak ada kalanya memang ada keperluan untuk memberitahu keburukan orang lain, untuk memastikan mereka yang bersih sahaja memegang tunggak kepimpinan.

Saya sertakan disini, beberapa mukasurat buku bimbingan mukminin dan buku yusuf qardawi yang telah saya scan.

Sila download dari link ini. http://www.savefile s.net/d/jx6i2j4y 4oeivqq.html

Saya harap pihak pembaca akan membaca untuk mendapatkan gambaran sebenar. Jangan mudah untuk tidak bersetuju sebelum membaca helaian buku tersebut ataupun helaian buku buku lain.

hamdy

Tuesday 12 February 2008

Cerita luar negara yang menarik minat saya. Betapa pimpinan AK bersabar dan penuh berhikmah juga BERSTRATEGI bagi memenangi hati dan minda rakyat turki sehingga akhirnya menguasai parlimen dan mampu membuat perubahan yang telah dinanti2kan oleh seluruh ummat Islam dan para pencinta kebebasan serta hak asasi manusia.


isteri Kamal Atartuk asalnya menutup aurat, tapi dibuang apabila Kamal menggila dengan dasar sekularnya. Kamal telah disiksa Allah semasa di penghujung hayatnya tetapi rakyat Turki yang telah dirasuk sekular tidak mengambil iktibar

SYUKUR ALHAMDULILLAH AKHIRNYA SAUDARA2 KITA DITURKI MENDAPAT KEBEBASAN UNTUK MENGAMALKAN SURUHAN / AJARAN ISLAM DALAM ASPEK MENUTUP AURAT TERUTAMA KAUM MUSLIMAH.Saya kongsikan disini gambar2 yang berkaitan. DrLo'lo'

Boleh pakai tudung di universiti - Parlimen

ANKARA 9 Feb. - Parlimen Turki hari ini telah mengundi menarik balik
pengharaman pemakaian tudung di universiti dalam keputusan yang tidak
pernah berlaku sebelumnya, ketika terdapat bantahan besar-besaran
daripada golongan berfahaman sekular.

Pindaan perlembagaan itu telah diluluskan dengan undian 411
menyokong berbanding 103 menentang oleh Parlimen yang dikuasai secara
majoriti oleh Parti AK.

''Cadangan pindaan telah diluluskan. Saya berharap ia dilakukan demi
kepentingan Turki dan dilaksanakan atas semangat toleransi dan tanda
perdamaian,' ' kata speaker Parlimen, Koksal Toptan kepada ahli-ahli
Parlimen selepas pengundian dijalankan.

Sementara itu, berpuluh ribu rakyat Turki mengibarkan bendera mereka
dan melaungkan slogan sekular sebagai protes terhadap perubahan
berkenaan hanya beberapa kilometer dari Parlimen di tengah Ankara.

Perdana Menteri Tayyip Erdogan dari Parti AK, berkata, pengharaman
pemakaian tudung merupakan satu penafian yang tidak adil terhadap hak
asasi individu dan kebebasan beragama di Turki yang mana dua pertiga
wanitanya menutup kepala mereka.

- Agensi


gambar2 para aktivis yang PROTES kenaikan harga minyak dan barang kena belasah

>

ULASAN SEORANG BLOGGER BILA NAJIB KATA TURUN HARGA MINYAK NEGARA AKAN BANKRAP

DR LO'LO'

Turunkan harga minyak untuk memancing undi?

Inilah andaian yang dibuat oleh pihak kerajaan dalam berhadapan dengan parti pembangkang sekarang dalam kemelut kenaikan harga minyak di pasaran dunia.

Polemik yang diutarakan oleh pemimpin negara ini sebenarnya tidak lebih dari helah untuk menutup kelemahan sistem pengurusan dana awam umat Islam, marilah kita melihat hal ini dalam versi yang benar ini kerana negara Malaysia mengimport dan mengeksport minyak, bahkan kenaikan harga minyak di pasaran dunia memberikan pendapatan bersih kepada negara (ada untung dari kenaikan).

Mengikut laporan Asian Development Bank, dalam buku laporan tahun 2007 tentang Malaysia (hal. 217),

“As a net hydrocarbons exporter, high international energy prices provide a cushion for government spending. In 2006, a $1 per barrel rise in the price of crude oil corresponded to RM228 million ($62 million) higher oil-related revenues. Such revenues represented 37% of central government income; however, remaining retail fuel subsidies could absorb up to one quarter of these receipts.” [www.adb.org]

Kalau dilihat dari angka statistik, Malaysia mendapat nilai tambah hasil sebesar RM228 juta bila berlaku kenaikan petroleum sebanyak USD1 setong. Bagaimana mungkin ¼ subsidi dari keuntungan penjualan bersih petroleum, boleh membantutkan program pembangunan, sedangkan ¾ lagi hasil keuntungan dari kenaikan ini masih ada bakinya?

Inilah hakikat pemimpin yang ada. Mereka langsung tidak peduli akan hukum Islam dan tanggungjawab mereka di dalam mentadbir negara. Minyak itu bukan hasil pendapatan negara, tapi ia merupakan kekayaan milik umum (milkiatul ammah) dengan kata lain ia adalah milik umat Islam secara keseluruhan. Hadis Rasulullah adalah begitu jelas di dalam hal ini dan hanya pemimpin yang jahil yang tidak mahu kembali kepada Islam sahaja yang tidak mahu berhukum dengannya.

Minyak adalah sumber tenaga manusia dan merupakan bahan galian yang disebut sebagai ma’ul addi (galian yang tidak putus) dalam istilah fiqh. Ia termasuk dalam perbincangan nas syarak tentang pemilikan umum dalam sifatnya sebagai:-

(1) sumber bahan api
(2) melimpah-ruah (kuantiti yang besar)

Adapun sifatnya sebagai bahan api (tenaga), ini sebagaimana diterangkan oleh Rasulullah saw,

“Kaum Muslimin bersekutu kepada tiga perkara iaitu air, api dan padang rumput” [HR Ahmad, Abu Daud dan juga Ibn Majah; Sunan Ibn Majah, Al-Ahkam, no #2743].

Imam As-Syaukaani memberi komentar berkenaan dengan lafaz (an-nar - api) dalam hadis tersebut, dikatakan sebagai,

“kayu-kayan yang dijadikan bahan pembakar untuk kegunaan manusia, ada yang mengatakan untuk mendapatkan pelita dan sinaran cahaya daripadanya, dan ada yang mengatakan bahawa ia adalah arang batu yang dapat menjadi bahan pembakar yang berada di tanah mati.” [Nailul Authar, As-Syaukaani, Ihya Ulmawat]

Meskipun ada perbezaan pendapat yang diutarakan oleh Imam As-Syaukani, tetapi maksud ‘api’ itu tidak dapat lari dari makna sumber bahan api (sumber tenaga). Jadi, petroleum yang ada hari ini yang digunakan sebagai sumber tenaga dan untuk menjana kuasa elektrik adalah termasuk. Ia dapat dikategorikan dalam makna ‘api’ dalam hadis ini. Jadi adalah salah untuk ia di monopoli oleh syarikat kapitalis atau negara kerana ia adalah milik umum umat Islam.

Adapun sifatnya petroleum sebagai bahan yang berkuantiti besar (ma’ul addi/air yang tidak putus) yang memasukkannya ke dalam milkiatul ammah, ini sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah saw yang pernah menarik balik pemberian lombong garam bukit yang kuantitinya banyak yang diberikan kepada Abyad. Sebagai mana dicatat oleh Imam Tarmizi, dalam hadits tersebut, Abyad diceritakan telah meminta kepada Rasul untuk dapat mengelola sebuah tambang garam, lalu Rasul meluluskan permintaan itu, tapi segera diberitahu oleh seorang sahabat,

“Wahai Rasulullah, tahukah engkau, apa yang engkau berikan kepadanya? Sesungguhnya engkau telah memberikan sesuatu yang bagaikan air yang mengalir (maa'ul Addi)” Rasulullah kemudian bersabda: “(Jika begitu) tarik kembali pemberian tersebut darinya". [HR Tarmizi, dipetik dari kitab Nizhamul Iqtisadi Fil Islam, Taqiuddin Nabhani, ms 215].

Tugas negara dalam hal ini adalah menjadi penyelia kepada milik awam, dalam bentuk pembahagian agihan milik awam ini. Adalah haram bagi negara atau mana-mana syarikat untuk mengaut untung dari hasil minyak ini, sebaliknya negara wajib mengagihkannya secara percuma kepada rakyat.

Dari MYKHILAFAH.COM

NGRA PENGELUAR MINYAK BAGI RAKYAT MINYAK PERCUMA, KERAJAAN UMNO/BN NAIK HARGA MINYAK.INSYAALLAH KERAJAAN BARISAN RAKYAT AKAN TURUNKAN HARGA MINYAK JIKA DIPILIH.BUKTI TAWARAN KITA BUKAN JANJI PILIHAN RAYA ATAU OMOMNG KOSONG SHJ. Rakyat Turkmenistan dapat minyak percuma ASHGABAT 9 Feb. – Kerajaan Turkmenistan hari ini mengumumkan pemberian minyak petrol percuma kepada rakyatnya pada setiap bulan. Pemilik kereta akan mendapat 120 liter minyak dan pemandu lori, traktor serta bas pula mereka akan mendapat 200 liter manakala penunggang motosikal pula memperoleh 40 liter. Pengumuman tersebut telah dikeluarkan dalam akhbar milik kerajaan, Neutral Turkmenistan. “Pemilik kenderaan akan diberikan kupon yang memberikan mereka hak mengisi secara percuma di stesen minyak,” lapor akhbar berkenaan. Bagaimanapun bagi mereka yang menggunakan minyak melebihi dari had yang ditetapkan mereka terpaksa membayar sendiri mengikut harga pasaran. Turkmenistan yang merupakan negara kaya dengan hasil minyak,

Saya kongsikan disini email yg saya terima sbg bukti UMNO buat Msia mcm brg pusaka. Tiada langsung segan silu atau rasa berdosa.

Dr Lo'lo'

No2umnO
UMNO MENYELEWENG LAGI
Menjelang PRU - PPD Kuala Terengganu jadi pejabat UMNO

Ditulis oleh MatStringer
Buletinonline
Saturday, 09 February 2008

Kuala Terengganu. 8 Feb – Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kuala Terengganu, telah mengulangi tindakan tidak professional Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu(JPNT) bersekongkol dengan kemungkaran dan menjadi ‘perkakas’ UMNO.

Tindakan itu dilihat oleh para aktivis sektor pendidikan sebagai satu penghinaan kepada ikrar para guru, yang telah membuat aku janji perkhidmatan dengan rakyat dan kerajaan Malaysia dan bukannya kepada mana-mana parti politik. Sekaligus ia meghancurkan konsep ‘berkecuali’ yang terkandung didalam nilai-nilai utama didalam perkhidmatan awam sebagaimana yang terkandung didalam Modul Nilai dan Etika yang telah dikeluarkan oleh Institut Aminuddin Baki.

Surat tersebut yang bertarikh 3 Februari, 2008 yang ditandatangani oleh Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam dan Moral, dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Daerah Kuala
Terengganu adalah merupakan surat jemputan yang berupa ‘arahan’, ditujukan kepada semua guru-guru J-Qaf suapaya ‘wajib’ hadir ke Majlis Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Biro Penerangan UMNO Kuala Terengganu

Pada 13 Januari lalu, JPNT telah mengarahkan dengan paksaan, semua Ustaz dan Ustazah J-Qaf seluruh Terengganu untuk hadir ke satu majlis yang serupa, yang telah diadakan di Wisma Darul Iman. Majlis tersebut menjadi satu kejutan kepada para guru J-Qaf apabila didalam satu sessi mereka dirayu secara terus-terang oleh ADUN dan Ahli Parlimen, supaya memilih UMNO didalam Pilihanraya Umum kali ini.
(Foto: Majlis yang diadakan pada 13 Januari lalu)

Ekoran dari kegagalan dan kurang berkesannya majlis tersebut, difahamkan pihak JPNT telah mengarahkan supaya ianya diadakan diperingakat daerah. Tindakan tidak beretika dan tidak professional JPNT ini dikatakan kerana ad aura-ura bahawa Pengarah JPNT akan dicalonkan sebagai salah seorang calon UMNO untuk pilihanraya akan datang.

Apabila di ajukan pertanyaan kepada seorang pesara perkhidmatan perguruan berkaitan perkara diatas, guru pencen tersebut secara spontan berkata “sebab itu orang ramai mengesyakki ada penipuan didalam keputusan UPSR negeri Terengganu”


Inilah maklumat yang sering disembunyikan oleh UMNO/BN tentang realiti Negeri Kelantan dibawah Kerajaan PAS. Kedudukan Kelantan ditempat keenam dari bawah dari segi isi rumah miskin tegar, namun kos sara hidupdi Kelantan adalah yang terendah berbanding negeri2 lain.


KES DR BASMULLAH, DOKTOR PERTAMA JADI MANGSA AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN SWASTA 1998.

Saya baru balik dari Mahkamah Jln Duta kerana mengiringi dan menyokong Puan Norlizah ibu kepada 8 orang anak. Kenalan saya ini adalah isteri Dr Basmullah, Doktor pertama di Malaysia yang jadi mangsa kepada penguatkuasaan Akta tersebut oleh Kementerian Kesihatan. Dr.Basmullah telah di penjarakan kerana tidak mampu membayar denda sebanyakRM500K (yang diturunkan kepada RM 120,000) kerana didapati menjalankan operasi Klinik swasta tanpa lesen sejak 10 tahun yang lalu.(Bunyi tuduhannya " Bahawa kamu pada 11 Julai 2007 jam lebih kurang 10mlm di alamat no 55 Jln 5/76*, Desa Pandan Off Jln Kg Pandan, 55100 KL telah didapati mengendalikan satu klinik perubatan swasta iaitu Pusat Perubatan Al Hilal Sdn Bhd yang digunakan bagi amalan perubatan pesakit luar tanpa didaftarkan dibawah seksyen 27 AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN SWASTA 1998 (586)dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan dibawah seksyen 4(1) yang boleh dihukum dibawah seksyen 5(1)(b)(i) akta yang sama).

Ada banyak perkara disebalik kes yang nampak simple dan 'very technical' ini. Pertama akta yang tersebut baru sahaja diberi nafas baru oleh mantan Menteri Kesihatan (yang tidak mengamalkan 'cara hidup sihat' ) Dr Chua soi lek iaitu sejak tahun 1 Mei 2006 yang lalu. Saya sendiri telah menghadiri pelbagai seminar, bengkel dan kursus untuk memahami akta baru ini.

Kesimpulanya para doktor baru diperkenalkan dengan akta ini. Yang keduanya, penguatkuasaan pun baru bermula,sedangkan sebelum ini kebanyakan klinik tidak berdaftar dengan KKM, hanya mendapat lesen dari PBT. Ketiga, kenapa setelah 10 tahun baru KKM hendak mengambil tindakan jika benar beroperasi tanpa lesen itu salah. Saya masih ingat lagi jawapan dari Dr Chua apabila ditanya tentang akta baru yang meletakkan doktor sebagai penjenayah kerana setiap akta yang tidak dipatuhi tindakannya adalah denda beratus ribu ringgit dan penjara. Beliau menyatakan akta ini bertujuan untuk menghukum doktor2 palsu yang berleluasa. Malangnya kini doktor yang ada APC yang menjadi mangsa kerana masalah teknikal yang boleh ditangani dengan cara yang lebih profesional.

Klinik Al Hilal kepunyaan Dr Basmullah beroperasi di kawasan Kg Pandan. Menurut isterinya Klinik mereka telah diserbu pada satu malam 11 Julai 2007 oleh pegawai dari KKM dan beberapa ramai anggota Polis serta kereta peronda yang menyekat jalan keluar dari semua penjuru kawasan sekitar klinik seolah-olah mereka sedang melakukan operasi menangkap penjenayah ganas. Klinik dan beberapa peralatan seperti ultra sound telah disita, dan pelbagai jenis ubat2an telah dirampas. Belau kerugian beratus ribu ringgit dan tidak dapat beroperasi sehingga akhirnya terpaksa bekerja dengan klinik kawannya. Semasa beliau dibicarakan beliau tidak mampu untuk mengambil peguam dan setelah didenda tidak pula mampu membayar denda sehingga akhirnya terpaksa merengkok dalam penjara. Isteri beliau sendiri hanya mengetahui beliau dipenjarakan setelah 4 hari tidak pulang kerumah kerana menyangka beliau berada dirumah isteri keduanya. Kini isteri Dr Basmullah terpaksa bekerja sebagai tukang masak disebuah kantin di Shah Alam dan menyewa rumah di Kajang.

Menurut Puan Norlizah beliau tidak tahu menahu tentang masalah klinik yang dikatakan tiada lesen dan terkejut dengan tindakan KKM. Sepanjang pengetahuan beliau mereka tidak pernah menerima sebarang amaran dari KKM sebelum serbuan dibuat dan klinik mereka disita.sedangkan beliau tuan punya bersama Klinik tersebut dengan suaminya. Kebanyakan rakan dan kenalan Dr Basmullah tidak mendapat maklumat tentang apa yang berlaku termasuk saya sendri. Saya hanya menyedari apabila menerima sms bertanya betulkah saya dipenjarakan kerana menjalankan operasi klinik tanpa lesen kerana ramai yang salah sangka oleh kerana nama hospital yang saya kendalikan iaitu Pusat Perubatan Kohilal , Taman Melawati agak sama dengan Klinik AlHilal kepunyaan Dr Basmullah.

Kes Dr Basmullah kini ditangani oleh YB Karpal Singh dari sudut
perundangannya. YB Karpal sedang berusaha untuk mendapatkan pembebasan Dr Basmullah yang tidak sepatutnya dipenjarakan kerana masalah teknikal sedangkan umum mengetahui berapa banyak kilang2 haram yang beroperasi berpuluh tahun tidak pun diambil tindakan. Ini bukan bermakna Dr Basmullah tidak melakukan kesalahan tetapi sepatutnya beliau dimaklumkan dan diberi amaran secara telus oleh pihak KKM tetntang kecuaian beliau itu.

Sekiranya beliau benar-benar engkar setelah diberi beberapa kali amaran barulah tindakan diambil. Janganlah periok nasi dan premis operasinya ditutup secara kekerasan.Kami para Doktor Swasta bukan pesalah, kami telah sama-sama membangun dan menyumbang kepada sistem kesihatan dan perubatan negara, malah mantan PM Malaysia juga bekas Doktor swasta.

Kebajikan isteri dan keluarga Dr pula diurus oleh Muslimat Titiwangsa dan Kajang. Saya selaku pengerusi LKKPP telah menyumbang sebanyak RM600 untuk meringankan bebanan Puan Norlizah. TKH juga akan menyumbang untuk melangsaikan kos cukai jalan dan insuran kereta puan Norlizah yang tertunggak.

Saya difahamkan ramai kenalan Dr Basmullah juga telah membantu dan
menyokong keluarga ini yang dalam kesusahan. Jika ada yang menyumbang sila sampaikan melalui Dana Kami Prihatin, 12113010026150 BIMB Melawati.

Dr Lo'lo'
docpearl@doctor.com
docmarjan@yahoo.com
docpearl@haotmail.com