Thursday, 16 July 2009

Dari Tranungkite tentang RNC & RM

Kebakaran Di Kerinchi: Raja Nong Chik dan Rosmah dihalau
Posted on Wednesday, July 08 @ 01:00:00 PDT by
TokPenghulu


Oleh
Nasali Ismail

Kebakaran beberapa buah rumah di kampung Kerinci seminggu yang lalu menimbulkan pelbagai konflik yang belum berakhir. Selepas kebakaran tersebut, beberapa pimpinan politik baik daripada Pas, PKR dan Umno datang menziarahi mangsa-mangsa.

Antara yang hadir ialah Menteri Wilayah yang juga ketua Umno Bahagian Lembah Pantai Raja Nong Chik. Kehadiran beliau telah disambut dengan herdikan daripada seorang mangsa. Khabarnya Raja Nong Chik melarikan diri ke dalam kereta. Mangsa yang berang dengan Raja Nong Chik terus meluru dan katanya menendang kereta beliau sehingga kemik.



Keesokan harinya sekali lagi Raja Nong Chik datang bersama dengan 'puaka' (Datin Seri Rosmah Mansur). Rosmah datang membawa bantuan untuk mangsa. Namun bantuan itu diberikan kepada mangsa-mangsa tertentu sahaja dan salah seorang mangsa kebakaran tidak menerima. Akibatnya isteri kepada mangsa kebakaran ini keluar dari rumah dan berdepan dengan Rosmah sambil mengatakan 'ni barua'. Puas merah padam muka Rosmah dimaki oleh perempuan ini. Namun dia hanya mendiamkan diri. manakala juaknya Raja Nong Chik memujuk wanita ini dengan mengatakan petang nanti bantuan yang berbaki akan diberikan.

Kenapa begitu marah mangsa kebakaran ini kepada Rosmah dan Raja Nong Chik? Untuk makluman penduduk kampung Kerinchi ini merupakan sebahagian daripada penduduk yang diarahkan pindah ke perumahan PPR. Sebahagian mereka membantah kerana mereka dipindahkan ke PPR Cempaka yang berjauhan dari rumah asal. Ini mendatangkan masalah kerana anak-anak mereka semuanya bersekolah di Kerinchi. Keduanya kedudukan rumah PPR Cempaka yang berhadapan dengan loji najis amat memualkan mereka. Oleh itu mereka memohon untuk dipindahkan ke PPR berhampiran berhadapan masjid Ikhlasiah yang masih kosong satu bangunan. Namun permintaan mereka tidak diselesaikan.

Keduanya ketika hari kejadian, rumah yang berpenghuni hanyalah sebuah sahaja. Bakinya sudah tidak ada penghuni kerana sudah berpindah. jadi rumah-rumah tersebut berkunci. Pada tengahari kejadian, salah seorang mangsa melihat api menyala di tengah salah satu rumah yang terbakar. Persoalannya siapa yang membakar kerana rumah itu tidak berpenghuni. kemudian apabila api sudah naik, dilihat dua lelaki melarikan diri dari rumah tersebut. Ini bermakna seolah-olah adanya unsur-unsur sebotaj dalam kebakaran tersebut.

Ketiganya apabila bantuan diberikan, ramai muka yang tidak dikenali mengaku menjadi mangsa. Sedangkan empat buah rumah yang terbakar itu tidak berpenghuni. Manakala rumah yang ada penghuni dianak tirikan ketika penyampaian bantuan oleh Rosmah.

Mungkinkah inilah sebahagian punca kemarahan penduduk kampung Kerinchi kepada Raja Nong Chik dan Rosmah Mansur

Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga (yang menimpa) diri kamu, melainkan telah sedia ada dalam kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami (Allah) menjadikanya. Sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang telah diberikan kepada kamu, dan ingatlah Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong, takbur, lagi membanggakan diri

(Al-Hadid (57:22-23)

Wednesday, 15 July 2009

BEG MISTERI YG JADI UMPAN BN KALAH TIPIS ?: berat sampai senget pengangkatnya Beg misteri turun dari 2 buah Heli yang membawa TPM dengan kuncu2nya. Penyokong PAS yang cedera masa insiden kekecohan Hari Mengundi MU Muslimat PAS yang cedera agak teruk dan sedang diusung kekereta untuk dibawa ke hospital. Yang dihebohkan oleh media penipu adalah puteri umno yg kununnya pengsan dan tercabut gigi. Sebagai Profesional dan Doktor Perubatan kejadian yang menyebabkan kecederaan fizikal waktu hari mengundi tidak sepatutnya berlaku pada mana2 pihak pun. Buat apa polis beribu2 orang di MU jika kejadian seperti ini pun tak dapat dibendung. Dikatakan ada 3000 polis vs 12000 pengundi. Cuma ada 9 UPU, takkan tak mampu untuk mengurus PRK di DUN yang begitu kecil. Dr Lo'lo'
PAS menang tipis di Manek Urai. Mustafa Mohd kata UBN menang secara moralnya. Inilah UBN yang masih tidak mahu berubah dan masih 'tidor'. Rakyat tolak UBN dalam 6 PRK dimana UBN melabur jutaan RM. Lihat gambar misteri diatas (saya cut&paste gambar ni dari satu laman blog) seorang lelaki tersenget2 bawa beg yg begitu berat turun dari helikopter yang dinaiki juga oeh TPM. senget macam dacing BN, nasib baik tak terbalik macam lambang UMNO yang saya 'pinjam' dari satu laman blog politik. Apa agaknya dalam beg tersebut ? dikatakan ini kali kedua TPM turun dgn Heli dmana ada orang dia bawa beg berat seperti tu? Saya tidak perlu komen, masing2 buat telahan sendiri.
Lapuran Polis telah dibuat tentang RASUAH POLITIK TPM yg janjikan jambatan baru menyambung MU lama dgn MU baru serta jadikan MU pusat Agropolitan. Orang MU pun tak faham apa itu agro politan, tapi dengar jambatan baru tentulah ramai yang 'terlior' sebab secara mudahnya ramai yg kata kalau undi BN dapat duit, dapat jambatan, pd masa sama Kerajaan PAS/PR di Kelantan tidak tergugat. Yang menang kami rakyat MU. Teringat saya 'pedasnya sambal pepijat di MU'. Sedapnya sambal ni sehingga takperasan namanya 'huduh', baunya macam bau pepijat. Camtulah sebahagian pengundi yg undi BN, sedapnya tawaran BN yg hanya berilai RM7 juta terlupa yg UBN dah SONGLAP 1 BILLION duit minyak rakyat Kekantan termasuklah rakyat MU.
Kata orang PAS ganas, puteri UMNO sampai pengsan. Sepanjang pengalaman saya dalam PRK yang ganas dan tidak senonoh adalah UMNO. Sampaikan wanita umno yg dah kira ganyut pun sanggup tunjuk2 bontot, puterinya lagilah pulak, lucah habis. Dalam media tunjuk sgt cite PU cederalah, pengsanlah. Tengok gambar orang PAS yang berdarah kepala, ada muslimat yang cedera agak teruk dan terpaksa diusung masuk kereta dan dimasukkan hospital. Gambar muslimat tidak berjaya saya perturunkan disini sbb masalah teknikal.

Tuesday, 14 July 2009

Pembicaraan Bermula jam 9 pagi ini 7 Julai 2009

1. PAS Wilayah Persekutuan melahirkan rasa kecewa dan terkejut dengan campurtangan politik yang sangat jelas ke atas badan kehakiman berhubung pengendalian kes perhimpunan Bersih di Parlimen yang melibatkan sepuluh orang penyokong dan pimpinan tertinggi PAS.

2. Kes tersebut yang ditetapkan untuk bicara pada 7 hingga 9 Julai 2009 ini pada asalnya telah ditangguhkan kerana Hakim perlu menghadiri kursus di Melaka.

3. Mahkamah telahpun menyerahkan surat kepada peguambela tertuduh dua minggu yang lepas bagi memaklumkan penangguhan tersebut. Walau bagimanapun, pada hari Jumaat (3 Julai 2009) lebih kurang jam 12.00 tengahari, pihak Mahkamah telah menghubungi peguambela tertuduh dan memaklumkan bahawa mereka mendapat "arahan" untuk meneruskan dengan perbicaraan sungguhpun Hakim yang mengendalikan kes tersebut sepatutnya menghadiri kursus seperti yang ditetapkan.

4. Perubahan arahan di saat akhir ini sangat meragukan dan menampakkan tekanan dan campurtangan politik yang cukup tidak bermoral ke atas kes ini, lebih-lebih lagi menjelang penamaan calon Pilihanraya Kecil DUN Manik Urai pada hari ini.

5. Kes ini melibatkan pimpinan tertinggi PAS iaitu YB Dr Mohd Hatta Md Ramli selaku Bendahari PAS dan juga Ahli Parlimen Kuala Krai (di mana DUN Manik Urai berada di dalam kawasan parlimen tersebut) , Ust Nasrudin Hassan, Ketua Pemuda PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh, Ketua Dewan Muslimat PAS, YB Dr Lo'Lo' Dato Hj Mohamad Ghazali , AJK PAS Pusat yang juga merupakan Ahli Parlimen Titiwangsa telah ada komitmen yang penting masa penamaan calun & Program Khas Ahli Parlimen turun padang, YB Dr Mohd Nasir Hashim, Presiden Parti Sosialis Malaysia yang juga merupakan ADUN Kota Damansara dan lima penyokong Pakatan Rakyat yang lain.

6. Mereka telah ditahan kerana kononnya berhimpun secara haram di perkarangan Parlimen pada 11Disember 2007 untuk menyerahkan memorandum bantahan pindaan perlembagaan bagi melanjutkan tempoh persaraan setahun lagi Tan Sri Abdul Rashid, Pengerusi SPR pada ketika itu. PAS Wilayah Persekutuan amat berharap agar perbicaraan kes ini dapat berjalan dengan seadil-adilnya dan tanpa gangguan dan campurtangan politik parti pemerintah.

7. Sebab utama kes ini perlu sangat disegerakan oleh "pihak atasan" amat diragui dan dipersoalkan, kerana dalam masa yang sama ribuan kes-kes lain yang melibatkan nyawa dan hak asasi tertuduh masih belum lagi dibicarakan. Ini menunjukkan berlakunya "selective prosecution" yang sangat jelas dalam insitusi kehakiman negara dan mengesahkan lagi pandangan umum bahawa insitusi kehakiman kita masih belum bebas sepenuhnya dari tangan-tangan kotor parti pemerintah.

AHMAD ZAMRI BIN ASA'AD KHUZAIMI

Pengerusi Lajnah Guaman

PAS Wilayah Persekutuan,