Showing posts with label Sidang Akhbar. Show all posts
Showing posts with label Sidang Akhbar. Show all posts

Thursday, 10 December 2009

Sidang Akhbar

YB bersama Pemilik Kedai...
9 Disember 2009, 10.00 pagi bertempat di Kedai No 6A Jalan Datuk Keramat,54200 Kuala Lumpur, Pemilik Kedai Dihadapan Stesyen LRT Damai Datuk Keramat Kuala Lumpur bersama Ahli Parlimen Titiwangsa telah mengadakan satu sidang akhbar/ media bagi menyampaikan ketidakpuashati mereka (Pemilik kedai) tentang tanah mereka yang akan diambil oleh DBKL, sedangan setiap lot tanah mereka mempunya geran (tanah persendirian)... untuk serterusnya inilah statement yang mereka:
Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas.
klik utk besarkan
sidang media....
YB Dr telah membawa perkara ini ke Parlimen...
4.33 ptg.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh beberapa isu iaitu pertamanya Butiran 03000 – Kompleks Perniagaan dan Pasar.
Saya ingin menyentuh isu Keramat Mall yang telah pun saya sebelum ini sentuh dan telah pun dijawab oleh Menteri Wilayah Persekutuan. Akan tetapi pada masa itu telah dimaklumkan bahawa nilai pembinaan Keramat Mall adalah sebanyak RM49 juta, dan pasar ini masih juga lagi pasar yang berharga hampir RM50 juta, masih lagi tidak mahu dihuni ataupun digunakan oleh peniaga-peniaga daripada Pasar Keramat lama sekarang ini.
Oleh sebab masalah parking dan juga masalah-masalah lain yang mereka tidak setuju. Jadi penyelesaian kepada masalah parking ini dimaklumkan bahawa mereka ataupun DBKL akan mengambil lapan lot rumah-rumah kedai berhampiran untuk dijadikan supaya kawasan itu boleh digunakan untuk tempat parking kereta yang dibina setinggi lima tingkat dengan kos RM15 juta. Jadi di sini penduduk-penduduk ataupun tuan punya kepada lapan lot kedai ini tentulah akan protes dan bantah. Kenapa mereka menjadi mangsa, kalau mahu dikatakan perancangan DBKL yang mungkin tidak menepati kehendak orang ramai. Jadi mereka sangat tidak berpuas hati. Aset mereka, rumah mereka, dan kedai mereka akan diambil secara paksa dan mereka tahu kerajaan boleh melakukan ini. Akan tetapi sebagai rakyat mereka sangat kecewa kerana mereka menjadi mangsa kepada perancangan yang boleh dikatakan agak tidak tepat. Jadi saya ingin bertanya kalau sekiranya mereka enggan berpindah, saya yakinlah jawapannya mereka akan menggunakanlah undang-undang dan peraturan yang ada untuk memastikan mereka berpindah. Ini disebabkan kononnya untuk lebih ramai lagi penduduk-penduduk Keramat Mall.
Saya sendiri pun mahu Keramat Mall ini beroperasi sebab bertahun-tahun sudah terbengkalai kemudian sudah siap pun masih lagi tidak digunakan. Akan tetapi saya juga bersimpati dengan lapan orang penduduk asal di situ yang telah berpuluh tahun menghuni dan ada aset di situ dipaksa meninggalkan tempat mereka kerana masalah perancangan seperti yang saya katakan sebentar tadi tidak menepati kehendak yang sewajarnya.
Oleh kerana mungkin mereka ini akan tetap dipaksa berpindah. Jadi saya hendak memberi cadangan supaya lima tingkat bangunan parking yang akan dibina dan termasuk juga di situ adalah pasar basah hendaklah ada di antara satu-satu tingkat bangunan itu diberikan kepada lapan orang penduduk ini sebagai tuan punya. Ini sebagai orang kata menggantikan kehilangan rumah kedai mereka sekarang ataupun sebahagian daripada Keramat Mall yang sedia ada ini dijual kepada mereka kerana mereka merasakan mereka berhak untuk tinggal di situ dan mereka masih berhak untuk mengekalkan identiti mereka sebagai salah seorang penduduk Datuk Keramat. Itu tentang Keramat Mall.
Keduanya juga saya ingin bertanya adakah kos RM15 juta yang dikatakan untuk pembinaan lima tingkat bangunan parking dan juga pasar basah ini benar-benar menepati apa yang dikatakan kos efektif? Ini disebabkan saya bimbang pasar yang asal itu Keramat Mall cuma RM49 juta. Akan tetapi sebuah lagi bangunan yang hanya untuk parking dan juga pasar basah berharga RM15 juta. Jadi saya harap supaya pihak DBKL dapat memberikan butiran-butirannya supaya tidak timbul lagi selepas ini masalah ketirisan dan juga kebocoran.
Kemudian perkara yang kedua yang ingin saya bangkitkan adalah pasar-pasar lain di sekitar Kuala Lumpur terutama di Titiwangsa, misalnya di Pasar Chow Kit. Saya ingin tahu apakah perancangan kepada Pasar Chow Kit ini? Jikalau sebelum ini dalam draf Kuala Lumpur 2020 telah ada satu perancangan yang saya kira kita boleh terima, tetapi saya percaya sekarang draf Kuala Lumpur 2020 masih lagi dalam peringkat impian. Jadi pada masa sekarang ini apakah perancangan DBKL dengan Pasar Chow Kit yang saya ingat begitu daif dan sangat memerlukan up grading, dengan izin? Ia tidak boleh terus dibiarkan mungkin dalam keadaan begitu lima tahun ataupun sepuluh tahun lagi.
Seterusnya isu peniaga-peniaga pendatang asing di Jalan Raja Alang dan juga di Jalan Raja Bot yang masih tidak dapat ditangani dengan baik. Saya setiap kali lalu jalan ini Tuan Pengerusi, saya sakit hati. Ini kerana mereka ini berniaga sampai tengah jalan sampai kita tidak boleh lalu. Mereka ini kebanyakannya bukan rakyat Malaysia. Malah apabila saya mengadu kepada pihak DBKL, mereka ini buka gerai durian kalau musim durian Tuan Pengerusi, mereka buka meja di tengah-tengah jalan itu. Begitu berleluasa. Manakah dia penguatkuasaan DBKL? Apabila saya complaint ini. Timbalan Menteri ada di sini apa yang mereka buat, penguat kuasa DBKL pergi ke pasar Keramat, robohkan gerai durian yang ada di Pasar Keramat dan pegawai penguat kuasa itu kata, “Ini YB awak yang suruh.” Pilih lagi YB pembangkang.
Tuan Pengerusi, inikah sikap pegawai kerajaan yang sangat tidak patut? Saya begitu prihatin dengan keadaan ini. Saya sendiri merasakan tidak selesa apabila berjalan di situ, tetapi ini yang dilakukan oleh seorang pegawai yang sepatutnya amanah kerana dia menerima amanah daripada rakyat. Bukan mempersoalkan wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat. Jadi saya harap ini bukan kali pertama saya jumpa Pegawai DBKL terutama Bahagian Penguat Kuasa yang berkata begitu. Saya harap Timbalan Menteri yang ada di sini dan juga pegawai-pegawai tinggi DBKL terutamanya Bahagian Penguat Kuasa, saya kenal siapa pengarahnya dan saya biasa berurusan supaya memastikan bahawa pegawai-pegawai penguat kuasa tidak lagi mengeluarkan
perkataan-perkataan seperti ini.
Seterusnya saya ingin bercakap tentang Butiran 04000 - Projek Sosial, Rekreasi dan Kemudahan Awam Kuala Lumpur. Saya ingin bertanya tentang Taman Tasik Ampang Hilir di mana Taman Tasik Ampang Hilir ini telah pun dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dalam saya ingat sebulan yang lalu yang di mana saya hampir-hampir tidak dijemput. Saya dijemput pun setelah dijolok baru dijemput. Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar kata beliau sangat mesra dan prihatin dengan Ahli-ahli Parlimen yang lain.
Saya mengatakan saya tidak dijemput walaupun ia berada di dalam kawasan saya. Saya hanya tahu tentang perasmian ini apabila dimaklumkan oleh penduduk-penduduk di situ. Penduduk-penduduk di situ yang maklumkan kepada saya “Yang Berhormat, adakah Yang Berhormat akan datang pada hari perasmian? Ini kerana Menteri Wilayah Persekutuan akan turun.” Esok hendak buat perasmian, hari ini barulah surat jemputan sampai ke pejabat saya setelah saya menghubungi Ketua Pengarah atau Timbalan Ketua Pengarah DBKL.
Ini sikap yang saya rasa sangat tidak patut diteruskan sedangkan saya wakil rakyat di situ. Apa masalahnya jemput saya pada perasmian? Malangnya saya tidak dapat hadir pada perasmian itu kerana saya telah berjanji dengan rakyat dalam satu program yang lain. Apabila saya sampai sahaja sebaik saya habis program maka, telah pun habis majlis perasmian itu. Akan tetapi, saya rasa amat kesal sikap yang begitu. Kalau saya boleh mengetepikan kepentingan politik saya, sensitiviti politik saya untuk bekerjasama dengan Timbalan Menteri Wilayah di sini saya boleh nyatakan di sini untuk kepentingan penduduk-penduduk Indian settlement, kenapa perkara yang sama tidak boleh dilakukan oleh pihak daripada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar... [Tepuk]
Saya juga ingin bertanya berapakah kos yang dikenakan untuk membina Taman Tasik Ampang Hilir ini? Saya difahamkan hampir RM25 juta. Bayangkan hendak bina taman tasik, tasik yang sudah sedia ada yang hendak dibina, yang hendak dibangunkan berharga RM25 juta. Ada satu dewan orang ramai yang saya tidak boleh guna pun Tuan Pengerusi. Tidak boleh guna. Saya hendak buat open house, saya tidak boleh guna dewan itu. Saya wakil rakyat, saya hanya diberi khemah buruk di luar untuk buat open house saya. Dibina berjuta-juta, wakil rakyat tidak boleh guna untuk buat open house...
Seorang Ahli: Rakyat didahulukan.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Orang lain boleh guna dewan itu, saya tidak boleh guna dewan itu. Saya hanya boleh guna di luar sahaja. Jadi, saya memang sangat kesal lah, saya cukup sensitif lah dengan apa yang berlaku. Jadi saya ingin bertanya berapakah kos pembinaan Taman Tasik Taman Ampang Hilir itu dan siapakah pemajunya? Senaraikan kos sebenar dewan dan kos sebenar pemulihan tasik tersebut.
Begitu juga saya ingin bertanya kos naik taraf Taman Tasik Dato’ Keramat sehingga selesai sekarang. Itu memang saya ucapkan terima kasih. Taman tasik itu telah pun digunakan dengan baik, malah kemudahan yang ada boleh dikirakan sudah tidak mencukupi kerana wakil rakyatnya pun turun exercise, so rakyat pun ramai turun exercise. Malangnya telah dicemari oleh sampah daripada mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab. Sekian, terima kasih.