Sunday 18 June 2006

Individu Miskin vs Gerakan Islam Fakir ? Semasa saya menyemak email saya yang tidak tersemak2 saya terjumpa satu email lama yg saya rasa sangat menarik dan patut dibincangkan diperingkat ysng lebih arif. Saya bercadang untuk bertanya lebih lanjut. Dr LL 18 Jun 06 ---------------------- Assalamualaikum Semalam, aku baru saja mengambil 8 bungkusan besar barang makanan untuk diagih-agihkan untuk fakir miskin...cawangan aku yang paling sikit ambil, mungkin sebab cawangan paling sikit penduduk yaitu terdiri dari 2buah perumahan kos rendah. Walau berstatus kos rendah, mungkin dah lama(hampir 20 tahun) penghuninya dah ada yang pakai stream, cr-v dan sebagainya. Rata rata masing masing ada kenderaan. Kebanyakan barangan ini diberi kepada ibu tunggal sahaja yang pada saya tak miskin mana....(malang nya jadi bapak tunggal)... Sebenornya tujuan saya menulis nih bertujuan mengajak tuan-tuanmemikirkan kaedah terbaik mengagihkan barangan seperti ini kepada yang benar-benar layak. Misal kata, nun di kampung sana (tempat lahirku)rasanya masih ramai yang benar benar daif atau sebahagian yang diceritakan oleh si muniq nih. Bagi aku mungkin sebahagian kutipan PAS (tempat kurang orang benar-benar miskin) boleh dihantar ke tempat orang yang benar-benar miskin atau pupun hantar ke luar negara seperti kemboja dan thailand (dengar ceritanya memang depa benar benar miskin). Memang jika dilihat kita perlu mengutamakan keluarga, jiran dan sahabat handai, cuma aku tak pasti bagaimanakah kita patut jika situasi itu jadi begini? Satu hal lagi tang zakat fitrah,...Yang aku faham zakat fitrah nih lebih afdal diberi kepada fakir miskin. Mungkin juga boleh transfer spt bungkusan tadi....dan yang sedikit menyentuh hati aku tak tau berapa persen yang PAS peruntukkan dari zakat fitrah yang dikutip untuk faqir miskin atau ada kaedah masalah lain...misal kata orang benar-benar miskin tak ramai di Msia nih..jadi yang benar miskin adalah gerakan Islam...maka GERAKAN ISLAM afdalnya dah beralih kesini?...boleh ke? Haih....aku ingat abu nidal tau kaedah nih....kita mintak dia jawab.... -----Original Message----- Jalan-Jalan Bulan Puasa: Sebuah Rumah Setitis Darah Pada Puasa hari ke-18 yang lalu, beserta rakan-rakan dari NGO PertubuhanAmal Warga Kilang Muslim (Utara) Malaysia, WARGAKILANG.COM, kamibertolak ke daerah Gerik Perak dalam misi Jalan-Jalan Masuk Kampung dibulan Ramadhan. Seperti tahun yang sudah-sudah, misi kami ialah untuk menyalurkan bantuan dan sumbangan kepada insan-insan yang memerlukan. Adalah beberapa buah rumah yang sempat kami kunjungi, tapi dalam banyak-banyak rumah itu, rumah Nor Atikah(16 tahun) dan 5 orang adik-adiknya di Kampung Alai, Gerik Perak adalah yang paling terasa di hati. Oleh kerana kami bukannya orang Gerik, maka agak sukarlah juga untukmenjejak alamat rumah beliau seperti yang diberikan kepada kami oleh Guru sekolah beliau itu, tapi setelah tersesat sana tersesat sini, akhirnya selepas menyusur tepian sebatang anak sungai, sampai juga kami ke rumah mereka. Ketika kami ke sana, ibu mereka tiada di rumah kerana keluar bekerja mencari rezeki. Tiap-tiap hari macam tu lah, tinggallah mereka 6 beradik take care each other bila ibunya keluar bekerja; mungkin dah jadi macam rutin biasa sejak ibu mereka bergelar Ibu Tunggal sejak kira-kira 4tahun yang lalu. Nasib baik berdekatan rumah mereka itu, ada nenek dan tok wan mereka yang sudah agak berusia; maka kepada nenek dan tok wan inilah mereka mengadu nasib bila ibunya tiada bersama-sama. Oleh kerana tuan rumah (ibu mereka) tidak ada, jadi kami ke rumah Nenek mereka minta tolong temankan kami masuk ke rumah tersebut untuk menghulurkan sumbangan berkenaan. Bila kami mula bertanya, macam-macam diceritakan oleh Nenek mereka; seolah-olah sudah lama beliau menanti seseorang untuk mencurahkan semua rasa yang berbuku di dada. Menurut nenek mereka (Tok Saadiah), budak-budak 6 orang ini [Nor Atikahdan kembarnya Nor Amirah form 4, Nor Afiqah form 3, Amirul Ashraf darjah6, Amirul Aliyuddin darjah 4 dan Amirul Aizat darjah 1] makan dan minum ala kadar sahaja sejak ibunya bergelar IT 4 tahun yang lalu. Apa tidaknya, ibunya hanyalah bekerja kilang di sebuah kilang kayu berdekatan, pendapatannya adalah dalam RM20 sehari. Kata Tok Saadiah: "Bayangkanlah, budak-budak ini semua sekolah belaka, belanja sekolahRM15 sehari, duit Van RM4 sehari; semua sekali RM19 sehari....mak dia kerja dapat RM20, tolak sembilan belas ringgit....tinggal RM1. Seringgit itu sajalah yang tinggal untuk belanja dapur makan minum dll" Makna kata kalau tak ada back-up daripada tok wan dan nenek yang dok kerja kampung itu atau pun sdra mara terdekat, kira memang nazak sungguhla hidup budak-budak ini. Patutlah pun, masa kami pi tu, bila kami tanya mana adik-adik depa hat tiga orang lagi tu, Nor Atikah habag budak-budak tu pi tengokTV.....rumah jiran!! Logik la, dengan pendapatan bersih RM1 sehari, nak beli ikan bilis pun tak lepas, inikan pula nak beli TV!! Tapi, bila tengok rumah depa, nampak okey la jugak, tapi macam rumah separuh siap saja dengan bata simen tak berplasta dan tingkap nako cermin tak berapa nak sempurna, mungkin tengah dok buat agaknya, belum siap lagi. Bila kami tanya lebih lanjut, Tok Saadiah bagitau, rumah itu adalah hasil daripada duit SOCSO yang diperolehi oleh ibu mereka(~RM10,000) bila mana jari beliau terpotong machine di tempat kerja. Makna kata, rumah yang Nor Atikah dan adik-adiknya huni itu adalah hasil DARAH ibu mereka yang menitis di tempat kerja, rumah itu adalah duit DARAH ibu mereka yang mungkin terlalu tertekan memikirkan mana lagi nak dicari nafkah harian untuk anak-anaknya itu hinggakan terlupa yang rantaian mesin pemotong sedang menghiris jari jemarinya. Hebat sungguh pengorbanan seorang wanita bernama Ibu, yang sanggup berkorban apa sahaja hatta berkorban darah sekali pun demi mencari nafkah sesuap nasi untuk anak-anak tercinta. Apa-apa pun itu semua mungkin sudah takdir, yang akhirnya dengan hasil darah yang mengalir itu, dapatlah anak-anak beliau menghuni sebuah rumah yang agak selesa walaupun bata simennya tinggal terbuka tidak berplasta. Bila ditanya kepada budak-budak itu, tahun ini baju raya sudah beli ke belum, cepat-cepat neneknya menyampuk: "Baju Raya.....hmm, kalau harap mak budak-budak ini, pakai tak pakai baju rayalah budak-budak ini!!" Tapi, secara ikhlas kami merasakan budak-budak itu tak berapa kisah sangat pasal baju raya, kerana bagi mereka dapat makan minum dan tempat tinggal yang sempurna pun sudah kira alhamdulillah dan lebih dari cukupdah. Cubalah bayangkan, dalam keadaan hidup serba kekurangan bersama seorang ibu berstatus Ibu Tunggal ini pun, budak-budak itu masih boleh ceria dan tidak berapa jauh sangat ketinggalan dalam pelajaran. Misalnya si Nor Afiqah yang dalam form 3 itu, dalam peperiksaan pertengahan tahun baru-baru ini beliau dapat no 1 dalam tingkatan 3Cnya, dan no-17 untuk keseluruhan tingkatan. Mengambil kira latarbelakang keluarga, keputusan macam itu kira sudah okeylah tu! Bila dok sembang lama-lama dengan budak-budak itu, rasa sedih juga nak melangkah pergi, tapi sebelum itu sempat kami hulurkan barang-barang keperluan dapur dan duit raya sekupang dua buat kegunaan mereka sempena hari raya nak datang ini, dan sempat juga kami berpesan supaya belajar rajin-rajin, kata kami dengan ilmu sahajalah mampu mengubah masa depan mereka bila besar nanti. Oh ya, sebelum itu saya sempat juga tunaikan zakat fitrah untuk tahun ini di rumah mereka. Dalam perjalanan pulang, seorang sahabat yang turut serta bercerita, tatkala saya menghulur dan meniatkan fitrah itu, beliau nampak jelas manik-manik jernih mengalir di mata adik Nor Afiqah bt Anuar yang form3 itu; mungkin kerana jumlah zakat campur wang sedekah yang NGO kami hulurkan itu melebihi pendapatan bulanan ibu mereka; atau pun mungkin itu adalah air mata gembira kerana dengan wang sumbangan yang tak seberapa itu kali ini mereka 6 beradik mampu berhari raya seperti rakan-rakan mereka yang lain, atau pun mungkin juga hati adik NorAfiqah benar-benar tersentuh kerana walaupun mereka enam bersaudara tinggal nun jauh di pinggir sungai di pedalaman Gerik sana, tapi masih ada insan yang sudi menjenguk keluarga beliau di bulan Ramadhan yang mulia ini. Kami percaya, Nor Afiqah dan kakak serta adik-adiknya tentunya akan lebih gembira jika sekiranya lebih ramai lagi insan-insan perihatin diluar sana yang sudi melawat dan menziarah mereka. Sesungguhnya, hati kami benar-benar tersentuh melihat ketabahan mereka enam beradik menempuh hari-hari muka dengan keadaan hidup dan pendapatan ibunya yang tidak seberapa. Sekalung tahniah harus diucapkan buat ibu mereka, Pn Maimunah Bt Khairuddin yang begitu tabah membesarkan anak-anak dengan seadanya. Moga sumbangan kami yang tak seberapa ini akan mampu menceriakan hari-hari mereka menjelang kedatangan Hari Raya yang akan datang ini. Akhir kata, kepada semua pembaca, diucapkan Selamat Hari Raya dengan ucapan Di Kala Kita Bergembira Dengan Ketupat Lemang dan Sanak Saudara, Janganlah Lupa, Ada Ramai Lagi Insan-Insan Kurang Bernasib Baik di Luar Sana Yang Perlukan Perhatian dan Sumbangan Kita. Jenguk-Jenguklah Mereka. Selamat Hari Raya WARGAKILANG.COM23.10.05
I'M TOO BUSY Everyday as i woke up at dawn My mind started working the moment i yawned There were many things to do, o dear! That's why i hastily did my Subuh prayer I didn't have the time to sit longer to praise the Lord To me rushing out after prayer is nothing odd...Since school, i had been busy every minute Completing my tutorials and handlining in it My thesis took up most of my time always No time did i have to Allah i praise too many things to do and dhzikr is rare for Allah, I really had no time to spare.. When i've grown up, I started my career working all day to secure my future When I reached home, I prefer to have fun I chatted on the phone but i didn't read the Quran Spent too much time surfing the Internet sad to say, my faith was falling flat... The only time i have left is weekends During which i prefer window shopping with friends I couldn't spare time to go to the mosque I'm too busy, that's the BIG CAUSE... I did my five prayers but did so quickly After prayer, I didn't sit longer or reflect quietly I didn't have time to help the needy ones I was loaded with work as my precious time runs No time at all to visit a sick Muslim friend to orphans and elderly, I hardly lent a hand I'm too busy to do community service When there were gatherings, I helped the least My life was already full of stress So i didn't counsel a Muslim in distress I didn't spend much time with my family b'coz i thought, doing so is silly... No time to share with non-Muslim about Islam Even though I know, inviting causes no harm No time to do Sunnah prayers at all All these contribute to my imaan's fall.. I'm busy here and busy there I've no time at all, that's all i care I went for religious lessons, just once in awhile Coz i'm too busy making a pile... I worked all day and i slept all night Too tired for Tahajjud and it seemed not right To me, earning a living was already tough So i only did basic deeds but that's not enough.. No time at all, to admire God's creation No time to praise Allah and seek His Compassion Although I know how short is my lifeFor Islam, I really didn't strive.. Finally the day comes, when the Lord calls for me And I stood before Him with my life's history I feel so guilty b'coz i should have prayed more Isn't that what a Muslim lives for? To thank Allah and do more good deeds And the Quran is for us all to read..
Bersama Wanita PKR di London Semasa di London bersama Wanita PKR dan suami mereka. Kami dalam perjalanan balik dari misi menziarahi DSAI yg pada masa tersebut dirawat di Alpha Clinic
Tips Menghargai Pasangan: Isteri Dulu…… Tips ini adalah untuk pasangan yang sah dinikahkan, bagi yang belum tu, boleh jugak baca untuk knowledge; 1. Anggap pasangan seperti diri sendiri Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi apatah lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh banyak pasangan. Pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri. Kemana pun anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga akan menjadi bahagia. 2. Isteri bukan pembantu rumah Banyak suami menganggap bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab isteri seratus peratus. Walhal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan bahawa wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu sahaja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja-kerja rumah yang mereka lakukan selama ini. 3. Isteri adalah manusia Mereka ialah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka redha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi. 4. Ingat tarikh penting Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal. Cukup sekadar seutas jam ataupun sehelai tudung. Jika 'budget' anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai. Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya seperti 'terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini' 5. Bantu ringankan tugas isteri Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah. Maka suamipun perlu membantu. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira dan tersenyum. 6. Bawa isteri berehat Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya. Kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yang dilakukan di belakangya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat-tempat peranginan yang menarik seperti Genting Highlands ataupun Fraser Hills. Walaupun ia nampak remeh, tetapi setiap isteri pasti akan menghargai saat-saat manis sewaktu berehat di situ. 7. Ciuman khas untuk isterimu Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat setelah begitu penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri. 8. Beri pujian kepada isteri Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur. Memanglah wajar isteri penat jika dia terpaksa bangun pagi seawal lima pagi bagi memastikan semuanya beres demi kemudahan suami dan anak-anak. Kemudian tidur pula paling lewat kerana sibuk menyediakan persiapan untuk esok hari. 9. Dengar pendapat isteri Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu-isu semasa boleh dijadikan sebagai 'ice-breaking'. Kemudian, berbincanglah tentang hal rumahtangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri tentang problem kerjanya. Malah isteri tentu berminat hendak mengetahui 'gosip' pejabat selepas seharian berhempas pulas di rumah. Dari situ isteri dapat mengenali karektor rakan-rakan pejabat suami secara tidak langsung. 10. Penuhi hajat isteri Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh ataupun mesih jahit, pihak suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya. Bagaimanapun, jika anda tidak berjaya memenuhi hajat isteri untuk masa yang terdekat, simpanlah hajat isteri anda itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak. Bukankah pemberian itu melambangkan habawa anda adalah suami yang amat menghargai pengorbanan isteri. Selamat menunaikan tanggungjawab masing-masing dengan seikhlasnya... "Sahabat yang soleh malunya mengatasi perawan, beraninya mengatasi pahlawan, cintanya bukan pada gambaran, rindunya bukan pada pertemuan, tetapi di hatinya.." (Sumber: dari email)
Kondom dan Jarum Percuma, Pelacuran Yang Dimaafkan Sepanjang bulan Jun ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan cadangan Menteri Kesihatan untuk melaksanakan Program pemberian kondom dan jarum percuma bagi mengatasi masalah kejadian AIDS yang dikatakan akan merebak hingga menjadi epidemic di Malaysia. Kejutan ini saya kira menjadi kegemparan apabila Setia Usaha Parlimen Jabatan Perdana Menteri, Dato Dr Mashitah dalam jawapanya kepada satu persoalan pembaca dalam Harian Metro hari Ahad menyatakan “Dia terdesak berbuat demikian demi menyelamatkan anak dan memberi makan. Perkara yang dilakukan dalam suasana darurat terlepas daripada hukuman biasa. Dalam keadaan biasa memang melacur itu haram tetapi jika terdesak dan darurat IA DIMAAFKAN…” Mula-mula saya ingin mengulas tentang program pemberian kondom dan jarum percuma. Saya cuba untuk meneliti pelbagai alasan yang dikemukakan untuk menjustifikasikan program tersebut, iaitu dari kebimbangan dengan kadar insiden AIDS yang tinggi, merebak bukan sahaja di kalangan pengamal seks bebas, berbilang dan heteroseksual, sangat menular di kalangan penagih dadah intra venus, malah dikatakan terkini golongan yang tidak berdosa iaitu isteri dan anak-anak pengidap HIV/AIDS semakin ramai menjadi mangsa. PM mengumumkan akan mengadaptasi program ini mulai Bulan Oktober jika tiada pilihan lain yang lebih baik. Akhbar hari ini pula menyatakan 120 pengidap AIDS/HIV yang telah berumah tangga dan berkeluarga akan diberikan kondom percuma mungkin sebagai pilot project. Beberapa Negara dikatakan telah berjaya menurunkan kadar AIDS/HIV termasuk Negara Islam Iran hasil dari implementasi program ini. Isu ini begitu ‘delicate’ dan sangat sensitive kerana melibatkan permasalahan yang berstigma tinggi. Tidak ramai yang memahaminya kerana fobia dengan kesan akibat penyakit tersebut, lebih-lebih lagi cara penularannya pada asalnya adalah melalui perbuatan terlarang dan melibatkan kepercayaan manusia beragama. Soal seks tidak dibincang secara terbuka oleh masyarakat Timor apatah pula seks terlarang. Saya dalam penulisan ini tidak bermaksud untuk mengulas panjang kerana saya hanya mahu mengongsikan pengalaman saya mendapat maklumat asas tentang program mengatasi masalah AIDS/HIV di Negara Amerika Syarikat yang saya lawati Beberapa bulan yang lalu. Saya begitu tertarik dengan polisi kerajaan pimpinan Bush yang saya kira begitu ‘Islamik’ dan di luar jangkaan saya dilaksanakan di sebuah Negara Bukan Islam. Polisi kerajaan Amerika untuk menangani AIDS/HIV dirangkumkan dalam singkatan huruf ABCDE. A - untuk Abstinence yang bermaksud ‘mengelakkan atau menjauhi’. B - untuk Be faithful yang bermaksud ‘setia’. C - untuk Condom yang semua kita di Malaysia kini sudah begitu faham. D - untuk Drugs yang bermaksud ‘ubat‘ atau rawatan. E - untuk Education yang bermaksud ‘pendidikan’. Apa yang menarik disini polisi kerajaan Amerika yang kita lihat begitu liberal dan seolah-olah tidak bertuhan dan beragama meletakkan dasar pencegahan sebagai langkah utama mengatasi AIDS/HIV. Poster-poster dan kain-kain pampang serta risalah-risalah memaparkan konotasi seperti ‘Stay cool stay virgin’ atau ‘Virgin is Cool‘ yang merupakan gesaan kepada para remaja supaya menjaga kesucian masing-masing sehingga berumahtangga atau sesuai dengan kebebasan di sana sehingga mereka berjumpa dengan pasangan yang sesuai dan serius. Sebuah Negara bukan Islam mempromosi satu dasar yang sangat bertepatan dengan ajaran Islam bersuaian dengan firman Allah swt “La taqrabuzzina“ yang bermaksud jangan kamu dekati zina. Dasar pencegahan kedua pula menekankan kesetiaan pasangan suami isteri, menggalakkan pasangan setia antara satu sama lain dan menjauhi seks di luar lingkungan rumahtangga atau di luar hubungan stabil bagi mereka yang tidak memilih institusi perkahwinan. Ketiga barulah dikemukakan penggunaan kondom sebagai langkah untuk mencegah penularan di kalangan mangsa atau pembawa mahupun golongan berisiko tinggi yang aktif melakukan hubungan seks. Langkah keempat dan kelima tidak perlu saya ulas di sini kerana telah difahami fungsinya. Apa yang ingin saya katakan di sini ialah sebagai rakyat Malaysia, sebagai orang Islam yang yakin dengan sesungguhnya dengan system dan acuan yang dikemukakan oleh Yang Maha Pencipta, Jurutera kepada penciptaan manusia dan seluruh makhluk alam ini, saya ingin mengemukakan satu permintaan kepada YAB Perdana Menteri Malaysia. Seperti yang saya nyatakan dalam beberapa ceramah dan forum yang disertai saya menyeru PM agar mengambil langkah bersungguh-sungguh untuk mengumpulkan pakar-pakar dalam pelbagai bidang, wakil-wakil NGO termasuk ulama-ulama, para mufti dan ahli-ahli majlis fatwa dalam majlis-majlis perbincangan, wacana dan bengkel2 yang akan mengupas isu ini secara telus, transperan, intensive, comprehensive dan inklusif yakni melibatkan dan mewakili semua golongan masyarakat. Bersikap terbukalah Dato Seri, berilah peluang kepada rakyat yang begitu prihatin dengan kelangsungan dan pembangunan Negara dan masyarakat Malaysia untuk bersama-sama kerajaan dan pemimpin dalam menangani dan memberi pandangan serta berkongsi dalam proses membuat dasar dalam permasalahan yang begitu menggusar dan menggerunkan ini. Selepas permasalahan ini dikupas, dicanai dan dikaji bersungguh2 buruk baiknya, pros dan kons barulah satu keputusan atau dasar diambil. Berkenaan dengan kenyataan Dato Mashitah Ibrahim mengenai isu pelacuran, saya rasa rakyat Malaysia yang tidak tinggi ilmunya seperti Dato Mashitah pun boleh menilai jawapan tersebut sangat lari dari reality pemahaman dan waqi di Malaysia. Di Malaysia sepanjang pengetahuan kita semua tahu tidak ada ibu tunggal yang begitu melarat dan tidak dipedulikan sehingga anak2nya mungkin mati kebuluran dan kelaparan sehingga menjadi begitu dharurah sehingga ketahap menghalalkan nsesuatu yang sangat haram. Jika itulah keadaannya maka ini adalah tanda kegagalan yang besar kerajaan Pusat yang diterajui BN dalam menjaga kebajikan rakyat. Mengapa Dato Mashitah mengemukakan jawapan yang begitu mengelirukan sedangkan soalan yang ditanya tidak terlalu kompleks untuk dijawab mengikut pemahaman langsung dari Alquran dan hadis serta pandangan ulama-ulama muktabar. Tidakkah timbul kebimbangan dalam hati dan minda Dato Mashitah jawapannya itu mungkin akan dijadikan alasan bagi sesetengah ahli masyarakat terutama masyarakat Islam yang rendah ilmunya dan pemahamannya untuk melakukan kemungkaran dan maksiat. Berhati-hatilah agar ilmu yang ada dikongsi untuk dimanfaatkan dan bukan jadi ‘dosa‘ jariah. Dr Lo’lo’ Mohd Ghazali 0192100066 docmarjan@yahoo.com JUN 2005
Penduduk Titiwangsa paling malang… Sepanjang beberapa hari ini iaitu selepas pengumuman Isa A.Samad didapati bersalah dalam politik wang UMNO atau sekali lagi dipertegaskan bersalah merasuah perwakilan-perwakilan UMNO dalam perhimpunan yang lalu, saya seolah-olah mengomel sendirian betapa malangnya rakyat Titiwangsa. Menterinya rasuah, wakil rakyatnya rasuah dan tidak tahu berapa ramai lagi penjawat-penjawat politik yang rasuah. Saya tidak tahu apa yang ada dalam minda rakyat Titiwangsa, yang saya jumpa nampaknya hanya mampu menggeleng kepala. Tidak terkata apa-apa. Orang-orang UMNO atau pengundi-pengundinya masih menaruh harapan yang rasuah dalam UMNO akan terhapus dan UMNO akan bersih. Ingin saya bertanya pada orang UMNO, anda masih menaruh harapan? Isa A.Samad menabur duit , Astaman wakil rakyat Titiwangsa menabur duit untuk menang, menawarkan ‘budi’ untuk meraih undi. Disini ada yang memberi dan ada yang menerima. Yang memberi RASUAH sudah dijatuhkan hukuman tetapi masih bergayut lagi dengan gelaran yang diberi dan yang paling meloyakan masih tergamak bersembunyi dibelakang jawatan YB. Bagaimana pula beratus mungkin beribu yang menerima RASUAH ? Muka selamba bagi makan anak isteri duit haram RASUAH ?? Saya teringat satu sticker yang masih dalam simpanan saya : MENYOGOK DAN DISOGOK SAMA-SAMA KE NERAKA – oleh kumpulan wanita peduli Parti Keadilan Sejahtera Indonesia. Jadi meminjam kata-kata tersebut menggunakan konotasi yang bermaksud yang lebih kurang sama MERASUAH DAN MENERIMA RASUAH SAMA-SAMA KE NERAKA – saya Cuma pinjam kata-kata kumpulan wanita peduli PKS. Neraka syurga memang hak Allah, tetapi kita manusia sudah diajar halal haram, dosa pahala, yang mana boleh membawa kesyurga dan yang mana boleh bawa keneraka Perwakilan UMNO yang terlibat menerima rasuah siapa yang akan ambil tindakan, mereka pegang jawatan dalam parti dan dalam kerajaan. Ramai yang berkata bukan Isa A.Samad saja yang terlibat, ramai lagi, tapi belum terbukti. Katakan 20%, 25% atau 50% yang terlibat merasuah, berapa ribu pula yang menerima masa perhimpunan Agung UMNO yang lalu? bolehkan kita buat andaian kabinet PM dijawati oleh kalau tidak pemberi rasuah, penerima rasuah atau yang tahu dan membiarkan rasuah berleluasa. Sanggupkah kita rakyat Malaysia ditadbir dan diurus pelaku-pelaku maksiat RASUAH. Saya sebenarnya tidak menaruh harapan yang tinggi kepada rakyat Malaysia untuk berasa gempar dengan isu rasuah ini. Paling lama pun 3 minggu lepas tu hidup berjalan seperti biasa. Menurut kajian sebuah badan yang menjalan penyelidikan di Malaysia, lebih 40% rakyat Malaysia dewasa termasuk orang Islam menganggap duit kopi untuk mendapatkan sesuatu projek atau memudahkan sesuatu urusan adalah Norm atau boleh diterima sebab sudah terpaksa dan ramai orang buat. Sikit mungkin tidak berdosa yang berdosa bila banyak….Begitu mentaliti rakyat Malaysia yang cemerlang, Patutlah dapat menteri dan wakil rakyat yang gemilang, sebab masing-masing mahu title terbilang, terbilang dan tersohor dengan rasuah !! Cemerlang, gemilang terbilang dan paling malang rakyat Titiwangsa. Menteri RASUAH, YB rasuah. Mungkin orang Titiwangsa juga masuk dalam 40% yang sudah anggap duit kopi selagi dipanggil duit kopi dan bukan rasuah atau politik wang adalah halal. Tidak kurang juga rakyat N9 yang 22 tahun bermenteri besarkan pelaku rasuah, orang negeri tidak cemburukah dengan orang Titiwangsa atau mungkin orang N9 lebih malang dari orang Titiwangsa. Atau lebih baik kita sama-sama tarik ‘selimut’, tidur dan jangan ambil peduli, bukan hal kita, asal jaga dan bagi makan anak isteri serta keluarga (sumber haram halal perkara kedua)sudah atau jadi macam burung unta bila rasa malu sorokkan muka dalam pasir, biarlah bontot dan ekor jadi tontonan.. Malang sungguh rakyat Titiwangsa, lebih malang rakyat Negeri Sembilan, terlalu malang rakyat Malaysia kerana tidak mampu bangkit menggempur kemungkaran dan maksiat rasuah ini malah yang terlalu sangat malang ialah pengundi-pengundi yang bersubahat bagi undi kepada calun-calun parti yang bergelumang dengan dosa rasuah. Berapa peratus saham rasuah mereka yang kita tanggung? Dr Lo’lo’ Hj Mohd Ghazali Timbalan Ketua DMPP AJK PAS Pusat docpearl@hotmail.com

Monday 12 June 2006

Pesanan Al-Marhum Dato’ Fadzil Mohd Noor Antara kata-kata terakhir Ayahanda Dato Fadzil Noor yang kami rindui dan kehilangan : Kita mahu PAS supaya menjadi sebuah organisasi dan parti yang Usuliy (Fundamentalis) di segi prinsip, Mu’asir (Kontemporari) di segi perlaksanaan dan Istiqbaliy (Futuristik) di segi persiapan masa depan”. (Ucapan Dasar Muktamar ke-2001 )
Teknologi Terkini Mengesan BARAH PAYU DARA Electric impedance tomography (EIT) 10 sebab kenapa anda harus menjalani ujian eit: 1. Alat yang sangat bernilai sebagai komplemen kepada mammogram dan atau ultrasound. 2. Sesuai untuk semua golongan umur. 3. Selamat digunakan ke atas ibu mengandung dan wanita menopos. 4. Bebas dari radiasi atau kesan sampingan 5. Cepat dan mudah digunakan, hanya mengambil masa 20 saat untuk satu pusingan ujian. 6. Prosedur yang selesa dan tidak menyakitkan 7. Sangat ringkas, imej yang terang, agak tepat dan boleh mengidentifikasi barah dengan jelas. 8. Alat yang kecil dan boleh dibawa kemana-mana meskipun tempat terpencil. 9. Telah diuji-kaji oleh Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia ( terhadap 300 wanita ) Tahukah anda, wanita Malaysia seawal umur dua puluhan dikesan mengidap KANSER ATAU BARAH PAYU DARA. Mengapa biarkan diri anda dalam teka teki dan kerisauan tentang fenomena yang menakutkan ini. Kini ada teknoloji terkini dan MESRA pengguna untuk pengesanan asas barah payu dara iaitu EIT atau pun ELETRIC IMPEDANCE TOMOGRAPHY. M udah E fisyen S elamat tanpa RAdiasi Pusat Perubatan Kohilal Taman Melawati menawarkan khidmat EIT kepada semua wanita ( juga lelaki yang disyakki ) bermula pada hari ini Selasa 9 Ogos 2005 dari 11 pagi hingga 3 petang. Sesi ini akan diteruskan pada setiap hari Selasa kecuali cuti umum. Sila hubungi 03 41068466/7/8 untuk temu janji. Sila sampaikan pesanan ini kepada orang-orang yang anda sayangi dan mereka yang anda kenali. “Sungguh menakutkan..." Itulah yang dapat saya katakan terhadap kanser Payudara yang telah meragut nyawa seorang waris saya, di kampung saya. Pada mulanya kena buang lepas tu lama kelamaan dia meninggal pada usia yang muda.... Barah ini walaupun majoriti mangsanya adalah atas 40an, tetapi statistik menunjukkan wanita atas 18 tahun sudah punyai risiko terkena kanser ini. Justeru, kepada kaum wanita, dinasihatkan supaya mula berhati-hati, berwaspada dan ambil langkah awal dan berkala untuk mengesan barah tersebut. Oleh kerana peringkat awal biasanya tiada kesakitan yang dialami simptom ini hanya dapat dikesan oleh pengidap setelah kanser menimbulkan rasa sakit dan biasanya telah mula merebak..... nauzubillah.... “Daniel, seorang bakal suami yang sangat prihatin…10 FAKTA untuk wanita tentang Barah payu dara… Fakta 01 Barah Payudara lebih kerap menyerang wanita yang melebihi 45 tahun. Penyakit barah payu dara adalah penyakit yang lazimnya tidak menyerang mereka yang muda usianya! Sekiranya anda berumur di bawah umur 30an, maka risiko untuk anda menghidap penyakit ini adalah rendah. 90% daripada kelainan payudara bukanlah barah! Fakta 02 Ramai yang mengenali seseorang yang diserang barah payudara… Kaum wanita zaman ini lebih peka dengan isu serta permasalahan penyakit payudara. Ini adalah kerana penyakit ini pastinya pernah menyerang seseorang yang mereka kenali. Ianya mungkin kaum keluarga, sahabat handai atau rakan sekerja di pejabat. Fakta 03 Wanita yang menyusukan anak secara eksklusif selama 6 bulan atau lebih kurang berisiko untuk mendapat barah payu dara. Satu pandangan dan pendapat terkini, penyusuan ibu bukan sahaja bermanfaat untuk anak tetapi juga ibu yang menyusukan. Fakta 04 Bagaimana mengurangkan kehilangan nyawa daripada barah payudara? Pengesanan awal adalah kuncinya… Langkah pencegahan penyakit barah payu dara berupaya untuk mengurangkan angka kehilangan nyawa serta penderitaan akibat daripada penghidapan penyakit tersebut. Usaha pengesanan awal adalah kunci utama dalam menangani penyakit barah payudara. Fakta 05 Kesihatan anda tertakluk kepada diri sendiri. Amalan kesihatan payudara adalah terletak di tangan anda! Usia dan kesibukan bukanlah halangan untuk anda menguruskan kesihatan payudara anda. Fakta 06 Ketahui Serta Kenalilah Payu Dara Anda… Lakukan PSP Pemeriksaan sendiri payudara (PSP) memang boleh dilakukan secara sendiri tanpa perlu berjumpa doktor, tetapi adakah anda melakukannya? Ianya haruslah dilakukan apabila seseorang individu itu mula mencecah usia belasan tahun. Ianya haruslah dilakukan selang tiga hari selepas berakhirnya haid mereka, setiap bulan atau pada masa yang lebih kurang sama dalam pusingan haid. Sikap tidak peduli, kesibukan dan kurang yakin dengan boleh diatasi dengan ujian EIT yang semudah pemeriksaan sendiri payudara Fakta 07 Untuk mereka yang berumur 30-39 tahun – pemeriksaan klinikal payudara diperlukan. Selain daripada PSP, mereka yang berumur di antara 30-39 tahun sepatutnya menjumpai pengamal perubatan setiap 2 tahun sekali untuk ujian klinikal walaupun tidak mengalami kelainan payudara. Ujian klinikal iaitu yang dimaksudkan disini sebagai Ujian EIT boleh dilakukan bersama ujian PAP smear secara berkala. Juga boleh dilakukan secara berasingan dan lebih kerap seperti setiap 6 bulan sekali. Fakta 08 Secara am, anda tidak memerlukan pemeriksaan ultrasound ataupun mamografi kalau payudara anda terasa normal. Ini adalah pendapat yang agak terkebelakang. Walaupun PSP mungkin mencukupi sebagai langkah aktif tetapi ramai yang tidak melakukannya. Pemeriksaan saringan ultrasound atau EIT perlu dijalani jika terasa kelainan pada payudara anda. Pengimbasan mamografi kurang popular kerana kesan sampingan radiasi dan menyebabkab kesakitan terutama kepada wanita yang payu daranya bersaiz kecil, oleh itu lebih sesuai untuk kaum wanita yang usianya melebihi 40 tahun. Namun begitu Ujian mamografi diperlukan sebagai langkah pengesahan terhadap keputusan positif EIT dan juga ultrasound, juga untuk mereka dari golongan berisiko tinggi seperti yang mempunyai riwayat keluarga pengidap barah payudara.. Fakta 09 Rasa kebimbangan yang keterlaluan tidak sihat. Rasa kebimbangan yang keterlaluan terhadap payu dara anda bukanlah sesuatu yang sihat! Sebaliknya, tidak berpengetahuan dan tidak ambil peduli mengenai kesihatan payudara tidak bererti anda akan senang hati selamanya. Fakta 10 Wanita yang mempunyai berat badan berlebihan dan banyak makan makanan berlemak mempunyai lebih risiko mendapat barah payu dara. Ini adalah fakta yang menakutkan dan melibatkan ramai wanita. Menu makanan Malaysia yang agak kurang menitik beratkan kesihatan dan lebih kepada rasa yang sedap dan lazat mungkin menyumbangkan kepada kenaikan kadar barah payudara. Disediakan oleh Dr Lo’lo’ bt Hj Mohamad Ghazali Pengarah Eksekutif Pusat Perubatan Kohilal 225 Jalan Negara 2 Taman Melawati, Kuala Lumpur. Tel: 03 41068466 docpearl@doctor.com
Program Bersama Pimpinan Wanita Seluruh Negara - Mac 2005 Gambar2 kenangan sepanjang menghadiri program bersama pimpinan wanita di US, Mac 2005. (Infront of US Hse of Representatives & State Senate)
In pictures: Muslim women preachers Sun Jun 11, 2006 6:48 am (PST) http://news.bbc.co.uk/1/shared/spl/hi/picture_gallery/06/ middle_east_muslim_women_preachers/html/1.stm In pictures: Muslim women preachers Magda Amer preaches in one of Cairo’s leading mosques. She is part of an emerging trend of female Muslim preachers in Egypt. Two years of study are required to obtain the necessary licence, though there is no financial backing from the government for her work. At the time I was wearing mini skirts and had long hair. Veiling was the most difficult decision of my life. Veiling was a huge struggle for me. My mother and all the family were against me. I had to fight to convince everyone, I had to be strong. I didn’t want people to look at me for my body and my hair. In the street I’m not bothered like I was before, and I feel peace inside. When I started to veil, men respected me.I realised that Westerners had a very bad image of Muslim women. So I decided to study and I learnt how to read the Koran properly. I did a two-year course at the Institute of Preaching in Egypt. My father was against me becoming a preacher. He said I should earn my living, because I don’t get paid for doing this.I preach to women in a mosque. I talk about Islamic legislation, the five pillars of Islam, marriage, divorce, women’s rights, inheritance laws. I can’t stand the stereotyping about Islam because it is not the truth. The West believes that women in Islam are suppressed, oppressed, deprived of their rights. This is not true. Nothing has supported women and given rights to women like Islam. My sermons deal with women’s issues, things that women can’t ask the sheikh. Openly sexual stuff even – menstruation, menopausal problems, vaginal dryness, what happens when a woman doesn’t reach her desire, how some men only think there is vaginal pleasure and don’t know about clitoral pleasure. A lot of women are very shy and I say, "Don’t be shy, it is your right".My house is a library. I read, read, read. I also write books on Islamic legislation, ablution, and rights in Islam. I am not a feminist. I see feminism as a western thing. Of course, I’m interested in women’s rights, but according to Islamic legislation. I would never ask for a woman to be equal to a man on every level. We are different physiologically. We complement each other.This is my second marriage, which is very unusual in Egypt. I was married for 30 years and my husband had been chosen for me. I wasn’t happy - he wasn’t religious and we weren’t matched. I asked him for divorce. It was hard but I don’t regret it. I decided I wanted to live for myself, to think about me.It has to be the true veil. Now in Egypt it is not the true veil – it is worn very tight round the face and the colours of the veil are very showy. The purpose of the veil is not to show off. Also, women should not attract attention by wearing bright colours and tight clothes. They can be chic but they should not be showy. The young generation want to show that they’re independent. They risk losing everything.The part that makes me happiest about my life is to feel that I’m a woman. I don’t want to lose this. My femininity is important to me. Once I open the keys of my house, though I’m educated, I play the role of a wife. I cook, look after my children, my husband. I play my role as god has created me.My priority in life is my calling to Islam. I can’t compromise. Writing books, defending Islam, answering misconceptions. There is a big difference between the misapplication of religion and the truth. If you want to criticise someone, learn the truth first. Some questions cannot be answered by men. I feel it is my job. I hope that I’m a role model for these women. Words and photos by Holly Pelham

Saturday 10 June 2006

Cabaran kepada ibu bapa yang lalai mendidik anak-anaknya yang memang sedia Islam tetapi dibesarkan mengikut acuan yang asing. http://turntoislam.com/ Youngest Muslim Reverts in The World. Children in England Turn To Islam. Some of the World's youngestMuslim reverts. Two sisters, aged 9 and 12 show akeen interest in Islam. It all started when they went to the Local Mosque after hearing the melodious Adthaan (call to prayer). Soon after they decided to go to classes at the mosque after school, and have bought and studied many books on Islam, and have even managed to learn and read the Quran in the Arabic language. Unlike other children, the girls spend their evenings reading books and memorising Quran as well as praying in their rooms. All of which is very new and strange to their mother.
Fakta tentang Petronas oleh bekas PM Malaysia Berikut fakta tentang Petronas oleh bekas PM Msia. Banyaknya keuntungan tetapi rakyat semakin sempit dan susah He said that Petronas made a profit of about RM50 billion last year and RM80 billion this year. “This year, Petronas made RM83 billion and spent RM13 billion to subsidise petrol prices of the public and it still has about RM70 billion, of which it will pay taxes of RM30 billion and still have RM40 billion, and if the government wants that, Petronas must give it as it belongs to government.
Mempertahankan MakYong Satu Jihad? Dari kotak email yang saya terima serta capaian ke Malaysia Kini. Saya tidak sempat komen banyak sebab keletihan balik dari muktamar. Update blog ni pun dalam keadaan tersengguk-sengguk. Malam tadi dalam di Astro Ria, ada satu rancangan Profil Seni, yg dihoskan oleh seorang yg saya tidak tahu namanya. Tetapi look like lidah masih pelat berbahasa melayu. Apa yg nak saya kongsi ialah siri malam tadi mengenai Wayang Kulit di Kelantan. Rancangan tersebut menemubual mereka yg dianggap 'otai' dalam persembahan Wayang Kulit antaranya Pak Dolah. Pak Dolah adalah pemain wayang bagi iklan "ubat batuk cap ibu dan anak" suatu ketika dahulu. Dan mereka mengadu tentang layanan kerajaan negeri Kelantan terhadap anak-anak seni ini. Apa yang menyedihkan hos rancangan tersebut dgn terang memberi comment tentang survival wayang kulit, "masalahnya timbul apabila ada org yg merasakan dia lebih Islam dari org lain (read PAS)" (semasa comment dibacakan gambar latar ada beberapa org berserban sedang masuk ke masjid). Ada beberapa perkara yg agak 'memanaskan' hati dalam rancangan tersebut. Jika antum berkesempatan cubalah tgk. On the other point, pada pendapat saya penggiat2(baca fanatik2) seni adalah agen pengawet seni2 yg bertentangan dgn Islam. Pada mereka seni seperti wayang kulit perlu dikekal as it is biarpun ada unsur yg bertentangan dgn islam. Kita perlu lebih ramai anak-anak seni seperti Faisal Tehrani. Rancangan Profil Seni dijayakan dengan usahasama kakiseni.com . Boleh baca link2 dibawah. Antara yg menarik boleh dibaca "mempertahankan MakYong satu Jihad". http://www.kakiseni.com/articles/columns/MDgzNw.html
Debat Perdana: DADAH Saya dalam proses memasukkan tulisan-tulisan saya sebelum ini ke dalam blog, umpamanya persediaan saya untuk DEBAT PERDANA : DADAH Anjuran Kementerian Penerangan Tajuk: “Dadah musuh nombor satu Negara” 27 Feb 2005 Ahli panel: 1) YB Dato Noh Omar (Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri) (Ahli Parlimen Tanjung Karang) 2) YB Teng Chang Kim (ADUN Sg Pinang, Selangor) 3) Dr Lo’lo’ Mohamad Ghazali (Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS) 4) Prof Dr Mahmood Nazar Mohamed (Fakulti Pembangunan Sosial & Manusia UUM) “DADAH MUSUH NOMBOR SATU NEGARA” Pada pandangan saya dadah bukanlah musuh nombor satu Negara. Mungkin yang lebih tepat, dadah ialah salah satu musuh Negara, Dadah boleh dianggap musuh kerana penagihan dadah melahirkan masyarakat yang sakit dan berpenyakit. Penagihan dadah mewujudkan manusia2 yang tidak bermaruah, hanyut sifat kehambaannya, hilang sifat kekhalifahanya dan lucut kemampuan utk mengurus dan mentadbir dunia. Permasalahan dadah merupakan satu gejala kepada penyakit yang lebih besar yakni KERUNTUHAN AKHLAK, KEHANCURAN INSTITUSI KELUARGA dan KEBEJATAN SERTA KETIDAK ADILAN SOSIAL.

Di samping masalah 250k hingga 1 juta penagih Dadah di M'sia, kebanjiran Arak, kaki judi, lebih 40,000 hingga 160,000 kes HIV positif yang membawa kepada AIDS, Pelacuran, Jenayah kejam, rogol , sumbang mahram, Rasuah yang berleluasa, pergaulan bebas, lebih 70,000 anak luar nikah, hiburan melampau semua ini adalah merupakan musuh & gejala penyakit Negara Firman Allah, Bismillah: (Wala tulqu biaidikum ilattahlukah, waahsinu, innallaha yuhibbul muhsinin) Al-Baqarah:195 yg membawa maksud: "Janganlah kamu menjatuhkn diri kamu dlm kebinasaan & berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai org2 yg berbuat baik.." APA SEBENARNYA BERLAKU? Faktor2 penyumbang: - Pengaruh rakan sebaya - Perasaan ingin tahu - Keseronokan & Hiburan melampau - Persekitaran yang menggalakkan – pusat2 hiburan, konsert yang tidak terkawal - Mengatasi tekanan – golongan yang tercicir dari pembangunan, tinggal di Rumah Pangsa 1 bilik - PEROKOK – setiap penagih dadah asalnya adalah perokok - Rawatan Perubatan penyakit tertentu dengan ubat-ubatan yang menyebabkan ketagihan - Secara tak sengaja – mungkinkah ada konspirasi?? Merosakkan pewaris Negara - Meningkatkan keseronokan seksual, keupayaan fizikal untuk berhibur - Tiada tujuan hidup dan terlalu mewah serta suka berfoya-foya Hukum Dadah = Hukum Arak Mengikut pemahaman saya dari sudut hukum Islam dadah diQiyaskan sama dengan arak yakni kedua2nya memabukkan, merosakkan akal, hilang pertimbangan, merosakkan fizikal & masyarakat – sebagaimana hadis Nabi saw “KULLU MUSKIRIN HARAM, qoliluhu au kathiruhu, au kama qal” Rasul saw bersabda yang bermaksud "setiap yg memabukkan adalah haram samada sikit atau banyak.." Ada double standard di sini. Dadah kita cuba perangi habis2an tetapi arak seolah2 bukan satu dosa besar malah dianggap personal sin/dosa individu seperti apa yg berlaku kepada serbuan JAWI kesebuah kelab malam & penarikan balik dakwaan kpd mereka yg terlibat yg barangkali hasil dari tekanan pihak yg lebih berkuasa. Sepatutnya pihak berkuasa menyokong aktiviti pencegahan yg dibuat JAWI tetapi sebaliknya berlaku. Ini memberi mesej yg mengelirukan kpd masyarakat Penagihan dadah di Malaysia berada pada tahap yang berbahaya. Usaha-usaha yang bersungguh-sungguh, ikhlas dengan komitmen serta pengorbanan yang tinggi perlu dilakukan. Usaha-usaha tersebut kelihatan sama dan mudah seperti agak mudahnya menyelesaikan masalah organisasi biasa. Antara usaha2 biasa adalah seperti berikut: Pencegahan Penguatkuasaan Rawatan&Pemulihan Kerjasama antara bangsa Pencegahan Saya percaya program pencegahan perlu diperkasakn lagi dgn mngambil kira faktor2 kemanusiaan & pembangunn Insan itu sendiri sebagai hamba Allah. Program2 pencegahan mungkin meliputi aspek intelektual, kesihatan, minda & akal ttp bagaimana dgn Aspek HATI? Sebagaimana hadis Nabi saw yg bermaksud “Dlm diri manusia ada seketul daging, jika baik daging ini baiklah jasad jika rosak daging ini rosaklah jasad. Daging ini adalah hati.." Jadi hati wajib dididik & diTarbiyah, disiram dgn iman & dibaja dgn ketaqwaan kpd Allah, supaya hati manusia tunduk kpd peraturan Allah, tunduk kpd hukum Allah. Bagaimana hendak mendidik hati supaya jadi baik? Firman Allah, Bismillah.. “Inna Solatatahan anil fahsya iwal mungkar”, "Sesungguhnya solat itu mencegah kejahatn & kemungkaran.." Sejauh mana program pencegahan anjuran Allah ini menjadi agenda Negara? Sebagaimana contoh dlm Dewan Negara sahabat saya YB Senator Zailah bertanyakan ttg aktv solat yg tidak diberi pnekanan dlm program PLKN, jwp yg beliau terima dr menteri berkenaan, solat tgjwb indv bukan tgjwb kerajaan. Ini seolah2 menunujukkan solat bukan agenda ngra sdgkn Allah yg Maha Pencipta yg mencipta manusia mewajibkn solat, meletakkan solat sbg TIANG agama, solat yg berkualiti merupakan pencegahan kpd maasiat & mungkar. Kita bleh latih remaja utk jd cergas fizikalli dgn melompat & memanjat ttp kita merasakn tdk brp penting melatih remaja kita solat Penguatkuasaan ‘With due respect’ kpd semua pihak penguatkuasa yg telah menjalankn tugas dgn jujur & bersungguh2, saya percaya masih banyak ruang pmbaharuan atau refomasi dlm aspek pnguatkuasaan. Dadah berlegar dan diedarkan di lokap2, pusat2 serenti, pusat2 tahanan, ini adalah rahsia yg diketahui umum sebagaimana pendedahan dlm akhbar beberapa bulan yg lepas. Puncanya penguatkuasa yg pecah amanh, yg RASUAH, yg sanggup mengkhianati bangsa & negaranya sendiri. Penyakit Rasuah d M'sia tdk dilihat sbg satu wabak endemic yg sgt merbahaya d M'sia walaupn bbrp usaha ada dilakukn kerajaan. Bgmn penguatkuasa mampu menahan dari serangn rasuah sdgkn ada di antara Ahli Parlimen & ahli Dew Undangn Ngri yg merupakan pesalah politik wang yakni pesalah rasuah terus dibiarkn mewakili mereka dlm parlimen * DUN yg berfungsi atrnya menggubal undang2 ngra. Apa pilihan yg rakyat ada dlm hal ini. Pesalah2 pol wang atau rasuah ini masih dpanggil YB. Siapa yg perlu mebetulkn kpincangn ini?

Pusat2 hiburan tumbuh mcm cendawan dNgra kita. Dkatakn di KL shj ada terdapat lebih 200 kelab mlm yg saya percaya tdk termasuk disko2, kelab karaoke, kelab dangdut. Menurut pihak polis pst hiburan ini sarang dadah terutamanya dadah ectassy dan pil khayal, sbb itulah polis seringkali membuat serbuan2 & tangkapan2 di sini, sama spt yg JAWI buat ie dikumpulkn, dicatit pengenalan diri dibawa ke balai , diambil air kencing utk diuji & sbgnya. Pusat2 hiburan yg bercambah mewujudkn suasana tdk sihat dan menjadi tpt yg cukup selesa & merangsangkn kpd aktv dadah. Di sinilh selalunya penagih baru memulakan langkah pertama mngenal dadah. Jadi apakah perlu ditutup pusat2 hiburan ini? Mengapa tidak? Jika inilah puncanya, jika inilah premis bermula & berleluasanya aktv dadah berbahaya mengapa kita begitu teragak2 utk mengambil satu langkah tegas.

Menteri merasmikan pembukaan disko kelab mlm, menteri yg sama bercakap tentang masalah keruntuhan akhlak, penyakit social, penyakit dadah yg sudah sampai tahap krikal telah memberi mesej yg sangat SALAH kpd masyarakat. Tangan kanan kita melakukan Nahi mungkar tetapi tangn kiri menyuburkn kemungkaran, dari indv yg sama bukan sebarang indv tetapi pemimpin negara, menteri cabinet. Paling tidak pun layakkah seorang menteri kabinet merasmikan pembukaan disko atau kelab malam iaitu lubuh dadah pelbagai jenis terutama, mana pergi agenda kepimpinan melalui tauladan Rawatan & Pemulihan Di samping memodenkn rawatan mengikut pelbagai kaedah terkini & juga rawatan tradisional atau komplementari yang berkesan, Kena semak balik modul pemulihan di Pusat2 Serenti – hamba Allah yang sudah hanyut dibawa arus kemungkaran harus didekatkan kembali kepada Khaliqnya yg maha pencipta, harus ditimbulkan rasa penyesalan, INSAF, harus dibangkit rasa kegerunan kpd balasan azab Allah. Harus dipupuk kembali konsep takutkan Allah, berTAQWA kpd Allah, “Ya aiyuhannas ittaqullah”. Ini yg kita kurang barangkali. Kita kurang menerapkan modul2 yg mengeluarkn manusia dari kegelapan, Mina dzulumati ilan Nur. Menlahirkn manusia2 GOD FEARING, takutkan Allah, berTAQWA kpd Allah. Remaja dan orang muda yang takutkan Allah melahirkan tentera dan polis, kakitangan kerajaan dan swasta, rakyat dan pemimpin yang takutkan Allah. Bawa pakar, latih sukarelawan2 yg berminat, yg jujur, bekas guru2, ustaz ustazah dll k/tangan kerajaan mahupun swasta yg telah bersara utk sama review balik modul ini dan langsung diterapkan utk memberi sumbangan. Beri suntikan pemulihan yg baru, yg bersungguh, yg ikhlas yg mahu melihat golongan muda ngra yg telah kecundang ini bnagkit semula. Amat lah rugi ngra khilangan tenaga2 muda yg sepatutnya sgt produktif. Anak2 muda dNgra lain syahid mempetahankn ngra, anak2 muda kita syahid mempertahan kn dadah !!! Ini adalah satu fenomena yg sgt malang. MELAYU JUARA DADAH. Penagih dadah, Melayu 64.6%. Cina 13.5%, India 9.15% , berbeza dari nisbah komposisi etnik diNegara kita. KENAPA MELAYU? Kerana Melayu tinggalkan Islam, Islam menyarankan umatnya supaya bekerja dan belajar bersungguh2, Melayu tidak belajar & bekerja bersungguh2, Islam menyuruh solat 5 waktu sehari semalam, puasa wajib dBulan Ramadan, bayar zakat dll. Melayu tinggalkan solat, Melayu tidak solat sungguh2, Melayu tidak solat 5 waktu sehari semlm, solat Melayu tidak berkualiti . Melayu tidak berpuasa atau mungkin berpuasa menahan lapar dan dahaga sahaja, tdk menghayati & mempraktikkan puasa yg mendidik hati & jiwa, Melayu tidak bayar zakat untuk difaraid kepada pembangunan insan walaupun koporat besar misalnya. Islam mengatakan LA TAQRABUZZINA, jangan kamu DEKATI ZINA, dekat pun tidak boleh, bermakna tdk bleh melakukn apa2 aktv yg bleh membawa kpd zina spt pergaulan bebas, berdua2an, bersekedudukn, tp melayu berzina tanpa rasa berdosa spt yg dilapurkan dlm media2 yg melibatkan kes perbicaraan mahkamah. Orang yg dihormati dan diberi kepercayaan sebagaimana pemimpin masyarakt pun mati terbunuh dalam keadaan lepas berzina di Hotel, bukan cerita rekaan saya tetapi. Inilah lapuran media yg diambil dr perbicaraan mahkamah dan telah sabit kesalahan tanpa keraguan.

(Sediaan kertas kerja semasa menghadiri Debat Perdana RTM 1 ) Dr Lo’lo’ bt Hj Mohamad Ghazali

Gambar 2 orang isteri Sultan Brunei yang menjadi isteri solehah dengan menutup aurat. Lihat betapa manisnya isteri muda Sultan yang sebelum ini merupakan pembaca berita TV3 yang glamour, kini ia glamour dimata suami dan yang paling penting glamour dimata Allah

Monday 5 June 2006

Gambar-gambar semasa sambutan Tahun Baru Cina anjuran Lajnah Perpaduan Nasional disebuah hotel di KL. Kami Muslimat pakai baju atau selendang meghaah, lebih Cina dari Cina . Meriah sungguh majlis tersebut. Gambar yang terakhir adalah gambar putri sulung saya Mawaddah yang turut serta dimajlis tersebut yang juga disertai tunangnya Azizy. Oh ..ya.. buat pengetahuan sahabt2 saya serta kaum keluarga , insyaAllah saya akan menerima menantu pada 20 Ogos 2006, doakan agar majlis tersebut akan berjalan dengan baik dan diberkati dengan Rahmah dan Mawaddah.