Sunday 21 January 2007

Ini adalah tulisan lama saya, tapi saya suka untuk kongsikan bersama semua pembaca. Sunday, October 09, 2005 AKHBAR MELAYU TERBAKAR DALAM ASAP ROKOK? sumber harakahdaily Oleh Dr Lo’lo’ bt Mohamad Ghazali Cigarettes or newspapers? Now, that’s a real difficult choice to make. At least, according to Utusan Group Ex - Editor in Chief, Johan Jaffar. Kalau benar telahan Johan Jaafar tentang isu akhbar dan rokok ini saya rasa tidak salahlah pandangan saya selama hari ini bahawa sebahagian Melayu sanggup menggadaikan apa saja dalam hidupnya demi keseronokan, khayalan dan kerja sia-sia seperti membakar rokok. Saya masih teringat kata-kata dari beberapa kumpulan manusia yang taasub pada rokok; “Tiada ayat quran atau hadis yang haramkan rokok, takat makruh sahaja” “Banyak benda haram mutlak lain yang orang lain buat, kami takat ni satu saja kalu nak kata dosa la rokok ni” “Kami sanggup tinggal bini dari tinggal rokok” “Takut ada yang gamak tinggalkan jemaah kalau paksa dia tinggalkan rokok” Demikianlah kata-kata sebahagian Melayu Islam yang lebih mementingkan tabiat merokok dari yang lain-lain. Cukup sedih bagi saya sebagai seorang doktor perubatan apabila seorang bapa yang kelihatannya sangat kasih kepada anak-anaknya tetapi ‘meracuni paru-paru dan otak anaknya’ dengan menghisap rokok sambil mendokong anak kecil. Kerap kali saya diajukan soalan oleh bapa-bapa yang sangat risau kerana batuk, atau lelah/asma anaknya tidak sembuh meskipun telah diberi ubat. Saya pula seringkali ‘memerangkap’ bapa yang penyayang tersebut dengan soalan seperti “Papa hisap rokok depan anak ya?” dan biasanya sibapa akan terkedu dan berubah air muka, siibu pula cepat mencelah dengan mengambil peluang untuk menyatakan ketidak puasan hatinya selama ini sambil menyatakan “ Ya lah doktor, tak kira tempat papa dia merokok, dalam rumah, dalam bilik tidor, dalam kereta. Degil, suruh berhenti tak mau, macam manalah anak tak degil” Maaf jika saya katakan kalau setakat nak pilih antara akhbar atau bahan bacaan dengan rokok amat mudah nak buat keputusan. Antara kesihatan anak dan rokok pun bapa-bapa penyayang masih tergamak memilih rokok. Maaf sekali lagi, saya tau ramai yang akan marah saya dengan tulisan ini. Namun bagi saya, I’m willing to be unpopular to make changes. Ada juga yang lucunya. Seorang muslimat pernah mengemukakan cadangan kepada para perokok yang sanggup tinggal bini dari tinggal rokok. Kata dia kita ‘test’ dulu. Isteri-isteri perokok yang begini beli rokok banyak-banyak, berkarton-karton, kira-kira cukup untuk dibuat bantal dakap, letak atas katil tempat dia selalu tidor sebelah suaminya untuk selama seminggu ke, 2 minggu ke, sebulan ke, tengok pada daya ketahanan suaminya. Berapa lama suaminya boleh tidur dan mendakap rokok tanpa bini yang sanggup ditinggalkannya tadi. Muslimat yang tersebut tidak pula menyatakan cadangan dia itu syar’i ke tidak atau telah dirujuk kepada tok-tok kadhi. Setakat ni saya tidak terdengar pula ada isteri yang buat gitu sebab tu para suami tersebut terus hisap rokok… Banyak yang hendak saya perkatakan tentang isu merokok ini, Cuma dalam ruangan ini saya mengambil kesempatan merayu dan memohon agar saudara-saudara yang merokok di luar sana agar menjadikan Ramadhan 1426 sebagai permulaan kepada Nafas yang Bersih dan Segar tanpa rokok kini dan selamanya, demi kerana sayangkan diri, isteri, anak-anak, keluarga dan yang paling penting demi kerana Islam. Ini kerana duit yang membakar rokok mungkin digunakan untuk membakar dan mengebom orang-orang Islam termasuk kanak-kanak yang tidak berdosa seperti anak-anak kesayangan kita. Berbalik kepada isu yang dibangkitkan oleh JJ Based on his observation, Johan said the situation has become even worse because the Malays themselves look down upon these dailies. Amat malang di zaman Ketua Pemuda UMNO mengangkat keris dan melaung Allahuakbar dalam Persidangan UMNO, orang Melayu memandang rendah kepada akhbar bahasa mereka sendiri. Sebabnya mudah sahaja Bahasa Inggeris sekarang dilihat sangat penting di Malaysia. Kalau tidak tahu berbahasa Inggeris Bumi Malaysia akan tenggelam esok hari. Sebab itu dasar pengajaran matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris yang diputuskan dalam mesyuarat MT UMNO disambut segera oleh kabinet untuk dilaksanakan sesegera mungkin. Satu billion ringgit dana diperuntukkan untuk melengkapkan guru-guru dengan laptop dan projector LCD sebagai alat bantuan mengajar, kursus-kursus dijalankan secara intensif. Guru-guru yang dikursus mesti berkampung seperti pelajar AF. Guru-guru Johor kursus di Langkawi, guru Penang, Perlis di Pulau Tioman dan sebagainya. Hari ini mana LCD yang dibekalkan, betul ke berjalan pengajaran dalam BI? sepanjang bualan saya dengan guru-guru, peranan LCD sudah dipinggirkan untuk memastikan kurikulum dihabiskan, BI yang digunakan mungkin setakat good morning, thank you, understand or not. Keputusan pencapaian subjek matematik, sains, BI malah BM yang menurun dan mengecewakan seperti yang dimaklumkan dalam media sebelum ini mengesahkan kecelaruan yang berlaku dalam Sistem Pendidkan Negara. Jadi Dato' JJ tidak sepatutnya menyalahkan sesiapa kerana Dato sendiri tidak berjuang bermati-matian mempertahankan kesucian BM, menyokong apa saja agenda yang dibawa UMNO/BN atas nama taat setia kepada pemimpin. Johan also called on Malay newspapers to be more critical, balance and objective in its content. Untuk gesaan Dato JJ supaya akhbar Melayu lebih kritikal, seimbang dan lebih objektif isinya, saya hendak sokong dan ucap tahniah kerana nampak telah ada keberanian Dato' berbeza pandangan meskipun kerana terdesak. Tahukah Dato, UM seringkali dipanggil sinis sebagai Utusan Menipu atau Utusan Meloya dan BH pula dikatakan Berita Hairan. Kini terserah kepada Dato' sendiri untuk melaksanakan dulu gesaan yang dibuat. InsyaAllah kita akan dapat UM dan BH baru dengan slogan; Berani, Bernas dan Betul. “Do you know that 20 percent of Chinese newspaper buyers are not fluent in Mandarin but they still buy the dailies to support the Chinese newspaper industry,” he noted. Saya angkat tangan tabik kepada rakan-rakan saya orang Cina jika benar kenyataan ini. Orang Cina yang tidak mahir berbahasa Cina sanggup membelanjakan sedikit wang setiap hari bagi menyokong akhbar Bahasa Ibunda mereka. 20% bukan angka yang kecil, ini bermakna setiap 5 orang pembaca akhbar Cina seorang membeli sekadar menyokong. Kritik saya jika saya salah, sebahagian orang PAS sendiri sayang hendak membelanjakan RM2.50 untuk membeli Harakah atau RM5.00 sebulan kerana pelbagai alasan yang dicipta dan dicari. Tidak faham kerana artikel panjang-panjang, Tidak relevan kerana tiada berita kawasan atau negeri dia, rugi sebab ada sisipan BI yang dia tidak faham, susah nak dapat walaupun boleh dilanggan, banyak sangat cerita politik, banyak sangat cerita PAS, tidak berkenan tajuk muka depan, tidak setuju gambar yang disiarkan dan seribu satu macam alasan. Pada saya senang sahaja, kita orang PAS semuanya patut memiliki Harakah kerana ini organ parti kita, sumber maklumat, sumber berita, membeli untuk dikongsikan kepada orang lain, atau sekurang-kurangnya membeli kerana menyokong demi untuk memastikan kelangsungan Harakah. Adalah diharapkan selepas ini Harakah akan dibeli dan dimiliki oleh tidak kurang satu juta ahli PAS tidak termasuk penyokong yang tidak mendaftar lagi sebagai ahli. Suami senaskhah, isteri 1, anak 1, atok 1, nenek 1, maklumlah masing-masing nak dapat pahala menyokong perjuangan Islam yang dibawa PAS. Semoga harapan saya ini menjadi reality bermula dengan semangat pengorbanan Ramadhan tahun ini. Wallahu’alam.
SANGGUPKAH PEMIMPIN BER'KORBAN' SEMPENA HARI RAYA KORBAN, TAHUN BARU MASEHI 2007 DAN TAHUN BARU HIJRAH 1428 Tahun baru menjelang lagi. Kerisauan dan kebimbangan saya bukan tidak berasas. Walau pun mungkin saya dilihat seperti memperkatakan tentang isu yang sama berulang kali namun saya yakin apa yang seringkali saya bangkitkan ini adalah punca kepada pelbagai masalah yang melanda masyarakat dan negara kita sekarang. Apa yang saya maksudkan adalah masalah kerendahan akhlak dan keruntuhan moral remaja dan dewasa , saya ulangi DEWASA. Artikel yang saya paparkan dibawah ini adalah surat pembaca dalam harakah daily. Mungkin ramai yang sudah baca tapi saya sertakan untuk rujukan mereka yang belum maklum. Apa hubungan isu yang dipaparkan penulis2 dibawah dengan tahun baru atau sambutan tahun baru? Saya bersetuju sangat dengan kenyataan Ketua Pemuda PAS, YB Salahudin Ayub yang menyatakan sambutan tahun baru yang berorientasikan hiburan seperti konsert dan acara pesta menunggu detik tahun baru mencetuskan permasalahan sosial, membuang masa dan wang. Bukan sahaja anak-anak muda akan mula lepak menunggu detik pukul 12 tengah malam malah ada juga ibu bapa yang membawa anak-anak mereka untuk turut serta. mereka ini mula menunggu sejak sebelum Maghrib lagi untuk memastikan dapat tempat atau ruang yang selesa. Bila dah tunggu dari pukul 7 petang, mana nak solat maghrib dan mungkin Isya' pun terlalai sebab keletihan dan sudah mengantuk bila sampai rumah.Mesej yang diterima oleh anak2 ini adalah jelas: OK untuk berpestaan dan Solat bukan agenda mereka. Ironinya pesta-pestaan tersebut bukan sahaja mendapat galakan ibu bapa yang merupakan orang dewasa juga mendapat dokongan pemimpin2 kerajaan yang tentunya dewasa. Semua kita maklum bahawa isteri orang nombor 2 negara begitu ghairah dan intim dengan program hiburan sehingga menjadi penaung kepada acara bollywood ( GAFI ) baru-baru ini malah tanpa segan silu berlaga pipi dan berpegang2 begitu mesra dengan artis2 lelaki bollywood. Malah sanggup membiarkan persembahan yang sangat menjolok mata dan sumbang di persembahkan kepada DYMM Yang DiPertuan Agung yang merupakan Ketua Agama Islam. Tentulah setakat pesta tahun baru nanti begitu 'mild' kepada mereka pemimpin negara yang mengamali islam hadhari Kita juga sedia maklum betapa pesta tahun baru "menatijahkan perlakuan sumbang,peleseran, zina, khalwat malah menggalakkan kejadian lumba haram mat rempit yang membahayakan nyawa dan keselamatan pengguna jalan raya serta menyusahkan pihak polis". Pesta tahun baru sudah terbukti menyebabkan remaja lepas laku, minum minuman keras, tidak balik rumah hingga melakukan seks bebas lalu tanpa rasa berdosa meninggalkan 'sampah maksiat' mereka yang terdiri dari tin2 dan botol minuman keras, kondom juga pakaian dalam!. Mereka juga menjadikan pelbagai sudut dan ruang sebagai tempat tidor dalam keadaan bercampur gaul lelaki perempuan tanpa batasan, kerana telah terlepas kenderaan awam untuk pulang atau mungkin sengaja suka turut serta dalam acara bebas yang gila dan menggila tersebut !! Saya berani menyatakan 70-80% dari mereka yang menyambut tahun baru di Dataran Merdeka terdiri dari Melayu Islam tanpa menafikan pengunjung2 kelab malam dan disko yang lebih ramai Bukan Melayu dan bukan Islam. Sebab itu kita sebagai penjunjung Islam yang mulia,wajib dan berhak menyatakan bantahan kita atas bersekongkolnya pemimpin dengan acara peruntuh dan pemusnah akhlak serta moral juga daya tahan aqidah anak-anak serta saudara mara se Islam kita. Kalau sebelum ni pelbagai sambutan dikembarkan dengan hari raya kenapa agaknya Hari Raya Korban yang akan disambut satu hari sebelum tahun baru masehi dikuti dengan kedatangan tahun baru Hijrah 20 hari kemudian seolah-olah tenggelam dalam detik 12 tengah malam yang ditunggu2 dan begitu diwar-warkan . Saya menyeru dan merayu agar semua pihak terutama pemimpin2 negara, pemimpin masyarakat, pihak berkuasa agama, para Mufti, guru-guru dan ibu bapa agar sama2 berusaha untuk sama-sama berkorban untuk memastikan sambutan tahun baru 2007 akan disambut dalam keadaan paling bertamaddun dan beradab. Para penguasa, penerbit, penyiar media terutama media letronik, tolonglah lebih bertanggung jawab. Ingatlah jika anda orang Islam yang yakin akan Hari Pembalasan agar sama-sama memastikan agar media bersih dari mempromosikan kemungkaran dan maksiat. Sebagai contoh saya benar2 merayu agar penerbit berita utama ntv 7 yang juga disiarkan tv 9, agar menghentikan iklan-iklan lucah dan mengaibkan yang diselitkan antara penyampaian berita utama pukul 8 malam . Kita sebenarnya tiada sebab untuk berpesta kerana saudara mara kita di Selatan tanah air sedang berendam dalam banjir (serta air mata) yang nampaknya semakin ganas dan tiada belas kasihan. Sepatutnya seluruh peruntukan bunga api, kos untuk konsert dan pelbagai kos pesta yang biasanya mencecah beratus ribu malah mungkin hingga mata jutaan disalurkan untuk membantu mangsa banjir. Bayangkan kita hendak berpesta sedangkan saudara2 kita hilang semua keperluan hidup dan persekolahan anak-anak malah nyawa juga. Lebih malang lagi mereka hanya di ihsankan dengan nilai duit yang begitu minima iaitu beberapa ratus ringgit sahaja. Sepatutnya semua kos pesta tahun baru disumbangkan kepada mangsa banjir malah seluruh tenaga kerja yang bersedia untuk pesta termasuk artis2 diturunkan kekawasan banjir untuk menyumbang tenaga dan masa. Inilah agaknnya pengorbanan yang lebih besar dan utama dari penyembelihan binatang korban. Mari kita gerakkan usaha agar korban kita kali ini kita salurkan kepada mangsa banjir air bah dan juga mangsa banjir akhlak, moral dan aqidah.Mari kita sama-sama 'berhijrah' dan melangkah ke tahun baru dengan azam untuk menjadi agen perubahan sebagaimana Rasulullah SAW telah bekerja keras dan melakukan banyak pengorbanan demi mengubah masyarakat Arab jahiliyah yang jauh lebih 'korup moral' dan rosak kepada masyarakat mu'min yang bertaqwa. Bersama hidup harmoni dan saling menghormati antara pelabagai golongan dan kaum di Negara Madinah berlandaskan Islam. Dr Lo'lo' bt Hj Mohd Ghazali docmarjan@yahoo.com 0192100066
Saya sertakan disini pandangan bbrp rakan egroup yang mberi komen mereka terhadap tulisan saya tanpa mempamirkan identiti mereka. Harap mereka tidak kisah sebab bertujuan untuk berkongsi pandangan mereka dengan lebih ramai orang MENTOR LAWAN BINTANG - KELUCAHAN YANG MELAMPAU Top of Form, Bottom of Form W'salam Terima kasih kerana beri pendapat ke atas pendapat saya tempoh hari. Dalam email lepas, saya cuma menunjukkan, manusia ini melakukan sesuatu berdasarkan cara pemikirannya. Saya cuma beri contoh 3 golongan manusia, dari yang tak kisah kalau dia tak bertudung hinggalah kepada yang rasa bertudung satu kemestian dan menggelek satu kelucahan. Setengah orang sangka mereka bebas melakukan apa saja, asalkan ianya tidak terlalu melampau pada fikiran mereka. Sesetengah orang sangka, buat salah sikit pun, sudah menjadi satu kelucahan melampau, walaupun pakaiannya tidak menjolok mata. Hanya gelek gerudinya sahaja yang dipersoalkan. Saya sama sekali tidak menghukum sesiapa dalam hal ini kerana saya tidak berhak nak menghukum manusia dan saya tidak mahu, 'hukuman' saya itu menyebabkan pergeseran sesama orang Islam sendiri. Yang penting, saya tidak pernah menyatakan, kebebasan fikiran menghalalkan seseorang itu untuk berbuat apa sahaja. Yang haram tetap haram, yang halal tetap halal. Yang samar-samar ini, yang selalu menjadi persoalan dan dihukum mengikut cara pemikiran seseorang. Memang dalam Islam, jelas ada menyatakan tentang aurat wanita dan lelaki. Baik dari segi bertudung mahupun suara seorang wanita. Saya tidak pernah menafikannya. Yang saya persoalkan, sejauh mana tahap serius anda dalam perkara yang anda katakan? Adakah anda benar benar mahu berjuang, menghentikan kesemua kemungkaran ini? Atau sekadar bising bising dalam email group tapi in reality duduk diam tak buat apa apa? Memang saya kagum dan puji, niat rdz yang nak berkhidmat untuk keredhaan Allah. Saya tak pernah nak memandang rendah niat suci anda. Persoalannya, sejauh mana anda serius dengan "perjuangan" anda itu? Adakah anda akan mulakan dengan condemn Siti Nurhaliza misalnya kerana dia penyanyi melayu Islam yang bersopan, tapi tak bertudung walaupun setelah berkahwin? Adakah anda akan boikot dan condemn kesemua penyanyi wanita termasuk kumpulan nasyid wanita yang memperdagangkan suara mereka, atas tujuan komersial (mengaut keuntungan), walaupun pakaian mereka sopan dansering sebut nama Allah dan Rasul? Adakah anda akan humban tv anda ke sungai dan boikot tak mahu tengok tv lagi kerana ia dipenuhi dengan pelbagai hiburan yang melekakan dan mencapai tahap lucah yang melampau? Itulah point yang ingin saya jelaskan di sini. Anda yang beriya iya nak berjuang demi agama, apakah tindakan anda selepas ini? Adakah perjuangan anda setakat "perbincangan ilmiah" sahaja? Adakah perjuangan anda setakat berbincang dan bising bising dalam email group ini sahaja? Atau anda akan berpakat dengan para ulama dan Ustaz, sama sama berkempen di khalayak ramai untuk memboikot & menghentikan perkara perkara mungkar dan hiburan lucah seperti ini? Sanggup menghadapi risiko ditangkap kerana menimbulkan kekecohan awam atau dipenjara di bawah ISA (akta keselamatan dalam negeri)? Itu yang saya hendak anda fikirkan sendiri kerana bila bercakap, memang lah beriya iya cakap. Keluar dalil Al-quran dan hadis semua. Tapi ramai orang yang saya perhatikan, hanya pandai cakap sahaja. Hanya pandai condemn orang lain, itu ini tak kena. Cakap berapi api, sampai nak sepak sepak tv. Tapi dalam realiti, lepas sehari dua, dia bukak balik tv tu, tengok pelbagai program hiburan yang melekakan. Dalam email group, cakap berapi-api, tapi dalam kehidupan reality, dia relax saja tak buat apa apa. Duduk rumah,pergi kerja macam biasa. Tak mahu terlibat dengan apa jua gerakan perjuangan di luar sana, sampai sanggup hadapi risiko masuk ISA. Anda bagaimana pula? Sejauh mana tahap serius perjuangan anda? "BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT" AZ…………… Mentor lawan Bintang - kelucahan yang melampau Top of Form Bottom of Form Salam 'alaik... btul ke dengan "melangkapkan dengan Teknologi Ilmu (TI) pada setiap diri anak-anak kita" dapat menahan dan membendung gejala ni? saya ni mempunyai contoh yang infinity jumlahnya untuk saya tampilkan mereka2 yang langsung tak tahu pasal IT lagi la terselamat dari youtube, porn web, porn email, etc... maksuh saya bukan tak penting blaja IT, tapi itu tak menyelesaikan masalah, maybe bleh membantu, tapi silap skit je, memparahkan lagi keadaan, ade la. dulu kini dan selamanya, Iman adalah pendinding diri kita dari segala macam maksiat sahabat... takyah la sibuk nak tapis ape yang ade dalam youtube and dll yg mmg byk sgt bad thing tu. lawat la Islamic site yang lain... ALLAHu a'alam...Hari…. Assalammualaikum, Topik ini dah semakin menarik di bincangkan, perkembangan media sebenarnya tidak mampu disekat oleh mana2 pihak pun, waima kerajaan sekalipun, bukan sekadar di tv3 sahaja hampir semua tv kat malaysia nih ada mempertonton aksi-aksi terlampau begitu juga dengan cyber-cyber cafe atau juga dirumah kita sendiri yang kebolehan akses internet sehinggalah kepada telefon2 bimbit anak-anak kita. Jadi perkara yg harus kita tekankan disini adalah mempersiapkan diri kita dan anak-anak kita supaya dapat menapis perkara-perkara ini dengan sendirinya. Kita dapat menahan daripada anak-anak kita daripada menonton siaran tv yang di anggap lucah, bagai mana dengan youtube lama web porno, email-email porno yang dihantar kepada anak-anak kita, adakah kita mampu menghalangnya daripada berlaku? tidak mungkin. Oleh itu sekali lagi saya tekankan, kita harus melangkapkan dengan Teknologi Ilmu (TI) pada setiap diri anak-anak kita supaya mereka sendiri dapat menapis dan menilai sendiri sama ada yang dilihat itu sampah atau ilmu. Wallaualam HFMA Assalamualaikum, Saudari dapat menjaga diri, tetapi bagaimana dengan yang lain? kalau kita just pentingkan keselamatan diri kita sahaja, bermakna kita ni selfish. Nak masuk syurga sorang-sorang atau istilah orang sekarang - "Jaga diri sendiri. Kubur masing-masing. " Bagaimana pula dengan perintah melaksanakan amar ma'ruf nahy munkar jika kita merasakan tukar channel adalah jalan terbaik? "Barangsiapa yang bangun pagi tanpa memikirkan masalah umat Islam, dia bukan dari golongan (umat Islam) itu" (hadis) Wassalam. On 12/30/06 my personal opition ....kalau kita rasa rancangan e2 x menepati, tidak elok dtonton, tukar kechannel lain. kalau x suka tv e2 tukar tv lain..senang saja....kita mempunyai akal dan juga fikiran yg waras....gunakan sewajar2nya. .....tepuk dada tanya diri sendiri..... .SEKALI LAGI INI PENDAPAT DIRI SAYA SENDIRI... lain org lain pendapat...so don't get me wronggggg... CM Wa alaikumussalam warahmatullah, Saya tidak pasti apakah rating program juara Mentor vs Bintang Cari Bintang tetapi yang saya nampak jelas, ia adalah satu "strategic alliance" yang berjaya kepada TV3/Media Prima dengan Celcom selaku penaja rasmi. Setiap SMS yang dihantar oleh peminat, kedua-dua syarikat memperolehi manfaat. Manakala peminat pula mendapat saham di akhirat. Slot program yang bakal dijual kepada pihak Trans TV di Indonesia juga bakal meningkatkan aliran tunai dan keuntungan operasi syarikat selain mendapat manfaat tidak nyata (intangible benefits) seperti peningkatan imej korporat di negara yang dihuni lebih 200 juta umat manusia. Melihat senario ini dari perspektif kapitalis yang sentiasa mementingkan 'bottom line' (untung-rugi) , secara keseluruhan, kejayaan sesuatu program akan memberi kesan positif kepada pemegang saham, sesuai dengan tujuan pengurusan kewangan dari kaca mata kapitalis - to maximise shareholders' wealth. Di dalam kamus kapitalis, tidak ada istilah dosa-pahala atau syurga-neraka kerana kejayaan sesebuah organisasi dinyatakan dalam $$ dan sen atau pulangan pelaburan (return from investments) . Kepada peserta Mentor dan BTB pula, mereka bakal meraih kejayaan duniawi hasil tunjuk-ajar dan tarbiyah dari Sang Sifu selaku uswatun hasanah dalam bidang seni. Nauzubillah! Hampir termuntah melihat iklan program akhir tersebut yang menampilkan Ima dengan aksi gelek gerudinya yang tidak ubah seperti sang mentor iaitu Inul dalam program BTB di Indonesia. Sebagai individu, kita sewajarnya protes. Benci, marah. Larang anak dari menonton dsb. Akan tetapi adakah ia jalan penyelesaian sebenar? Dalam keadaan Islam hanya ujud dalam beberapa aspek kehidupan, untuk menghindari natijah negatif dari paparan lucah seumpama itu, ketaqwaan individu iaitu keimanan seseorang yang bakal menjaga dirinya dari terjebak ke kancah maksiat seandainya berlaku rangsangan syahwat dari aksi yang amat memualkan tersebut. Kepada yang telah punya pasangan sah, mereka memenuhi naluri itu dengan pasangan masing-masing, sesuai dengan petikan hadis Nabi Salallahu Alayhi Wasallam ".. apa yang ada pada perempuan itu ada pada isteri kamu". Akan tetapi, bagaimana pula dengan golongan yang belum bernikah? Adakah mereka punya mekanisme untuk menjaga iman mereka disaat rangsangan menjadi terlalu gawat? Mampukah menundukkan pandangan dan mengalihkan naluri kepada perkara lain hingga tidak terjadi sesuatu yang haram? Kembali kepada TV3 dan Celcom. Persaingan dalam industri masing-masing yang semakin sengit menyebabkan mereka mengambil apa-apa sahaja langkah untuk memastikan tidak berlaku ketirisan dalam perolehan (leakage(s) in revenues). Selain dari meluahkan rintihan hati kita akan kesan buruk akibat paparan lucah tersebut yang direalisasikan hasil dari "smart partnership" atau "strategic alliance" kedua syarikat, terlalu sedikit yang boleh dilakukan samada oleh individu atau kelompok masyarakat. Jika mereka tunduk pada luahan hati rakyat sekalipun, ianya dilakukan bukanlah disebabkan faktor dosa-pahala tersebut tetapi demi untuk menjaga kesetiaan pelanggan (customers' loyalty) terutamanya Celcom yang menerima tamparan hebat apabila Maxis yang lebih muda darinya dinobatkan sebagai peneraju pasaran (market leader). Dalam kapasiti sebagai individu atau kelompok masyarakat termasuk NGO, kita tidak boleh bertindak sendirian untuk menghukum pesalah-pesalah 'moral' ini. Hence, this is the point whereby the authorities' intervention comes into picture.. Negara yang menegakkan Islam secara keseluruhan dalam kesemua aspek pemerintahan akan memastikan ujudnya mekanisme menjaga Deen yang mulia ini termasuk juga maruah dan kehormatan warganegaranya. Negara tidak akan membenarkan keujudan stesyen penyiaran yang memaparkan program maksiat termasuk aksi lucah sesuai dengan kaedah usul fiqh - "Alwasilatu ilalharam muharramah". Sesuatu yang membawa kepada yang haram, hukumnya adalah haram. On top of that, Negara juga akan memastikan sistem pendidikan yang diberikan kepada rakyat bukan sekadar untuk mereka meraih kejayaan duniawi tetapi juga bakal membawa kejayaan ukhrawi. Justeru, pengisiannya akan termasuk pemantapan akidah secara istiqamah sebagai satu kurikulum. Bukan hanya pengisian ringkas secara bermusim atau berkala sehingga menjadikan iman umat Islam turun naik seperti Indeks Komposit (CI)yang menerima tempias kawalan modal di negara Thailand! Malangnya, selagi negara Malaysia ini masih lagi bermazhabkan Perlembagaan Persekutuan, masih berkiblatkan sistem Sekuler-Kapitalis, hanya (i)ketaqwaan individu dan (ii) kawalan masyarakat melalui aktiviti amar ma'ruf nahy anil munkar yang dapat menjaga iman umat Islam. Iman yang terbit darinya pematuhan kepada hukum, bukan takutkan pemerintah. Kepada yang tidak takutkan azab Rabb-nya, pemerintahlah yang akan dapat menangani orang-orang ini sesuai dengan perkataan Saidina Usman bin Affan Radiallahu Anhu bahawa Imam (pemimpin) akan dapat membetulkan/ meluruskan orang-orang yang tidak dapat dibetulkan dengan AlQuran dan Sunnah. Akan tetapi perlu diperingatkan bahawa sekadar menukar pemerintah dalam keadaan PP maintains the status quo, masalah kita (umat Islam) tidak akan selesai. Pi mai pi mai tang tu. Justeru, anjakan paradigma sesuai dengan firman Allah - Innallaha laa yughayyiru maa bi qaumin hatta yughayyiru maa bi anfusihim (ar-Ra'd:11) adalah amat penting sekali untuk menggapai sesuatu yang dianggap "too good to be true" iaitu pelaksanaan Islam secara keseluruhan selaras dengan perintah Allah dalam surah al-Baqarah 2:208 ~ "Idkhulu fiisilmi kaffah" demi memastikan kesejahteraan kita tidak bersifat sementara tetapi berlanjutan ke alam kekal abadi. Wassalam. On 12/19/06, amn Salam Zulkaedah Warga Internet Hati mana tak terguris .. rasa nak diterajangkan peti TV..kalau ikut fikiran kurang waras/kurang ajar nak di hempas2kan peti TV tu..maklumlah takkan kita nak tunjuk sifat yg kemungkinan anak2 kita kurang arif,apabila terlihat segmen Mentor lawan Mencari Bintang. Dahlah kita ingat dah habis...rupa2nya ada sambungan lagi gejala2 maksiat,keruntuhan akhlak anak2 muda mudi kita termasuk golongan yg kita rasa dah tahu mana harus,halal dan haram/maksiat sama2 meraikan program Mentor tu. Walaupun TV3 ada juga menyelitkan program2 sihat dlm segi akhlak dan tamadun...tetapi lebih banyak yg berunsur keruntuhan akhlak muda mudi kita..dari awal tahun.hingga lah ke hujung tahun.....berselang ganti...rasa2 macam tiada penghujung.. ..bak kata DAH BUANG MARUAHKE..ATAU PALING TEPAT LAGI....TV3 BERSAMA MAKSIAT SEPANJANG ZAMAN. Mari kita sama sama mengambil suatu tindakan dengan menghantar luahan rasa kesal dan terhina kita sebagai Muslim ke TV3 melalui saluran yg perlu...sebagai contoh http://aa.f319.mail.yahoo.com/ym/Compose?To=NEWS@TV.COM.MY. Lahirkan protes kita sebagai ibubapa yg sangat perihatin akan akhlak anak muda mudi kita..jangan sampai nasi menjadi bubur... Saya amat terharu dengan komen oleh Dr LoLo dan harap Dr mengambil masa memberi komen/beri pendapat/nasihat melalui ruang yahoogroups. com agar sambil warga internet mencari rezeki... sekali kali baca komen/pendapat yg bernas/membina sebagai MANUSIA SEBENAR...segala sifat prihatin kita insyallah lambat laun akan mendapat BARAKAH DARI ALLAH SWT. BERSAMA DR LOLO MENCARI CAHAYA KEINSAFAN DAN KEBENARAN Wassallam Dr LoLo Ghazali <http://aa.f319.mail.yahoo.com/ym/Compose?To=docmarjan@yahoo.com> wrote: Salam,Saya sebenarnya hilang kata-kata apabila berpeluangmenonton TV. Mentor lawan bintang cari bintang -itulah tajuk program yang akan disiarkan oleh TV 3 pd24/12 ni. Sementara sebhg ibu bapa, adik beradik, sdra mara dan kenalan kita bermandi keringat mencarikeredhaan Allah di Kota suci Mekah dan Madinah, kitadi Mlaysia dihidangkan dengan iklan program yang diulang beribu2 kali waktu prime atau bukan waktu primeuntuk menyaksikan satu rancangan yang saya kategorikansangat merosakkan malah lucah. Cara mereka yang dipanggil protege menghayun tubuh badan dan menggayakantarian yang menggiorkan sambil menyanyi dgn penuhperasaan begitu menjolok mata dan mengaibkan. Adakahdiantara kita kumpulan ALKIS yang membaca tulisan sayaini yang berbeza pendapat dgn saya tentang kelucahandan melampaunya iklan program yang tersebut. belumlagi tengok program tersebut yang saya tidak akantengok kerana tidak mahu di hisab oleh Allah melakukankerja sia2. Saya seolah2 'helpless' dan useless keranatidak mampu menghalang program2 seperti ini terus merosakan dan mencemarkan mata, telinga dan mindaterutama golongan muda. Dimanakah tanggung jawabsosial pengendali2 media letronik kita. Kalu yangberagama Islam pula tidakkah mereka takutmenghidangkan 'dosa jariah' yang akan dibawa berterusan hingga akhir zaman. sape yang hendakmenanggung dosa ini, sape pula yang hendak bertanggungjawab atas kebejatan akhlak dan moral generasi yangada . Kita sebagai ibu-bapa sudah tidak menang tangan menangani serangan2 hebat bukan dari luar rumah tetapidalam rumah kita sendiri. Pagi ni kita menanamkannilai mulia, malam karang musnah bila anak2 kitamencerap dalam mindanya kebobrokan dalam media yangterhidang depan mata. tidak termampu kita menutup matadan telinga anak2 kita yang sedang meningkat remajadan remaja. yang kecil2 mungkin boleh kita atur2,tetapi yang sudah besar dan pandai berusaha sendiri ,sudah tidak terhalang lagi. bagaimana pula anak-anakkita yang lain? anak buah, anak jiran anak rakanpejabat kita yang juga ternganga depan TV. Sebenarnya baaanyak lagi program2 seperti ini, ada yang kitaperasan ada yang tidak, bukan kita nak duduk depan TV dan buka semua saluran. Tanggungb jawab siapakahmemastikan media tidak menjadi media yang rosak danmerosakkan, media yang sesat dan menyesatkan. tanggungjawab guru?, ibu bapa? ahli masyarakat? penguasa? atau pemimpin yang memerintah atau rakyat yang memilih,menyokong, mengampu malah memuja pemimpin danpemerintah yang ada? Ya Allah.. ampun kan dosa kami,kami sangat lemah Ya Allah. La haula wala quwataillabilla hil 'aliyil 'adzim. Dr Lo'lo' HMG0192100066
HASIL UNDIAN SMS NTV7 Hasil undian sms NTV7 dalam berita malam ni tadi6/12/06, didapati menyokong kenyataan YAB TGNA : "Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Matmempertahankan tindakan Majlis Perbandaran Kota Baru(MPKB) menguatkuasakan sepenuhnya undang-undang kecilmenegah wanita berpakaian tidak sopan daripada bekerjadi premis perniagaan di kawasan tadbirannya." "Seseorang wanita yang memakai pakaian tidak senonoh sebenarnya tidak menghormati dirinya sendiri, jadi bagaimanakah orang lelaki akan menghormati mereka?" sms tersebut berbunyi lebih kurang seperti berikut WANITA YANG BERPAKAIAN SEKSI KURANG DIHORMATI. 85% Menyatakan YA dan hanya 15% menyatakan TIDAK "The latest dress code ruling in Kelantan is disrespectful and undermines women's capabilities. Women, Family and Community Development Minister Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil said she is appalled at the no sexy clothes ruling in Kelantan." Bagaimana pandangan seorang Menteri wanita MUSLIM yangmenjaga sebuah kementerian yang berkaitan denganwanita, keluarga dan pembangunan komuniti boleh jauh tersasar dari pandangan dan pendapat MASSA. Rakyat sepatutnya boleh menilai kualiti dan kewibawaan menteri2 kabinet yang ada. Saya masih belum jumpa potongan akhbar UM / BH untukdikongsikan disini, yang memberitakan seorang lelaki ditangkap kerana bersikap tidak senonoh dengan membuka zip seluarnya dan menunjukkan alat sulitnya. Menurut lelaki yang sudah pasti 'mempunyai penyakit dalam hati', dia tidak boleh tahan melihat wanita2 yangberpakaian seksi seperti mangsanya pada hari tersebut. Pegawai polis yang mengendalikan kes tersebut juga turut menasihatkan agar wanita2 tidak berpakaian seksi kerana ini boleh menimbulkan keadaan tidak sihat seperti yang berlaku pada hari tersebut. Saya juga pernah menyimpan satu tulisan hasil kajian seorang profesor dari sebuah Universiti sebuah negara barat ( maaf, saya tidak dapat menyatakan dengan tepat kerana artikel tersebut telah terpadam dari PC saya sejak beberapa tahun lepas ). Kajian itu melibatkan beberapa ribu responden yang ditemu-ramah untukmemberi komen tentang 2 keping gambar wanita. Sekeping adalah gambar wanita yang berpakaian sopan dan sekeping lagi gambar wanita yang berpakaian seksi.Hasil kajian membuktikan wanita yang berpakaian seksi lebih terdedah kepada serangan seksual dan dikatakan kurang bermaruah berbanding dengan wanita yangberpakaian sopan. Nah.. itu kajian disebuah negaraBarat. Ini sangat berpadanan dengan hasil undian sms NTV7.Saya sangat berharap agar hasil undian dan kajian ini dapat membantu DSSJ dan pihak2 lain yang membantah(MPKB) menguatkuasakan sepenuhnya undang-undang kecil menegah wanita berpakaian tidak sopan menimbang semula kenyataan mereka dan memberi peluang dan kebebasan kepada MPKB melaksanakan apa yang menjadi tanggungjawab mereka. Ingatlah DSSJ, mencegah lebih baik dari merawat.Ingatlah menjadi kewajipan seorang Muslim mencegah kemungkaran sebagaimana Hadis Nabi SAW yang bermaksud" Barang siapa diantara kamu melihat kemungkaran,hendaklah mencegah dengan tangannya, jika tidak mampu dengan lidahnya, jika tidak mampu dengan membenci didalam hati. Yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.". Kalau sudah benci pun tidak malah bantah pihakyang menggunakan 'tangan' atau kuasa yang mahu menegakkan syariat Allah, dimana hendak dikategorikan diri kita. Haruslah dimaklumi beberapa fakta iaitu wanita-wanita bukan Islam tidak dipaksa bertudung cuma diminta berpakaian sopan. Bagi wanita Islam masyarakat KB mereka telah pun diberi penerangan dan ilmu tentang kewajipan menurut aurat sejak 3 penggal kerajaan PAS memerintah. Tambahan pula undang-undang kecil tersebut memang sudah sedia ada cuma sebelum ini tidak dikuatkuasakan untuk memberi peluang rakyat memahami polisi dan hasrat kerajaan negeri. Firman Allah yang bermaksud " Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik)maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [SurahAl-Ahzab:59] Dr Lo'lo' bt Hj Mohamad Ghazalihttp://aa.f319.mail.yahoo.com/ym/Compose?To=docpearl@hotmail.com&YY=46737&order=down&sort=date&pos=0&view=a&head=bdocpearl.blogspot.com

Tuesday 9 January 2007

MIMPI NGERI SAYA JADI KENYATAAN
Bila Dr Asri diwar-warkan untuk jadi Mufti Perlis saya turut respon dan bagi pandangan saya dalam egroup ni. Saya kongsikan pengalaman saya sebagai anak Mufti. Sebenarnya bukan itu yang bersarang dalam kepala saya, yang bersarang adalah apakah Dr Asri akan jadi lebih “shahidan” dari “Shahidan”. Mahukah Dr Asri dijemput oleh orang-orang PAS dalam program PAS yang ‘tiada politik’ bila dah jadi Mufti Perlis. Yang bermain2 dalam kepala saya Dr Asri akan kutuk PAS tanpa memahami dan menyedari keadaan dan situasi sebenar.
Bukan saya bermegah tetapi saya rasa saya dianugerahkan Allah dengan rasa ‘instinct’ yang sangat kuat. Banyak kali berlaku. Antaranya bila DSAI yang dulu kami panggil brother Anwar masuk umno, saya macam orang putus cinta, kecewa habis dan rasa tertipu. Sehinggalah satu hari DSWA atau Kak Wan datang merasmikan program PERSIAP di mana saya exco ketika itu di fakulti perubatan UKM. Kak Wan yang sudah bergelar isteri Timbalan Menteri JPM memujuk saya dgn kata2 “bagi Abg Anwar peluang“ Saya jawab, saya bagi 10%. Waktu tu saya hanyalah seorang pelajar perubatan yang sgt naif tentang politik. Akhirnya bbrp tahun selepas itu berlakulah apa yang telah berlaku pd DSAI. Mimpi ngeri saya jadi kenyataan, mimpi saya DSAI tidak akan mampu menahan penangan ujian dalam umno, jadi sejarah hitam negara. Kini mimpi ngeri saya yang kesekian kali sekali lagi jadi kenyataan.
Apa yang di tulis oleh Pak Tam Mat dalam tulisannya di bawah ni adalah fakta jelas dan nyata. Beberapa minggu sebelum Dr Asri jadi mufti saya ikuti programTajdid di UIA dimana beliau salah seorang penceramah. Pada masa tu berdesing telinga saya bila dia kata” adakumpulan pembangkang tu tidak kira apa, nak bangkang saja” . Walaupun dia tak sebut PAS secara jelas tapi saya yakin kebanyakan yang hadir hari tu faham maksud dia. Tentu saya tidak bersetuju, takkan PAS hanya tau bangkang sahaja. PAS adalah kerajaan di Kelantan dan pernah jadi kerajaan di Trengganu. PAS menyumbang dalam semua aspek kehidupan masyarakat Msia dari dalam Parlimen, DUN hingga ke hujung kampung dan ketengah laut. Kalu PAS hanya bangkang sahaja saya tidak akan duduk dalam PAS. Tapi saya mahu bersama2 jemaah yang menjalankan Amar maaruf nahi mungkar tanpa takut dan tanpa berpilih2.
Dasar PAS adalah Islam, seruan PAS adalah Allahuakbar. Tujuan PAS adalah memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai2 hidup Islam dan hukum hakamnya menuju keredhaan Allah. Polisi dan pendirian PAS bukan dari kepala pemimpinnya (yang tidak maksum) tetapi dari hasil Syuro. Betul atau salah, lemah atau mantap cara pendekatan PAS, kami bersandarkan Al Quran dan Hadis, qias dan ijma’ ulama. Dasar tetap Islam.
Saya setuju dengan Pak Tam. Janganlah Dr asri melatah dengan memalitkan ‘ taik ’ yang dibuat UMNO kepada PAS. PAS tidak berkuasa di federal, PAS juga tidak memerintah di negeri dimana Mat saleh Amerika dan isterinya diserbu dalam bilik chalet mereka.
Banyak lagi yang ingin saya perkatakan tapi masa saya agak terhad. Lagi pun banyak kerja lain yang perlu saya selesaikan. Cuma ada satu soalan yang saya asyik bertangguh2 nak tanya Dr Asri. Kalaulah Kelantan yang diperintah PAS adalah negeri ‘Darul Sunnah’ mengikut pemahaman Dr Asri, kemudian MB Kelantan TGNA jemput Dr Asri jadi mufti Kelantan (sebelum jadi mufti perlis lagi la), adakah Dr asri akan terima tawaran tersebut?
Untuk maklumat Dr Asri Kerajaan PAS kelantan bukan sahaja tiada Special Branch, Rumah MB sendiripun tiada security guard atau Polis yang menjaga.
Wallahua’lam.
Dr Lo’lo’ HMG
0192100066
--------------------------------------------------
Mufti Perlis sudah jadi 'alat' Umno serangpembangkang!
Pak Tam Mat Sun Jan 07, 07 05:24:26 AM
"Asri sememangnya mahu dan bersedia menjadi tali barutUmno apabila menuduh negara Islam yang pembangkangmahu tubuhkan adalah negara special branch, walhalnegara special branch atau yang digelar Tun MahathirMohamad sebagai negara polis adalah realiti yangberlaku di Malaysia sekarang di bawah pimpinanUmno-BN!" Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin buat perangailagi.
Mentang-mentang dia jadi tumpuan dan disanjungSisters In Islam, Asri kali ini menghalakan sasarannyakepada pembangkang pula. Jelas, mufti termuda ini mahu bermain politik, tapibukan di gelanggang yang sebenar. Pagi tadi saya terbaca wawancara panjang MingguanMalaysia dengan Asri. Saya cuma mahu fokuskan kepadajawapan Asri terhadap soalan wakil Mingguan Malaysiakepadanya: "Sebab itu Dr. menggesa tumpuan diberikepada mencegah kemungkaran secara terbuka?" Dan ini jawapan Asri: " Ya, kita perlu menumpukankepada menghapuskan maksiat yang terbuka termasukmerompak, mencuri dan berjudi.
**Jangan tanyapembangkang. Saya tidak tahu bagaimana negara Islamyang mereka hendak bentuk. Kalau sistem khalwat itu diterima pakai seperti sayatengok di laman web pembangkang, ertinya kalaumemerintah, mereka terpaksa membuat negara ini negara special branch. Mereka terpaksa merisik untukmengetahui jenayah dan maksiat orang lain." **
Apa kena mengena pembangkang pula dalam hal ini selain motif Asri untuk menampilkan dirinya sebagai jaguh atau wira kepada Umno-Barisan Nasional, khususnya untuk jadi tukang kipas kepada orang yang melantiknya,Shahidan Kassim? Bukankah yang berkuasa, yangmenggubal undang-undang, yang menguasai segala jentera kerajaan, khususnya pihak yang menguatkuasakan undang-undangkan adalah Umno-BN? Benar, saya setuju usaha mencegah maksiat perlu diluaskan skopnya, bukan saja tangkap orang khalwat,berzina dan seumpamanya.
Kita hadapi isu-isu mungkar yang lebih serius, seperti masalah yang menjejaskankeselamatan umum, misalnya jenayah ragut, curi rompakdan bunuh yang semakin berleluasa. Dan bagi saya, jenayah lebih serius adalah masalah rasuah dan salah guna kuasa yang makin berkembang-biak termasuk menjalar ke peringkat akar-umbi seperti tertonjol dalam kes pengangkutan pelatih PLKN baru-baru ini. Projek pembangunan berbilion ringgitdaripada wang rakyat difaraidkan sesama kroni Umno-BNbagaikan skim cepat kaya!
Tapi, saya yakin Asri faham usaha banteras dan menguatkuasakan undang-undang rasuah adalah BPR, yang terletak langsung di bawah Perdana Menteri, dan tiada kaitan dengan pihak berkuasa agama. Pelik, tak pernah pula Asri cuba menyelongkar hal-hal ini. Yang beliau cukup gemar adalah mengkritik rakan-rakan muftinya yang lain dan pihak pembangkang sedangkan inti segala masalah adalah kepada pemerintah Umno-BN. Soalan besar ialah, undang-undang jenayah syariah dibawah pemerintahan Umno-BN ini hanya mengklasifikasikan jenayah tertentu saja untuk ditangani pihak berkuasa agama. Mahkamah Syariah dipersudutkan kepada "kesalahan agama" tertentu dengan mengehadkan hukuman maksimum yang cukup rendah berbanding hukuman mahkamah sivil.
Tapi itu bukan hal yang saya nak debatkan dengan Asri.Saya cuma mahu tanya, segala yang dikritiknya itu,terutama berkaitan dengan kes khalwat adalah undang-undang dan peraturan yang sudah pun diluluskan oleh pemerintah yang dikuasai Umno selama ini. Memang ada respons daripada beberapa laman yang cenderung kepada pembangkang, termasuk detikdaily,tapi pihak yang bertanggungjawab adalah pemerintah sendiri. Kita pun sedar dari dulu lagi, pihak yang belum dapat disahkan terbabit dengan jenayah, tidak wajar diaibkan, namun untuk membiarkan pelaku jenayah berseronok suka berkhalwat dan berzina dalam biliktertutup tanpa gangguan, "lagilah tak kena". Kalau Asri kata mahu hapuskan maksiat termasuk judi,rompak dan curi, apakah hal itu terangkum sepenuhnya di bawah pihak berkuasa agama yang begitu terhad kuasanya itu? Misalnya kes judi, siapa pula yang meluluskan lesen judi kalau bukan pemerintah Umno-BN,di bawah Kementerian Kewangan. (Rompak dan curi pun tidak di bawah kuasa mahkamah syariah). Mengapa Asri tidak tegur akhbar-akhbar utama berbahasaMelayu, yang semuanya dikuasai Umno, yang menyiarkan keputusan judi hampir setiap hari, sehingga iklan untuk mendapatkan keputusan judi secara cepat melalui SMS pun disiarkan Utusan Malaysia dan Berita Harian,kadang-kadang hampir setengah muka surat di ruangan Sukan. Akhbar bahasa Inggeris milik Umno, NST, turut siarkan iklan arak penuh satu muka warna-warni dan menjadi penyumbang utama kewangan syarikat akhbar berkenaan. Sedangkan mengikut undang-undang jenayah Syariah yang dikemukakan oleh Kerajaan PAS Kelantan dan dulunya Terengganu memberikan definisi yang lebih jelas dan skopnya terbuka luas. Tetapi Umno mengugut mahu mengenakan tekanan dan sekatan jika Kelantan melaksanakannya.
Lebih serius apabila Asri menuduh negara Islam yanghendak pembangkang (tentunya PAS) tubuhkan adalah seperti negara special branch. Tuduhan ini cukup menyakitkan hati saya, malah semasa saya menulis ini,tangan saya terketar-ketar marah, namun saya cuba bersabar dan berhujah secara rasional. Asri sememangnya mahu dan bersedia menjadi tali barut Umno apabila berkata demikian, walhal negara special branch atau yang digelar Tun Mahathir Mohamad sebagai negara polis adalah realiti yang berlaku di Malaysia sekarang di bawah pimpinan Umno-BN! Semua tahu begitu banyak peruntukan duit rakyat untuk membiayai kegiatan SB bagi menghalang perkembangan pembangkang dan apa jua suara yang dilihat tidakselari dengan pemerintah. Pihak menteri dan menteri-menteri besar Umno selalunya melayan dengan begitu istimewa sekali kumpulan SB ini bagi mempastikan mereka bekerja bukan untukkeselamatan negara tetapi keselamatan Umno-BN.
SB masuk dan menyusup ke dalam organ-organ pembangkang dan NGO yang kritikal dengan kerajaan. Mereka kerap menawarkan habuan lumayan kepada aktivis untuk mendapatkan rahsia, sekali lagi bukan demi keselamatan rakyat dan negara ini tetapi untuk melumpuhkan kekuatan pembangkang dan usaha gerakan rakyat. Malah, pihak berkuasa agama pun, misalnya Jawi dan Jais, turut sibuk menyusup mencari masjid atau surau mana yang membenarkan penceramah bebas - yang tidak bersedia menjadi pak angguk kepada Umno - memberikan kuliah dan syarahan. Bukan satu perkara baru apabila masjid dan surau-surau berkenaan dikunci dan jawatankuasanya dibubarkan! Saya kira Asri bukannya terlalu bodoh untuk tidak mengetahui bagaimana pemerintah melalui SB melakukan tekanan dan penindasan, tetapi Asri sengaja memekakkan telinganya dan buat bodoh demi menyenangkan pihak atasan. Baca sajalah siri tulisan Saari Sungip, bekas tahanan ISA yang cukup gigih dan kental merekodkan pengalamannya berdepan karenah SB. Saya mahu berhenti setakat ini dulu kerana orang seperti Asri ini jika dilayan berjela-jela pun ini,memang itu yang digemarinya, bagi menjadikannya sebagai perisai kepada pemimpin Umno bila berdepan dengan pembangkang. Tapi saya akan mengulasnya lagi kemudian.
Dipetik dari Detikdaily.net - wann