Friday 27 March 2009

Gambar sekitar Program PRK Bukit Gantang

Program Sambutan Hari Wanita dengan tema WANITA SATU HATI , KITA BERSAUDARA.

Tarian Singa ada, permainan Kompang dan Tabla serta tarian India.

Beri hadiah kpd pemenang aturcara sukaneka rakyat dan juga bantuan kepada pengundi terpilih serta cabutan nombor bertuah kepada pengundi-pengundi yang bernasib baik.

Bergambar kenangan dengan pimpinan DMPP lama dan baru, pimpinan PAS Perak dan Prof Aziz Bari yang kebetulan juga turut hadir.

YB Zailah (bertudung hitam) dalam satu program dengan pengundi di BG.

Suasana disatu ceramah kelompok...

Saya , Kak Lah mantan Ketua DMPP dan YB Dr Mariah bersantai menikmati jamuan

Dato Mustafa Ali selaku Pegarah JPP dan juga perasmi program kemuncak Hari Wanita Sedunia di Bukit Gantang.

Dimana2 pun kami diberi sambutan hangat oleh pengundi berbilang kaum.

Dr Lo'lo'

MESYUARAT AGONG PAS CAWANGAN KG. PADANG
Cenderahati disampaikan oleh Puan Asmah
YB menyampaikan ucapan dan merasmikan mesyuarat tersebut...
En. Hedzer (Wakil PAS Kawasan), YB dan En. Yusoff (Ketua Cawangan)...
YB menandatangani buku kedatangan tetamu...
By: Cik Faezah

Tuesday 24 March 2009

MERASMIKAN MESYUARAT AGONG MUSLIMAT CAWANGAN KELANA JAYA
22 Mac 2009

Mafhum ayat Al Quran :

KATAKANLAH JIKA BAPA-BAPA KAMU,  dan ANAK-ANAK KAMU, PASANGAN_PASANGAN KAMU, KAUM KERABAT KAMU, PERUSAHAAN YANG SEDANG KaMU USAHAKAN, PERNIAGAAN YANG KAMU TAKUT RUGI DAN TEMPAT KADIAMAN YANG KAMU SENANGI LEBIH KAMU CINTAI DARI ALLAH DAN RASULNYA

TAKLIMAT KHAS & DIALOG SERTA PELANCARAN ANAK-ANAK PERAK DI PERANTAUAN
22 Mac 2009

Wednesday 18 March 2009

8 MAC adalah merupakan HARI WANITA SEDUNIA yang disambut seluruh dunia dan wajar diraikan oleh semua atas kesedaran bahawa wanita itu ibu kita, kakak dan adik perempuan kita, anak perempuan dan isteri yang mengongsi kehidupan lelaki dan melahirkan zuriat.

Untuk makluman 25 Ogos yang sering dirayakan oleh Kementerian wanita adalah hari ulangtahun penubuhan wanita UMNO dan sewajarnya dirayakan oleh wanita UMNO dan penyokong2nya sahaja.

Bagaimana pun SELAMAT HARI WANITA KEPADA SELURUH WARGA WANITA

Saturday 14 March 2009

SETAHUN MENJELANG MEMIKUL AMANAH di TITIWANGSA 
08032009
Gambar kenangan selepas selesai program...
Majlis ini dirasmi oleh YB Dr. Hatta bin Ramli Ahli PArlimen Kuala Kerai dan juga merupakan Bendahari PAS Pusat. Tutur hadir dalam majlis tersebut PJ Wilayah Tuan Hj. Mohammad Nor, YDP PAS Kawasan Ustaz Yusuf Daud, YB Dr. Mariah binti Mahmud Ahli Parlimen Kota Raja, AJK PAS Pusat, BDKL, Persatuan-persatuan Penduduk, PIBG Sekolah-sekolah, MAS Kg. Baru, dan masyarakat Parlimen Titiwangsa.
YB Dr. Hatta merasmikan dengan melepaskan belon ke udara...sambil diperhati oleh YB Dr. Lo'lo', Pj, En. Rama (Kelab Penyokong PAS) dan kakitangan PKWR... serta tetamu yang hadir..
En. Zamri selaku pengerusi Briged Titiwangsa menyerahkan borang Ahli Briged kepada YB Dr. Lo'lo', sambil diperhati oleh PJ.
YB Dr. Hatta merasmikan Pejabat PKWR Titiwangsa.. kemudian memotong reben untuk masuk ke Pejabat... Dan menandatangani buku ketadangan tetamu...
Para tetamu menjamu selera...
YB memberi bunga kepada suami tercinta; sebagai tanda cinta, kasih  pengorbanan dan sokongan yang diberikan...
suami tersayang...Prof. Madya Dr. Aminuddin... berlari dari rumah (Bukit Keramat bersama Hakim anak saudaranya) ke PKWR Kg. Baru sambil membawa bekal makanan untuk isteri tercinta... dan mengimbas kembali larian solo yang dibuat oleh beliau semasa minggu berkempen PRU 12.
anak-anak dan cucu YB Dr. Lo'lo'
Ibu mertua YB yang turut hadir memberi sokongan dan dorongan dalam setiap perjuangan menantunya...
Pameran gambar-gambar aktiviti YB sepanjang setahun memikul amanah di Titiwangsa...
Para tetamu menjamu selera...
Para petugas bertunggkus lumus menyiapkan persiapan...dari hari jumaat lagi...
bersambung...

Wednesday 4 March 2009