Tuesday 31 July 2007

Saya dapat ni melalui email yang dihantar kepada saya. Mari kita renungkan terutama pasangan suami isteri yang seringkali tidaka menghargai anatar satu sama lain. ( Akhir kata, berlajarlah untuk berkata CUKUP....ALHAMDULIL -LAH ....." " Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, andai diri tak sehebat SULAIMAN. Mengapa mengharap teman setampan YUSOF, jika kasih tak setulus ZULAIKHA. Tak perlu mencari teman seteguh IBRAHIM, andai diri tak sekuat HAJAR dan mengapa didamba teman hidup sesempurna MUHAMMAD, jika ada keburukan pada dirimu. Bimbinglah kekurangan itu sebagai keunikan, carilah kebaikan pada dirinya, bersyuku rlah kerana dipertemukan de ngannya berdoalah dia milik kita " )
PAKEJ SIHAT MERDEKA PAKEJ BERSALIN MERDEKA Sehubungan dengan perkara diatas sukacita dimaklumkan tentang pakej-pakej tersebut yang telah pun bermula dan akan berakhir hujung Tahun 2007. Pakej-pakej ini adalah merupakan sumbangan PPK sempena Merdeka 50 dalam melahirkan masyarakat yang sihat melalui tawaran mampu-biaya kepada segolongan besar masyarakat setempat. Pihak PPK bersedia untuk pergi ke pejabat, sekolah, surau atau masjid atau mana-mana premis yang dikira munasabah dan ada kemudahan yang sesuai pada masa-masa yang ditetapkan untuk melaksanakan Pakej Sihat Merdeka sekiranya ada tempahan untuk 10 orang atau lebih. Nama-nama dan nombor talipon mereka yang tersebut hendaklah disenaraikan terlebih dahulu kepada pihak PPK. Ibu-ibu mengandung yang membuat tempahan untuk Pakej Bersalin Merdeka iaitu bagi ibu-ibu yang dijangka bersalin Tahun 2007 ini dikehendaki untuk melakukan pemeriksaan antenatal sekurang-kurangnya 3 kali di PPK. Pakej ini khusus untuk ibu-ibu yang mengandung anak ke 2 hingga ke 5, proses kelahiran dan pra kelahiran tanpa komplikasi dan bersalin secara normal. Proses kelahiran akan dikendalikan oleh Doktor dengan bantuan Jururawat atau Bidan Terlatih. Bayaran penuh RM 998 perlu dibayar apabila ibu cukup 9 bulan atau 36 minggu. Sila pastikan resit disimpan untuk semakan masa masuk wad. Ibu-ibu yang dijangka bersalin pada Tahun 2008 juga layak untuk pakej ini jika melakukan semua pemeriksaan antenatalnya di PPK dan membuat bayaran penuh sebelum berakhir 2007. Bersama-sama ini disertakan lampiran keterangan lanjut pakej-pakej tersebut. Sila hubungi kakitangan PPK untuk temu janji dan tempahan di 03 41068466 / 7 / 8. Dr Lo’lo’ bt Datuk Hj Mohamad Ghazali Pengarah Eksekutif
PAKEJ SIHAT MERDEKA 50 PUSAT PERUBATAN KOHILAL Sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan Negara yang ke 50 tahun ini, Pusat Perubatan Kohilal ( PPK ) menganjurkan PAKEJ SIHAT MERDEKA 50. Pakej ini berorientasikan keluarga dan professional, dimana kesihatan keluarga dari ibu bapa hingga kepada remaja dan anak-anak akan diberi penekanan, manakala para professional disediakan pakej pemantauan kesihatan bagi memastikan peningkatan produktiviti kerja. Pakej Sihat Bapa/Eksekutif/Profesional dan Pakej Sihat Ibu/Wanita adalah antara penawaran PPK sebagai sumbangan untuk melahirkan anggota masyarakat yang proaktif dalam menangani kesihatan masing-masing. Dalam pakej-pakej ini pemeriksaan fizikal akan dijalankan disamping lebih 50 ujian darah dan air kencing serta ECG. Khusus untuk wanita ujian pap smear serta ujian EIT untuk mengesan barah payu dara. Sakit jantung kini adalah merupakan pembunuh utama rakyat Malaysia, oleh itu sangat penting saringan kesihatan yang termasuk ECG dibuat terutama terhadap lelaki dewasa dan wanita yang berumur 40 tahun keatas. Bagi golongan wanita pula barah payu dara penyebab kematian yang begitu menggerunkan. Untuk itu PPK menyediakan ujian mengenal pasti tanda-tanda awal barah melalui penggunaan teknologi EIT atau ‘Eletric Impedance Tomography’ yang MESRA pengguna atau dalam kata lain sangat Mudah untuk dijalani, Efektif, tidak menyebabkan keSakitan dan Selamat kerana tanpa Radiasi, Dalam satu program pendidikan kesihatan yang dijalankan baru-baru ini di KL berkenaan dengan barah pangkal rahim, ada dibentangkan tentang fakta dimana hanya 30% sahaja wanita Malaysia yang menjalani ujian pap smear untuk mengesan kanser pangkal rahim. Adalah didapati kanser pangkal rahim iaitu pembunuh kedua tertinggi, yang dikesan awal melalui ujian pap smear dapat dirawat dengan jaya dan memberi peluang kedua untuk pengidap menjalani kehidupan normal. Malah pada program tersebut juga dilancarkan satu penemuan terkini dan paling canggih iaitu Vaksin yang mampu mencegah kanser pangkal rahim serta beberapa penyakit berkaitan. Vaksin ini dicadangkan diberi kepada remaja perempuan seawal umur 12 tahun hingga 20 tahun. Meskipun kos vaksin ini agak tinggi tetapi jika dibandingkan dengan kos merawat kanser dan trauma yang dihadapi, adalah amat berbaloi ‘pelaburan’ untuk mendapatkan vaksin kepada anak-anak remaja kesayangan kita. Oleh kerana kos yang tingi, vaksin GARDASIL ini perlu ditempah terlebih dahulu. Bulan Mei, Jun dan Julai adalah merupakan bulan-bulan yang agak sibuk bagi ibu bapa dan pelajar-pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke IPT atau Institusi Pendidikan Tertiari. PPK membantu ibu bapa dengan menyediakan pakej Pemeriksaan kesihatan yang diperlukan oleh pelajar-pelajar tersebut dengan caj yang berpatutan. Bagi pelajar yang akan keluar Negara adalah dinasihatkan untuk mendapatkan imunisasi tertentu bagi melindungi mereka dari penyakit-penyakit endemic dinegara-negara yang mereka tuju. Bagi kanak-kanak focus PPK kali ini adalah galakan imunisasi terhadap ‘chicken pox’ atau campak besar dan imunisasi terhadap Influenza. Kebanyakan ibu bapa kurang berminat dengan imunisasi ’chicken pox’ ini kerana komplikasinya tidak seteruk seperti penyakit polio, pertussis mahupun diphtheria yang boleh bawa kadar mobiditi dan mortality yang tinggi. Namun chicken pox memberi kesan yang sangat merugikan dari segi masa dan produktiviti ibubapa sebagai pekerja. Ini adalah kerana penyakit ini sangat mudah berjangkit dan mengambil masa lama untuk sembuh iaitu 2 minggu atau lebih. Oleh itu adalah digalakkan kanak-kanak mengambil imunisasi mencegah penyakit ini. Influenza adalah penyakit yang dikenali orang awam sebagai ’Flu’, walaupun nampak ringan tetapi salah satu komplikasi adalah Pneumonia atau radang paru-paru yang boleh bawa maut. Suntikan imunisasi digalakkan untuk kanak-kanak 6 bulan keatas, pesakit jantung, orang dewasa berumur 50 tahun keatas dan pelancong yang akan keluar negara terutama ke Arab Saudi dimana orang ramai bersesak dimusim umrah dan Haj Sebagai khidmat tambah nilai , doctor dan staf PPK sedia pergi ke pejabat-pejabat atau sekolah-sekolah untuk menjalankan prosedur pemeriksaan fizikal dan pengambilan darah sekiranya ada lebih 10 orang pelanggan untuk pakej-pakej tersebut. Rawatan Alternatif seperti bekam, reflexologi, rawatan dan urutan aromaterapi , rawatan postnatal atau lepas bersalin serta KHITAN bayi lelaki dan perempuan serta kanak-kanak sedia ditawarkan di PPK. Sebagai pusat bersalin PPK menyediakan pakar perunding, pakar sakit puan dan pakar kanak-kanak untuk mengendalikan pelbagai kes berkaitan. Bayi yang lahir disambut dengan zikir dan bacaan Al Quran serta diberi madu disamping galakan penyusuan ibu. Khidmat tanam uri, cukur rambut bayi dan pengendalian Aqiqah juga turut disediakan untuk kemudahan ibu bapa. Yang paling istimewa PPK begitu giat membantu ibu-ibu angkat mendapat rawatan bagi membolehkan mereka menyusukan anak-anak angkat mereka supaya boleh menjadi ANAK SUSUAN. Alhamdulillah PPK telah membantu ramai pasangan memenuhi hasrat untuk membela dan membesarkan anak-anak meskipun bukan zuriat sendiri. Remaja yang terlanjur dan hamil diluar nikah akan mendapat bantuan dan bimbingan sewajarnya sekiranya mendaftar sebagai pesakit antenatal. Pihak kami tidak bertujuan menggalakkan perlakuan sumbang mereka tetapi kami menyediakan khidmat dan tempat yang membolehkan mereka mendapat bimbingan dan tidak terus melakukan kesalahan demi kesalahan. Ini adalah sebagai memenuhi tanggung jawab social PPK. Warga PPK mengharapkan sokongan dari masyarakat dalam usaha PPK untuk menyumbang mengikut kemampuan kami. Tanpa sokongan PPK tidak akan mampu meneruskan kelangsungan sebuah institusi rawatan yang berlandas Islam. Hubungi staf PPK 03 41068466 / 7 / 8 atau email ppksb@tm.net.my , docmarjan@bluehyppo.com. Dr Lo’lo’ bt Hj Mohamad Ghazali Pengarah Eksekutif Pusat Perubatan Kohilal {Akan dikenali sebagai POLIKLINIK DAN PUSAT BERSALIN MUTIARA-HATI} 225 Lorong Selangor, Taman Melawati, KL ( Belakang Maybank Melawati )


Saya percaya ramai diantara kita yang menerima email mengandungi gambar seperti berikut. Gambar2 yang menunjukkan kebesaran Allah dalam pelbagai fenomena alam. Bermula dengan gambar pokok yang 'ruku' hinggalah kepada semut yang membentuk perkataan Allah.

Subhanallah, pada saya gambar2 ini memang memantapkan keyakinan saya atas keagungan Allah SAW. Cuma saya tertanya-tanya juga samada gambar2 seperti ini ada memberi kesan kepada mereka yang belum beriman atau yang goyah imannya.

Saya teringat fenomena Tsunami dimana dengan jelas ditonjolkan gambar masjid-masjid yang tidak terusik meskipun rumah2 dan bangunan sekelilingnya ranap hancur tak berbekas. Namun tidak terdengar atau terlihat oleh kita perubahan yang besar kepada orang2 Islam sendiri samada di Indon mahupun di Msia menjadi benar2 insaf dan berubah kerana takut dan gerun dengan kekuasaan dan kehebatan Allah. Wallahua'lam........

Assalamualaikum whb, Sekian lama saya tidak memperdulikan blog saya ini kerana 'merajuk' dan 'marah' pada diri sendiri kerana tidak mampu mengurusi masa dengan baik sehingga tidak berkesempatan untuk 'update' blog sendiri. Inilah manusia ataupun lebih tepat kelemahan diri manusia terutana diri saya sendiri, masa belum dapat siang malam teringat dan terbayang, bila dah dapat atau dalam genggaman tak ambil indah. Walau bagaimana pun saya berazam untuk kembali 'aktifkan' blog saya. Sebenarnya yang jadi inspirasi ialah kelahiran cucu sulong saya, insyaAllah dalam Bulan Ogos ni. Tentulah saya mahu mengongsikan detik kegembiraan dan kebanggaan kami sekeluarga itu bersama kenalan dalam blog ini. Saya 'aktifkan' kembali blog ini dengan peringatan dari Allah SAW: Firman Allah s.w.t: وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ ءَامَنَّا بِاللَّهِ فَإِذَا أُوذِيَ فِي اللَّهِ جَعَلَ فِتْنَةَ النَّاسِ كَعَذَابِ اللَّهِ وَلَئِنْ جَاءَ نَصْرٌ مِنْ رَبِّكَ لَيَقُولُنَّ إِنَّا كُنَّا مَعَكُمْ أَوَلَيْسَ اللَّهُ بِأَعْلَمَ بِمَا فِي صُدُورِ الْعَالَمِينَ. وَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ ءَامَنُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْمُنَافِقِينَ. Dan ada sebahagian dari manusia yang berkata: Kami beriman kepada Allah; kemudian apabila dia diganggu dan disakiti pada jalan Allah, dia jadikan gangguan manusia itu seperti azab seksa Allah (lalu dia taatkan manusia) dan jika datang pertolongan dari Tuhanmu memberi kemenangan kepadamu, mereka sudah tentu akan berkata: Kami adalah sentiasa bersama-sama kamu. (Mengapa mereka berdusta?) Bukankah Allah lebih mengetahui akan apa yang terpendam dalam hati sekalian makhluk? Dan sesungguhnya Allah mengetahui akan orang-orang yang beriman dan sesungguhnya Dia mengetahui akan orang-orang yang munafik. (Surah Al-Ankabuut, Ayat: 10 - 11). Allah s.w.t berfirman: وَمَنْ جَاهَدَ فَإِنَّمَا يُجَاهِدُ لِنَفْسِهِ إِنَّ اللَّهَ لَغَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk.