Friday 28 August 2009

Walaupun belum sihat sepenuhnya, Dr Lo' Lo' bersemangat untuk berbakti

Azamin Amin Wed Aug 26, 09 3:04:24 pm MYT

KUALA LUMPUR, 26 Ogos: Setiap kali Ramadan, wajahnya yang ceria sentiasa menyantuni penghuni lorong-lorong 'gelap' dan golongan daif ibu kota. Namun kali ini, beliau terpaksa berehat seketika selepas menjalani satu pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) baru-baru ini.

Itu sedikit pun tidak mematahkan semangatnya yang masih tinggi untuk berbakti kepada masyarakat khasnya kepada para penduduk di kawasan beliau, Parlimen Titiwangsa.

Dalam keadaannya yang uzur, beliau masih berusaha mencari dana dan sumbangan oleh orang ramai yang bersimpati terhadap golongan yang tidak bernasib baik, daif dan gelandangan ibu kota yang perlukan perhatian dan meringankan beban yang ditanggung.

Ini terbukti, apabila beliau mengirimkan sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Harakahdaily untuk meuar-uarkan Program Singgah Iftar yang lazimnya di adakan saban tahun oleh Lajnah Kebajikan PAS Pusat dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Titiwangsa yang diketuai oleh Dr Lo' Lo' sendiri.

"Saya masih mahu terus berbakti dengan sedaya upaya dan dengan kemampuan yang ada. Takkanlah kerana saya sakit, saya mesti berada dalam keadaan lemah dan tak buat apa-apa untuk masyarakat," katanya melalui sms.

Lajnah Kebajikan PAS Pusat (LKKPP) katanya akan mengadakan edaran pek makanan percuma seperti nasi dan bubur lambuk untuk warga Lorong Haji Taib dekat sini.

Image

(Dr.Lo'lo' mengunjungi IJN 3 Ogos lalu dalam rangka kerja sebagai anggota Parlimen kawasan Titiwangsa sebelum dia sendiri terpaksa mendapatkan rawatan di situ)

Ini termasuklah edaran buku panduan Ramadhan, sejadah dan lain-lain di samping LKKPP juga akan mengadakan Majlis Iftar serta Solat Terawih untuk warga INSAF Lorong Hj. Taib sepanjang Ramadhan.

Sebelum ini, turut mengadakan makanan percuma ialah Pejabat Agung PAS, yang mengedarkannya pada setiap hari Jumaat dan tahun lalu, aktiviti edar juadah percuma ini telah 'dipanjangkan' oleh Lajnah Kebajikan PAS Pusat yang diketuai oleh Dr. Lo' Lo' sendiri yang mendekati dan beramah mesra dengan penghuni-penghuni 'lorong gelap' di sekitar Lorong Hj Taib, berhampiran bangunan PAS ini.

Sesuatu yang mengejutkan apabila reaksi yang memberangsangkan diterima daripada penghuni-penghuni yang gembira di samping mesra dan melayan kehadiran rombongan para pimpinan PAS yang turut turun padang, malah ada yang 'membenarkan' naik ke flat tempat tinggal mereka, untuk bertemu rakan-rakan yang lain.

"Saya selaku Pengerusi Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Pusat (LKKPP) merayu sumbangan orang ramai untuk program-program tersebut," kata Dr Lo' Lo' yang menjelaskan butiran sumbangan yang diperlukan.

Bagi bubur lambuk RM400 diperlukan untuk satu periuk, pek nasi RM500 (100 orang) manakala buku-buku dan risalah berkenaan Ramadan, Syawal, Solat dan Taubat sekitar RM10 setiap orang.

"Sejadah RM10 sehelai. Untuk setiap majlis dianggarkan antara 250-300 orang akan disantuni. Anda boleh menyumbang sepenuhnya iaitu RM25 darab dengan 300 orang yang jumlahnya RM7500 atau sebahagian dari kos tersebut,"

"Sila maklumkan sekiranya sumbangan melalui transaksi bank. Semoga setiap sumbangan anda akan mendapat ganjaran dari-Nya..Ameen," katanya penuh semangat.

Selain itu beliau turut memohon maaf kerana tidak dapat ditemui buat sementara waktu, sungguhpun sudah berada di rumah kerana faktor kesihatan dan bagi mengelak penularan wabak influenza A H1N1 muktakhir ini.

"Dalam keadaan kesihatan sekarang, saya dinasihatkan untuk tidak menerima tetamu, kerana risiko tinggi. Saya mohon maaf banyak-banyak," katanya mengakhiri perbualan.

Bagi yang berhajat menyumbang, bolehlah disalurkan di tiga akaun iaitu Dana Kami Prihatin, akaun BIMB 12113010026150, Yayasan Prihatin Titiwangsa, akaun MayBank 564799106040 dan Dr. Lo' Lo', akaun CIMB 14410005980052.

Atau untuk mengetahui maklumat lanjut, sila ke Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Titiwangsa, No. 10. Jalan. Raja Muda Musa, Kg. Baru, Kuala Lumpur atau hubungi talian Tel: 03-26980025. Fax 0326980026_

-Harakahdaily

Thursday 27 August 2009

ENGLISH WORKSHOP

  • Hari : Isnin, Rabu dan Juma’at
  • Bermula : Selasa, 1hb September 2009 (sempena cuti Hari Kemerdekaan)
  • Time : 10.00 a.m. to 12.00 p.m.
  • Jangkamasa : 3 minggu
  • Bayaran : RM 250/- tiap peserta
  • Bertempat :
YAYASAN PRIHATIN TITIWANGSA NO 10C, Jalan Raja Muda Musa 50300, Kg Baru, Kuala Lumpur
  • Hubungi : Puan Latifah Karim 03- 2694 7672/019-222 4462

Sunday 23 August 2009

Adab Berbuka Puasa - Menurut Sunah Rasulullah S.A.W.

Disiarkan pada Aug 21, 2009 dalam kategori Ibadat |

Artikel lepas dicadangkan untuk bacaan bersempena Ramadhan

ADAB-adab berhubung ibadat mestilah merujuk kepada ajaran yang ditunjuk oleh Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w., iaitu al-Quran dan sunah. Ada sebahagian pihak yang cenderung mencipta adab-adab ibadah tanpa merujuk kepada dua sumber agung itu, misalnya dakwaan yang menyatakan makruh mandi terlalu kerap, atau mandi pada hampir waktu berbuka kerana ia boleh mengurangkan keletihan dan sekali gus menghilangkan kelebihan puasa.

Sedangkan di dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Malik di dalam al-Mawata', Ahmad dan Abu Daud di dalam sunannya, Abu Bakar bin Abd al-Rahman meriwayatkan:

"Telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku: "Aku melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala Baginda ketika Baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas."

Dengan itu Ibn Qudamah al-Maqdisi (meninggal 620H) menyatakan:

"Tidak mengapa seseorang mencurahkan air ke atas kepalanya (ketika puasa) disebabkan panas atau dahaga kerana diriwayatkan oleh sebahagian sahabat bahawa mereka melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala Baginda ketika Baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas."

(Ibn Qudamah al-Maqdisi, al-Mughni, 2/18, cetakan Dar al-Fikr, Beirut).

Yang penting di dalam bulan Ramadan ini adalah adab-adab yang kita kaitkan dengan ibadah puasa mestilah mempunyai asas yang boleh dipegang, iaitu al-Quran atau sunah. Antara adab-adab berbuka puasa yang dinyatakan di dalam hadis:

  1. "Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa."

    (Riwayat Bukhari dan Muslim).

    Hadis ini menerangkan punca kebaikan di dalam agama ialah mengikut sunah Nabi s.a.w., iaitu Baginda menyegerakan berbuka puasa. Ini menolak dakwaan ajaran-ajaran karut yang kononnya melewatkan berbuka menambah pahala. Kata at-Tibi (meninggal 743H):

    "Barangkali sebab Allah menyukai mereka yang bersegera membuka puasa, ialah kerana apabila seseorang berbuka puasa sebelum solat, membolehkannya menunaikan solat dengan dihadirkan hati. Juga ia menyanggahi ahli bidaah yang berpendapat wajib melewatkannya."

    (at-Tibi, Syarh Miskhat al-Masabih, 4/183, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Berut).

  2. "Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air."

    (Riwayat Imam Ahamd dan Tirmizi, katanya hadis ini hasan) Al-Diya al-Maqdisi (meninggal 643H) telah mensahihkan hadis ini. (lihat: al-Ahadith al-Mukhtarah, 4/411 cetakan: Maktabah al-Nahdah al-Hadithah, Mekah).

    Inilah tertib yang dilakukan oleh Baginda, pilihan pertama ialah rutab, jika tiada tamar dan jika tiada air. Kata al-Mubarakfuri (meninggal 1353H):

    "Hadis ini menjadi dalil disunatkan berbuka puasa dengan rutab, sekiranya tiada, maka dengan tamar, dan sekiranya tiada, maka dengan air. Adapun pendapat yang menyatakan di Mekah disunatkan didahulukan air zam-zam sebelum tamar, atau mencampurkan tamar dengan air zam-zam adalah ditolak. Ini kerana ia menyanggahi sunah. Adapun Nabi telah berpuasa (di Mekah) banyak hari pada tahun pembukaan kota Mekah, namun tidak pernah diriwayatkan baginda menyalahi adat kebiasaannya mendahulukan tamar sebelum air."

    (al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwazi, 3/311, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut). Di samping itu, dakwaan jika tiada tamar, maka dengan buah-buahan yang lain juga tiada sebarang dalil daripada sunah Nabi s.a.w.

  3. "Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah ia sebelum kamu menunaikan solat Maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah ketika makan malam kamu."

    (Riwayat Bukhari dan Muslim).

    Dalam hadis yang lain daripada Abdullah bin Umar, Baginda s.a.w. bersabda:

    "Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jamaah) telah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesa."

    (Riwayat Bukhari dan Muslim).

    Riwayat di atas juga menambah:

    Bahawa Ibn Umar r.a. apabila dihidangkan untuknya makanan, manakala solat pula sedang didirikan, maka beliau tidak mendatangi solat melainkan hingga beliau selesai makan, sedangkan beliau mendengar bacaan imam. Ini kerana meninggalkan makanan dalam keadaan keinginan yang kuat untuk menjamahnya atau dalam perasaan lapar, boleh menghilangkan khusyuk di dalam solat, disebabkan ingatan terhadap makanan tersebut. Dengan itu para ulama menyatakan dimakruhkan solat setelah makanan terhidang di hadapan mata. Kata an-Nawawi (meninggal 676H): Di dalam hadis-hadis tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ia boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk.

    (An-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 4/208, cetakan: Dar al-Khair, Beirut).

    Sebenarnya bukan pada makan malam atau solat Maghrib sahaja kita disunatkan mendahulukan makanan yang dihidang sebelum solat, bahkan sunah ini meliputi semua solat dan waktu makan kerana dibimbangi menghilangkan khusyuk. Ini sekiranya makanan telah terhidang di depan mata. Al-Munawi (meninggal 1031H) pula menyebut:

    "Hadis tersebut menyatakan hendaklah didahulukan makan malam sebelum solat Maghrib. Namun ia juga dipraktikkan juga pada solat-solat yang lain. Ini kerana punca arahan ini ialah bimbang hilangnya khusyuk."

    (al-Munawi, Faidh al-Qadir, 1/295, cetakan: al-Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra, Mesir).

    Malangnya ada di kalangan yang kurang faham, lalu mereka menyatakan bahawa kalau azan sudah berkumandang, hidangan dan makanan hendaklah ditinggalkan demi mengutamakan solat jemaah. Inilah kedangkalan meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w., lalu mengandaikan agama dengan emosi sendiri.

    Adapun sekiranya makanan belum terhidang atau perasaan keinginan terhadap makanan tiada, maka tidaklah dimakruhkan untuk terus solat. Ini bukanlah bererti kita disuruh mementingkan makanan melebihi solat, sebaliknya tujuan arahan Nabi s.a.w. ini ialah untuk memastikan kesempurnaan solat. Al-Imam Ibn Hajar al-`Asqalani (meninggal 852H) memetik ungkapan Ibn Jauzi (meninggal 597H):

    "Ada orang menyangka bahawa mendahulukan makanan sebelum solat adalah bab mendahulukan hak hamba ke atas hak Tuhan. Sebenarnya bukan demikian, tetapi ini adalah menjaga hak Allah agar makhluk masuk ke dalam ibadahnya dengan penuh tumpuan. Sesungguhnya makanan mereka (para sahabat) adalah sedikit dan tidak memutuskan mereka daripada mengikuti solat jemaah."

    (Ibn Hajar al-`Asqalani, Fath al-Bari, 2/385, cetakan: dar al-Fikr, Beirut).

  4. Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan.

    (Surah al-`Araf:31).

    Di dalam hadis Baginda s.a.w. menyebut:

    "Anak Adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberikan kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak dapat, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan."

    (Riwayat Tirmizi, katanya: hadis ini hasan sahih. Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani dalam Fath al-Bari menyatakan hadis ini hasan).

    Hadis ini salah difahami oleh sesetengah pihak, lalu mereka menyangka Nabi s.a.w. menyuruh umatnya jika makan, hendaklah satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan. Sebenarnya jika kita teliti hadis ini bukan demikian, pembahagian tersebut ialah had maksimum. Kalau boleh kurang daripada itu. Sebab itu Baginda menyebut jika tidak dapat, maka tidak melebihi pembahagian tadi. Namun yang lebih utama digalakkan sekadar yang dapat memberi tenaga.

  5. "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka."

    (Riwayat Ibn Majah, sanadnya pada nilaian hasan dan ke atas. Ishaq bin 'Abd Allah al-Madani dithiqahkan oleh Abu Zur'ah dan disebut saduq oleh al-Zahabi dalam al-Kasyif ).

    Maka kita boleh berdoa dengan apa sahaja doa yang kita hajati. Doa orang berpuasa makbul disebabkan jiwa yang telah dibersihkan daripada kotoran dosa dan syahwat. Justeru itu al-Munawi menyebut:

    "Hadis di atas hanya untuk sesiapa yang telah menunaikan tanggungjawab puasa dengan menjaga lidah, hati dan anggota."

    (Faidh al-Qadir, 2/500).

    Di sana ada doa yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. ketika berbuka dan disunatkan kita membacanya:

    "Adalah Rasulullah s.a.w. apabila berbuka, Baginda bersabda: Telah hilanglah dahaga, telah basahlah peluh (hilang kekeringan) dan telah tetaplah pahala, insya-Allah."

    (Riwayat Abu Daud, sanadnya hasan)

    Namun setiap orang yang menunaikan puasa dengan sepenuhnya, hendaklah merebut peluang doa yang makbul ketika dia berbuka.

  6. "Baginda s.a.w. pernah datang kepada (rumah) Saad bin Ubadah. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda pun makan dan bersabda: Telah berbuka puasa di sisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat."

    (Riwayat Abu Daud, Diya al-Maqdisi dalam Al-Ahadith al-Mukhtarah menyatakan ia sahih 5/158). Maka berdoalah kepada mereka yang menjamu kita berbuka puasa. Ini adab yang sangat baik.

Demikian senarai adab-adab yang terkandung di dalam sunah Nabi s.a.w. ketika berpuasa. Semoga pengamalan adab-adab ini menambahkan lagi pahala puasa kita.

Dari MINDATAJDID

King's ransom for a guardhouse

Andrew Ong Aug 21, 09 12:47pm

A housing developer is crying foul after being overcharged in three instances by its joint-venture partners Kuala Lumpur City Hall (DBKL) for a condominium project. The boss of the now defunct developers Mampu Jaya Sdn Bhd, Choy Tai Seng, said the three instances includes being charged:

  • RM142,245 for a 10-square-feet guardhouse
  • RM299,560 for six pieces of schematic drawings
  • RM903,650 for two lifts.

The gross claim has been reported to the police by Choy's representative on Aug 14.

To get his point across he held a two-and-a-half-hour press conference yesterday to elaborate on the issue and expose what he considers to be DBKL corruption. In 2001, Mampu Jaya entered a joint-venture with DBKL to develop the Gurney Heights Condominium in Bukit Keramat, Setapak, which had been abandoned by DBKL's previous partner Modular Resources Sdn Bhd (MRSB). Mampu Jaya, which held 70 percent shares, completed the project which did not include the guardhouse in question as the DBKL traffic safety department had not approved it. "But last year, DBKL erected the guardhouse all on their own and is now expecting that we pay for it," said Choy, who estimates that the works could not cost more than RM12,000. RM1,200 per square feet? With the RM142,245 price tag, Choy said the simple guardhouse worked out to an incredible RM1,200 per square feet.

On the schematic drawings, Choy said his company had prepared the documents which were to be handed over to Selangor water supplier Syabas, at a cost of RM3,200. Unknown to Mampu Jaya, DBKL had submitted its own drawings to Syabas. This was only uncovered when liquidators were looking into Mampu Jaya's account's earlier this year. On the two sets of lift generators, Choy said DBKL were charging them for two units which were more than 10 years old - fitted before Mampu Jaya entered into the joint venture.

New units would only cost RM200,000 each. According to Choy, DBKL's claims were a means of silencing Mampu Jaya from exposing more irregularities involving the Gurney Heights Condominium project. He said many of these issues have been brought up in a civil suit which he filed two years ago, seeking RM150 million in damages. Confiscated in botched raid, but items still gone An example of persecution by DBKL, Choy said, was when its enforcement officers raided one of the five condominium blocks last year on the pretext that it was an illegal hotel being operated there. Subsequently, they were charged with the offence at the DBKL Magistrate's Court last year. "That block was supposed to be a service apartment, but a licence has not been given.

"They came in 16 lorries and raided nine units without a warrant." "They took the furniture, television sets, bed, fridge and washing machine from each unit, but since they lost the case (on May 11 this year) they have yet to return the items," said Choy. He estimates total losses to be between RM2 million to RM3 million.

Islam plastik bukan Islam Palestin

 

Zulkifli Sulong
Sun | Aug 23, 09 | 4:39:03 pm MYT

KUALA LUMPUR, 23 Ogos: Laporan media kononnya Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Umno mengamalkan 'Islam Palestin' jauh sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Mursyidul Am PAS itu.

Iklan

  

 

  

  

  

"Yang dimaksudkan oleh Tok Guru adalah 'Islam plastik' bukan Islam Palastin," kata Exco kanan kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan buku karangan Nik Aziz, 'Dengan NamaMu aku hidup, Asmaul Husna' di Pusat Persidangan Kuala Lumpur (KLCC) pagi tadi.

Husam menyatakan hal ini di tengah-tengah pengunjung yang lebih 80 peratus dari mereka adalah Cina kerana Bookfest 2009 adalah anjuran sebuah rangkaian kedai buku, Popular Book yang memberikan fokus kepada orang Cina.

Husam dipercayai mengulas laporan media yang melaporkan Nik Aziz menganggap Islam yang diamalkan Umno sebagai Islam Palestin. Ia telah dianggap oleh para pemimpin Umno kemudiannya sebagai PAS menghina Islam yang diamalkan oleh penduduk negara yang sedang bergolak itu.

(Husam berdiri di sebelah banting buku yang dilancarkannya. Di sebelah beliau adalah Anual Bakri Haron, Setiausaha Politik Nik Aziz)

"Apabila saya baca transkrip kenyataan Tok Guru, media membuat laporan yang salah apabila berkata dia mendakwa Umno laksana Islam Palestin. Sebenarnya Tok Guru kata Islam plastik bukan Islam Palestin.

"Jauh tu beza antara Islam Palastine dengan Islam plastik," kata Husam dalam

Saturday 22 August 2009

SHIAM RAMADHAN; antara petikan2 yg ingin dikongsikan:

  • Nabi Mohd SAW memberi amaran keras kpd umatnya yg lalai & tdk bersungguh2 mencari kelebihan pd bln tersenbut yg akhirnya begitu berakhir Bln Ramadhan, mereka tdk memperolehi ganjaran apa2 & dosa2nya juga tdk diampuni oleh Allah.
  • Drpd Sa'id Al-Khudri bhw sesungguhnya Nabi SAW bersabda: Brg siapa berpuasa Ramadhan & dia mengetahui batasan2nya & dia memelihara apa2 yg sepatutnya dia pelihara, nescaya puasanya itu menghapuskan dosa2nya sebelumnya ( HR Ahmad & Al-Baihaqi).
  • Matlamat Ibadat: Solat bertujuan agar kita dapat menjauhi perkara keji dan munkar; Zakat agar kta prihatin dan bersimpati kpd golongan yg kurang bernasib baik; Haji&umrah untuk membentuk sifat perpaduan, kesamarataan dan toleransi; PUASA pula untuk membentuk manusia menjadi lebih bertaqwa.
  • Agar puasa diterima dgn ganjaran berlipat kali ganda serta efektif dlm membentuk peribadi Muslim, perkara2 berikut mesti dilakukan:

Ikut cara ibadah Rasul SAW keseluruhannya mengikut kemampuan tapi mesti bersungguh2 iaitu tentang Sahur, Berbuka, Sedeqah, Membaca Al-Quran, I'tikaf dll.

Puasa bukan shj meninggalkan mkn minum dan nafsu syahwat, ttp juga berbohong, pecah amanah, rasuah, salah guna kuasa, menyeleweng, mengumpat, memanipulasi, memfitnah, menzalimi dan menganiaya orang lain, menekan dan menyerang pihak yang lebih lemah dll.

Pertingkatkan ibadat pd sepuluh mlm Ramadhan yg terakhir dgn I'TIKAF, QIYAM, Tilawah Al-Quran, bersedeqah, iftar shaimin dll. Dr Lo'lo' 1 Ramadhan 1430H

*sebhg dipetik dr buku Smart Ramadhan

Thursday 20 August 2009

Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir: seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui. (QS. 2:261)
  • Lajnah Kebajikan PAS Pusat akan mengadakan edaran pek makanan percuma seperti nasi dan bubur lambuk untuk WARGA Lorong Hj. Taib, edaran buku panduan Ramadhan, sejadah dan lain-lain. LKKPP juga akan mengadakan Majlis Iftar serta Solat Terawih untuk Warga INSAF Lorong Hj. Taib sepanjang Ramadhan.
  • Oleh itu Saya Selaku Pengerusi Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Pusat (LKKPP) merayu sumbangan untuk program-program tersebut. Bubur lambuk RM400 (seperiuk), pek nasi RM500 (100 orang). Buku-buku dan risalah berkenaan Ramadan, Syawal, Solat dan Taubat sekitar RM10 setiap orang. Sejadah RM10 sehelai. Untuk setiap majlis dianggarkan antara 250-300 orang akan disantuni. Anda boleh menyumbang sepenuhnya iaitu RM25 x 300 = RM7500 atau sebahagian dari kos tersebut.
Untuk sumbangan boleh melalui:
  • Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Titiwangsa, No. 10. Jln. Raja Muda Musa, Kg. Baru, Kuala Lumpur. No. Tel: 03-26980025. Fax 0326980026
  • Dana Kami Prihatin, akaun BIMB 12113010026150.
  • Yayasan Prihatin Titiwangsa, akaun MayBank 564799106040.
  • Dr. Lo'lo', akaun CIMB 14410005980052
Sila maklumkan sekiranya sumbangan melalui transaksi bank. Semoga setiap sumbangan anda akan mendapat ganjaran dari-Nya..Ameen
وَمَا يَفْعَلُواْ مِنْ خَيْرٍ فَلَن يُكْفَرُوْهُ وَاللّهُ عَلِيمٌ بِالْمُتَّقِينَ
"Dan apa saja kebajikan yang mereka kerjakan, maka sekali-kali mereka tidak dihalangi (menenerima pahala) nya; dan Allah Maha Mengetahui orang-orang yang bertakwa".(Ali Imran: 115)

Wednesday 12 August 2009

LAWATAN KERJA - IJN
3 Ogos 2009
perjumpaan dengan CEO IJN, meeting room
Sebahagian gambar yang di bawa untuk melihat bangunan IJN yang baru
Gambar kenangan bersama sebahagian staf IJN
ruang ICU

Monday 10 August 2009

Kenyataan akhbar oleh YB Dr. Lo’Lo’ Binti Dato’ Haji Mohamad Ghazali (Ahli Parlimen Titiwangsa) berhubung isu campurtangan Umno dalam perlantikan Jawatankuasa Masjid dan Surau di Wilayah Persekutuan.
  • Saya selaku Ahli Parlimen Titiwangsa dengan ini membantah keras sikap Menteri Wilayah Persekutuan melalui surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Politiknya yang mencampuri urusan Hal Ehwal Agama Islam di Wilayah Persekutuan.Saya difahamkan dari sumber yang sahih,surat tersebut dikatakan ditujukan kepada JAWI yang akan dibawa ke dalam mesyuarat MAIWP selasa ini (11 ogos 2009), mengarahkan JAWI membatalkan arahan-arahan dan tindakan JAWI sebelum ini dalam penyusunan semula pentadbiran masjid / surau.
  • Penyusunan semula ini dikatakan melalui perlantikan secara rasmi kakitangan masjid dan surau yang terdiri dari imam, penolong imam, bilal dan siak yang juga merangkap sebagai Ketua Pentadbir, Penolong Pentadbir, Setiausaha, Bendahari dan Pekerja Am.Dalam penyusunan ini juga, Jawatankuasa Masjid dan Surau dipilih oleh ahli qariah dalam mesyuarat agung masjid dan surau dimana jawatankuasa tidak lagi berperanan sebagai pentadbir sebaliknya berperanan sebagai pengantara dengan masyarakat setempat.Walaupun penyusunan ini masih diperingkat awal dan banyak lagi masjid-masjid dan surau-surau yang belum dapat disusun semula namun saya dan banyak pihak-pihak lain juga menyokong usaha ini yang sedikit sebanyak meningkatkan tahap profesionalisme pentadbiran masjid dan surau.
  • Saya difahamkan surat dari Menteri Wilayah Persekutuan tersebut menggunakan nama Timbalan Perdana Menteri(TPM) yang kononya mengeluarkan arahan tersebut hasil dari mesyuarat kabinet yang mengarahkan JAWI MENERIMAPAKAI senarai ajk masjid dan surau dari KETUA-KETUA BAHAGIAN UMNO.Jika benar keputusan kabinet,mengapa surat tersebut ditandatangani Setiausaha Politik Menteri Wilayah Persekutuan dan bukannya dari Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga Hal Ehwal Agama Islam.
  • Jika benar arahan tersebut dari Timbalan Perdana Menteri(TPM), saya membantah sekeras-kerasnya tindakan tidak bijak Timbalan Perdana Menteri(TPM) kerana campurtangan politik Umno akan menghancurkan institusi masjid dan surau di Wilayah Persekutuan yang sedang dalam proses pemantapan dan menjadi lebih profesional. Sekian kenyataan akhbar saya. Yang Benar YB Dr. Lo’Lo’ Binti Haji Mohamad Ghazali. Ahli Parlimen Titiwangsa

Thursday 6 August 2009

KEMUNGKARAN YANG BERLELUASA

– inilah jadinya bila Syari'at Allah tidak dijadikan teras pemerintahan Negara

 

Bayi Mati Dalam Beg Sekolah Pelajar Perempuan

Pos oleh admin pada August - 6 - 2009


KUALA TERENGGANU: Tindakan seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di Marang, dekat sini, secara berterusan memeluk beg berdarah sepanjang berada dalam kereta gurunya ketika dibawa ke sebuah klinik kesihatan membongkar rahsia ia sebenarnya memuatkan mayat bayi perempuan.

Difahamkan, beg yang turut mengandungi peralatan sekolah itu mulanya tidak mendatangkan syak guru berkenaan sehingga ia dibuka seorang kakitangan klinik kesihatan terbabit, sekali gus membongkar tindakan pelajar tingkatan lima itu melahirkan bayi dalam tandas sekolah itu, semalam.

Bagaimanapun, tindakan pelajar berkenaan menyembunyikan bayi seberat 3.6 kilogram dalam beg itu menyebabkan bayi berkenaan meninggal dunia ketika pelajar itu ditemui guru terbabit, kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri, berkata kejadian itu disedari guru wanita berkenaan sebaik menemui pelajarnya yang berusia 17 tahun itu duduk dalam keadaan bertangkup dan hampir pitam berhampiran tandas sekolah

 

 

Pelajar Sekolah Kini Ilmu Seks tinggi!

Pos oleh admin pada July - 19 - 2009


Pelajar Sekolah Kini Ilmu Seks tinggi!

KUALA LUMPUR: Kes hamil luar nikah atau seks sebelum berkahwin di kalangan remaja berlaku bukan saja disebabkan keinginan nafsu atau perasaan tetapi turut didorong faktor ilmu seks yang ada pada mereka.

Ketua dan Pakar Perunding Kanan, Jabatan Onstetrik dan Ginekologi, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor, Dr Mohamad Farouk Abdullah, berkata kebanyakan remaja hari ini memiliki ilmu seks tinggi dan penting mendidik golongan itu mengenai langkah pencegahan kehamilan.

Selain itu, katanya, remaja perlu diberi kesedaran mengenai nilai harga diri dengan tidak semudahnya menyerahkan kehormatan.

"Melalui pengalaman saya, ramai remaja belasan tahun sudah melakukan seks sebelum kahwin dan hamil luar nikah. Malah, ada satu kes, mangsa berusia 16 tahun, hamil luar nikah empat kali.

"Dia menjadi mangsa sumbang mahram sejak usia 13 tahun lagi dan selepas itu terbabit dalam gejala sosial sehingga mengandung empat kali.

Sementara itu, Ketua Unit Pengurusan Kes Reproduktif LPPKN, Kamarol Faridah Kamarol Zaman, berkata 13 peratus remaja berusia antara 15 hingga 21 tahun terbabit dalam seks luar nikah.

Kajian Kementerian Kesihatan bersama Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Universiti Malaya itu juga mendapati 70 peratus remaja berkenaan adalah wanita dan selebihnya lelaki.



Pelajar perempuan ketagih seks di kandang kambing

Pos oleh admin pada July - 8 - 2009


SEPANG – Seorang pelajar wanita tingkatan tiga yang ketagih seks sanggup membuang lebih 10 pucuk surat amaran yang dihantar pihak sekolah semata-mata mahu terus bermadu kasih dengan teman lelakinya di dalam kandang kambing di Jenderam Hulu di sini sejak tiga bulan lalu.

Pihak sekolah terpaksa menghantar surat amaran berulang kali ke rumah pelajar itu kerana gadis terbabit kerap ponteng sekolah dalam tempoh itu.

Pelajar berusia 15 tahun itu pula akan membuang surat-surat dari pihak sekolah yang sampai ke rumah bagi mengelak tembelangnya diketahui ibu bapanya.

Sepanjang memadu kasih dengan pemuda berusia 19 tahun itu, mangsa dikatakan mengambil pil pencegah kehamilan yang dibeli kekasihnya setiap kali sebelum mereka melakukan hubungan seks.

 

Dari:

www.malaysiagoogle.com

Woman of the day

Quote of the Day

Whatever you give a woman, she will make greater.

If you give her sperm, she'll give you a baby.

If you give her a house, she'll give you a home.

If you give her groceries, she'll give you a meal.

If you give her a smile, she'll give you her heart.

She multiplies and enlarges what is given to her.

So, if you give her any crap, be ready to receive a ton of shit.

Monday 3 August 2009

YANG TERBAIK DIANTARA KAMU ADALAH YANG MENGAJAR DAN BELAJAR AL_QURAN YB sedang memberi tazkirah dalam Majlis Tadarrus PERDANA sempena kedatangan Ramadhan dan Hari Ulang Tahun Kelahiran YB yang Ke 52 pada 2 Ogos Muslimat yang hadir diberikan beg cenderahati yang penuh dengan pelbagai makanan, booklet Rabbana dll yang kebanyakannya ditaja oleh para dermawan Faezah
GOTONG ROYONG PEMUDA TITIWANGSA DI MASJID AKRAM, DATO kERAMAT YB Dibantu oleh suami membersihkan karpet diruang solat muslimin. "BERANGKATLAH SAMA ADA RINGAN ATAU BERAT DAN BERJIHADLAH DENGAN HARTA DAN JIWA KAMU DI JALAN ALLAH, YANG DEMIKIAN ITU TERLEBIH BAIK BAGI KAMU JIKA KAMU MENGETAHUI" - AT TAUBAH 41
MAJLIS MERA'IKAN EN SHAHIR PEGAWAI KHAS PKWR YANG AKAN BERTUGAS DI PEJABAT AGUNG PAS. En Vincent Timb Pengerusi Kelab Penyokong PAS dan En Rama Ketua Kelab Penyokong PAS Titiwangsa sedang memberi penghormatan semasa doa dibacakan. Hj Shahir sedang pegang cenderahati kenang2ngan dari YB Sedang berbincang tentang pembahagian dan penanggungan kerja Pegawai Khas dan juga semasa ketiadaan YB yang akan bercuti kerana urusan peribadi dan keluarga selama sebulan. "Tidak diuji seseorang hamba itu melainkan memang ianya sanggup dan layak diuji" Faezah