Assalamualikum whb & salam sejahtera,
Pertama2nya saya mohon maaf kerana agak lambat update blog ini. Selepas keputusan PRU12 saya telah balik kampung menziarahi ibu saya yang sangat uzur dan telah tidak saya ziarahi sejak sebulan lalu. Mujurlah dia masih boleh memberi restu kepada saya pada pagi penamaan calon. Ujian Allah sepanjang waktu berkempen yang lalu kedua-dua ibu dan ibu mertua saya agak uzur. Ibu saya di Ipoh dijaga oleh adik2 perempuan saya, ibu mertua tinggal dirumah saya sendiri kerana keluar masuk hospital untuk beberapa pembedahan kecil. Anaknya iaitu suami sayalah yang mengurus dan merawat ibunya. Alhamdulillah kami dapat melalui ujian dan cabaran sepanjang pilihan raya dengan baik.
Malah saya sangat bersyukur kerana p/raya ini telah merapatkan lagi kasih sayang kami sekeluarga, malah kasih sayang tersebut boleh dikongsi pula oleh anak2 angkat dan anak2 saudara yang datang membantu. Alhamdulillah saya mendapat sokongan tenaga, wang ringit dan juga doa yang berterusan dari ahli keluarga saya disamping dokongan dari JPK Titiwangsa, kawasan2 membantu iaitu Batu, Kepong, Wangsa Maju&Setiawangsa. Juga sokongan kuat dari Nisa dan Rijal serta kawalan keselamatan yang hebat.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua petugas2 iaitu dari Pengarah JPK hingga kpd UPU dan HalWa. Saya menghargai semua sumbangan samada berbentuk RM, masa dan tenaga serta idea dan kepakaran. Saya maklum ada sebahagian petugas mengambil cuti dari kerja, ada yang menutup perniagaan dan ada yang tidak balik kerumah bertungkus lumus di markaz dan bilik2 gerakan. Allah jualah yang mengganjari kerana PAS bukanlah parti yang berduit untuk bayar elaun atau sagu hati kepada setiap petugas. Saya merakamkan penghargaan kepada para suami yang telah memberi keizinan kepada isteri2 untuk bekerja kuat sepanjang waktu kempen. Tidak lupa juga para isteri yang sama2 turun bekerja mahupun yang mendorong dan membantu suami dari rumah masing2 kerana mempunyai anak kecil. Tidak lupa juga golongan OKU yang sama hebat pengorbanannya. Begitu juga kaum India yang berani bangkit dan kaum Cina yang sanggup jadi petugas dan tanpa takut dan ragu2 sokong PAS.
Paling istimewa terima kasih saya kepada para pengundi Titiwangsa yang telah melunasi tanggung jawab sebagai pengundi pada 8 Mac lalu. Samada mengundi saya atau tidak saya tetap menghargai kerana yang penting kita mengundi tanpa rasa takut atau terkongkong demi untuk menentukan kepimpinan negara 5 tahun sekali. Alhamdulllah dalam demokrasi pincang di Msia rakyat bangkit dan menghantar mesej jelas mahukan perubahan. Rakyat mahu negara ditadbir dengan telus dan amanah. Rakyat mahu hak, maruah dan integriti mereka dikembalikan setelah sekian lama 'dijajah' oleh sesama bangsa sendiri melalui penguasaan budaya takut, pak angguk dan pak sanggup. Melalui budaya rasuah, suap dan habuan jika terus mengampu dan mengikut membuta-tuli.
Natijah dari kebangkitan ini adalah 5 negeri yang diperintah BA dan DAP serta penguasaan 10 kawasan Parlimen WP. Kelantan telah lama ada trek rekod melantik exco, penghulu dll jawatan negeri dari kalangan kumpulan minoriti Cina dan Melayu. Kini Kedah pula melantik exco dari kalangan Melayu Cina dan India, diikuti oleh P.Pinang yang mengemukakan Timbalan Ketua Menteri Melayu dan India. Di Perak pula PAS,DAP dan PKR sepakat menubuhkan kerajaan bersama dan sepakat akur dengan pilihan DYMM Sultan dalam menentukan MB dari salah satu nama yang dikemukakan. Selangor pula sudah pasti lebih majmuk dalam perlantikan pimpinan negeri. Bayangkan jika Msia ditadbir oleh BA, sudah pasti rakyat mendapat kerajaan yang adil kepada semua kaum, harga minyak turun, tol dihapuskan, harga barang akan turut turun.
Cuma di WP walaupun BA dan DAP menguasai 10 dari 13 kawasan namun kerana WP adalah 'Federal state" maka tidak boleh diujudkan kerajaan BA. Jika ada kerajaan BA, kami akan pastikan pilihan raya Kerajaan Tempatan dilaksanakan (ada yang dipilih, ada yang dilantik), pemilihan Dato Bandar akan lebih telus dan tidak kerana tekanan dan kemahuan politik tempatan. Kita juga bercita-cita agar masjid2 bebas dari cengkaman UMNO, Premis2 awam boleh digunakan oleh semua golongan rakyat, kakitangan kerajaan bebas menyokong mana2 parti politik pilihannya selagi tidak mengganggu waktu dan prestasi kerja. Tiada ISA, tiada Aku Janji dan tiada AUKU.
Moga rakyat akan mula buka mata dan melihat kelainan yang BA bawa, sistem dan perlaksaan pemerintahan yang luar biasa kerana dirakyatkan untuk rakyat.Sekarang ini UMNO/BN dengan jahatnya masih cuba melaga2 dan mengadu domba rakyat serta menimbulkan fitnah2 perkauman yang sangat bahaya kerana boleh mengganggu keselamatan Tanah Air serta menghancurkan perpaduan kaum. UMNO/BN masih tidak berpuas hati walaupun telah ditolak sebahagian besar rakyat. Undi popular yang diraih BN adalah sebanyak 51.8% sedangkan BA&DAP meraih 48.8%. Jika tiada campur tangan SPR, JPN dan penggunaan jentera kerajaan sudah pasti BA bersama DAP sudah mengambil alih kepimpinan negara.
Saya ingin mengingatkan terutama orang Melayu UMNO agar bersikap 'gentlement' dan jangan terus jadi penghasut. Agenda rakyat adalah lebih penting dari agenda busuk dan dengki UMNO/BN. UMNO/BN mesti menghormati pilihan rakyat dan jangan cuba menafikan hak rakyat untuk menikmati kepimpinan baru. Sebagai maklumat tambahan, majlis angkat sumpah Ahli Parlimen hanya akan berlangsung pada awal BulanMei, jadi buat sementara ini saya masih belum ada surat atau cop ahli Parlimen. Terkini saya sedang an akan turun menemui pengundi, mencari lokasi yang sesuai untuk pejabat YB serta mengatur majlis2 perjumpaan serta dialog untuk mendengar keluhan serta aduan dan pandangan rakyat Titiwangsa. Saya selaku Ahli Parlimen Titiwangsa akan berusaha sedaya upaya untuk menjadi suara pembangkang yang kuat, yang akan menafikan majoriti 2/3 BN serta jadi faktor semak-imbang kepada pengurusan dan pentadbiran negara.
Hingga jumpa lagi assalamualaikum whb, nandri, kamsia, Tq.
docpearl@doctor.com
**Sumbangan2 semua pihak untuk me'wakaf'kan premis sbg pejabat YB, menaja perabut dan kelengkapan serta pendahuluan sewaan dan sebagainya amat dialu-alukan. Sila hubungi Pembantu Khas saya En Ehsan 0132727917, Puan Hasmiza 0192235345.