Thursday, 30 April 2009
Saya menyentuh isu SPR yg tidak habis2 dgn idea songsangnya. Dari persempadanan semula yg gagal utk terus memenangkan BN hinggalah ke isu dakwat celupan jari yang menyebabkan berjuta duit rakyat hangus begitu sahaja.Ingat lagi bagaimana persempanan semula yang pelik. Tambahan kerusi parlimen paling banyak di Sabah, Sarawak dan negeri paling kuat UMNO dalam dunia iaitu Johor Darul Umno. Sedangkan Kelantan, Trengganu dan Kedah hampir tiada penambahan kerusi parlimen meskipun sesetengah kawasan Parlimen seperti Baling mempunyai pengundi hampir 90,000 orang. Tujuan tersurat SPR adalah untuk mewujudkan lebih banyak kerusi campuran 'mixed-seat' dan mengurangkan kerusi yang majoriti Melayu. IKita tahu tujuannya untuk membolehkan BN merampas negeri Kelantan. Malangnya idea cemerlang SPR tu makan diri, dari 90% kawasan majoriti Melayu dikawasan pendalaman seperti Baling, Kuala Krai hingga 60-70% Melayu d kawasan Bandar seperti Kuala Trengganu malah ditengah Bandar Kota Metropolitan seperti Titiwangsa hinggalah kawasan orang Melayu hanya 40% PAS khususnya telah menguasai ! Ini dibantu oleh rakan2 PR yang menang di kawasan majoriti Bandar dihampir semua Bandar besar di Msia. Apa lagi idea UMNO/BN dibantu rapat oleh SPR? Wujudkan pula 600,000 askar wataniah disemua kawasanParlimen. Kenapa askar wataniah? apalagi jika bukan undi Pos. Kita tidak gentar.Orang PAS beranak ramai, saya kata kalu tak sedozen anak belum betul2 'tulin' PAS. Anak yang ramai ni kita daftarkan dalam unit2 askar wataniah, jadi yang mengundi melalui undi Pos adalah anak2 kita yang telah kita tarbiyah cukup2 sehingga darahnya pun hijau. Baru bebaloi anak berderet2. PAS/PR juga ada pelbagai strategi lain untuk mengatasi kelicikan SPR yang jadi kuncu kuatUMNO/BN. Wamakaru, wamakarallah, Wallahu Khoirul Maakirin !
Dato Tuan Ibrahim Tuan Man
Cerita Dato Tuan lagi menarik... coming soon... sebab saya perlu bergerak sekarang untuk menziarahi rakyat yang sakit
YDP PAS Titiwangsa yang baru - Us Abdullah
Bicara peguam muda Tuan Zamri
Dr Lo'lo
Dr Lo'lo'
Wednesday, 29 April 2009
Monday, 27 April 2009
Dalam masa 48 jam PKWR dan Briged TW menggerakkan massa untuk menyertai program yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat terkini isu Perak.
Kelihatan En Zamri Pengerusi Briged, YDP PAS TW Us Yusuf Daud, YAB DS Nizar, Timbalan PJ PAS WP Us Mat Ali dan YB Dr Lo'lo'.
DS Nizar bergambar dengan Ahli2 Briged TW. Khabar yang paling manis, DS akan menubuhkan Briged Bukit Gantang untuk membantu beliau turun menangani permasalahan rakyat...
Faezah
PJ sedang berucap kepada ahli2 PAS. Sambutan bermula dengan Solat Hajat dan bacaan Suratul Kahfi kerana diadakan Malam jumaat. Alhamdulillah Al Fadzil us Salleh Sani Al Hafiz berani mempraktikkan amalan sunnah iaitu penghayatan Suratul Kahfi dan bukan bacaan Surah Yassin seperti kelaziman orang Melayu Malaysia.
Pengarah program JOM SERTAI PAS juga mengambil peluang untuk melancarkan diperingkat Wilayah Persekutuan.
Hubungi 03-26925000 samb. 210 atau melalui sistem pesanan ringkas dengan menaip nama jarak daerah dan hantar ke 013-2226018 atau layari www.jomsertaipas.com
Dr Lo'lo'
" Katakanlah: Jika bapa2mu, anak2mu, saudara2mu, pasangan2mu, kaum keluarga kamu; harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu takut rugi, dan rumah2 tempat tinggal yang kamu sukai; adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan dari berjihad dijalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang2 fasiq" - At Taubah ayat 24.
Inilah ayat yang menjadi pemacu kepada komitmen saya terhadap perjuangan Islam dalam PAS dan saya kongsikan kepada muslimat kawasan Titiwangsa dan kawasan2 lain umumnya.
Menyampaikan cenderahati kepada wakil DMP WP Puan Sakinah Awang.
Timbalan YDP merangkap S/U Perhubungan En Hedzer, YDP Titiwangsa Us Yusuf Daud bersama2 menyanyikan Lagu PAS dan Negaraku.
Perwakilan muslimat begitu bersemangat sehingga sanggup bawa bayi kecil asalkan boleh menunaikan kewajipan kepada jemaah/parti.
Para perwakilan sedang berdiri menyanyikan Lagu PAS .
Kelihatan Cikgu Kamariah (bertudung biru) Ketua Wanita PKR Titiwangsa sedang berbicara dengan Hj Ismail semasa majlis perasmian berhenti rehat.
YB Dr Halimah selaku perasmi Mesyuarat Agung DMP Titiwangsa yang ke 21. Usia layak 'mengundi' bermakna cukup matang untuk buat keputusan yang sewajarnya.
Dr Lo'lo'
Friday, 24 April 2009
Pesuruh Jaya PAS Perak merangkap Naib Presiden sedang berucap. Kelihatan YB Abd wahid Endut dan Wartawan Veteran Harakah Pak Syukur.
Petugas media mestilah beramanah, ikhlas, bersungguh2 dan bertanggung jawab atas apa yang dilapurkan, barulah jadi Petugas MEDIA yang mukmin dan bertaqwa. Tahniah atas kesungguhan namun begitu masih banyak lagi ruang yang perlu diperbaiki.
" Kita mestilah berazam untuk terus menang dalam PRK atau PRU ke 13 atas kekuatan PAS/PR itu sendiri bukan atas kelemahan UMNO/BN . Kelemahan UMNO/BN hanyalah sebagai bonus sahaja "
Dr Lo'lo'
Thursday, 23 April 2009
YB boleh tolong saya dapatkan rumah Bandaraya? sewa rumah sekarang pun dah RM 500 sebulan. Saya kata, takpe, terus duduk di Pandan Indah saya akan minta YB Iskandar bantu dapatkan rumah PPR di Selangor.
Mereka dihantar oleh Shahir ke Hospital Pakar Islam (KBMC) untuk rawatan terutama X-ray dan saya bekalkan sedikit biaya.
Sehingga hari ini kami masih tidak berjaya menghubungi Suhaimi melalui nombor taliponnya. Motornya telah tiada dari kawasan PKWR dan kami tertanya2 apa yang berlaku.
Dr Lo'lo'