Saturday, 10 April 2010

CERAMAH PERDANA

Ceramah perdana anjuran PAS TW akn diadakn pd ahad 9mlm 11 april d dewan orang ramai taman cempaka,jln cempaka 30,Ampang. Pnceramah yb Nizar, yb abdullah sani pkr(pngarah PRK hulu selangor)&saya sendiri DrLo'Lo' TW. Ahli2 serta penyokong2 PAS/PR TW wajib hadir sebagai tgjawab brsm. ahli umno/bn juga sangat dialu2kn. sume jemput hadir utk pnerangn isu terkini.

"BERANGKATLAH SAMA ADA RINGAN ATAU BERAT DAN BERJIHADLAH DENGAN HARTA DAN JIWA KAMU DI JALAN ALLAH, YANG DEMIKIAN ITU TERLEBIH BAIK BAGI KAMU JIKA KAMU MENGETAHUI" - AT TAUBAH 41

Friday, 9 April 2010

Chew wanita hebat yang berprinsip

Terpegun saya malam tadi bila menonton berita tentang Datin Paduka Chew Mei Fun yanbg meletakkan jawatan sebagai ketua wanita MCA kerana berpegang kepada janji beliau akan berbuat demikian jika chua soi lek menang sebagai Presiden MCA.

Chew dengan tegas menyatakan pemimpin adalah 'role model' kepada orang yang dipimpinnya serta pengikut dan penyokongnya. Ini bermakna kemenangan DS Chua memberi mesej seolah-olah ahli-ahli MCA tidak kisah dengan nilai moral pemimpin mereka, tidak kisah dengan nilai kejujuran dalam rumah tangga dan tidak kisah dengan pemimpin yang melakukan kesalahan dibawah undang-undang negara dengan perlakuan seks luar tabi'I.

Syabas Chew sebab tidak mudah bagi orang politik untuk meletak jawatan atas dasar prinsip semata-mata sedangkan beliau sudah berada dipuncak karier beliau sebagai Ketua Wanita, sebagai Senator dan lebih2 lagi sebagai Timbalan Menteri Kementerian yang menangani isu-isu kewanitaan.

Pemimpin-pemimpin Islam dalam UMNO pun langsung tidak kisah malah tidak pun memberi apa-apa ulasan. Kita bimbang dengan peningkatan masalah sosial dan moral kini pemimpin BN dilihat memberi mesej yang salah kepada masyarakat terutamanya golongan muda.

Baitulmal WP meluluskan permohonan Surau SJKC

Terima kasih Baitulmal WP yang telah meluluskan peruntukan RM2000 dibawah asnaf fi Sabilillah untuk surau sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Saya hanya memanjangkan permohonan tersebut dari seorang ustazah yang bertanggung jawab mendapatkan dana bagi persiapan surau tersebut. Alhamdulillah sebuah sekolah Cina tapi pentadbirnya prihatin dengan keperluan pelajar Muslim di sekolah tersebut lalu menyediakan ruang sebagai surau sekolah. Cek pembiayaan tersebut dibuat langsung kepada pihak sekolah.

Alhamdulillah pengurusan Baitulmal pula memudahkan birokrasi dengan meluluskan peruntukan yang akan digunakan untuk membeli peralatan2 surau seperti tikar getah, sejadah, telekung, langsir dan tabir serta lain2. Moga2 ustazah dapat menggunakan surau tersebut untuk mendidik dan mentarbiyah anak2 yang seperti kain putih.

Dr Lo'Lo'
Dr. Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali [Titiwangsa]:

Itu sebenarnya Tuan Yang di-Pertua saya hendak bercakap tentang apa Yang Berhormat Timbalan Menteri bangkitkan. Bukan tentang Yang Berhormat Kapit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya tertarik dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri
itu tentang air kumbahan yang keluar ke laut yang mencemar. Adakah Yang Berhormat
Timbalan Menteri menyedari bahawa di Port Dickson ada satu paip besar daripada
pekan Port Dickson itu yang memang secara jelas turun ke laut. Tidak ada rawatan
pertama atau rawatan kedua? Memang langsung turun ke laut dan ini telah bertahuntahun.
Saya hairan bagaimana Port Dickson ini duduknya tidak jauh daripada Kuala
Lumpur dan juga merupakan pusat pelancongan yang kira besar boleh diabaikan begitu
sahaja dari segi pencemaran di satu tempat pelancongan. Jadi saya minta penjelasan.
Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]:
Soalan-soalan yang sedemikian tidak perlu di panjang lebar kerana bukan di bawah
kementerian Yang Berhormat.

Dato' Dr. James Dawos Mamit [Mambong]:

Yang Berhormat daripada Kapit
terima kasih atas komen itu tadi dan cadangan. Apa yang saya ingin utarakan ialah satu
strategi ecotourism. Sememangnya pelancongan luar bandar sudah pun matang dan
strategi kita sudah ada. Ia sudah berjalan tetapi di sebelah semenanjung. Untuk Sabah
dan Sarawak kita kena kerjalah dengan STV dan Kementerian Pelancongan Negeri
Sarawak untuk membusat satu strategi lagi supaya produk-produk pelancongan di luar
bandar boleh dipasarkan dan boleh dipromosikan. Saya sudah pun melihat bahawa
strategi cluster yang sememangnya saya akan menghalusi nanti adalah satu strategi
yang baik untuk mempromosi produk-produk pelancongan di luar bandar juga termasuk
sistem Tagang ataupun di Sabah diketahui dengan sistem Tagal.
Untuk Yang Berhormat Titiwangsa mengenai air kumbahan tidak terawat di Port
Dickson. Terima kasih atas memberi pandangan itu kerana saya tidak tahu pun ia ada.
Terima kasihlah. Saya akan melawat di situ dan berbincang dengan PBT di sana
bagaimanakah untuk menyelesaikan masalah kerana dari segi kajian saya dahulu di
dalam ecological sanitation ada satu teknik yang lebih murah daripada teknik IWK. Jadi
kita boleh laksanakannya untuk tempat-tempat yang kecil, tempat-tempat individu
seperti itu.
Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan. Yang Berhormat Lanang menyatakan
kebimbangan terhadap kes-kes penipuan oleh agensi pelancongan yang berlaku di
negara ini dan ingin tahu bilangan kes yang berkenaan bermula daripada 1 Januari
tahun 2009 hingga kini. Untuk makluman Yang Berhormat Lanang dari 1 Januari tahun
2009 hingga kini Kementerian Pelancongan telah mengesan sebanyak 23 kes penipuan
yang dilakukan oleh lima buah syarikat pelancongan di negara ini.
Kebanyakan kes penipuan ini telah dirujuk kepada pihak Polis Diraja Malaysia
untuk disiasat di bawah prosedur kanun jenayah kerana melibatkan jenayah penipuan
dan dilakukan oleh syarikat-syarikat yang tidak berlesen dengan Kementerian
Pelancongan. Manakala kes-kes yang melibatkan syarikat berlesen kementerian telah
mengambil tindakan di bawah Seksyen 8 Akta Industri Pelancongan 1992 iaitu lesen
syarikat dibatalkan sekiranya deposit pengadu gagal dikembalikan. Kes juga turut
dirujuk kepada pihak PDRM bagi siasatan lanjut di bawah kanun prosedur jenayah.

APCO: Dr Lo' Lo' buat laporan polis

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 9 April: Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali sedang membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi di sini, mengenai pembabitan Kerajaan Malaysia dengan APCO Worldwide.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat memohon satu siasatan terperinci dilakukan terhadap APCO Worldwide.

Thursday, 8 April 2010

Lawatan Kerja LKKPP

3 April 2010

Kelantan, lawatan kerja anjuran Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Pusat ke Negeri Kelantan selama 2 hari. 



Wah bergaya Farhan bergambar sebelah Tok Guru Nik Aziz

Menyambut kedatangan YB









Ni ahli2 rombongan bas pula menyambut sebelum naik bas.
Tujuan ke KB adalah untuk menyempurnakan Lawatan Pemantauan Negeri2 LKKPP




Wednesday, 7 April 2010

Rahsia Solat Awal Waktu

Ditulis oleh Ustaz Zahazan


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan... Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita


Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .
Dr. Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Mohon laluan! 

Tuan Mohd. Nizar bin Haji Zakaria [Parit]: Nasib rakyat yang dikatakan tidak terbela...

Dr. Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Kawan Yang Berhormat Parit, kawan sesama satu kampung.

Tuan Mohd. Nizar bin Haji Zakaria [Parit]: ...Untuk pembangunan dan sebagainya, sering dijadikan isu politik.

Dr. Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Sekampung, sekampung!

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, hendak bagi Yang Berhormat Titiwangsa?

Tuan Mohd. Nizar bin Haji Zakaria [Parit]: Saya bagilah Yang Berhormat Titiwangsa kerana dia sekampung dengan saya, orang Parit.

Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Ha, macam itu lah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memang kami ini sekampung.
Tuan Yang di-Pertua, semasa Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu berucap, saya telah menerima satu SMS daripada seorang Ahli Jemaah Surau Al-Mutmainnah, Pandan Perdana, kalau tidak silap saya Pandan Perdana. Beliau mengatakan, kenapa Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu ataupun dia kat Zul Nordin lah dalam SMS itu ya, lidah bercabang? Jadi apabila saya bertanya balik, apakah yang dimaksudkan dengan lidah bercabang? Semasa di surau tempoh hari, dia cakap, ini apa yang disebutkan. Minta maaf saya kena sebut sebab itu SMS yang dia kata, “Perdana Menteri yang bom Mongolia”. Ini SMS yang disebut sebab itu saya minta maaf dahulu. Perdana Menteri yang bom Mongolia katanya tetapi sekarang dia mengatakan ada fitnah pula tentang perkara tersebut.

Pada masa yang sama juga Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu menyebutkan fitnah terhadap Yang Berhormat Permatang Pauh. Kenapa perkara ini tidak langsung diambil kira oleh Yang Berhormat Parit? Minta penjelasan. Terima kasih.

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: Yang Berhormat, boleh mencelah lagi sekali, tambahan?

Tuan Mohd. Nizar bin Haji Zakaria [Parit]: Lagi?

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: Sedikit sahaja.

Tuan Mohd. Nizar bin Haji Zakaria [Parit]: Bolehlah. Yang Berhormat Pokok Sena boleh ya?

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: Yang Berhormat Parit, Tuan Yang di-Pertua. Saya respect Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu dan saya hargai. Saya rasa kalau kita pun - katalah mula-mula kita masuk PKR, ingat bagus PKR ini. Cuba-cuba tengok masuk rupa-rupanya teruk sangat. Jadi lebih baik jadi Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu. Dia sedar walau pada mulanya dia dengar bahawa ada fitnah dan sebagainya tetapi dia dapat tahu bahawa memang tidak betul, sebab itu dia lari. Jadi saudara di sebelah sana, kalau boleh jangan ikut! Kalau masuk terjun gaung, jangan ikut terjun gaung. Saya minta ini dan saya setuju dengan Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu. Saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu. Terima kasih banyak Yang Berhormat Parit.

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Sedikit. Yang Berhormat Parit sedia beri.
Tuan Mohd. Nizar bin Haji Zakaria [Parit]: Terima kasih.

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Laluan sedikit Yang Berhormat Parit.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat.

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Cukuplah tu. Yang Berhormat Parit sudah beri.

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Sekejap sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Parit boleh gulung Yang Berhormat... [Ketawa]

Tuan Mohd. Nizar bin Haji Zakaria [Parit]: Ha, itulah kacau. Tuan Yang di- Pertua sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Maran sebentar tadi kalau kita lihat khususnya Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat kadangkala boleh kita istilahkan, tidur sebantal mimpi berlainan. Itu sebab banyak kecelaruan yang berlaku termasuklah yang ada di sebelah sana, blok bebas yang diketuai oleh Yang Berhormat Pasir Mas dan yang terbaru Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu menyatakan perkara-perkara yang sebenar. Ada unsur-unsur penaburan fitnah yang cukup berleluasa dan akhirnya mereka keluar oleh kerana tidak mahu bersekongkol dengan perkara-perkara yang bersifat fitnah.

Tuan Yang di-Pertua, ada tohmahan yang mengatakan terdapat campur tangan kerajaan di dalam kehakiman negara tetapi kerajaan sememangnya tidak menganiaya mana-mana pihak ataupun melindungi sesiapa di dalam menegakkan kebenaran. Tindakan kerajaan adalah berasaskan kepada kepentingan negara dan rakyat semata-mata.

Ini merupakan fitnah yang amat berat yang sengaja diada-adakan untuk memburukkan kerajaan. Sebagai langkah mengatasi budaya fitnah ini setiap individu di dalam negara mesti ada rasa kasih, sayang dan cinta yang cukup tinggi terhadap negara yang kita cintai ini. Saya percaya dengan penolakan terhadap fitnah yang selama ini dibuat akan menjadikan rakyat lebih tenteram di dalam suasana yang aman dan kita seterusnya boleh memberikan komitmen, berdedikasi serta bertanggung jawab. Keikhlasan kita untuk membawa rakyat kepada kemakmuran, keharmonian, kemajuan dan perpaduan hendaklah dibuktikan bukan sahaja dengan perkataan diikuti pula dengan pelaksanaan.

Ingatlah bahawa dosa seseorang pembuat fitnah itu lebih besar dosanya daripada pembunuh. Oleh kerana saya akur dengan apa yang disebut oleh Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengharapkan khususnya di negeri Perak esok insya-Allah, akan berlakunya sidang DUN, Dewan Undangan Negeri Perak. Saya berharap marilah kita bersamasama mendoakan mudah-mudahan kelancaran Mesyuarat DUN Negeri Perak dan tidak ada kacau ganggu.

Saya minta kepada pihak Pembangkang agar akur dengan keputusan-keputusan yang dibuat kerana mesyuarat adalah amat penting kerana Allah menyebut dalam al Quran... [Membaca sepotong ayat al-Quran] Dan di antara kamu, putuskanlah di dalam mesyuarat. Sekian saya mohon menyokong.

Pihak ketiga dalam PDRM -usul yang ditolak-

Dr. Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 18(1). Saya pada pagi ini menerima satu surat daripada Tuan Yang di-Pertua berkenaan dengan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) berkenaan dengan pihak ketiga dalam PDRM yang dikatakan perkara ini sebelum ini telah pun dibangkitkan dalam sesi pertanyaan jawab lisan pada hari Selasa, 23 Mac yang lalu. Dan dengan itu, usul ini telah ditolak dalam kamar. Jadi saya di sini, ingin menyatakan bahawa apa yang dijawab oleh Yang Berhormat Menteri semasa soal jawab lisan adalah terlalu ringkas. Sedangkan ini adalah satu perkara yang sangat penting. Seluruh saya percaya sama ada pihak di sini ataupun pihak Barisan Nasional di sana juga dan pegawai-pegawai kerajaan tertanyatanya tentang perkara ini. Sempena Hari Polis ke-203 hari ini, saya memohonlah kepada

Tuan Yang di-Pertua agar menerima usul ini untuk kita bahaskan. Kerana ini adalah satu perkara yang menyentuh keselamatan negara. Bayangkan pencerobohan berlaku secara langsung dalam institusi yang kita anggap paling selamat iaitu PDRM, Polis Diraja Malaysia. [Dewan riuh] Ya, bagaimana kita boleh merasakan perkara ini tidak penting. Walaupun mungkin saya boleh bercakap di dalam – boleh bangkitkan di dalam perbahasan akan tetapi dengan masa yang begitu terhad saya kira kita patut berbincang, kedua-dua pihak ini berbincang dan mendapat penjelasan khusus daripada Yang Berhormat Menteri. Jadi saya mohonlah daripada Tuan Yang di-Pertua untuk membuat satu ruling yang baru tentang perkara ini dan menerima usul ini untuk dibahaskan. Terima kasih. 

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, sebagaimana biasalah Yang Berhormat, kalau keputusan telah dibuat oleh Speaker, saya tidak boleh duduk di sini menjadi tempat rayuan untuk di reverse kan keputusan yang telah dibuat. Yang Berhormat sendiri telah menyebut bahawa perkara ini telah dibangkit 23 Mac oleh Yang Berhormat Rasah dan Yang Berhormat Menteri juga telah menjawab. Kalau dibincangkan pun hari ini saya cukup yakin jawapan yang sama juga akan diberi.

Yang kedua, kita masih dalam perbincangan untuk membahaskan titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, maknanya peluang kita untuk membahas soalan ini ada terdedah di hadapan kita Yang Berhormat. Yang Berhormat sendiri pun belum berbahas. Ya, saya boleh memberi Yang Berhormat peluang untuk berbahas. Jadi falsafah ataupun dasar di sebalik 18(1) Yang Berhormat ialah memang tidak ada peluang untuk membahaskan isu tersebut dalam agenda harian kita.

Jadi, itulah kenapa peluang itu di beri di bawah 18(1). Jadi di sini kita mempunyai peluang dan ruang dan benda ini bukan lagi perkara yang perlu dipercepatkan kerana telah diketahui ramai dan telah di jawab dalam Dewan. Jadi dengan itu Yang Berhormat, saya menolak, terima kasih.