Wednesday, 4 March 2009

MAJLIS HITEA & DIALOG BERSAMA PIMPINAN PAS DAN MENTERI BESAR PERAK YAB NIZAR OLEH IKAAP (IKATAN ANAK_ANAK PERAK DI PERANTAUAN)
Gambar sekitar Majlis Hi Tea
Ibu Mertua YB turut hadir...di sebelahnya anak saudara YB
Mohsin adik bongsu YB (tengah), Farhan anak YB (berkaca mata) 
PELANCARAN DANA LAJNAH KEBAJIKAN DAN KEMASYARAKATAN PAS PAHANG DAN CERAMAH ISU SEMASA DI MARKAS PAS CHENOR
Sedang berceramah di kawasan markaz PAS Chenor
Sedang asyik mendengar ceramag penerangan isu semasa. Ahli Parlimen Maran cukup marah dan bangkitkan di Parlimen tentang ceramah ini, sedangkan dia lupa bagaiman UMNO/BN menggunakan media secara melampau untuk membelasah PAS/PR
pandangan dari atas pentas....
Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pahang dan isteri turut hadir
Berjumpa dgn para muslimat yang hadir sambil di perhatikan Kak Zah
GOTONG-ROYONG DBKL DAN JK SURAU RAJA'IYAH KG BARU
SUKANEKA SEMPENA HARI WILAYAH DI PADANG TAMAN MALURI 
28 FEB 09
YB menyampaikan hadiah kepada para pemenang...
Pertandingan mewarna bagi kanak-kanak
MAJLIS PENYAMPAIAN LESEN KEPADA PENJAJA WILAYAH PERSEKUTUAN DI DEWAN PUSAT KOMUNITI LEMBAH PANTAI KUALA LUMPUR 
25 FEB 09
PROGRAM HIMPUNAN DAN BACA IKRAR BAGI MEMANSUHKAN PPSMI DI DEWAN PERHIMPUNAN CINA, KUALA LUMPUR 23 FEB 09 OLEH GMP GABUNGAN MANSUH PPSMI
MAJLIS PELANCARAN e-ZAKAT & e-DERMA, serta PERASMIAN KIOS dirasmikan oleh DYMM YANG DIPERTUAN AGUNG  YAB AGONG
Berbicara dengan Dato Hassan Din Al Hafiz, kenalan lama keluarga saya iaitu semasa beliau masih menjadi pelajar Kelas Tahfiz Masjid Negara. Pada masa itu Allahyarham bapa saya Dato Hj Mohd Ghazali adalah Imam Besar Masjid Negara yang pertama. Di sebelah adalah Dato Mustafa Ahli Majlis MAIWP yang juga saya kenali sejak masa saya masih lagi bekerja dengan PUSRAWI.
.....Gencatan senjata.....Isu Perak kita jangan bicara di sini.....
DYMM Tuanku Mizan Begitu berbangga melihat melihat kecerdasan anakanda Tengku Muadz.
SPB YDP Agung Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama dengan anakanda ketiga Tengku Mohd Mu'az berangkat merasmikan E-Zakat/Derma di Masjid Kg. Baru.
Berada di barisan hadapan majlis.
Dato Bandar Dato Fuad, saya sendiri, mantan YB Titiwangsa Dato Astaman, Tengku Ahmad Shah, Pengerusi Masjid Kg Baru Dato Idris, Ketua Pengarah Dato Salleh, Dato Nadzim Tun Abd Razak, Timbalan Ketua Bahagian UMNO Titiwangsa Dato Johari.
Pengerusi Program E-Zakat.
by Dr Lo'lo'

Tuesday, 17 February 2009

CERAMAH ISU SEMASA DIDARUL UMMAH
Isu Rampasan kuasa Kerajaan Pakatan Rakyat Perak adalah isu utama yang disampaikan. Dalam menjawab isu tanah di Perak, sangat jelas bahawa Kerajaan PR Perak memberikan geran pegangan bebas kepada orang-orang Cina di beberapa Kg. Baru Cina di mana tanah tersebut merupakan tanah dimana terletaknya rumah keluarga-keluarga tersebut sejak 4-5 generasi yang lalu. Tanah tersebut bukan tanah Orang Melayu yang dirampas lalu diberikan kepada orang Cina. Ini tanah tumpah darah keluarga tersebut, di situlah rumah mereka, di situlah anak cucu-cicit mereka dilahirkan dan dibesarkan. Tambahan pula mereka adalah rakyat Malaysia bukan rakyat negeri lain. Bab bagi-bagi tanah ni sebenarnya UMNO/BN lagi teruk, bukan bagi tanah kampung tapi bagi satu gunung seperti bagi satu Genting Highland kepada Lim Goh Thong, satu Pulau iaitu Pulau Pangkor kepada Vincent Tan, bagi satu Anjung kepada Cina Singapura di Wilayah Iskandar.
Malah UMNO 'jual' Bukit Gantang kepada Cina Gerakan, 'jual' Taiping kepada India PPP dalam PRU 11 dan lain-lain kalau nak sebut sangat isu perkauman ni. Mengapa UMNO tidak mengamuk dan hanya merelakan kawasan Parlimen yang secara tradisinya dimiliki UMNO (juara orang Melayu) di anugerahkan kepada bukan Melayu?? tapi sebaliknya bila Kerajaan PR meluluskan permohonan Geran di Kg Baru Cina, orang UMNO begitu riuh rendah sehinggakan dikatakan dijadikan sebagai justifikasi merampas Kerajaan Perak dari PR.
Sebagai fakta Kerajaan PR Perak telah meluluskan lebih 130,000 geran kepada orang-orang Melayu di Kampung-kampung Tersusun untuk orang-orang Melayu berbanding 49,000 geran kepada orang Cina.
Pak Yazid penceramah veteran, telah berumur 80 tahun lebih tetapi tetap bersemangat. Pak Yazid menceritakan bagaimana beliau dipecat dari PAS kerana membantah penggabungan PAS dengan BN, namun katanya beliau tetap mengundi PAS setiap kali pilihan raya kerana tidak ada parti yang beliau rasa paling jelas visinya dalam memperjuangkan Islam dan keadilan sejagat. Beliau pernah menjawat sehingga ke jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan

Peguam muda sdra Zamri menerangkan bahawa dalam undang-undang Tubuh Perak kerusi MB hanya boleh dikosongkan sekiranya MB sendiri meletakkan jawatan atau apabila diberi undi tidak percaya dalam DUN atau apabila parti MB tersebut kalah atau hilang majoriti dalam PRU.

Antara hadirin hadirat yang mengikuti ceramah perdana di Darul Ummah pada 16 Feb 2009.

Dr Lo'lo'

HI TEA MESRA WANITA

Panelis Forum: YB Wan Ubaidah Exco Kerajaan Kelantan, Saya sendiri, Pemudah-cara YB Mumtaz Senator dan YB Zuraidah Ahli Parlimen Ampang.

Bersalaman dengan para hadirat.

Beberapa NGO telah menghantar wakil, yang kelihatan disini adalah wakil HelWa ABIM.
Dr Lo'lo'