Saturday 13 May 2006

SALAM UNTUK PARA IBU, GURU-GURU DAN JURURAWAT (2006) Menyedari betapa pentingnya peranan wanita dalam semua bidang pembinaan dan pembentukan keluarga, masyarakat, bangsa dan Negara; DMPP merangkaikan ucapan Selamat dan Salam Sejahtera kepada semua ibu-ibu, guru-guru dan jururawat.Sambutan hari-hari penting profesyen yang melibatkan ramai wanita di Bulan Mei seolah-olah meletakkan bulan Mei sebagai bulan menghargai wanita tanpa menafikan peranan guru dan jururawat lelaki. Para ibu-ibu akan menyambut hari yang khusus untuknya pada 8 Mei sebagai tanda penghargaan anak-anak kepada ibu. Jasa dan pengorban seorang ibu tiada ternilai dan tidak mungkin boleh dibayar ganti meski pun Hari Ibu disambut sepanjang tahun. Sebagaimana Hadis rasulullah saw: “ Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw. Pada siapakah aku mesti berbuat baik? Jawab Rasulullah, ibumu, kemudian ibumu , kemudian ibumu, kemudian bapamu “ Sunan Abu Dawood hadis 2438. Ini bermakna Islam meletakkan penghormatan yang sangat tinggi kepada ibu. Ibu adalah tunggak keluarga, ibu adalah pencorak generasi akan datang. Ibu membesarkan anak-anak bukan sahaja dengan kasih saying malah sanggup meletakkan nyawanya sebagai taruhan demi untuk kelangsungan kebahagian anak-anak. Ibu yang membentuk acuan yang akan membentuk anak-anak . Oleh itu saya menyeru ibu-ibu agar meletakkan acuan yang betul dan tepat iaitu tidak lain tidak bukan acuan Allah swt, Sibghah Allah Jadilah ibu yang membudayakan cara hidup berakhlak dan bertamaddun dalam rumah tangganya. Rumah yang penuh kasih saying dan hormat menghormati serta saling menghargai. Bagi keluarga Islam, ibu-ibu berperanan menghidupkan Alquran dalam diri seluruh ahli keluarganya. Anak-anak hendaklah selalu diingatkan bahawa dunia ini hanyalah lokasi transit untuk umat manusia sebelum pergi kepada kehidupan yang kekal abadi. Kepada keluarga lain nilai2 mulia sejagat, moral terpuji yang diterima masyarakat bertamaddun, nilai-nilai baik dalam agama masing2 secara umumnya haruslah menjadi amalan keluarga. Keruntuhan moral bukan sahaja berlaku dalam keluarga Islam tetapi sebenarnya sudah merebak dalam masyarakat seluruhnya. Keganasan terhadap ibu-ibu khususnya dan terhadap wanita umumnya menjadi bukti hidup keadaan masyarakat kita yang rosak. Tidak terfikir dan terbayang dikepala kita seorang suami sanggup menikam isterinya yang sedang menyusukan bayi berumur 5 bulan mereka sendiri yang berlaku baru-baru ini. Alangkah ganas dan kejamnya dan paling malang peristiwa ini dikaitkan dengan penagihan dadah durjana yang merupakan musuh Negara yang masih bermaharajalela. Sebelum ini pun kita biasa mendengar dan menderita menelan berita bagaiman ibu muda bersama 3 anak kecil dibunuh dalam rumahnya sendiri, ibu-ibu yang ditikam, dibelasah dan dirigol dalam kes-kes rompakan, balas dendam dan sebagainya. Sangat terkesan rasanya apabila isteri dan anak-anak yang tidak berdosa ‘dihadiahkan’ dengan virus HIV oleh suami dan bapa sendiri sehingga maut dan menderita AIDS. Tidak lupa juga penderitaan yang dialami isteri-isteri kepada tahanan ISA yang sehingga kini tidak dihadapkan kemahkamah untuk dibicarakan tetapi terus dicanangkan sebagai pengganas dan sebagainya. Mereka ini merupakan ibu-ibu tunggal yang terpinggir dan telah dijatuhkan hukuman oleh masyarakat dan pihak berkuasa dengan pelbagai tekanan, sekatan dan ugutan yang tidak selayaknya mereka terima. Kepada wanita yang juga merupakan ibu-ibu wajip menyedari scenario ini dan sama-sam melakukan pembelaaan dan pengislahan semampu yang mungkin menikut kapasiti masing-masing. Jangan kelak apabila telah terkena batang hidung sendiri baru hendak menjerit sakit dan peritnya keseorangan. Sikap empati, tidak peduli, tidak mahu ambil tahu kita akan membawa padah kepada diri kita sendiri dan jenerasi akan datang iaitu jenerasi anak-cucu kita Ibu-ibu harus berusaha menjana keluarga yang takutkan Tuhan dan akhirnya akan lahir masyarakat yang takutkan Tuhan yang harus kita yakini sebagai jalan penyelesaian kepada pelbagai permasalahan keluarga dan masyarakat kini. Kita harus yakin ‘Jurutera’ yang mencipta dan membuat dunia ini serta sekelian makhluk adalah sebaik-baik Penyelesai Masalah . Rasa hormat dan toleransi sesama berbilang kaum dan kepercayaan, rasa prihatin kepada alam sekitar dan minda sivik yang tinggi sudah pasti boleh melahirkan keharmonian yang sejati. Anak-anak kita hendaklah diberi suntikan semangat untuk terus berjuang mendapat kebebasan bersuara, keadilan dan perkongsian adil kekayaan Negara. Anak-anak kita harus didedahkan dan disedarkan peri pentingnya demokrasi yang sudah nazak di Malaysia diberi nafas semula dan dipulihkan jika mereka mahu hidup dalam masyarakat yang terhormat dan dihormati, bukan dalam Negara yang pemimpin-pemimpinnya dengan selamba dan senang hati membohongi dan memanipulasi rakyat sendiri. Apakah kita sanggup terus dibohongi dan dipermain oleh menteri yang kebal dan berani menyatakan jejambat yang bergoyang sebagai selamat kemudian menutupnya. Apakah kita sanggup terus ditekan dan disuruh tutup mata terhadap salah laku undang-undang oleh YB Ahli Parlimen tanpa dapat mengambil sebarang tindakan Apakah penduduk TItiwangsa khususnya dan lain-lain kawasan dan DUN yang terlibat, terus mahu berwakilkan Ahli Parlimen pesalah rasuah Kita dan anak cucu kita akan terus terjajah dan tidak merdeka selagi demokrasi terus dibiarkan nazak dalam ICU, selagi tranperansi sudah tidak lutsinar lagi selagi korupsi, kronisma dan hegemoni kuasa dibiarkan berleluasa oleh kita sendiri terutamanya ibu-ibu yang akan mewariskan kesemua barah ini kepada anak-anaknya jika terus tidak peduli dan bangun untuk PROTES. Tidak cemburukah ibu-ibu kepada kaum sejenis kita yang sama-sama berjemur panas dan bermandi hujan malah berlumuran darah mereka atau darah suami mereka demi menegakkan demokrasi dan mengembalikan hak rakyat seperti yang berlaku di Thailand baru-baru ini, di Mesir, di Palestin di Senegal dan sebagainya Hadiah kecil dan ucapan terim kasih yang ikhlas dari anak-anakmurid merupakan kemuncak kepada sambutan Hari Guru yang jatuh pada 16 Mei nanti. Jika dirumah ibu bapa berperanan, guru-guru pula harus menyambut ‘baton’ tanggungjawab mendidik disekolah. Guru-guru harus berani dan bertegas untuk mendidik anak-anak muridnya untuk menjadi manusia yang dijadikan Allah sebagai Khalifah untuk mentadbir dan memakmurkan bumi ini. Fenomena system pendidikan berorientasikan peperikasaan dan kecemerlangan sekolah, kolej mahupun Universiti wajib disejarahkan. Kita sangat bimbang anak-anak muda yang lahir dari sistem pendidikan seperti sekarang ini tidak mampu mempraktikkan ilmu sebagaiman yang dijangkakan, tidak mampu membuktikan keupayaan mereka dalam pasaran kerja dan tidak mampu bersaing dengan keluaran dan produk modal insan negara luar. Guru-guru wajib mencanai anak-anak murid menjadi insan yang mulia yang memberi manfaat kepada dirinya sendiri dan manfaat kepada masyarakat. Murid2 umpama berlian yang baru dilombong keluar, walaupun mentah dan suci tetapi perlu digilap bagi menyerlahkan kelebihan, bakat dan kebolehannya. Jadilah guru yang bermaklumat, guru yang murabbi yang mendidik bukan sahaja mengajar dan menyumbat ilmu. Jangan jadi guru yang kencing berdiri nanti anak2 kencing berlari….(maaf kerana menggunakan kata2 ini). Profesyen guru ( termasuk pensyarah ) adalah profesyen yang sangat mulia dan merupakan teras serta tulang belakang penjanaan budaya sesuatau masyarakat dan tamaddun manusia. 12 Mei bukanlah satu tarikh yang diingati oleh orang ramai kerana ramai yang tidak tahu signifikannya. Hari Jururawat memang tidak popular kerana populasi yang menyambutnya terhad. Jururawat seperti juga doktor adalah segolongan masyarakat yang bekerja dan berkorban tanpa mengira masa. Waktu kerja kita adalah waktu kerja mereka, waktu rehat kita adalah waktu kerja mereka juga., mereka terus bekerja samada hari cuti umum mahupun hari2 kebesaran. Jika pesakit yang dirawat telah sihat kadangkala ucapan terimakasih pun tidak mereka dengar tetapi apabila sebaliknya selalu mereka mendapat cacian. Itulah resmi kehidupan jururawat. Mereka umpama lilin yang membakar diri demi melahirkan masyarakat yang sihat yang mampu terus menyumbang kepada negara. Marilah kita berganding bahu membangun Negara bukan semata2 mengejar pembangunan material tetapi apa yang lebih penting adalah Pembangunan Insan. Sama-sama kita pupuk dan jana ibu dan keluarga, guru dan anak murid, jururawat dan pesakit, pemimpin serta rakyat yang bertaqwa kepada Allah ( God Fearing ). Terimakasih, syabas dan tahniah kepada para Ibu, para Guru dan tidak lupa para Jururawat yang telah menjadi lilin menerangi orang-orang kesayangan sekelilingnya. Dr Lo’lo’ bt Hj Mohamad Ghazali AJK PAS Pusat , Timbalan Ketua DMPP docpearl@hotmail.com 0192100066 ( sms sahaja )

No comments: