Sunday 18 June 2006

Individu Miskin vs Gerakan Islam Fakir ? Semasa saya menyemak email saya yang tidak tersemak2 saya terjumpa satu email lama yg saya rasa sangat menarik dan patut dibincangkan diperingkat ysng lebih arif. Saya bercadang untuk bertanya lebih lanjut. Dr LL 18 Jun 06 ---------------------- Assalamualaikum Semalam, aku baru saja mengambil 8 bungkusan besar barang makanan untuk diagih-agihkan untuk fakir miskin...cawangan aku yang paling sikit ambil, mungkin sebab cawangan paling sikit penduduk yaitu terdiri dari 2buah perumahan kos rendah. Walau berstatus kos rendah, mungkin dah lama(hampir 20 tahun) penghuninya dah ada yang pakai stream, cr-v dan sebagainya. Rata rata masing masing ada kenderaan. Kebanyakan barangan ini diberi kepada ibu tunggal sahaja yang pada saya tak miskin mana....(malang nya jadi bapak tunggal)... Sebenornya tujuan saya menulis nih bertujuan mengajak tuan-tuanmemikirkan kaedah terbaik mengagihkan barangan seperti ini kepada yang benar-benar layak. Misal kata, nun di kampung sana (tempat lahirku)rasanya masih ramai yang benar benar daif atau sebahagian yang diceritakan oleh si muniq nih. Bagi aku mungkin sebahagian kutipan PAS (tempat kurang orang benar-benar miskin) boleh dihantar ke tempat orang yang benar-benar miskin atau pupun hantar ke luar negara seperti kemboja dan thailand (dengar ceritanya memang depa benar benar miskin). Memang jika dilihat kita perlu mengutamakan keluarga, jiran dan sahabat handai, cuma aku tak pasti bagaimanakah kita patut jika situasi itu jadi begini? Satu hal lagi tang zakat fitrah,...Yang aku faham zakat fitrah nih lebih afdal diberi kepada fakir miskin. Mungkin juga boleh transfer spt bungkusan tadi....dan yang sedikit menyentuh hati aku tak tau berapa persen yang PAS peruntukkan dari zakat fitrah yang dikutip untuk faqir miskin atau ada kaedah masalah lain...misal kata orang benar-benar miskin tak ramai di Msia nih..jadi yang benar miskin adalah gerakan Islam...maka GERAKAN ISLAM afdalnya dah beralih kesini?...boleh ke? Haih....aku ingat abu nidal tau kaedah nih....kita mintak dia jawab.... -----Original Message----- Jalan-Jalan Bulan Puasa: Sebuah Rumah Setitis Darah Pada Puasa hari ke-18 yang lalu, beserta rakan-rakan dari NGO PertubuhanAmal Warga Kilang Muslim (Utara) Malaysia, WARGAKILANG.COM, kamibertolak ke daerah Gerik Perak dalam misi Jalan-Jalan Masuk Kampung dibulan Ramadhan. Seperti tahun yang sudah-sudah, misi kami ialah untuk menyalurkan bantuan dan sumbangan kepada insan-insan yang memerlukan. Adalah beberapa buah rumah yang sempat kami kunjungi, tapi dalam banyak-banyak rumah itu, rumah Nor Atikah(16 tahun) dan 5 orang adik-adiknya di Kampung Alai, Gerik Perak adalah yang paling terasa di hati. Oleh kerana kami bukannya orang Gerik, maka agak sukarlah juga untukmenjejak alamat rumah beliau seperti yang diberikan kepada kami oleh Guru sekolah beliau itu, tapi setelah tersesat sana tersesat sini, akhirnya selepas menyusur tepian sebatang anak sungai, sampai juga kami ke rumah mereka. Ketika kami ke sana, ibu mereka tiada di rumah kerana keluar bekerja mencari rezeki. Tiap-tiap hari macam tu lah, tinggallah mereka 6 beradik take care each other bila ibunya keluar bekerja; mungkin dah jadi macam rutin biasa sejak ibu mereka bergelar Ibu Tunggal sejak kira-kira 4tahun yang lalu. Nasib baik berdekatan rumah mereka itu, ada nenek dan tok wan mereka yang sudah agak berusia; maka kepada nenek dan tok wan inilah mereka mengadu nasib bila ibunya tiada bersama-sama. Oleh kerana tuan rumah (ibu mereka) tidak ada, jadi kami ke rumah Nenek mereka minta tolong temankan kami masuk ke rumah tersebut untuk menghulurkan sumbangan berkenaan. Bila kami mula bertanya, macam-macam diceritakan oleh Nenek mereka; seolah-olah sudah lama beliau menanti seseorang untuk mencurahkan semua rasa yang berbuku di dada. Menurut nenek mereka (Tok Saadiah), budak-budak 6 orang ini [Nor Atikahdan kembarnya Nor Amirah form 4, Nor Afiqah form 3, Amirul Ashraf darjah6, Amirul Aliyuddin darjah 4 dan Amirul Aizat darjah 1] makan dan minum ala kadar sahaja sejak ibunya bergelar IT 4 tahun yang lalu. Apa tidaknya, ibunya hanyalah bekerja kilang di sebuah kilang kayu berdekatan, pendapatannya adalah dalam RM20 sehari. Kata Tok Saadiah: "Bayangkanlah, budak-budak ini semua sekolah belaka, belanja sekolahRM15 sehari, duit Van RM4 sehari; semua sekali RM19 sehari....mak dia kerja dapat RM20, tolak sembilan belas ringgit....tinggal RM1. Seringgit itu sajalah yang tinggal untuk belanja dapur makan minum dll" Makna kata kalau tak ada back-up daripada tok wan dan nenek yang dok kerja kampung itu atau pun sdra mara terdekat, kira memang nazak sungguhla hidup budak-budak ini. Patutlah pun, masa kami pi tu, bila kami tanya mana adik-adik depa hat tiga orang lagi tu, Nor Atikah habag budak-budak tu pi tengokTV.....rumah jiran!! Logik la, dengan pendapatan bersih RM1 sehari, nak beli ikan bilis pun tak lepas, inikan pula nak beli TV!! Tapi, bila tengok rumah depa, nampak okey la jugak, tapi macam rumah separuh siap saja dengan bata simen tak berplasta dan tingkap nako cermin tak berapa nak sempurna, mungkin tengah dok buat agaknya, belum siap lagi. Bila kami tanya lebih lanjut, Tok Saadiah bagitau, rumah itu adalah hasil daripada duit SOCSO yang diperolehi oleh ibu mereka(~RM10,000) bila mana jari beliau terpotong machine di tempat kerja. Makna kata, rumah yang Nor Atikah dan adik-adiknya huni itu adalah hasil DARAH ibu mereka yang menitis di tempat kerja, rumah itu adalah duit DARAH ibu mereka yang mungkin terlalu tertekan memikirkan mana lagi nak dicari nafkah harian untuk anak-anaknya itu hinggakan terlupa yang rantaian mesin pemotong sedang menghiris jari jemarinya. Hebat sungguh pengorbanan seorang wanita bernama Ibu, yang sanggup berkorban apa sahaja hatta berkorban darah sekali pun demi mencari nafkah sesuap nasi untuk anak-anak tercinta. Apa-apa pun itu semua mungkin sudah takdir, yang akhirnya dengan hasil darah yang mengalir itu, dapatlah anak-anak beliau menghuni sebuah rumah yang agak selesa walaupun bata simennya tinggal terbuka tidak berplasta. Bila ditanya kepada budak-budak itu, tahun ini baju raya sudah beli ke belum, cepat-cepat neneknya menyampuk: "Baju Raya.....hmm, kalau harap mak budak-budak ini, pakai tak pakai baju rayalah budak-budak ini!!" Tapi, secara ikhlas kami merasakan budak-budak itu tak berapa kisah sangat pasal baju raya, kerana bagi mereka dapat makan minum dan tempat tinggal yang sempurna pun sudah kira alhamdulillah dan lebih dari cukupdah. Cubalah bayangkan, dalam keadaan hidup serba kekurangan bersama seorang ibu berstatus Ibu Tunggal ini pun, budak-budak itu masih boleh ceria dan tidak berapa jauh sangat ketinggalan dalam pelajaran. Misalnya si Nor Afiqah yang dalam form 3 itu, dalam peperiksaan pertengahan tahun baru-baru ini beliau dapat no 1 dalam tingkatan 3Cnya, dan no-17 untuk keseluruhan tingkatan. Mengambil kira latarbelakang keluarga, keputusan macam itu kira sudah okeylah tu! Bila dok sembang lama-lama dengan budak-budak itu, rasa sedih juga nak melangkah pergi, tapi sebelum itu sempat kami hulurkan barang-barang keperluan dapur dan duit raya sekupang dua buat kegunaan mereka sempena hari raya nak datang ini, dan sempat juga kami berpesan supaya belajar rajin-rajin, kata kami dengan ilmu sahajalah mampu mengubah masa depan mereka bila besar nanti. Oh ya, sebelum itu saya sempat juga tunaikan zakat fitrah untuk tahun ini di rumah mereka. Dalam perjalanan pulang, seorang sahabat yang turut serta bercerita, tatkala saya menghulur dan meniatkan fitrah itu, beliau nampak jelas manik-manik jernih mengalir di mata adik Nor Afiqah bt Anuar yang form3 itu; mungkin kerana jumlah zakat campur wang sedekah yang NGO kami hulurkan itu melebihi pendapatan bulanan ibu mereka; atau pun mungkin itu adalah air mata gembira kerana dengan wang sumbangan yang tak seberapa itu kali ini mereka 6 beradik mampu berhari raya seperti rakan-rakan mereka yang lain, atau pun mungkin juga hati adik NorAfiqah benar-benar tersentuh kerana walaupun mereka enam bersaudara tinggal nun jauh di pinggir sungai di pedalaman Gerik sana, tapi masih ada insan yang sudi menjenguk keluarga beliau di bulan Ramadhan yang mulia ini. Kami percaya, Nor Afiqah dan kakak serta adik-adiknya tentunya akan lebih gembira jika sekiranya lebih ramai lagi insan-insan perihatin diluar sana yang sudi melawat dan menziarah mereka. Sesungguhnya, hati kami benar-benar tersentuh melihat ketabahan mereka enam beradik menempuh hari-hari muka dengan keadaan hidup dan pendapatan ibunya yang tidak seberapa. Sekalung tahniah harus diucapkan buat ibu mereka, Pn Maimunah Bt Khairuddin yang begitu tabah membesarkan anak-anak dengan seadanya. Moga sumbangan kami yang tak seberapa ini akan mampu menceriakan hari-hari mereka menjelang kedatangan Hari Raya yang akan datang ini. Akhir kata, kepada semua pembaca, diucapkan Selamat Hari Raya dengan ucapan Di Kala Kita Bergembira Dengan Ketupat Lemang dan Sanak Saudara, Janganlah Lupa, Ada Ramai Lagi Insan-Insan Kurang Bernasib Baik di Luar Sana Yang Perlukan Perhatian dan Sumbangan Kita. Jenguk-Jenguklah Mereka. Selamat Hari Raya WARGAKILANG.COM23.10.05

No comments: