Panduan untuk ibu-bapa
TIP’S UNTUK ELAK KEJADIAN ROGOL
Terhadap Kanak-kanak:
Anak2 kecil mesti sentiasa dibawah pengawasan ibu-bapa, guru-guru atau penjaga yang dipercayai. Kanak-kanak juga boleh dirogol oleh penjaga atau keluarga penjaga/pengasuh, oleh itu sentiasa ada rasa ‘cemburu’ dan berhati-hati.
Galakkan anak2 untuk bercakap atau bercerita apa yang berlaku sepanjang peninggalan ibu bapa supaya dengan ini dia akan memaklumkan perkara2 yang mungkin tidak difahaminya yang berlaku keatasnya.
Latih anak-anak untuk menjauhi orang yang tidak dikenali, kalau perlu ingatkan setiap hari iaitu semasa meninggalkan anak-anak dirumah atau Tadika / Sekolah.
Ingatkan pada anak-anak anggota tubuh badannya yang tidak patut disentuh oleh sesiapa pun kecuali oleh ibubapa atau pengasuh semasa mandi atau masa buang air.
Bertindak awal jika telah ada tanda-tanda maruah anak2 cuba dicerobohi. Jangan pandang remeh tanda2 ini takut nanti kita menyesal.
Seboleh2nya jangan benarkan anak2 tidor dirumah orang lain kecuali sangat perlu dan keluarga tersebut dikenali sebagai keluarga yang amanah dan berhemah.
Latih anak2 untuk menjerit minta tolong atau sebut ”API-API” jika ada gangguan atau pencerobohan terhadap dirinya. Kajian mendapati jeritan ’API” lebih diberi perhatian oleh orang ramai dari jeritan minta tolong.
Pastikan kita berdoa dan ajar anak2 berdoa mohon keselamatan serta perlindungan Tuhan semasa melangkah keluar rumah, contoh: ”Bismillahi tawakkaltu ’alAllah”.
Ingatkan anak untuk tidak menerima pemberian makanan, gula-gula mahupun air dari orang yang tidak dikenali
Larang anak keluar dari kawasan rumah, ke padang permainan, ke rumah jiran atau kekedai tanpa pengawasan
Keluarga terdekat juga boleh menceroboh maruah anak2, jadi ibu-ibu perlu maklumkan pada anak2 juga tentang perkara tersebut.
Sentiasa berhubung dengan guru-guru, penjaga atau pengasuh tentang isu-isu keselamatan anak2.
Disediakan oleh
DEWAN MUSLIMAT PAS TITIWANGSA
Hubungi kami
0192852723
0176080832
0133904807
Cara-cara mencegah kejadian rogol atau serangan seksual terhadap remaja
1. Jangan terima pelawaan orang yang tidak dikenali untuk tunjuk arah atau jalan, suruh orang itu minta pertolongan lelaki dewasa. Jika didesak juga, lari dan jerit minta tolong.
2. Jangan tumpang orang yang tidak dikenali samada kereta, motor atau basikal.
3. Jangan percaya dan ikut orang yang mengaku dihantar oleh ibu bapa untuk mengambil kamu balik dari sekolah, meskipun diberitahu ibu-bapa kemalangan dsb.
4. Jangan terima duit, gula-gula atau snek dari orang yang tidak dikenali, jiran, jaga sekolah, guru atau teman lelaki jika berseorangan sahaja dengan mereka.
5. Berhati-hati apabila dalam perjalanan pergi sekolah, kedai dsb juga bila balik rumah.
6. Jangan jadikan amalan terlalu rapat dengan jiran lelaki samada tua atau muda, lebih-lebih lagi pergi bermain dan tidor dirumahnya kecuali dengan pengetahuan ibu-bapa dan tidak bersunyi-sunyi.
7. Jika kamu dihalang semasa sedang berjalan, cuba elakkan orang tersebut, jika masih dihalang, lari kebelakang dan jerit sekuat hati.
8. Balik kerumah segera samada dari sekolah atau tugasan diluar, jangan singgah dimana-mana tanpa kebenaran dan elakkan dari terlalu banyak bermain-main.
9. Cuba pastikan bila berjalan atau keluar rumah hendaklah bersama keluarga atau teman-teman dalam kumpulan. Elakkan keluar rumah waktu malam kecuali dengan keluarga terdekat.
10. Elakkan dari bergaul bebas dengan lelaki yang tidak dikenali dan yang bukan mahram, kerana lelaki tersebut mungkin gunakan peluang itu untuk merogol kamu.
11. Cuba elakkan dari berjalan di lorong, taman atau kawasan yang sunyi.Jauhi bangunan yang tersudut.
12. Jangan pergi berubat dengan bomoh dan jangan sekali-kali tinggal seorang diri berubat dengannya. Doktor lelaki juga hanya boleh memeriksa kamu dengan kehadiran pembantu wanita/jururawat.
13. Jangan berpakaian seksi. Sekalipun kamu tidak menjadi mangsa pada masa tersebut,tetapi mungkin orang lain yang lebih lemah akan jadi mangsa rogol lelaki yang ada penyakit hati.
14. Pastikan pintu bilik berkunci dengan baik semasa kamu mandi, menyalin pakaian atau pun berehat atas katil.
15. Jangan bermain dan bergurau dengan kawan lelaki dan membiarkan mereka menyentuh badan kamu.
16. Orang lelaki termasuk bapa, abang atau saudara-mara tidak boleh menyentuh bahagian sulit kamu.
17. Patuhi syari’at Allah, buat yang disuruh, tinggal yang dilarang nescaya kamu selamat
18. Allah berfirman yang bermaksud ”.....Jangan dekati zina”. Jangan bergaul bebas atau melakukan perkara yang dilarang agama yang boleh membawa kepada zina dan lebih teruk jika dirogol.
docpearl@hotmail.com ; http://pastitiwangsa.wordpress.com
No comments:
Post a Comment