PASAR KERAMAAT TERBAKAR
Pada
Subuh Ahad 25 Nov 07 satu kebakaran telah berlaku di Pasar Keramat. Beberapa buah kedai telah mula terbakar pada pukul 4.45 pagi sehingga akhirnya 14 buah semuanya yang terlibaat. Malang sungguh usaha pasukan bomba agak terhalang kerana bekalan air yang dibawa telah habis dan teruknya tiada satu pun pili bomba dikawasan berhampiran. Apa dah jadi? Kawasan yang begitu padat tiadaa pili bomba.
Kedai2 yang terlibat adalah kedai emas, kedai makan, kedai bunga, kedai baiki jeans, kedai kuih, kedai CD dan stor penyimpanan. Kerugian dianggarkan antara RM 150 K - 200 k. Melihat keadaan kedai yang sememangnya sedia daif dan sangat tidak kompetitif berbanding dengangedung2 besar di tengah2 KL, saya berasa sangat sedih.
Difahamkan sejarahnya keadaan di Pasar Keramat lebih 10 dekad yang lalu sangat daif. Peniaga berniaga tanpa bekalan letrik dan air yang sewajarnya. Sehinggalah pada tahun 1994 ataau 1995 semasa mantan TPM Dato seri Anwar Ibrahim datang solat Jumaat di Masjid Al Akram beliau telah dimaklumkan hal tersebut. DSAI tanpa mengikut protokol telah datang mengunjung dan kecewa melihat keadaan yang begitu daif telah meluluskan peruntukan sebanyak lebih kurang RM250K untuk menaik taaraf pasar sementara menunggu pasar baru siap. Lajnah Kebajikan PAS Pusat pada hari ini 27 Nov telah mengadakan majlis kecil penyampaian bantuan kepada mangsa kebakaran. Sumbangan dari tabung DANA KAMI PRIHATIN yg berupa sehelai sejadaah lambang supaya kita kembali kepada Allah dalam keadaan musibah yang menimpa dan sedikit wang tunai. Saya juga mewakili PAS telah menyatakan sokongan kepada peniaga2 yang mempertahankan hak mereka untuk tidak berpindah ke tapak pasar baru keranaa difahamkan tapak pasar sekarang akan diberikan kepada syarikat besar yang akan mendirikan hypermarket. Jika ini berlaku sudah pasti kedai2 kecil mati dan terpaksa ditutup seperti apa yang berlaku di Bukit Antara Bangsa dan tempat2 lain.
Menyumbanglah ke DANA KAMI PRIHATIN 12113010026150
Mazhab (Sosiologi) Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat
-
Pendahuluan Mengapa perbincangan tentang pendidikan sering kali menimbulkan
perbezaan pendapat? Sudah tentu, ini bermula daripada perbezaan di antara
penda...
1 day ago
1 comment:
Nak cerita sikit tentang pasar Keramat, bukan yang terbakar tapi yang terbengkalai.
Saya difahamkan kontraktor untuk "superstructure" (untuk buat foundation/asas) adalah Blaze Construction.
Saya pernah terlibat dengan projek terbengkalai yang ditinggalkan oleh Blaze Construction iaitu PPR Kerinci, Lembah Pantai.
Apabila kami dapat projek tu, satu "Building Investigation" atau B.I. telah dilakukan oleh IKRAM dan kami dapati banyak perkara yang tak ikut specs.
Contohnya tebal lantai konktrit (slab) yang sepatutnya 150 mm jadi 75 mm.
Grade konkrit yang sepatutnya 30 tapi jadi 12 aje.
Oleh itu kerja baikpulih terpaksa dibuat dengan kos lebih RM 25 juta.
Bertolak dari pengalaman di Kerinci, saya rasa kerajaan (DBKL?) patut buat B.I. ke atas "foundation" pasar Keramat yang tak siap-siap tu.
Takut-takut dahlah lambat siap, runtuh pulak tu!
Ini tugas orang Wilayah le! Org TTWangsa kot?
Wassalam.
abc
Post a Comment