KES DR BASMULLAH, DOKTOR PERTAMA JADI MANGSA AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN SWASTA 1998.
Saya baru balik dari Mahkamah Jln Duta kerana mengiringi dan menyokong Puan Norlizah ibu kepada 8 orang anak. Kenalan saya ini adalah isteri Dr Basmullah, Doktor pertama di Malaysia yang jadi mangsa kepada penguatkuasaan Akta tersebut oleh Kementerian Kesihatan. Dr.Basmullah telah di penjarakan kerana tidak mampu membayar denda sebanyakRM500K (yang diturunkan kepada RM 120,000) kerana didapati menjalankan operasi Klinik swasta tanpa lesen sejak 10 tahun yang lalu.(Bunyi tuduhannya " Bahawa kamu pada 11 Julai 2007 jam lebih kurang 10mlm di alamat no 55 Jln 5/76*, Desa Pandan Off Jln Kg Pandan, 55100 KL telah didapati mengendalikan satu klinik perubatan swasta iaitu Pusat Perubatan Al Hilal Sdn Bhd yang digunakan bagi amalan perubatan pesakit luar tanpa didaftarkan dibawah seksyen 27 AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN SWASTA 1998 (586)dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan dibawah seksyen 4(1) yang boleh dihukum dibawah seksyen 5(1)(b)(i) akta yang sama).
Ada banyak perkara disebalik kes yang nampak simple dan 'very technical' ini. Pertama akta yang tersebut baru sahaja diberi nafas baru oleh mantan Menteri Kesihatan (yang tidak mengamalkan 'cara hidup sihat' ) Dr Chua soi lek iaitu sejak tahun 1 Mei 2006 yang lalu. Saya sendiri telah menghadiri pelbagai seminar, bengkel dan kursus untuk memahami akta baru ini.
Kesimpulanya para doktor baru diperkenalkan dengan akta ini. Yang keduanya, penguatkuasaan pun baru bermula,sedangkan sebelum ini kebanyakan klinik tidak berdaftar dengan KKM, hanya mendapat lesen dari PBT. Ketiga, kenapa setelah 10 tahun baru KKM hendak mengambil tindakan jika benar beroperasi tanpa lesen itu salah. Saya masih ingat lagi jawapan dari Dr Chua apabila ditanya tentang akta baru yang meletakkan doktor sebagai penjenayah kerana setiap akta yang tidak dipatuhi tindakannya adalah denda beratus ribu ringgit dan penjara. Beliau menyatakan akta ini bertujuan untuk menghukum doktor2 palsu yang berleluasa. Malangnya kini doktor yang ada APC yang menjadi mangsa kerana masalah teknikal yang boleh ditangani dengan cara yang lebih profesional.
Klinik Al Hilal kepunyaan Dr Basmullah beroperasi di kawasan Kg Pandan. Menurut isterinya Klinik mereka telah diserbu pada satu malam 11 Julai 2007 oleh pegawai dari KKM dan beberapa ramai anggota Polis serta kereta peronda yang menyekat jalan keluar dari semua penjuru kawasan sekitar klinik seolah-olah mereka sedang melakukan operasi menangkap penjenayah ganas. Klinik dan beberapa peralatan seperti ultra sound telah disita, dan pelbagai jenis ubat2an telah dirampas. Belau kerugian beratus ribu ringgit dan tidak dapat beroperasi sehingga akhirnya terpaksa bekerja dengan klinik kawannya. Semasa beliau dibicarakan beliau tidak mampu untuk mengambil peguam dan setelah didenda tidak pula mampu membayar denda sehingga akhirnya terpaksa merengkok dalam penjara. Isteri beliau sendiri hanya mengetahui beliau dipenjarakan setelah 4 hari tidak pulang kerumah kerana menyangka beliau berada dirumah isteri keduanya. Kini isteri Dr Basmullah terpaksa bekerja sebagai tukang masak disebuah kantin di Shah Alam dan menyewa rumah di Kajang.
Menurut Puan Norlizah beliau tidak tahu menahu tentang masalah klinik yang dikatakan tiada lesen dan terkejut dengan tindakan KKM. Sepanjang pengetahuan beliau mereka tidak pernah menerima sebarang amaran dari KKM sebelum serbuan dibuat dan klinik mereka disita.sedangkan beliau tuan punya bersama Klinik tersebut dengan suaminya. Kebanyakan rakan dan kenalan Dr Basmullah tidak mendapat maklumat tentang apa yang berlaku termasuk saya sendri. Saya hanya menyedari apabila menerima sms bertanya betulkah saya dipenjarakan kerana menjalankan operasi klinik tanpa lesen kerana ramai yang salah sangka oleh kerana nama hospital yang saya kendalikan iaitu Pusat Perubatan Kohilal , Taman Melawati agak sama dengan Klinik AlHilal kepunyaan Dr Basmullah.
Kes Dr Basmullah kini ditangani oleh YB Karpal Singh dari sudut
perundangannya. YB Karpal sedang berusaha untuk mendapatkan pembebasan Dr Basmullah yang tidak sepatutnya dipenjarakan kerana masalah teknikal sedangkan umum mengetahui berapa banyak kilang2 haram yang beroperasi berpuluh tahun tidak pun diambil tindakan. Ini bukan bermakna Dr Basmullah tidak melakukan kesalahan tetapi sepatutnya beliau dimaklumkan dan diberi amaran secara telus oleh pihak KKM tetntang kecuaian beliau itu.
Sekiranya beliau benar-benar engkar setelah diberi beberapa kali amaran barulah tindakan diambil. Janganlah periok nasi dan premis operasinya ditutup secara kekerasan.Kami para Doktor Swasta bukan pesalah, kami telah sama-sama membangun dan menyumbang kepada sistem kesihatan dan perubatan negara, malah mantan PM Malaysia juga bekas Doktor swasta.
Kebajikan isteri dan keluarga Dr pula diurus oleh Muslimat Titiwangsa dan Kajang. Saya selaku pengerusi LKKPP telah menyumbang sebanyak RM600 untuk meringankan bebanan Puan Norlizah. TKH juga akan menyumbang untuk melangsaikan kos cukai jalan dan insuran kereta puan Norlizah yang tertunggak.
Saya difahamkan ramai kenalan Dr Basmullah juga telah membantu dan
menyokong keluarga ini yang dalam kesusahan. Jika ada yang menyumbang sila sampaikan melalui Dana Kami Prihatin, 12113010026150 BIMB Melawati.
Dr Lo'lo'
docpearl@doctor.com
docmarjan@yahoo.com
docpearl@haotmail.com
No comments:
Post a Comment