Sunday, 24 February 2008

Sekitar hari penamaan calon

2 comments:

~ qisti zahra' ~ said...

Salam.Kedua-dua kandungan dalam e-mail ini telah diterbitkan dalam blog tehranifaisal.blogspot.com di bawah tajuk Tian Chua,Dafi dan Awie “di bahagian comment”. Faisal Tehrani adalah novelis yang terkenal dan penerima Anugerah Seni Negara. Ini sebahagian sokongan dan doa saya kepada dr. Saya adalah Qisti cucu arwah Pak Syukur Lembah Keramat. Sekian, terima kasih. Wassalam. Salawat.

Salam FT dan pencinta kebenaran,

Cerpen “BULAN MENGAMBANG DI KL” oleh FT telah diterbitkan dalam antologi cerpen “Kekasih Sam Po Bo”.

Ringkasnya, cerpen ini mengenai petroleum dan rakyat. Seorang profesor (Dr Balthazar) menerangkan kedudukan petroleum di dalam Islam. Petroleum hak rakyat. Sebabnya petroleum macam “maaul ‘iddu”- air mengalir tak putus-putus. Minyak yang bertakung ialah ibarat lombong. Lombong tak boleh jadi milik persendirian. (ms 33)

Kenapa agaknya Zamri, pelajar PhD bidang ekonomi tak faham-faham selama ni? Sampai seorang profesor luar negeri kena terangkan, baru faham.

Prof Balthazar pun kena cerita panjang lebar. Banyak hadis dia sebut. Baru Zamri faham. Biasanya, macam Zamri dah ada MA(Econs).

Kenapa begitu? Saya fikir FT sengaja tak nak bagi tau, cara mudah dan jelas. Tak pe la.

Sebagai nak ucap terima kasih kepada FT sebab dia berterima kasih kat saya, saya sebutlah catatan saya ni. (Tak bangga ke bila penerima Anugerah Seni Negara ucap terima kasih kat kita? Entah makna terima kasih tu macam, “Terima kasih je la” atau “Terima kasih daun keladi”, tak tau la.)

Imam masjid/surau pun selalu baca. “Araaital lazi yukazzibu bid Din”. Nama surahnya “Al-Ma’un”. Allah kata dalam surah tu, orang yang tak bagi “Al-Ma’un” tetap masuk neraka walaupun dia solat. Kita solat sebab TAK NAK masuk Barisan Neraka (BN). Tapi kalau siapa pun solat atau jadi imam solat jemaah atau jadi imam Islam Hadhari, dia tetap masuk Barisan Neraka kalau tak bagi “Al-Ma’un”.

“Tahukah anda apa itu “Al-Ma’un”? (Kena tanya ikut lagak Farouq dalam Detektif Indigo tau!)

Diriwayatkan Ibnu Qani’ dari Ali Bin Abu Talib, “Aku tanya Nabi: Apakah “Al-Ma’un”? Nabi jawab, “Batu [bahan binaan], besi [bahan binaan teknologi], AIR DAN SEUMPAMANYA.” (Tafsir “Durrul Manthur” oleh Imam Suyuthi, ms 684).

Petroleum di dalam tanah ( di Miri, Sarawak ) dan di dalam dasar laut (di Terengganu) macam airlah. SEUMPAMA AIRlah. Macam Prof Balthazar cakap dalam cerpen itu.

Sebenarnya kan, Prof Belthazar nak kata, "Orang Islam kat Malaysia ni tak baca Quran ke? Atau baca Quran macam kakak tua? Baca je, tak nak tahu makna ke?”

Kalau kekayaan negara, rakyat yang simpan, rakyat jadi kaya. Rakyat yakin diri sebab tak papa. Bukankah papa kedana jadikan orang pandai macam sebatang kara hidup melara? Bukankah kaya raya jadikan orang bodoh berlagak macam pandai bijaksana dan mana-mana pun, ada je yang mengaku saudara? Itulah pesanan Sayyidina ‘Ali yang mulia.

Orang Jerman tak suka berbelanja. Berjimat cermat saja. Barang-barang murah belaka. Perkhidmatan pendidikan percuma. Simpanan peribadi banyak di bank mereka. Ketika ekonomi meleset oleh Soros durjana, rakyat Jerman selamba je. Negara Kebajikan dasar negara mereka. Tak muflis pun. Lagi tambah kaya. Sampai jadi kuasa besar ekonomi dunia.

Tapi kita nak simpan macam mana? Jangankan di bank, duit bawah bantal pun dah tak de. Habis kene belanja. Sebab barangan harian mahal-mahal belaka, bila harga diesel naik menggila.

2004 : RM 0.781
2007 : RM 1.591
Naik 129%
Hancurlah kita.

Susu lembu di Malaysia : USD 352 satu tan
Susu lembu di Indonesia : USD 122 satu tan
Beza 230%, sebab diesel di sana murah dari kita, 86 sen seliter.

Dr Lo’lo’ di Titiwangsa,
BULAN MENGAMBANG DI KL sana.
Adakah Balthazar itu Bal Tawazzara yang bermakna, bahkan dia jadi menteri?
Atau Bal Ittazara, bahkan diaquu membebankan dan buat dosa masuk Barisan Neraka?

Dr Lo’lo’, Bal Tawazzara untuk menumbangkan Bal Ittazara.

Eh! BULAN MENGAMBANG DI KL nun di sana,
Di Titiwangsa,
Tulang belakang semenanjung negara.

Salawat.
1.3.08

Salam Ft dan pencinta kebenaran,

Makcik gemuk tu, gemuk sangat nafsunya, tapi keding sangat aqal-ruhaninya. Dia masuk dalam kategori teori Freud dan Adler, iaitu seks dan kuasa(termasuk kuasa
kewangan) adalah alasan yang sah bagi manusia untuk buat apa saja. Keadilan dan kezaliman bukan diukur oleh nilai agama, tapi diukur oleh seks dan kuasa.

Perancis adalah contoh ketara mengenai teori ini. Orang Perancis percaya moral ditentukan oleh politik. Dia boleh simpan senjata nuklear. Boleh buat lagi ujian letupan di tempat lain. Bukan di negaranya. Tapi dia boleh pulak larang Iran membangunkan teknologi nuklearnya. Muka tak tahu malulah Perancis ni. Tapi mereka malahan bangga. Macam pelacur bangga dengan profesionnya. Sebabnya nilai hidup mereka ditentukan oleh politik seks dan kuasa. Keadilan dan kebenaran juga ditentukan sedemikian.

Dalam kita berpolitik, jangan lupa komponen politik yang paling asas iaitu diri kita sendiri. Bukankah kita semua tanpa mengira umur adalah "political being"?

Kita ikutlah nasihat Imam Ghazali. Kalau kita kata Imam Ghazali dah berabad lalu, kita pakailah nasihat Imam Khomeini. Setiap hari kita eloklah mengamalkan tiga amalan ruhani berikut:

1. Musyaratah. Kita berjanji dengan diri kita untuk tidak menyokong kezaliman samada secara langsung atau tidak langsung. Minta tolong dengan Tuhan agar janji kita ini masuk tersemat dalam aqal-ruhani kita tanpa kita lupa walau sesaat.

2. Muraqabah. Sepanjang hari, kita sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga agar kita tetap mematuhi janji kita tadi. Tak meyokong atu melakukan kezaliman. Inilah "moment of truth" kita. Lagi kita kawal dan berjaga-jaga, lagi kita 'confident' dengan diri kita. Sebab kita semakin kuasai diri kita sendiri. Lagi kita rasa rapat dengan Tuhan kita. Ohhh! Indahnya!

3. Muhasabah. Sebelum nak tidur, kita menilai dan merenung amalan kita sepanjang hari. Adakah kita telah mematuhi janji kita pada diri kita sendiri yang kita meterai di hadapan Ilahi? Andai janji dipenuhi, bersyukurlah ke hadrat Ilahi dan minta Tuhan tambahkan kekuatan iman lagi. Andai kita gagal, kita hendaklah menyesal. Minta ampun. Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyantun. Malam tu jugak kita buat janji baru lagi. Dengan memanjatkan doa agar proses di atas kita dapat ulangi. Dengan AZAM DAN TEKAD untuk menjadi MANUSIA ILAHI.

Hehe. Imam Khomeini pun ambil dari Imam Ghazali. Jadi tak timbullah soal syiah sunni. Sebab kita semua nak jadi MANUSIA ILAHI. Agar Muhammad saaw mengasihi. Diri ini yang dulunya syaitani. Tapi kini ingin kembali menjejaki Ahlil Bait Nabi.

Alamak lupalah. Kita sebut Ghazali sebagai Ghazzali boleh tak? Sebab Ghazzali tu maksudnya memintal atau menenun.

Haa. siapa lagi yang suka menenun? Mahatma Mohanandas Ghandi. Bukankah Ghazzali, Khomeini dan Ghandi adalah "great political figures". Sifat mereka yang sama pula adalah kurus keding badannya dan nafsunya. Sihat mantap aqal-ruhaninya. Perpolitiklah macam depa no. Moga-moga "BULAN MENGAMBANG DI LANGIT KL". Sebab calon di Titiwangsa, KL namanya pun Dr Lo'lo' Binti Ghazali.

Sayang sayang buah kepayang,
Mana nak sama buah keranji;
Khomeni sayang Ghazzali pun sayang,
Dua-dua memikat hati nurani.

Salawat
1.3.08

The Stabbed Recall said...

salamun