Wednesday, 5 March 2008

1. Duti Setem SPR pada awalnya telah mengarahkan kepada semua bakal calon yang akan bertanding pada pilihanraya ke-12 ini disyaratkan supaya men"duti" setemkan pada borang mereka. Arahan ini dikeluarkan pada saat-saat akhir dengan niat yang jahat tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memerangkap pihak pembangkang. Tetapi, malangnya, hajat SPR itu tidak tercapai, apabila semua calon pembangkang dapat menunaikan apa yang telah disyaratkan oleh SPR. Jerat jahat ini telah terkena di batang hidung BN dan UMNO itu sendiri. Oleh kerana pembangkang dapat menunaikan syarat tersebut, datang pula "arahan" baru yang mengatakan bahawa duti setem itu tidak wajib, dan borang pencalonan diterima walaupun tanpa duti setem. Dalam masa yang sama, tidak seorang pun dari calon-calon pembangkang tahu tentang pembatalan tersebut. Inilah niat jahat SPR seawal hari penamaan calon.
2. Dakwat Kekal Pada hari ini 5 Mac 2008, rakyat Malaysia digemparkan lagi dengan helah dan permainan jahat SPR di saat-saat pilihanraya bakal tiba dalam beberapa hari saja lagi. Pengumuman pembatalan penggunaan dakwat kekal telah diumumkan oleh pengerusi SPR sendiri iaitu Tan Sri Abdul Rashid. Pada awalnya iaitu sebelum penamaan calon, SPR telah bersetuju dengan cadangan daripada pihak pembangkang dalam penggunaan dakwat kekal ini walaupun pelbagai helah telah digunakan SPR dalam usaha untuk tidak menerima cadangan ini. Pembangkang mengutarakan cadangan ini adalah kerana mahu melihat pilihanraya yang adil dan bersih dan supaya tidak berlaku pengundian dua kali oleh seorang individu. Pemansuhan ini juga melambangkan bahawa SPR tidak bersedia untuk menjadi sebuah badan yang bersih dalam menjayakan Pilihanraya pada kali ini. 3. Undi POS Antara cadangan lain dari pihak pembangkang adalah pemansuhan undi POS. Namun, cadangan ini telah ditolak mentah-mentah oleh SPR. Ini adalah kerana undi POS adalah merupakan di antara ancaman besar kepada pakatan pembangkang dalam beberapa siri pilihanraya yang lalu. Sebaliknya kepada BN ia merupakan durian runtuh kerana kebanyakkan calon BN yang menang pada pilihanraya yang lepas adalah dengan bergantung kepada undi POS. Tambahan lagi, proses perjalanan undi POS adalah tidak telus. Dalam semakan daftar pemilih juga terdapat individu yang berdaftar sebagai pengundi POS dan dalam masa yang sama sebagai pengundi awam. Contoh boleh dilihat dalam akhbar alternatif HARKAHdaily.net. Banyak lagi yang SPR telah menganiaya pakatan Barisan Alternatif dan memberi laluan yang mudah bagi BN, cukuplah sekadar ini dulu pada kali ini.
Adakah SPR telah berubah dari Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia ke Suruhanjaya PEMBOHONG Rakyat Malaysia??? Fikir-fikirkanlah...
Betulkan niat, bulatkan tekad, kuatkan semangat, PANGKAH BA!
Allahu Akbar!!!
Jom TOLAK BN!

1 comment:

Faizal R said...

memalukan negara sungguh SPR ni ...