Majlis Hi-Tea sempena Hari Ibu
"Ibu Ratu Hatiku"


Blog ini dibangunkan sejak awal tahun 2006/1427 dengan bantuan anak saya, atas kesedaran untuk berkongsi pengalaman, informasi serta perjalanan hidup saya dengan pengunjung blog. Adalah diharapkan perkongsian ini adalah perkongsian bijak yang memberi manfaat kepada diri saya sendiri dan masyarakat majmuk Malaysia serta yang paling penting membantu agenda memartabatkan Islam.
2 comments:
Dengan satu surah khusus di dalam Al-Quran untuk wanita (An-Nisa') jelas Pencipta alam dan manusia meletakkan Ibu sebagai 'wadah' dan medan yang memfungsikan kemasyarakatan dengan jiwa luhur berkasih sayang menjadi penyembuh dan perawat kesakitan ummat yang mental dan moral juga nilai hidupnya mulai menurun biarpun miliki pemertabatan ilmu dan berpengetahuan tinggi.
Islam dengan prinsip kebenaran mengasuh agar Ibu diletakkan di tempat yang istimewa kerana hati sanubari dan pemikiran anak-anak mudah difahami oleh Ibu yang kaya dengan kepekaan untuk memenuhi keperluan anak-anaknya.
Ibu juga umpama negara dan anak-anak adalah warga bagi negara dengan pakaian taqwa ke dua-dua unit ini merealisasikan rasa kegentaran untuk menyalahi perintah dan larangan Allah.Ke dua-duanya sama-sama memperolehi kebaikan.
"Sesiapa juga yang melakukan kebaikan walau sekecil zarrah ia pasti dapat melihat kebaikannya dan sesiapa yang melakukan kejahatan walau seringan zarrah ia pasti mendapat balasannya."
Agar Ibu-Ibu di seluruh dunia beroleh rahmat dan Kasih Sayang Allah.
Assalamualaikum,
MUAR, 25 Mei (Hrkh) - PAS Johor merasa amat dukacita dan kesal di atas kegagalan Kerajaan Malaysia mempertahankan kedaulatan Pulau Batu Puteh sehingga pulau berkenaan terlepas ke Singapura.
"Insiden malang yang sangat mengaibkan seluruh rakyat negara ini tidak mungkin akan berlaku sekiranya Menteri Luar sebelum ini iaitu, Tan Sri Syed Hamid Albar, benar-benar komited dalam menangani isu ini.
"Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memberikan Pulau Batu Puteh ini kepada Singapura membuktikan betapa tidak bersungguhnya menteri ini menjalankan tugasnya sebagai menteri luar, kata Pesuruhjaya PAS Johor, Dato' Dr Mahfodz Muhamad, di sini.
Sebelum menunding jari kepada orang...
Kenapa peguam PAS,PKR dan DAP yang paling bijak dalam perundangan tidak menawarkan diri untuk membantu dalam kes BATU PUTIH? Jangan berbohong kalau beritahu kamu ada menawarkan khidmat untuk berkerjasama ALLAH murka.Kalau tak tahu apa-apa jangan buka mulut kerana akan menimbulkan fitnah. Jangan semata-mata politik kamu memperdagangkan maruah islam.
Saya syorkan siapa yang buat statement ini bertaubat.
dari hamba allah yang kerdil lagi hina.
wassalam
p/s: kenapa blog Uztaz abdul awang hadi tak benarkan komen???
2. kenapa blog ustaz ghani tak berfungsi??
Post a Comment