Masjid, tandas awam mesti diberi perhatian - Dr Lo' Lo' |
Azamin Amin Thu | May 29, 08 | 1:18:43 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Hrkh) - Ahli Parlimen PAS Titiwangsa Dr Lo' Lo' Ghazali menggesa supaya kerajaan di bawah Kementerian Pelancongan memberi perhatian serius terhadap institusi masjid dalam negara dan tandas awam yang sering kali diabaikan termasuk oleh rakyat yang tidak prihatin. Kataya masjid merupakan sebuah monumen atau bangunan yang sepatutnya menjadi tarikan pelancongan dilihat tidak 'mesra' pelancong dan pelawat menyebabakan ia kurang mendapat sambutan. Ini terjadi katanya akibat kurangnya layanan mesra pihak kakitangan masjid terhadap pelancong untuk melawat dan mengehathui lebih mendalam tentang sejarah masjid di Malaysia ini "Masjid boleh dilawati hatta di dalam kawasan musollat (tempat sembahayang) oleh orang bukan Islam dengan syarat memakai pakaian yang disediakan ataupun pakaian yang tidak menjolok mata. "Masalahnya, terdapat segelintir kakitangan masjid yang tidak mesra dan kurang menyambut baik dan memberi penerangan sekali gus menjejaskan imej agama Islam itu sendiri. Selain menyediakan katalog untuk masjid berkaiatan asal usul atau sejarah, risalah juga boleh disediakan bagi menerangkan tentang isu-isu yang membabitkan agama Islam yang sering kali disalah tafsir oleh orang bukan Islam termasuk para pelancong luar negara. "Saya pernah ke Sri Langka dan masjidnya menyediakan risalah kepada semua pihak sama ada untuk pelancong Kristian dan Buddha untuk tujuan tarikan pelancong dan penerangan yang sebenar. Selain itu dalam sidang Dewan tadi beliau turut membangkitkan isu tandas awam yang masih lagi tidak mencapai standard atau ISO antarabangsa dan perlu diberi perhatian termasuk memberi kesedaran sivik kepada rakyat yang dilihat kurang mengambil berat soal kebersihan tandas awam. Sering kali dalam ceramah beliau menyatakan bahawa sebagai tanda aras kebersihan sesebuah institusi ataupun keluarga hendaklah memastikan kebersihan tandas diutamakan terlebih dahulu. "Kalau nak tahu tahap kebersihan sesebuah keluarga itu, tengok tandas mereka. Jika bersih itulah 'standard' kebersihan mereka," katanya yang meminta Kementerian Pelanciongan memeberi tumpuan kepada kelemahan aspek tandas awam dan masjid. |
No comments:
Post a Comment