Salmiyah Harun Tue | May 13, 08 | 1:34:46 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Hrkh) - Timbalan Yang DiPertua Dewan Rakyat Dato' Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar member laluan mudah kepada ahli parlimen wanita pembangkang untuk mengajukan soalan tambahan kepada Menteri Sumber Manusia Dato' Dr S Subramaniam berhubung isu pembantu warga asing. "Untuk soalan tambahan ini eloklah saya beri kepada kaum wanita," kata Speaker yang turut menujukan kepada dua wakil wanita yang bangkit iaitu Dr Lo'Lo' Ghazali (PAS-Titiwangsa) dan Siti Zailah Yusof (PAS-Rantau Panjang). Ketika diberi ruang menanyakan soalan tambahan Siti Zailah sempat mencelah bahawa beliau hampir 40 kali bangun untuk menanyakan soalan tambahan tetapi tidak diberi peluang. "Terima kasih Tuan Speaker, hampir 40 kali saya bangun inilah kali pertama saya dapat menanyakan soalan," celahnya. Celahan Zailah itu, dijawab oleh Speaker dan memberitahu perkara itu adalah menjadi kebiasaan dan hendaklah bersabar. Dalam soalan tambahan, Zailah meminta kerajaan mempergiatkan usaha untuk menggalakkan rakyat negara ini mengambil pembantu rumah di kalangan warga tempatan. Beliau juga berkata, kerajaan tidak seharusnya memikirkan soal kewangan semata-mata tetapi perlu juga menitiberatkan soal akhlak dan moral anak-anak bangsa pada masa hadapan. "Jadi apakah penyelesaian jangka panjang pihak kerajaan supaya menggalakkan pembantu rumah warga tempatan diberi peluang dan jangan kita hanya fikirkan soal kewangan tetapi ini penting untuk masa depan anak-anak kita," katanya dalam sesi soal jawab pagi ini. Zailah turut melahirkan kebimbangan terutama soal pengaliran wang negara ke negara asing jika kerajaan terus menggalakkan pengambilan pembantu warga asing ke negara ini. Dalam soalan asal, Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) meminta Menteri Sumber Manusia menyatakan adakah kerajaan menyediakan program-program khusus untuk melatih warga tempatan menjadi pembantu rumah bagi mengurangkan kadar pergantungan kepada pembantu rumah asing di negara ini. - mns |
Mazhab (Sosiologi) Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat
-
Pendahuluan Mengapa perbincangan tentang pendidikan sering kali menimbulkan
perbezaan pendapat? Sudah tentu, ini bermula daripada perbezaan di antara
penda...
4 days ago
No comments:
Post a Comment