
... beramah mesra dengan hadirin yang hadir selepas majlis.
Saya bersama peguan En. Zamri ketika ditemuramah oleh wartawan.
Blog ini dibangunkan sejak awal tahun 2006/1427 dengan bantuan anak saya, atas kesedaran untuk berkongsi pengalaman, informasi serta perjalanan hidup saya dengan pengunjung blog. Adalah diharapkan perkongsian ini adalah perkongsian bijak yang memberi manfaat kepada diri saya sendiri dan masyarakat majmuk Malaysia serta yang paling penting membantu agenda memartabatkan Islam.
Mesyuarat Penerangan Deraf Pelan Bandaraya KL 2020
10 julai 2008 jam 9.45mlm bertempat di Pusat Khidmat Wakil Rakyat, Jln. Raja Muda Musa, Kg. Baru. Mesyuarat ini diadakan untuk memberi penerangan kepada masyarakat tentang hak-hak mereka dalam pelancaran Deraf Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020. Mesyuarat yang diadakan pada malam tersebut adalah untuk final meeting & reheasal presentation bagi zon Kg. Baru dan zon Pandan. Penerangan deraf pelan KL 2020 ini merupakan inisiatif saya dengan kerjasama PAS Kawasan dan Perhubungan untuk memberi penerangan kepada masyarakat, kerana tidak semua masyarakat mengetahui atau faham hak-hak mereka..
Butir-butir penerangan adalah seperti berikut:
Penerangan Deraf Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020
12 Julai 2008 Sabtu
Zon Kg. Baru -jam 9.00 pagi - 12.30 t/hari
Zon Pandan, jam 2.00 petang - 5.00 petang
Anda ingin mengetahui hak-hak anda?..adakah anda bersetuju tentang Deraf Pelan ini?...untuk menjawap persoalan anda, hadirlah beramai-ramai untuk menyelesaikan kekusutan fikiran anda...
Program turun LRT Datuk Keramat (public transport) ke Kg. Baharu..
pada 25 Jun 2008 jam 8.00 pagi saya menaiki putra/ LRT dari Datuk Keramat ke Kg. Baharu bersama beberapa kakitangan PKWR dan juga orang-orang kawasan berserta media. Saya ingin mengetahui sendiri bagaimana keadaan dan kesesakkan pengangkutan awam ini semenjak kenaikan harga minyak... Nampaknya selepas kenaikan harga minyak keadaan putra/ LRT menjadi sesak, kerana penambahan pengguna yang ingin menjimatkan kos kehidupan mereka...pengguna ada yang menunggu dari awal pagi untuk menaiki perkhidmatan tersebut, ada sesetengah dari mereka menunggu lebih dari satu jam untuk menaiki, memandangkan keadaan yang sesak oleh orang ramai terpaksa menunggu lagi..dalam jam 9.00 pagi ke 9.30 pagi baru dapat menaiki dalam keadaan agak sedikit selesa..
4 julai 2008. jam 12.30-2.30ptg