Monday, 14 July 2008

MAJLIS HIMPUNAN IBU-IBU TUNGGAL & "TINGGAL" PARLIMEN TITIWANGSA BERSAMA YB DR. LO'LO' BINTI DATO' HJ MOHAMAD GHAZALI 13 Julai 2008 (Ahad)
YB Iskandar A. Samad memberi ucapan aluan pada majlis tersebut
sebahagian ibu-ibu tunggal & "tinggal" yang berada di luar dewan
sambutan diluar jangkaan, begitu ramai sehingga tidak muat di dalam dewan
pendaftaran ibu-ibu tunggal & "tinggal"
"Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita sama-sama berkumpul pada pagi yang berbahagia dan penuh barakah ini di 'Majlis Himpunan Ibu Tunggal dan Ibu Tinggal Parlimen Titiwangsa' (HIT).Program ini adalah satu usaha Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa dengan kerjasama Persatuan Penjaja&Pasar Jalan Wirawati serta DBKL untuk mengenal pasti dan meraikan golongan wanita yang telah menjadi ibu-ibu tunggal samada secara penceraian ataupun kerana suami mereka telah meninggal dunia; di kalangan penduduk di Parlimen Titiwangsa. Program ini dilihat mampu untuk memberi Ibu-ibu Tunggal maklumat berkenaan saluran dan kemudahan yang ada dan bantuan yang disediakan oleh badan-badan kerajaan dan agensi-agensi sokongan kepada mereka. Sebenarnya jika kita tahu menggunakan saluran yang betul dan tepat, masalah kita mungkin akan dapat diselesaikan kerana telah ada peruntukan bantuan kepada golongan ibu-tunggal malah juga ibu-ibu yang dikategori sebagai Ibu Tinggal.Ibu Tinggal bermaksud wanita yang dalam proses perceraian dengan suami, isteri kepada banduan dan tahanan ISA serta isteri kepada penghuni Pusat Serenti. Dengan adanya majlis seperti ini, diharapkan agar maklumat,ilmu dan pengalaman yang dikongsikan akan dapat memberi sedikit sebanyak bantuan dan sokongan terus kepada ibu-ibu tunggal ini. Antara aktiviti yang boleh mendatangkan faedah dan kebaikan adalah pendedahan kepada konsep sedekah dan zakat di dalam Islam.Sedekah dan zakat adalah konsep Bantu-membantu yang telah dinyatakan di dalam Al-Quran dan hadiths Nabi sebagai satu cara mulia dan berkesan bagi membantu golongan yang memerlukan, terutama kepada golongan yang kurang bernasib baik, kurang kemampuan atau kurang upaya. Menerusi sedekah dan zakat jugalah kita mampu untuk menilai sejauh manakah jangkauan dan keberkesanan proses pembangunan yang telah dicapai; apakah ianya boleh diperbaiki, dan apakah tatacara untuk memantapkannya bagi memastikan tidak berlaku keciciran di kalangan warga dan umat yang sedang dibangunkan. Saya juga difahamkan oleh pihak urusetia program bahawa beberapa organisasi kerajaan seperti Baitulmal, Jabatan Kebajikan Masyarakat, NGO2 seperti Badan Kami Prihatin, WIRDA dan Yayasan Amal, Ahli Parlimen Ampang, ADUN-ADUN dari Cempaka, Lembah Jaya dan Ulu Kelang, beberapa Badan perniagaan, syarikat-syarikat serta individu2 telah turut menyumbang kepada kejayaan majlis ini. Ini termasuklah di dalam memberikan sumbangan dalam bentuk cenderahati kepada para penerima. Selaku Ahli Parlimen dan juga bagi pihak urusetia program HIT saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang2. Saya juga mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada urusetia program yang telah bertungkus lumus dan berusaha keras untuk menjayakan program. Hanya Allah yang mampu membalas jasa dan sumbangan puan-puan Sidang hadirin yang dihormati sekalian, Majlis seumpama ini sentiasa mendapat kerjasama dari semua pihak, kerana ia adalah satu radas yang amat baik dan mampu membimbing dan mendorong masyarakat ke arah penghayatan sebenar semangat bantu-membantu sesama kita tidak kira agama dan bangsa. Majlis ini diimarahkan pula dengan penghuluran sumbangan – sumbangan berbentuk barangan keperluan dan sebagainya. Pemberian sumbangan ini sebenarnya adalah satu simbol menandakan kesedaran dan keinsafan kita kepada nasib golongan yang memerlukan bantuan; terutama dalam suasana gawat kenaikan harga minyak yang dikuti dengan domino efek iaitu kenaikan harga barang keperluan dan kos perkhidmatan. Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian, Kesepaduan usaha terutama di dalam menjayakan majlis seumpama ini tidak akan dapat kita capai sekiranya kita tidak membangunkan permuafakatan dan perpaduan erat di antara Wakil Rakyat, pemimpin dan wakil2 masyarakat serta agensi2 kerajaan di Parlimen Titiwangsa ini. Maka,berpadanan dengan objektif program iaitu untuk menjadikan Pusat Khidmat Wakil Rakyat sebagai perantara antara Jabatan Kerajaan seperti Baitulmal, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan golongan ibu tunggal untuk memudahkan pendaftaran, bancian dan prosedur yang sepatutnya. Objektif lainnya adalah untuk membimbing ibu-ibu tunggal mendapat khidmat yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi serta khidmat nasihat dan kaunseling serta majlis ini adalah sebagai medan perkongsian pengalaman daripada golongan ibu-ibu tunggal yang telah berjaya kepada ibu tunggal yang baru menghadapi situasi tersebut. Permuafakatan dan pakatan seperti ini hendaklah dibangunkan dan diperkukuhkan lagi dengan kemesraan, toleransi keikhlasan dan penerimaan kita semua terhadap satu sama lain. Bersetuju untuk bersetuju dan bersetuju untuk tidak bersetuju. Saya mengimpikan Titiwangsa sebagai Parlimen contoh dimana rakyat berbilang kaum, berbilang sokongan politik, berbilang agama dan kepercayaan dapat hidup dalam suasana harmoni, hormat menghormati, menghargai budaya dan cara hidup yang mulia serta mensyukuri nikmat rezeki yang dikurniakan Tuhan Allah dengan menjadi masyarakat yang bertaqwa atau 'God Fearing Society'. Tuan-tuan dan Puan-puan yang dikasihi sekalian, Sebagai mengakhiri ucapan izinkan saya menungkap dua rangkap pantun 4 kerat: Hari minggu jalan-jalan, Jalan-jalan naik kereta, Ilmu dikongsi buat bekalan. Bantu-membantu budaya kita Setakat ini sahaja ucapan saya. Semoga segala gerakkerja diberkati dan diredhai Allah..Akhir kalam, Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera"…
Majlis Himpunan Ibu-ibu Tunggal & "Tinggal" merupakan majlis yang pertama diadakan di Parlimen Titiwangsa. Ada sebahagian dari ibu-ibu tunggal & tinggal mengatakan "selama saya menetap di Titiwangsa ini, inilah pertama kali majlis seperti ini diadakan"...saya terharu mendengarnya...
Pada hari tersebut memang betul-betul diluar jangkaan seramai ini, lebih kurang hampir 700 orang ibu-ibu tunggal & "tinggal" yang hadir.
Program ibu tunggal Parlimen Titiwangsa Mohd Sabri Said Mon Jun 30, 08 12:14:10 pm MYT PERMATANG PAUH, 30 Jun (Hrkh) - Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo'Lo' Mohd Ghazali berhasrat mengadakan perhimpunan ibu tunggal, ibu tinggal termasuk isteri mangsa ISA, suami dipenjara kerana berbagai kesalahan dan isteri dalam proses penceraian pada 13 Julai nanti di Dewan Pasar dan Pusat Penjaja Wirawati bermula jam 8.30 pagi. Ujarnya, program tersebut terbuka kepada semua kaum bagi merapatkan jentera parti khasnya golongan muslimat merapatkan tali persaudaraan dengan masyarakat umum. Di samping itu juga katanya, selain menambah koleksi aktiviti di parlimen Titiwangsa ia bermatlamat mengguna pakai dewan yang selama ini dijadikan stor. "Saya menjemput semua golongan ibu sasaran datang beramai-ramai ke Dewan Pasar dan Pusat Penjaja Wirawati pada 13 Julai nanti jam 8.30 pagi untuk bersama-sama meraikan program anjuran Parlimen Titiwangsa," terangnya. Selama ini sambung beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hanya bijak merancang pembangunan seperti dewan orang ramai tetapi tidak dimanafaatkan sepenuhnya. Kebanyakan bangunan tersebut dikuasai oleh orang politik Umno sehinggakan parti lain seperti PAS, KeAdiLan dan DAP dilarang menggunakanya. "Alangkah ruginya wang rakyat kerana bangunan yang luas tidak pernah diguna pakai. Itulah tabiat segelintir kepimpinan Umno mereka merasakan itu semua hak milik parti mereka," jelas beliau. Kata Dr Lo'Lo' lagi, PAS berhajat membantu golongan sasaran dengan menyalurkan bantuan kepada mereka melalui Kerajaan Negeri. Menyentuh mengenai ucapan perasmian Muktamar Dewan Muslimat PAS Negeri yang ke-19 beliau sekali lagi mengulangi agar jentera muslimat di negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat bergiat aktif dengan melaksanakan kerjasama dengan kerajaan yang dibentuk. Usah lagi bergerak secara sendirian seperti dulu kerana kerajaan Pakatan Rakyat secara langsung dapat membantu merealisasikan kehendak PAS dengan mengadakan perbincangan dengan exco belia dan wanita, katanya. "Sebenarnya kita, walaupun menang satu di Pulau Pinang tidak bererti kita tidak berperanan sebaliknya boleh mengatur program untuk membantu kerajaan Pakatan Rakyat turun padang," katanya. Turut bersama dalam sidang media di luar Dewan Haji Yusuf Rawa, Kampung Sama Gagah, Permatang Pauh itu ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri, Nurul Huda Yusuf Rawa.

No comments: