Friday, 8 August 2008

080808 (Jumaat) Tazkirah Jumaat
buku yang digunakan untuk sama-sama memahami isi kandungannya...YB sedang memberi tazkirah kepada muslimat Bank Islam sebelum balik...saya beramah mesra dengan para muslimat dan menukar fikiran...
Alhamdulillah...Hari ini YB berkesempatan menyampaikan tazkirah bulanan YB kepada muslimat Bank Islam, Jln. Sultan Ismail, Kg. Baru...YB dijemput setiap minggu kedua setiap bulan. Hari ini YB memberi tazkirah yang bertajuk "Tubuh Tidak Bersimpati Kepada Diri Sendiri", konsep YB memberi tazkirah ialah dengan kaedah membaca buku, iaitu menggunakan buku ilmiah...membaca serta menjelaskan dan kaitkan dengan isu-isu semasa di akhir zaman ini, khususnya di Malaysia.Kadang-kadang kita terlalu sibuk, sebuah buku pun kita tak sempat nak baca, jadi dengan cara ini secara tidak langsung kita akan membaca buku...buku yang YB gunakan ialah: 71 NOTA kEPADA DIRI; karangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat... di hantar oleh Faizah S/u Sulit YB

1 comment:

Unknown said...

Assalamualaikum,
Lembaran dari helaian buku umumnya membawa pembaharuan bersama masalahnya yang tersendiri yang saling berkait dengan helaian dari buku-buku yang lain kerana alam dan isinya memerlukan pemulihan yang saranannya dikemukakan oleh Al-Quran dan diperhalusi oleh sabdaan Rasul SAW. Setiap buku jika digandingkan dengan tafsir Al-Quran berupaya memenuhi pesanan dari wasiat Tok Guru dan para ulamak dalam usaha menghayati kewajipan individu terhadap masyarakatnya yang perlu difahami tidak harus gentar andai dilemma diwujudkan dengan sengaja untuk diizinkan konfrantasi terhadap muslimin yang ingin menerima Islam sebagai Ad-Deen bukan sekadar beribadah.