Hari ini saya hedak menulis sedikit tentang keluarga
Bulan Ogos membawa banyak kenangan dan sangat istimewa dalam hidup saya.
2 Ogos 1957 adalah tarikh lahir saya, anak merdeka yang darahnya tumpah di bumi Kuala Kangsar Perak. Baru-baru ini 14 Ogos saya kembali ke Kuala Kangsar sambil mencipta sejarah kerana diterima mengadap YAM Raja Nazrin di Istana Bukit Chandan bersama-sama beberapa pemimpin kanan PAS iaitu Dato seri Presiden TG Abd Hadi Awang,Dato Dr Harun Din, Yb Us Nasa, Dato Wan Mutalib, Yb Dr Mujahid, Yb Dr Hatta, Dato Mustafa Ali, Yb Mahfuz Omar, Yb Husam Musa, Yb Dato A.Halim dan YAB Dato Seri Nizar MB Perak. Turut serta Dato Anuar Zaini selaku Orang Besar Istana. Pertemuan yag bersejarah, mesra dan menukilkan satu anjakan baru dalam PAS. Juga merupakan hadiah hari ulangtahun kelahiran yang paling berharga. Saya amat gembira kerana YAM Raja Nazrin maklum tentang Allahyarham Ayahanda saya yang merupakan bekas Mufti Perak. Gambar2 di istana akan dirakamkan dalam blg ini kemudian
Pada tarikh yang sama iaitu 14 Ogos merupakan hari ulang tahun kelahiran cucu sulung saya yang diberi nama 'Izz Nu'man oleh Papa & Ibunya. Anak yang cergas dan menghiburkan Buah hati pengarang jantung Jaddah(nenek/opah) n Tok Wan,7 bulan sudah mula berdiri.Tok Nek (mak kpd Tok Wan) kata pinggang pun lembik macam agak2 lagi!! 10 bulan dah mula menapak, Sekarang makin tegap berjalan,namun begitu mulut takberapa laju.Masih lagi suara protes tanpa biji butir. Paling minat main kompang n gendang yankee.Kalu dengar orang mengaji atau menonton Alif smart kids dlm Astro Awani memang ternganga terus. Moga2 jadi Anak yag soleh, Hafiz-profesional.
16 Ogos pula disambut oleh Sakinah bersama rakan2nya di Rusun UNHAS,Makassar. 23 tahun didunia kini semakin matang meniti hidup di perantauan sebagai pelajar Medik tahun 4. Insya Allah hujung tahun depan akan bergelar Dr Sakinah. Sori Inah, Ma terlalu sibuk dengan urusan parti dan muktamar hingga lambat ucapkan 'Happy Birthday'.
Dua orang tokoh politik dan daawah di Msia iaitu DSAI menyambut Hari jadi pada 10 dan Yb Shaari Sungip atau Pak Abu pada 3 Ogos yang lalu . Moga keputusan PRK Permatang Pauh akan jadi hadiah hari jadi yang terhebat untuk DSAI. Amin
No comments:
Post a Comment