Tuesday, 5 August 2008

Majlis Tadarus Al-Quran di YB Corner yang terletak di Laman Pusat Khidmat Wakil Rakyat bersama YB Dr. Lo'lo' binti Dato' Hj. Mohamad Ghazali (Ahli Parlimen Titiwangsa) 5 Ogos 2008 (Selasa)

YB DrLo'lo' bersama-sama muslimat dalam majlis tadarus Al-Quran membacakan Surah Al Baqarah dan Surah Yassin bagi memohon agar YB Corner dipelihara dari gangguan dan kejahatan manusia yang sakit hatinya juga dijauhkan dari gangguan syaitan, serta menjadi salah sebuah gerai makan yang diminati ramai dan maju

antara muslimat yang hadir dalam majlis tadarus Al-Quran
Majlis Tadarus Al-Quran ini diadakan di Restaurant YB CORNER, sempena pembukaan restaurant tersebut, majlis ini dibimbing oleh Puan Hajar (Lajnah Tarabiyah Muslimat Kawasan Titiwangsa). Alhamdulillah...ramai juga muslimat yang hadir walaupun dibuat pada hari bekerja. Restauran ini terletak disebelah kanan laman PKWR Parlimen Titiwangsa.MOGA-MOGA PENGUNJUNG BLOG INI BANTU TOLONG WAR-WARKAN DAN JUGA SINGGAH MAKAN DI YB CORNER YANG DIKENDALIKAN OLEH PAKWAHAB. Faizah

1 comment:

muhammad said...

salam YB dr.

sy merasa sukacita melihat aktiviti yg dianjurkan oleh dr.

Yb sebelum ni kurg mengadakan aktiviti spt ni.bahkan website beliau pun jarang diupdate.

mungkin inilah hikmah kemenangan dr. walaupun sy masih belum boleh mengundi, sy akan doakn dr. terus sihat membawa mesej Islam kpd pnduduk KL amnya dan titiwgsa khususnya.

wassalam.
stdn uia kuantan
jln rj uda, kg baru