Thursday, 25 September 2008

MAJLIS BERBUKA PUASA PERDANA
20 Ramadhan 1429H

YB memberi ucapan serta merasmikan majlis tersebut YB menyampaikan sumbangan serta duit raya kepada anak-anak yatim Titiwangsa sambil diperhatikan oleh Ir. Hj. Ismail YB menyampaikan sumbangan kepada ibu-ibu tunggal YB menyampaikan sumbangan kepada salah seorang OKU En. Jamalullail gambar bersama salah seorang isteri tahanan ISA, cikgu Norlaila dan anaknya Suhaib..serta anak dan cucu YB . Kelihatan juga Bavani dari Kelab Penyokong PAS TW yang datang bersama Rama wakil zon kaum India, Vincent Timbalan Pengerusi KPP Msia serta Jeanne Lee ahli MPAJ. YB turut sama mengambil makanan di ruang buffet untuk menikmati makanan kegemaran YB iaitu char Koay Tiew gambar kenangan bersama ibu-ibu tunggal bersama anak-anak yatim bersama urusetia program majlis berbuka puasa perdana bersama Ahli Lembanga Pengarah YBT

majlis ini berlangsung di De Palma Hotel Ampang, bersebelahan Ampang Point; diadakan untuk meraikan anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal, OKU dan juga keluarga mangsa ISA; dirasmikan oleh YB Dr. Lo'lo' binti Dato' Hj. Mohd Ghazali sebagai Ahli Parlimen Titiwangsa...mereka diberi sumbangan dan juga duit raya....Kelab Penyokong PAS turut hadir dalam majlis tersebut untuk sama-sama merasai pengalaman berbuka puasa...

Disediakan oleh Faezah

eKad Hari Raya 1429H
dari saya Dr Lo'lo' bt HjMohd Ghazali dan seluruh keluarga.
Suami:Prof Madya Dr Aminuddin Abd Hamid Karim,
Anak pertama: Mawaddah, menantu Azizi dan Cucu 'Izz Nu'man,
Anak kedua: Muhd Fawwaz, menantu Hafizzah,
Anak ketiga: Sakinah dan anak bongsu: Muhd Farhan

Wednesday, 24 September 2008

IFTAR & SUMBANGAN DI SURAU JAWA KG BARU.
23 Ramadhan 1429H
petang selasa semalam YB bersama kakitangan pejabat dan juga beberapa orang kawasan untuk berbuka puasa bersama di Surau Rajaiyyah Kg. Baru, atau lebih dikenali Surau Jawa...sepanjang bulan ramadhan ini saya selaku pembantu YB telah menyusun setiap hari YB akan mengadakan program berbuka puasa dan juga bertarawih disetiap surau dan masjid di parlimen Titiwangsa ini. dalam majlis tersebut YB memberi ucapan serta sedikit sumbangan hari raya untuk ibu-ibu tunggal dan juga anak-anak yatim dengan kerjasama YBT dan jawatankuasa Surau tersebut...Alhamdulillah kehadiran kami disambut dengan baik. Dari ucapan pengerusi surau tersebut; katanya ini merupakan pertama kali surau tersebut dikunjungi oleh YB Ahli Parlimen. katanya lagi selama ini belum ada YB yang pernah datang. sebenarnya YB Dr. Lo'lo' sudah beberapa kali datang ke surau tersebut sebelum dan setelah beliau menjadi YB...

YB memberi ucapan aluan...

YB memberi sedikit sumbangan kepada seorang ibu tunggal yang uzur dan takmampu berjalan dan juga merupakan warga emas . YB menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim... YB memberi sumbangan kepada ibu-ibu tunggal sumbangan kepada OKU penglihatan yang kebanyakan mereka tinggal di Blok D Flat Kg Padang, berhampiran Surau Jawa ini. sumbangan kepada salah seorang muallaf . Sebenanya ramai Mu'allaf yg tidak mendapat pembelaan. Namun YB hanya mampu membantu beberapa orang sahaja kerana tidak cukup peruntukan.
gambar kenangan bersama jawatankuasa Surau Rajaiyyah dan AJK Yayasan Bumiputra Titiwangsa.
bersama anak-anak yatim, turut serta pengerusi surau, En. Yusuf, Pn. Fauziah...
sebahagian ibu-ibu tunggal bergambar kenangan bersama YB...
dikirim oleh Faezah p/a YB
AJK MASJID JAME' KG BARU TIDAK IKTIRAF WAKIL RAKYAT TW Semalam 24 Ramadhan saya secara rasminya bersolat Isya' dan terawih di Masjid Jame', Kg Baru. Sebelum itu saya telah berada di Surau Raja'ieyah atau lebih popular dengan Surau Jawa untuk Iftar dan menyampaikan sumbangan. Seramai 46 orang anak yatim dan 30 orang ibu tunggal telah diberi sedikit wang tunai dan juga sebuah beg berisi makanan yang merupakan sumbangan orang ramai melalui Yayasan Bumiputera Titiwangsa. Menurut Pengerusi surau Tuan Hj Ismail Bajuri, inilah kali pertama seorang YB menjejakkan kaki ke surau tersebut. Kelihatan AJK2 surau dari Bendahari, Setia usaha dan AJK2 Muslimin mahupun Muslimat telah turut hadir memberi kerjasama yang baik kpd saya selaku AP TW. Majlis Iftar lebih meriah kerana saya duduk makan bersama AJK muslimat surau, anak2 yatim, Ibu2 tunggal, OKU dan AJK2 muslimat kawasan dan cawangan. Meriah kerana semuanya setaraf, meriah kerana makanan dan minuman kami kongsi sama2. Walaupun tidak mewah namun tetap berkat dan cukup untuk semua yang hadir. Suami saya Dr Aminuddin juga turut hadir. Terima kasih atas sokongan abang !! Jika suami saya tidak bersama2 saya dalam majlis2 iftar saya akan rasa tidak selesa memikirkan apayang suami saya makan untuk iftar dan siapa yang menemannya. Pernah oleh kerana 'miscommunication' suami saya tidak dijemput untuk iftar bersama2 di Hotel de Palma. Saya tidak masak atau menguruskn supaya ada makanan terhidang diatas meja dirumah sebab menyangka suami saya akan datang kemudian sikit dari saya bersama anak menantu&cucu serta bibik, tetapi rupanya suami saya bertegas untuk tidak hadir kerana last minute dimaklumkan, Jadi suami saya berbuka makan nasi dan telor goreng sedangkan saya meraikan hampir 200 lebih tetamu termasuk ibu tunggal, anak yatim dan OKU bersama teman2 lain dengan makanan yang melimpah ruah di hotel tersebut. Saya sangat sedih dan rasa sangat bersalah pada hari tersebut. Walau bagaimana pun Alhamdulillah kini staf saya dan AJK YBT lebih prihatin untuk menjemput suami YB. Hai suami YB yang pegang lesen besar, bersabar dan berkorban melepaskan YB melayan rakyat. Suami pimpinan muslimat adalah pemimpin kepada pimpinan, tinggi makamnya tu!! Berbalik dengan kisah di Masjid Kg Baru sebagaimana dijangka yang menyambut saya adalah Kak Munah dan Faridah. Memang Kak Munah melayan dengan baik, menyediakan sejadah khas di baris hadapan sekali, Saya solat 20 rakaat bersama witir 3 rakaat. Cadangan asal nak solat 8 rakaat seperti biasa tetapi oleh kerana imam membaca 2 surah yang ada didalamnya perkataan Lu'lu' wal marjan dalam surah Ar Rahman dan Lu'lu' il Maknun dalam surah Al Waqiah , rasa bersemangat untuk meneruskan ke 20 rakaat. Malangnya sehingga ke akhir solat, doa dan selawat langsung tiada pengumuman tentang kehadiran rasmi Ahli Parlimen ke Masjid Kg Baru, tiada pengumuman di papan notis, tiada Pengerusi atau Timbalan pengerusi atau AJK2 lain kecuali Kak Munah. Jauh sekali untuk berucap. Petang tu saya terima sms dari Shahir pegawai khas saya yang mengatakan pengerusi Masjid, Dato Idris kata Yb tidak dibenarkan berucap dan dia terima arahan dari Pengarah JAWI Dato Che Mat. Saya kenal sangat Dato Che Mat. Beliau telah beri kerja sama dengan saya sebelum ini, malah jemput saya hadir dalam majlis Iftar bersama warga Lorong Hj Taib minggu sebelum ni. Amat menghairankan jika Dato che Mat keluarkan arahan yang bertentangan dengan aspirasi beliau untuk memberi khidmat terbaik selagi diberi amanah sebagai Pengarah JAWI. Lagi pun beliau kakitangan kerajaan bukan orang politik. Saya tidak tahu pihak mana yang benar, namun saya sangat kecewa jika AJK Masjid Kg Baru mengamalkan politik kepartian dalam mengendalikan masjid. Saya adalah wakil rakyat dan ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat, masjid kg Baru terletak dalam kawasan parlimen titiwangsa. Masjid adalah hak orang ramai bukan hak AJK atau hak sesiapa. Saya tidak bermain politik dalam masjid atau surau, jadi saya tidak mahu layan mainan politik lebih2 lagi dalam masjid. Dilapurkam Masjid Kg Baru menerima rm100,000 sumbangan orang ramai untuk program Ramadan. Sumbangan2 yang 'lebat' telah pun disampaikan oleh Pengerusi Masjid sendiri. Beberapa orang jemaah wanita dari masjid bertanya kenapa bukan saya selaku ahli parlimen yang menyampaikan sumbangan. Menurut mereka kalu dulu sudah pasti YB yang sanpaikan iaitu masa tu Dato Astaman. Saya kata setakat ini masjid Kg Baru belum pernah menjemput saya secara rasmi untuk apa2 pun program mereka sejak saya memenangi TW iaitu dari Majlis Maulidur Rasul dimana Dato Harussani sebagai salah seorang panelis. Dato Mufti Perak malah dikabarkan tertanya2 dimana saya, walaupun masa itu saya hadir tetapi saya hadir sebab singgah solat Maghrib sebelum berangkat pergi ke program lain. Kemudian masjid buat program 'sepak takraw bulat',juga tidak dijemput sbb kata pengerusi masjid, program budak2. Kemudian datang Ramadan. Saya difahamkan Muslimat Surau Alia ada mengadakan Majlis Tadarrus atau khatam Quran, saya hanya dimaklumkan bila ada jemaah yang bertanya kenapa YB tidak datang. Rakyat mahu lihat AP mereka bersama2 dalam aktiviti masjid, tetapi sebaliknya berlaku. Ironinya masa DYMM Sultan Selangor datang solat Jumaat minggu sebelum Ramadhan, yang menyambut dipintu masjid adalah Dato Astamam. Saya tidak dimaklumkan sebab katanya pagi tu pihak masjid baru dapat maklumat, namun Dato astaman sempat pula diberitahu ! Paling menyedihkan apabila sebuah surau iaitu Surau di Desa Pandan juga mengambil pendekatan politik kepartian apabila pengerusinya melarang imam turut solatkan jenazah Hjh Maimunah yang merupakan penghuni blok berkenaan semata2 kerana arwah adalah seorang aktivis veteran muslimat yang aktif masa hidupnya. Inilah dia projek pecah-belah yang sebenarnya. Namun saya telah dilayan dan disambut dengan baik oleh Timbalan pengerusi surau dan bbrp AJK semasa majlis iftar dan sumbangan. Pengerusi masjid ada urusan lain katanya dan tidak turut hadir Saya berazam untuk menghapuskan politik kepartian dalam masjid2 dan surau di TW sekurang2nya. Jika insyaAllah PR memerintah Malaysia saya akan pastikan setiap masjid/surau buat mesyuarat agung setiap tahun dengan dihadiri oleh ahli2 Qariah. Biar ahli qariah yang pilih AJK Masjid tanpa mengira latar belakang politik. Barulah ada check&balance dalam pengurusan masjid, barulah ahli qariah merasa keterlibatan dalam masjid dan surau yang mereka makmurkan. Akhirnya doa saya Akademi Ramadhan akan melahirkan generasi yang lebih bertaqwa dikalangan mereka yang menyempurnakan ibadah puasa. Merayakan Syawal juga suatu ibadah. Samada kita lebih bertaqwa atau tidak, dicerminkan dengan cara kita menyambut dan meraikan syawal.Jangan berpuak2 dan berpolitik dalam masjid. Janganlah ibadah Syawal dicemari perbuatan dan amalan mungkar dan maasiat. Sama2 kita jaga kemuliaan Syawal, jangan makan berlebihan, jangan membazir. saudara mara tetap saudara kita, namun ada yang mahram ada yang tidak .jadi jangan main sambut semua salam/huluran tangan. Pakaian hendaklah pakaian bertaqwa bukan pakaian melaram yang tidak ikut syariat. Moga2 kita ikhlas saling bermaafan dan mengeratkan silaturrahim. Buang yang keroh ambil yang jernih. Moga Ramadhan yang sudah hampir kepenghujung menjanjikan 1000 bulan . Mohon Allah pilih kita sebagai hamba yang layak untuk diketemukan dengan Malam Lailatul Qadar Nya. Amin Ya Rabbal Alamin. Taqabbalallahu minna wa minkum. Dr Lo'lo'

Monday, 22 September 2008

MAJLIS IFTAR ANJURAN DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN TITIWANGSA 14 Ramadhan 1429H
Sebagai menghargai sokongan, bantuan dan keprihatinan kawasan, muslimat dan cawangan2 YB telah memberi cenderahati kepada AJK2 yang terlibat termasuk suami dan isteri yang turut hadir berupa kain pelikat untuk muslimin dan telekung untuk muslimat. Tidak dilupakan juga staf PKWR dan Guru2 SRI Al Ummah
YB menyampaikan cemderahati kepada YDP Kawasan
Muslimat sama2 bergotong royong masak nasi arab yang diketuai oleh Al Hafiz Ust Ahmad Yalee yang merupakan guru tahfiz kepada anak YB.
antara muslimin yang hadir tuk iftar bersama-sama
antara muslimat yang membantu menyediakan juadah dan persiapan...di belakang sana sebenarnya ramai lagi...
by Faezah p/a YB
SOLAT ISYA' & TARAWIH DI MASJID ALAM SHAH
18 Ramadhan 1429H
Malam itu, selepas YB Dr. Lo'lo' iftar dan solat maghrib berjemaah di Al-Ikhwan Datuk Keramat...YB terus bersiap dan menuju ke Masjid Alam Shah untuk sama-sama menunaikan solat isyak dan tarawih berjemaah bersama rakyat...setiap malam proram YB Dr. Lo'lo' kadang-kadang 2 atau 3 program yang berlainan tempat...di sini selain YB Dr. Lo'lo' solat berjemaah, YB turut memberi sedikit sumbangan kepada pelajar yang akan melanjutkan pelajaran mereka dan ibu-ibu tunggal...terima kasih kami ucapkan kepada pihak masjid di atas layanan yang diberikan...
Sebelum memberi sumbangan, YB diminta memberi sedikit ucapan dan juga pesanan...
sebahagian jemaah yang hadir...
jemaah muslimat...
Cintakan Al-Quran, selepas bertarawih, sebahagian kanak-kanak perempuan berkumpul untuk bertadarus bersama...
YB sendiri menyemak senarai nama penerima sumbangan.
YB menyampaikan sumbangan beras kepada ibu-ibu tunggal
salah seorang pelajar yang akan melanjutkan pelajarannya ke Timur Tengah (Tahfiz) menerima sumbangan daripada YB Dr. Lo'lo'
by: faezah
IFTAR BERSAMA YB di MADRASATUL KHAIRAT
17 Ramadhan 1429H

YB diberi taklimat tentang pengurusan surau oleh AJK surau.

YB melihat dokumen2 pentadbiran surau. Tazkirah pendek dari YB...
Sumbangan kepada warga emas.
Kelihatan guru2 SRA SRI Al Ummah yag turut hadir.
YB juga menghadiahkan beberapa buku2 berkenaan Ramadhan dan Syawal mengikut sunnah.
dihantar oleh Faezah
KULIAH JUMAAT BULAN RAMADHAN
19 Ramadhan 1429H
YB memberi kuliah
muslimat technip...
wajah-wajah khusyuk muslimat technip ketika mendengar kulai yang disampaikan oleh YB Dr. Lo'lo'
muslimat dari sebuah campany, mereka minta YB Dr. Lo'lo' memberi kuliah jumaat setiap sebulan 2 x, alhamdulillah walaupun YB sibuk dengan tugas tetapi YB dapat meluangkan masa untuk memberi kuliah kepada muslimat technip...
by: faezah
LAWATAN BAZAR RAMADHAN PASAR KERAMAT
18 Sept. 2008/ 18 Ramadhan 1429H

YB diberikan serunding daging oleh salah seorang penjual.

Satay bontot ayam !!! Cikgu Yusuf, Shuaini dan Sharifah mengiringi YB.
YB bermesra dengan salah seorang pengunjung...
YB disambut oleh kak Su da kak Sharifah. Saya pun turut serta dalam ziarah kali ini.
diStorikan oleh Faezah