Wednesday, 24 September 2008

AJK MASJID JAME' KG BARU TIDAK IKTIRAF WAKIL RAKYAT TW Semalam 24 Ramadhan saya secara rasminya bersolat Isya' dan terawih di Masjid Jame', Kg Baru. Sebelum itu saya telah berada di Surau Raja'ieyah atau lebih popular dengan Surau Jawa untuk Iftar dan menyampaikan sumbangan. Seramai 46 orang anak yatim dan 30 orang ibu tunggal telah diberi sedikit wang tunai dan juga sebuah beg berisi makanan yang merupakan sumbangan orang ramai melalui Yayasan Bumiputera Titiwangsa. Menurut Pengerusi surau Tuan Hj Ismail Bajuri, inilah kali pertama seorang YB menjejakkan kaki ke surau tersebut. Kelihatan AJK2 surau dari Bendahari, Setia usaha dan AJK2 Muslimin mahupun Muslimat telah turut hadir memberi kerjasama yang baik kpd saya selaku AP TW. Majlis Iftar lebih meriah kerana saya duduk makan bersama AJK muslimat surau, anak2 yatim, Ibu2 tunggal, OKU dan AJK2 muslimat kawasan dan cawangan. Meriah kerana semuanya setaraf, meriah kerana makanan dan minuman kami kongsi sama2. Walaupun tidak mewah namun tetap berkat dan cukup untuk semua yang hadir. Suami saya Dr Aminuddin juga turut hadir. Terima kasih atas sokongan abang !! Jika suami saya tidak bersama2 saya dalam majlis2 iftar saya akan rasa tidak selesa memikirkan apayang suami saya makan untuk iftar dan siapa yang menemannya. Pernah oleh kerana 'miscommunication' suami saya tidak dijemput untuk iftar bersama2 di Hotel de Palma. Saya tidak masak atau menguruskn supaya ada makanan terhidang diatas meja dirumah sebab menyangka suami saya akan datang kemudian sikit dari saya bersama anak menantu&cucu serta bibik, tetapi rupanya suami saya bertegas untuk tidak hadir kerana last minute dimaklumkan, Jadi suami saya berbuka makan nasi dan telor goreng sedangkan saya meraikan hampir 200 lebih tetamu termasuk ibu tunggal, anak yatim dan OKU bersama teman2 lain dengan makanan yang melimpah ruah di hotel tersebut. Saya sangat sedih dan rasa sangat bersalah pada hari tersebut. Walau bagaimana pun Alhamdulillah kini staf saya dan AJK YBT lebih prihatin untuk menjemput suami YB. Hai suami YB yang pegang lesen besar, bersabar dan berkorban melepaskan YB melayan rakyat. Suami pimpinan muslimat adalah pemimpin kepada pimpinan, tinggi makamnya tu!! Berbalik dengan kisah di Masjid Kg Baru sebagaimana dijangka yang menyambut saya adalah Kak Munah dan Faridah. Memang Kak Munah melayan dengan baik, menyediakan sejadah khas di baris hadapan sekali, Saya solat 20 rakaat bersama witir 3 rakaat. Cadangan asal nak solat 8 rakaat seperti biasa tetapi oleh kerana imam membaca 2 surah yang ada didalamnya perkataan Lu'lu' wal marjan dalam surah Ar Rahman dan Lu'lu' il Maknun dalam surah Al Waqiah , rasa bersemangat untuk meneruskan ke 20 rakaat. Malangnya sehingga ke akhir solat, doa dan selawat langsung tiada pengumuman tentang kehadiran rasmi Ahli Parlimen ke Masjid Kg Baru, tiada pengumuman di papan notis, tiada Pengerusi atau Timbalan pengerusi atau AJK2 lain kecuali Kak Munah. Jauh sekali untuk berucap. Petang tu saya terima sms dari Shahir pegawai khas saya yang mengatakan pengerusi Masjid, Dato Idris kata Yb tidak dibenarkan berucap dan dia terima arahan dari Pengarah JAWI Dato Che Mat. Saya kenal sangat Dato Che Mat. Beliau telah beri kerja sama dengan saya sebelum ini, malah jemput saya hadir dalam majlis Iftar bersama warga Lorong Hj Taib minggu sebelum ni. Amat menghairankan jika Dato che Mat keluarkan arahan yang bertentangan dengan aspirasi beliau untuk memberi khidmat terbaik selagi diberi amanah sebagai Pengarah JAWI. Lagi pun beliau kakitangan kerajaan bukan orang politik. Saya tidak tahu pihak mana yang benar, namun saya sangat kecewa jika AJK Masjid Kg Baru mengamalkan politik kepartian dalam mengendalikan masjid. Saya adalah wakil rakyat dan ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat, masjid kg Baru terletak dalam kawasan parlimen titiwangsa. Masjid adalah hak orang ramai bukan hak AJK atau hak sesiapa. Saya tidak bermain politik dalam masjid atau surau, jadi saya tidak mahu layan mainan politik lebih2 lagi dalam masjid. Dilapurkam Masjid Kg Baru menerima rm100,000 sumbangan orang ramai untuk program Ramadan. Sumbangan2 yang 'lebat' telah pun disampaikan oleh Pengerusi Masjid sendiri. Beberapa orang jemaah wanita dari masjid bertanya kenapa bukan saya selaku ahli parlimen yang menyampaikan sumbangan. Menurut mereka kalu dulu sudah pasti YB yang sanpaikan iaitu masa tu Dato Astaman. Saya kata setakat ini masjid Kg Baru belum pernah menjemput saya secara rasmi untuk apa2 pun program mereka sejak saya memenangi TW iaitu dari Majlis Maulidur Rasul dimana Dato Harussani sebagai salah seorang panelis. Dato Mufti Perak malah dikabarkan tertanya2 dimana saya, walaupun masa itu saya hadir tetapi saya hadir sebab singgah solat Maghrib sebelum berangkat pergi ke program lain. Kemudian masjid buat program 'sepak takraw bulat',juga tidak dijemput sbb kata pengerusi masjid, program budak2. Kemudian datang Ramadan. Saya difahamkan Muslimat Surau Alia ada mengadakan Majlis Tadarrus atau khatam Quran, saya hanya dimaklumkan bila ada jemaah yang bertanya kenapa YB tidak datang. Rakyat mahu lihat AP mereka bersama2 dalam aktiviti masjid, tetapi sebaliknya berlaku. Ironinya masa DYMM Sultan Selangor datang solat Jumaat minggu sebelum Ramadhan, yang menyambut dipintu masjid adalah Dato Astamam. Saya tidak dimaklumkan sebab katanya pagi tu pihak masjid baru dapat maklumat, namun Dato astaman sempat pula diberitahu ! Paling menyedihkan apabila sebuah surau iaitu Surau di Desa Pandan juga mengambil pendekatan politik kepartian apabila pengerusinya melarang imam turut solatkan jenazah Hjh Maimunah yang merupakan penghuni blok berkenaan semata2 kerana arwah adalah seorang aktivis veteran muslimat yang aktif masa hidupnya. Inilah dia projek pecah-belah yang sebenarnya. Namun saya telah dilayan dan disambut dengan baik oleh Timbalan pengerusi surau dan bbrp AJK semasa majlis iftar dan sumbangan. Pengerusi masjid ada urusan lain katanya dan tidak turut hadir Saya berazam untuk menghapuskan politik kepartian dalam masjid2 dan surau di TW sekurang2nya. Jika insyaAllah PR memerintah Malaysia saya akan pastikan setiap masjid/surau buat mesyuarat agung setiap tahun dengan dihadiri oleh ahli2 Qariah. Biar ahli qariah yang pilih AJK Masjid tanpa mengira latar belakang politik. Barulah ada check&balance dalam pengurusan masjid, barulah ahli qariah merasa keterlibatan dalam masjid dan surau yang mereka makmurkan. Akhirnya doa saya Akademi Ramadhan akan melahirkan generasi yang lebih bertaqwa dikalangan mereka yang menyempurnakan ibadah puasa. Merayakan Syawal juga suatu ibadah. Samada kita lebih bertaqwa atau tidak, dicerminkan dengan cara kita menyambut dan meraikan syawal.Jangan berpuak2 dan berpolitik dalam masjid. Janganlah ibadah Syawal dicemari perbuatan dan amalan mungkar dan maasiat. Sama2 kita jaga kemuliaan Syawal, jangan makan berlebihan, jangan membazir. saudara mara tetap saudara kita, namun ada yang mahram ada yang tidak .jadi jangan main sambut semua salam/huluran tangan. Pakaian hendaklah pakaian bertaqwa bukan pakaian melaram yang tidak ikut syariat. Moga2 kita ikhlas saling bermaafan dan mengeratkan silaturrahim. Buang yang keroh ambil yang jernih. Moga Ramadhan yang sudah hampir kepenghujung menjanjikan 1000 bulan . Mohon Allah pilih kita sebagai hamba yang layak untuk diketemukan dengan Malam Lailatul Qadar Nya. Amin Ya Rabbal Alamin. Taqabbalallahu minna wa minkum. Dr Lo'lo'

3 comments:

lan said...

salam YB,
semalam pertama kali saya solat di masjid jamek KB tu. dalam hati saya tertanya juga kot kot YB ada ke sana.. rupanya YB ada juga di sana.. suara imam yang lunak dan bacaan yang baik sekali

saya pun akan terkilan pengurusan masjid Jamek tidak mengizinkan YB memberi ucapan di situ sedangkan YB telah dipilih oleh rakyat di KB. sepatutnya mereka menghormati YB sebagai YB yang terpilih

semoga YB terus tabah menghadapi situasi seperti ini dan moga Allah membantu YB untuk terus melakukan kebaikan di dalam parlimen YB

Hasbullah Pit said...

Assalamualaikum YB,

Tumpang tanya, kenapa catatan sering tiada tajuk?

Anonymous said...

salam YB Dr.

saya sedih dgr luahan suara seorg YB pembangkang. beginilah yg selalu berlaku.

double standard!

namun, yb lebih tahu peritnya menjadi pejuang selama ini.

saya anak muda KB yg menuntut di luar KL menaruh harapan besar ada perubahan pd komuniti masjid dan surau diKB.

tapi, selagi masjid jamek tak pelopori perubahan ini, saya yakin komuniti Kb takkan dpt msanfaat penuh drp kemenangan YB. balik2 muka yg sama je yg solat kat situ. takde apa islah...(sedih dan kecewa)

walaupun camtu, sy harap yb tabah. bulan Ramadhan tahun depan insyaAllah akan lebih baik.

saya cdgkan YB meletakkan proksi (ajk masjid dan surau) bagi setiap masjid dan surau di TW utk sampaikan maklumat terus ke YB bg elak masalah mcm ni berlaku lg.

BERJUANG UNTUK ISLAM

sekian, wassalam.

(P/S: BRAVO SURAU JAWA!-dkt dgn rumah saya,hehe...)