Monday, 15 September 2008

IFTAR BERSAMA INDIA MUSLIM, INDIAN SETTLEMENT
Kelihatan YB, cikgu Yusuf wakil zon Keramat merangap Naib YDP PAS serta en Hedzer Timbalan YDP disambut oleh Pengerusi Surau India Muslim.Yb menyampaikan sedikit sumbangan untuk Majlis Iftar. Namun begitu sebenarnya Komuniti India Muslim ini jauh lebih mampu Maklumlah taukeh2 Restoran Mamak yang maju perniagaan masing2 sering memakmurkan dan bersama2 menyertai Majlis Iftar dan Terawih.Kelihatan AJK2 DewanMuslimat Titiwangsa juga turut serta: Puan Rashidah, Aishah, Hajar, Fauziah Zainal Abidin dan saya sendiri Faezah selaku p/a YB.Bubur lambuknya istimewa kerana ditumis dengan rempah kari merah berbeza dengan bubur lambuk biasa. Menarik dan sedap. Nasi berianinya lagi sedap sehingga kami semua kekenyangan. YB sendiri 'komplen' sebab sudah terlebih makan, biasanya YB makan sangat sederhana supaya ringan untuk berterawih.kaum wanita yang hadir untuk bersama-sama berbuka puasa YB bersalaman dan bertanya khabar kepada jemaah yang hadir muslimin yang hadir
sambutan dan layanan yang diterima amat terharu..dan makanan yang dihidangkan Alhamdulillah sedap-sedap semuanya...difahamkan jemaah yang hadir ke surau India Muslim ini setiap malam lebih kurang 300 jemaah dan mereka berbuka puasa bersama-sama setiap hari...di sini kaum perempuan mereka hanya datang untuk makan sahaja semuanya disediakan oleh kaum lelaki, berbeza dengan kita orang melayu...kebanyakannya persiapan itu disediakan oleh kaum perempuan...
by: faezah

No comments: