Monday, 22 September 2008

IFTAR di AL IKHWAN pusat Tarbiyah Pak Yazid
18 Sept. 2008/ 18 Ramadhan 1429H

Pak Yazid pendakwah veteran yang sangat gigih. Pusat Tarbiyah Al Ikhwan yang diterajui Pak Yazid secara istiqomah menjalankan program2 tarbiyah. Setiap Ahad ada Kuliah berkala yang bermula dari pukul 11 pagi.

Memberi tazkirah pendek. Suami saya turut sama dalam Majlis Iftar tersebut. Pak yazid bukan orang lain pada kami kerana sejarah panjang percintaan kami bermula antaranya di Rumah Pak Yazid jln Raja Alang Kg baru semasa sama2 memenuhi dada dgn ilmu dinniyah. Sudah pastilah percintaan kami terkawal dalam batas2 syara' yg akhirnya membawa kepada perkahwinan yag kini sudah masuk 28 tahun. Saya sedang mendukung Lu'lu' Kaisiyah, bayi berumur 6 bulan anak Ustazah Suraiya yang dilahirkan diPusat Perubatan Kohilal sewaktu saya sibuk dengan PRU12. Sepatutnya saya yang menyambut kelahiran bayi ini tapi Allah menakdirkan doktor lain yang menyambut. Namun begitu ust Suraiya tetap menamakan bayinya sempena nama saya iaitu Lo'lo' yang bermakna Mutiara. Saya rasa sungguh berbangga.
Golongan warga emas yang menginap di 'Asrama' Al Ikhwan sepanjang Ramadhan. Setiap tahun antara 50-60 orang warga emas berhijrah ke Al Ikhwan untuk menghayati Ramadhan sebaik2nya dengan majlis2 tazkirah, kuliah, tadarrus dsbnya.

No comments: