Wednesday 3 September 2008

SAMBUTAN HARI KELUARGA AMPANG 971
30 Ogos 2008
YB menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut... salah seorang penghuni Kondo Ampang 971 memberi bunga kepada YB sebagai tanda terima kasih mereka, kerana YB sudi meluangkan masa untuk sama-sama memeriahkan majlis tersebut... sebahagian penghuni Kondo Ampang 971
YB dijemput dalam majlis tersebut bukan sahaja bagi memeriahkan tetapi salah satunya mereka mahu mendekati dan juga beramah mesra dengan YB... kata salah seorang penghuninya selama ini kami hanya melihat YB dari jauh, dalam tv dan dalam akhbar, jadi hari ini kami menjemput YB dan mahu mengenal YB lebih dekat lagi... saya difahamkan kebanyakan penghuni di Kondo ini masih belum kenal antara satu sama lain, selama ini mereka hanya mengenal kereta tetapi tidak mengenal tuan punya...dengan adanya majlis seperti ini mereka lebih mengenali (program saling berta'ruf) dan mengeratkan lagi silaturrahim.
saya ditanya oleh seorang penghuni tersebut; "tak per ker, kalau kami minta YB ambil makan sendiri (layan diri) dan YB pilih makanan mana yang YB nak?...lalu saya jawap: YB okey, dia tak kisah...saya tengok penghuni tersebut kerut keningnya, saya pun hairan juga dan saya tanya kenapa puan?.."tak adalah...cuma...(sambil tersenyum) kalau macamtue tak apalah...tapi saya minta maaf yer.."...saya jawap: tak per...dan penghuni tersebut ucap terima kasih banyak-banyak...dia berlalu sambil tersenyum...
dihantar oleh P/A YB: faezah

No comments: