Wednesday 3 September 2008

KARNIVAL MERDEKA & HARI KELUARGA
30 Ogos 2008
Ucapan Merdeka di Majlis Karnival Keluarga Merdeka anjuran ADUN Cempaka. Saya turut dijemput untuk memeriahkan. DUN Cempakan serta Parlimen Titiwangsa sangat akrab kerana berjiran dan berkongsi pengundi. Perasmian oleh YB Iskandar ADUN Cempaka dengan membaling belon berisi air - menarik dan unik !!
Saya bersama YB Iskandar dan Jean Lee iaitu salah seorang Ahli Majlis Ampang yang sangat aktif. Kelihatan juga pemain tabla yang berkombinasi dengan pemain kompang menghasil alunan gendang yang sangat meriah.
Dalam kesibukan dan kesempitan masa, YB Iskandar mengambil kesempatan bermesra dengan keluarga. Kelihatan YB sedang mendukung anak kecilnya sambil memerhatikan isteri beliau Ustazah Salasiah sedang menguruskan sesuatu.
Alhamdulillah, dapat ais krim percuma, tapi tidak dapat menikmati kerana 'bertugas' melawat gerai-gerai.
Antara aktiviti-aktiviti dijalankan.

1 comment:

Neo said...

Salam Dr... selamat berpuasa... saya ingin menyatakan aduan tentang mesin tiket yg diletakkan oleh DBKL baru-baru ini.. Disebabkan jangkamasa yg dihadkan kepada 3 jam sahaja, maka kami yg bekerja di Danau Kota, Setapak & juga lain2 tempat yg terlibat berasa kesukaran dalam menjalankan tugas.bkn kami tak mahu byr parking, tp jika setiap 3 jam nak kena turun dr pejabat semata-mata nk byr tiket, mmg susah la... kalau ada meeting ke, tetiba ada penguatkuasa dtg buat rondaan, tak pasal-pasal kami kena saman.. jika boleh, pihak DBKL jgn hadkan masa... buat yg fleksibel... so mudahkan pengguna kenderaan...yg buat org malas nk byr parking, sbb nk kena ulang setiap 3 jam utk ke mesin... harap YB dpt bawa permasalahan ini kpd DBKL.. mohon mereka prihatin... T.Kasih