Thursday, 6 November 2008

Misi Kami Prihatin membawa balik dua orang Pelajar Perubatan yang cedera parah dalam kemalangan jalan raya di Makassar, Indonesia:
Pada hari Khamis pagi saya telah menerima panggilan dari anak saya Sakinah yang belajar di Universiti Hasanuddin, Makassar yang dalam suara 'distress' memaklumkan dua orang junior dia telah cedera parah dalam MVA atau motor vehicle accident pada Isnin malam Selasa dihadapan Hospital Ibnu Sina. Mereka berdua jatuh dari motosikal yang dinaiki kerana jalan licin dalam keadaan hujan. Kedua-dua mereka terus tidak sedarkan diri, Aimie tercampak atas jalan, Najmuddin pun terjatuh dan lebih malang tangan kanannya digilis oleh kereta yang datang dari hadapan.
Kedua-dua mereka dibawa ke Hospital Wahidin yang berhampiran dengan Fakulti Perubatan UNHAS dan dirawat di Unit 'Gawat-Darurat' atau Emergency Unit. Najmuddin agak parah kecederaannya kerana kebanyakan 'soft-tissue' seperti Urat darah (ulnar&radial arteries), urat saraf (ulnar&median nerve) dan tendon otot (tendons of superficial&deep flexor muscles of wrist&fingers) telah terputus. Dia telah menjalani 7 jam pembedahan untuk menyambung semua tisu yang terputus setelah dia hampir mengalami 'shock' kerana kehilangan darah yg banyak dari arteri atau urat darah yang mengalirkan darah dari jantung.
Najmuddin pula menjalani ujian X-ray dan CT scan dan dikatakan ada kecederaan di T4,T5,T6 iaitu tulang belakang bahagian tengah tetapi tiada rawatan khusus yang diberikan dan hanya disuruh berehat dan diberi 'pain killer'. Mereka terlantar dan terbiar di Unit ER tersebut hampir 4 hari sehingga dijumpai oleh seorang lecturer mereka yg membuat praktikal, barulah mereka dipindahkan ke wad. Bayangkan duduk 4 hari di ER dalam keadaan panas, gawat dan kelam kabut dengan kes2 kecemasan yg keluar masuk.
Mereka telah di discaj dari wad pada petang Sabtu dan balik tinggal di rumah sewa dalam keadaan masih belum sembuh dan kesakitan. Semasa dirumah sewa Mudin yang ada sebelah tangan lagi yang tidak cedera membantu Aimie yang terlantar kerana sakit hasil dari kecederaan tulang belakang. Mereka juga dibantu oleh kawan2 yang pada masa sama sibuk dengan urusan kuliah dan pratikal atau disana dipanggil KOAS.
Berbalik kepada cerita di Malaysia, setelah mendapat maklumat dari anak, saya terus ke pejabat Menteri Luar di Parlimen. Saya telah berjumpa dengan Dato Abd Rahim (Kudat) Timbalan Menteri Luar melaporkan kemalangan yang menimpa anak-anak di Makassar. Saya difahamkan Pihak Kementerian belum dapat maklumat. En Azmi Zainuddin S/U Bahagian Parlimen dan HE Korporat Wisma Putra yang kebetulan ada bersama TM telah mengambil daya usaha menghubungi Pihak kedutaan Malaysia di Jakarta malah memaklumkan telah ada Pejabat Konsulat Malaysia di Makassar. En Azmi berjanji akan mengurus masalah tersebut jadi saya pun berlalu kerana menyangka urusan saya telah pun diambil alih oleh pihak yang paling tepat.
Sepanjang hujung minggu kerana kesibukan program-program di Titiwangsa saya terus terlupa tentang kes tersebut sehinggalah bila saya hubungi balik anak saya dia kedengaran sangat sedih kerana kedua mangsa kemalangan tersebut telah di discaj tanpa pembelaan dari mana-mana pihak kecuali sesama mereka sendiri. Malah bil hospital terpaksa dibayar oleh pelajar-pelajar sendiri melalui kutipan derma kilat dan juga ditampung oleh Kelab UMNO yang memangnya dapat peruntukan dari kerajaan Malaysia.
Saya memang sangat terkejut dan terus hubungi En Azmi yang menyatakan telah mengambil tindakan menghubungi kedutaan dan Jabatan Pelajar Malaysia di Indonesia pada hari yang sama dan berjanji untuk segera ambil tindakan.
Pada hari Isnin saya sekali lagi dimaklumkan pelajar-pelajar tersebut masih belum dikunjungi oleh pihak kosulat, kedutaan atau JPMI lalu saya terus menghubungi pelajar-pelajar tersebut dan dapat bercakap dengan Mudin yang sangat lemah bunyi suaranya dan Aimie pula bercakap dengan suara tersekat-sekat seolah-olah menahan tangis. Naluri keibuan dan rasa tanggung jawab seorang Doktor menyebabkan saya terpanggil untuk membuat keputusan & pengurusan untuk ke Makassar antara pukul 11pg-12tgh. Sekali lagi pejabat Menteri Luar saya kunjungi bersama-sama YB Zailah, namun kami tidak mendapat keyakinan kebajikan pelajar telah diambil berat oleh pihak konsulat mahupun JPMI. Setelah mendapat izin suami, saya terus 'confirm' flight pada 4.50pm petang itu. Saya tinggalkan parlimen yang sedang hangat bersidang kerana menurut naluri ibu dan naluri doktor yang saya yakin saya lebih diperlukan disana meskipun saya tidak pernah kenal mereka.
Pukul 8.30pm waktu Malaysia yang sama dengan waktu Makassar, Pesawat Airasia yang saya naiki 'landing', disambut oleh anak saya Sakinah dan kawan-kawan rapatnya Kausar dan Yong. Kami terus ke rumah sewa Pelajar-pelajar yang malang tu. Memang tersentap emosi saya apabila menatap wajah Mudin yang pucat, lemah dengan tangan kanan berbalut sedang melayan Aimie yang cedera tulang belakang dan terlantar dalam keadaan tidak boleh bergerak. Kaki kanan Aimie terlalu sakit dan tidak dapat diluruskan. Pizza yang saya bawa tidak langsung membuka selera mereka dan menjadi rezeki kawan-kawan serumah dan kawan-kawan lain yang datang bila tahu kunjungan saya.
Dipendekkan cerita pada esok harinya Selasa 5/11/2008 adalah hari yang paling sibuk. Alhamdulillah saya dibantu oleh Kak Idah atau Tante (Makcik) anak-anak Malaysia, isteri bekas Timbalan Dekan Fakulti Perubatan UNHAS. Kami menguruskan pelajar-pelajar tersebut untuk berjumpa kembali Pakar Tulang Belakang dan Pakar Bedah Tangan. Aimie telah dimasukkan kembali ke wad kerana dia masih belum boleh bangun sendiri dan dikhuatiri keadaan dia akan makin parah.
Pada masa yang sama saya juga meminta supaya wound inspection dilakukan ke atas Najmuddin. Hampir separuh hari kami berada di Hospital Wahidin. Alhamdulillah saya bersyukur kerana mendapat kerjasama erat dan mesra dari Pakar Tulang Spinal Dr. Triko dan Pakar Bedah Tangan dr Rudi serta Dr. Adrian yang membantu urusan-urusan pentadbiran. Pada hari tersebut dan juga pada pagi Rabu beberapa perkara telah diselesaikan, dari memastikan Aimie dipasang Body Cast, Mudin dibuat Wound Inspection, sehinggalah mendapatkan surat rujukan dan laporan pakar untuk dibawa ke HUKM, Surat izin terbang/menaiki pesawat, surat pelepasan/surat cuti sakit, pengurusan Ambulan yang akan bawa 2 pelajar ini dari hospital ke tangga pesawat. Membeli dan membayar semua peralatan dan bahan-bahan yang diperlukan untuk rawatan dan juga ubat-ubatan. Alhamdulillah duit yang dibekalkan YB Zailah dan YB Salehuddin yang mewakili DPPP begitu membantu. Saya pula pada masa itu agak kesempitan kewangan dan hanya membawa wang untuk keperluan perjalanan saya sendiri.
Rakan-rakan Aimie dan Mudin pula sibuk berurusan dengan imigresyen dan memastikan mereka mendapat dokumen yang membolehkan mereka "bebas Fiskal" yang jika dikenakan di Lapangan Terbang nanti akan berjumlah 1 juta Rupiah setiap seorang. Selepas selesai urusan dengan pihak Pakar dan hospital kami telah pergi berjumpanya dengan Timbalan Dekan Fakulti Perubatan UNHAS Dr. Irfan untuk mendapatkan pelepasan atau cuti dari kuliah dan kursus yang sedang dijalani Aimie dan Mudin. Kemudian kami bergegas untuk berjumpa dengan Kakitangan pejabat Konsulat Malaysia di Makassar. Agak sukar mencari akhirnya kami berjumpa dan dimaklumkan pejabat telah ditutup dan pejabat baru sedang diusahakan. Kami telah meminta mereka menyediakan surat untuk memudahkan perjalanan dan pengurusan semasa di airport. Malam tersebut barulah kami dapat berjumpa dengan Pegawai Konsulat yang mewakili Konsulat Kehormat Halim Kalla di rumahnya sendiri.
Mujurlah kami menyewa kereta dengan supirnya sekali juga mujurlah Ibu Idah ada turut sama membantu. Hampir pukul 10malam baru kami selesai saya sendiri balik ke bilik Sakinah dan Tante/Ibu Idah balik ke rumahnya.
Pada pagi Rabu waktu hendak bertolak barulah saya dimaklumkan kehadiran bapak warden dari JPMI En. Alias yang sampai malam sebelum itu. Beliau nampaknya begitu terkesan dengan keadaan pelajar tersebut dan berusaha mengatur perjalanan balik pada hari tersebut. Dia memaklumkan yang beliau baru balik dari lawatan ke kawasan-kawasan pada Hari selasa lalu terus terbang datang ke Makassar petang itu juga. Beliau dimaklumkan yang fax dari Wisma Putra diterima pada hari Jumaat lagi, oleh kerana beliau hanya dapat maklumat setelah kembali bertugas di Pejabat pada hari Selasa. Agak malang Pengarah JPMI tidak mengambil tindakan segera meskipun telah dimaklumkan oleh WP dan hanya mnunggu warden balik. Saya kira tidak tercemar pangkat dan kedudukan jika Tuan Pengarah sendiri turun untuk mengurus pelajar-pelajar yang cedera parah dalam kemalangan dengan segera dan bukannya menunggu sehingga pegawai balik dari luar kawasan.
Akhirnya En Alias mengambil keputusan untuk serta dalam penerbangan balik. Mujurlah En. Alias turut serta sebab ambulan hampir tidak boleh masuk ke tangga pesawat seperti yang dijanjikan. Dalam penerbangan saya berjaya memastikan Aimie yang agak tidak selesa boleh berbaring atas 3 seat yang sengaja dikosongkan. Begitu juga Mudin nampak makin pucat kerana tangan dia berdenyut sakit. Saya berikan mereka berdua ubat tahan sakit untuk mengurangkan ketidak-selesaan. Terima kasih kepada kakitangan AirAsia yang begitu prihatin & bekerjasama. Alhamdulillah seperti dalam gambar-gambar yang dipaparkan kami semua telah selamat sampai.
Sebaik sampai Aimie dan Mudin telah dibawa terus ke HUKM untuk dirawat. Lega saya kerana mereka berada dalam tangan yang selamat. Saya difahamkan selepas itu Mudin dan Aimie telah di rujuk ke HUSM dan Hospital Trengganu untuk rawatan seterusnya di kampung mereka sendiri iaitu di Rantau Panjang dan Kg Bukit Losong, Losong, Trengganu.
Saya bersyukur kerana telah berjaya menyelesaikan misi membantu dan membawa balik pelajar-pelajar malang ini. Moga-moga mereka akan dapat meneruskan kursus Perubatan dan akhirnya menjadi Doktor Muda yang akan menyumbang kembali kepada masyarakat.
Aimie ok ke? Baru sampai LCCT.
Aimie dan Najmuddin nampak cukup lega sebab sudah selamat sampai di negara sendiri dikelilingi keluarga.
YB Zailah sedang bertanya khabar Aimie.
Agak sukar memindahkan Aimie yang memakai baju simen
( body cast ).
Aimie sedang hendak dipindahkan dari kerusi roda, kesian dia memang sakit tu.
Aimie telah dibaringkan atas stretcher ambulan.
Najmuddin segera disambut oleh keluarga. Baru nak senyum sebab lega dapat bertemu dan dibantu keluarga dalam keadaan sakit dan trauma.
Baru keluar dari tempat bagasi disambut oleh suami tercinta. Kelihatan juga suami YB Zailah disebelah kanan sekali.
Aimie ditolak keluar oleh kakitangan Air Asia.
YB Zailah yang merupakan wakil rakyat Rantau Panjang sedang berbual dengan keluarga Aimie yang merupakan orang RP
Ayah dan abang Najmuddin sedang berkata sesuatu kepada Dr Amin dan Asri
Kakitangan ambulan HKL dan PUSRAWI kelihatan sedang menunggu di Lobi LCCT bersama keluarga Aimie dan Najmuddin. Kelihatan juga Asri dan Shahir

6 comments:

pez said...

assalmualaikum yb.
tindakan yb ternyata patut dipuji dalam mengambil kira kebajikan pelajar2 kita di perantauan.semoga Allah S.W.T. memberkati budi baik yb.

thanaif said...

Maknanya tanggungjawab ahli Parlimen juga melintasi sempadan dan melangkaui perbatasan untuk perkhidmatan menjaga kebajikan warga (sesuai dengan penerimaaan elaun keraian).
Terlalu banyak pembaharuan di dalam pembangunan kemanusiaan berupaya dihasilkan oleh PR dari pimpinan wanita yang meningkatkan kepercayaan warga.

pasnational_unity said...

Tribute to Dr.Moga Allah SWT membalas segala kebaikan yang dilakukan.

KTV 04 said...

as'kum yb
pemimpin rakyat yang berjuang untuk rakyat..tq yb

DrLo'Lo' Mohd Ghazali said...

wa'alaikumussalam....
terima kasih atas sokongan anda semua...barakallahu feekum...

kita doa kan semoga pelajar-pelajar tue cepat sembuh dan dapat sambung belajar kembali...

a book said...

tahniah usaha gigih yb...