Thursday 18 December 2008

Hansad tentang ROKOK

Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: [Bangun]

Dato' Liow Tiong Lai: Saya habiskan ayat ini, sehingga Disember 2007 kementerian telah membelanjakan RM22 juta bagi melaksanakan kempen tersebut.

1210

Mesej kempen disalurkan melalui televisyen dan akhbar berdasarkan keupayaan mediatersebut mencapai peratus liputan kumpulan sasar yang tinggi secara kos efektif. Fokus kempen ini ialah mengajak bukan perokok supaya tidak mulakan tabiat merokok dan juga kepada perokok supaya berhenti merokok. Kumpulan sasar kempen ialah bukan perokok khususnya remaja dan perokok. Silakan.

Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin memberi penjelasan berkenaan dengan apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Arau dan juga Yang Berhormat Indera Mahkota supayadibenarkan iklan rokok untuk support ataupun sokong industri sukan. Mungkin iklan yang dimaksudkan itu iklan yang tersirat tapi di sini saya mahu kongsikan bahawa Malaysia adalah pati kepada Framework Convention of Tobacco Control (FCTC). Sebuah undang-undang antarabangsa yang turut diratifikasikan oleh 160 negara-negara lain di dunia. Menjadi pati di sini maknanya kerajaan terikat dengan pelaksanaan bagi semua peruntukan dalam FCTF. Artikel 13 FCTC memperuntukkan supaya semua bentuk iklan, tajaan atau promosi produk tembakau hendaklah diharamkan. Malaysia telah pun berjaya mencapai tahap ini pada tahun 2005 dan Malaysia kini menjadi antara negara contoh. Kalau kita benarkan semula iklan walaupun dalam bentuk yang tersirat misalnya produk-produk misalnya bukannya rokok itu sendiri bermakna kita hanya berundur ke belakang dan ini amatlah memalukan. Tindakan ini adalah menyalahi FCTC dan Malaysia mungkin boleh dikenakan hukuman antarabangsa. Jadi saya kira kita sentiasa diperhatikan oleh masyarakat antarabangsa dan kalau kita silap, akan jadi cemuhan. Takkanlah maknanya Ahli Parlimen kita yang dipilih oleh rakyat hendak melakukan sesuatu yang akan memburukkan imej negara apatah lagi seolah-olah tidak menyokong usaha kerajaan yang bersungguh-sungguh untuk membanteras tabiat merokok ini. Jadi saya harap perkara ini tidak akan berbangkit lagi dalam Dewan ini. Sekian saja, assalamualaikum.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: [Bangun]

DR. 1.12.2008

39

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: [Bangun]

Dato' Liow Tiong Lai: Terima kasih Yang Berhormat. Saya nak jawab soalan Yang Berhormat Wangsa Maju juga. Ada kempen anti merokok ini.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Nak sambung.

Dato' Liow Tiong Lai: Ha you nak sambung? Okey.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Tadi Yang Berhormat mengatakan mengenai dengan iklan ‘Tak Nak’ ini dan kerajaan telah gunakan wang sebanyak RM22 juta tapi saya nampak sekarang ini tak ada apa-apa iklan dalam televisyen pun. Saya rasa kerajaan pun tak berapa minat dengan perkara ini. Iklan tahun lepas, 2007 pun saya rasa tak ada dan tahun ini mestilah tak ada dan juga iklan-iklannya di sana juga dan juga saya nak minta tanya ya. Siapakah syarikat yang telah kerajaan kontrak untuk kempen ‘Tak Nak’ ini? Itu syarikatnya. Terima kasih.

Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Dato’, pasal rokok. Terima kasih Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri. Saya ingin mendapat sedikit penjelasan. Sejak kempen ini dilaksanakan, sejauh mana keberkesanan khususnya daripada segi nak mencapai matlamat yang disebut tadi iaitu supaya yang tidak merokok tidak menghampiri rokok, yang dah merokok dia dapat mengurangkan rokok. Jadi sejauh mana yang tidak merokok ini menjadi benteng untuk mereka tidak merokok sebab saya terbaca juga bahawa ada penambahan kepada golongan remaja yang merokok dan saya juga nak melihat bahawa sejauh mana daripada segi angka penurunan jualan pengedaran produk rokok dalam negara kita. Adakah dia menurun ataupun masih dalam angka yang sama ataupun makin bertambah. Itu kayu pengukurlah, kalau tidak nanti kita melihat bahawa keberkesanannya tidak ada. Maknanya kita menghabiskan sejumlah RM20 juta ke RM50 juta tapi keberkesanannya tidak ada. Harus kita kaji.

Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Sedikit Yang Berhormat, sedikit. Setengah minit.

Tuan Pengerusi: Jawab sekali Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Parit Buntar dahulu. Dia sudah berdiri daripada tadi.

Dato' Liow Tiong Lai: Ha, Yang Berhormat Parit Buntar.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Ya, terima kasih Tuan Pengerusi. Masih rokok lagi. Saya nak tahu kementerian punya counter strategy. Saya rasa kalau takat buat program ‘Tak Nak’ itu saya sokonglah, saya sokong. Cuma saya nak bagi tahu kalau tadi Menteri sebut RM22 juta dibelanjakan walhal kerajaan menanggung RM3 bilion untuk pesakit-pesakit yang ada kaitan dengan merokok. That shows that RM22 million itu kalau boleh saya katakan dengan membandingkan RM3 bilion yang kerajaan tanggung untuk sakit yang kaitannya dengan rokok, saya rasa tidak berapa berjayalah daripada segi itu. Itu pertama. Yang kedua, counter strategy. Pihak pengusaha rokok ini, mereka menjadikan Malaysia, Filipina dan Vietnam sebagai dia orang punya testing ground untuk mereka menggunakan kaedah-kaedah pengiklanan yang baru. Antaranya ialah menggunakan wallet pack. Jadi, secara begini mereka menggunakan pendekatan product design walaupun kita haramkan iklan dan sebagainya tapi mereka menggunakan product design yang menarik bagi pembeli-pembeli dan sekali gus program ‘Tak Nak’ merokok itu sendiri daripada sudut jualan yang ditanya oleh Yang Berhormat Pokok Sena tadi itu dikira juga sebagai satu kegagalan. Yang akhir saya nak minta sikitlah, kalau boleh saya bagi pandanganlah, mungkin kementerian boleh minta Majlis Fatwa Kebangsaan. Saya akan menyokonglah iaitu mengharamkan rokok. Fatwa mengharamkan rokok sebab saya rasa itu pun boleh bagi kesan yang besar tapi sehingga hari ini saya difahamkan oleh JAKIM bahawa walaupun fatwa merokok haram itu ada tapi dia tidak digazetkan lagi kerana takut ramai yang kena tangkap nanti. Jadi oleh itu saya mencadangkan dikuatkuasakan fatwa kebangsaan tentang pengharaman rokok ini. Baru saya rasa di sana ada power sikit tentang rokok dan kemudian kita membudayakanlah. Kalau kita kata najis dadah, kita kata najis rasuah. Saya cadangkan kita katakan najis rokok juga kerana rokok ini betul-betul memberikan kesan yang besar kepada negara. Sekian, terima kasih.

Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Saya sedikit saya Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga meminta sama ada Yang Berhormat Menteri bersetuju bahawa negara-negara yang maju dalam sport dalam sukan seperti Australia, England dan sebagainya telah lama mengharamkan rokok sebagai satu bahan iklan ataupun untuk menaja programprogram sukan mereka dan saya bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Parit Buntar tadi supaya segera digazetkan fatwa pengharaman rokok yang telah dibuat oleh Majlis Fatwa sejak tahun 1987 lagi. Terima kasih.

Dato' Liow Tiong Lai: Terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa dan Parit Buntar. Saya memang setujulah dengan pandangan Yang Berhormat Titiwangsa tadi yang menyatakan bahawa Malaysia adalah anggota kepada Framework Convention of Tobacco Control (FCTC) di mana kita terikat dengan semua apa yang diterima pakai, diratifikasikan oleh 160 negara-negara lain seluruh dunia. Oleh itu daripada segi pengiklanan ini, di bidang sukan memang Kementerian Kesihatan tidak membenarkan pengiklanan dalam bidang sukan. Bukan saja Malaysia, saya rasa kalau kita tengok FA football, memang tak ada iklan rokok. Tak ada, memang tak ada iklan rokok dibenarkan dalam bidang sukan.

Berhubung dengan apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Parit Buntar, strategi kita untuk bagaimana mengurangkan perokok dalam negara kita. Kementerian Kesihatan memang sentiasa bukan saja menjalankan kempen, kita juga lihat FCTC, WHO, kita juga bincang. Banyak berbincang bagaimana untuk mengurangkan bilangannya dan pelbagai strategi termasuk barubaru ini kita keluarkan gambar amaran merokok, photo warning dan juga kita juga gunakan harga minimum agar pastikan bahawa rokok itu tidak begitu mudah dibeli oleh remaja-remaja kita. Memang banyak lagi yang kita boleh bincang seperti yang dicadangkan fatwa dan sebagainya. Kita akan berbincang, bagi pihak kerajaan, kita akan berbincang untuk melihat, mencari jalan untuk memastikan bagaimana kadar merokok dapat dikurangkan.

Berhubung dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Wangsa Maju berhubung dengan kewangan yang dipakai. Saya jawab dulu tentang ‘Kempen Anti Merokok’ di Parlimen dulu ya Yang Berhormat Wangsa Maju. Yang Berhormat Wangsa Maju kata kita punya kempen merokok kenapa pergi ke satu corner. Kenapa tertutup ataupun tidak menunjukkan Kementerian Kesihatan tidak bersungguh-sungguh di Parlimen. Sebenarnya tidak ya. Kita rasa kita memang menjalankan tugas dengan bersungguhsungguh. Kakitangan kita memang berharap mendapat kerjasama semua Ahli Parlimen. Harap dapat kita sama-sama melaksanakan Kempen Anti Merokok ini. Bahan-bahan yang kita pakai iaitu bunting dan sebagainya, jadi iklan yang kita gunakan itu untuk mencegah merokok ini, kalau boleh kita hendak letak depan Parlimen tetapi ini adalah pengurusan Speakerlah. Pengurusan Ahli Parlimen. So, terpulanglah kepada pengurusan Parlimen untuk meletakkan di mana-mana.

Tuan Pengerusi: Yang hendak bising ini apa hal ini? Saya tidak merokok pun.

Dato' Liow Tiong Lai: Memang kalau boleh kita letak di depan-depan agar semua Ahli Parlimen dapat tahulah bahawa kempen kita adalah bersungguh-sungguh. Pengurusan Parlimen, bukan Speaker. The director general. Pengurusan Parlimen.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: So, minta dengan Speaker sekarang.

Dato' Liow Tiong Lai: Kawasan pentadbiran. Kawasan pentadbiran Parlimen. Saya akan...

Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Wangsa Maju, itu tidak ada kena-mengena dengan Mesyuarat.

Dato' Liow Tiong Lai: Saya akan memohonlah kepada Parlimen sekali lagi untuk membolehkan buntings, kita diletakkan di tempat-tempat yang strategik. Memang di tempat larangan merokok di Parlimen telah jelas. Saya berharap Ahli-ahli Parlimen memberi kerjasama kepada kita semua. Berhubung dengan jumlah kewangan, kenapa you tidak nampak campaign this two years. Memang kempen ini bermula pada 2004. 2004 dan 2005 kita gunakan lebih kurang RM13.5 juta. 2006 dan 2007 sebanyak RM8 juta. 2008 kita tidak ada, kita tidak ada kempen. 2008 kita tidak guna. So, itu barangkali dalam ingatan ini memang you tidak nampak lagilah apa-apa berhubung dengan Kempen TAK NAK! Ini. Memang TAK NAK! ini dimulakan pada 2004 oleh Syarikat Lim Kok Weng. Syarikat itu namanya saya tidak tahu. Saya akan beritahu kemudianlah. Kita akan bekerja bersungguhsungguh untuk memastikan bahawa Kempen Anti Merokok ini akan mendatangkan kesan yang baik.

Berhubung dengan kajian yang dibuat, yang dikatakan oleh Yang Berhormat Pokok Sena ini. Kajian telah menunjukkan daripada kempen yang telah kita laksanakan ini, sebenarnya kajian penilaian kempen yang dilaksanakan pada tahun 2007 mendapati kempen mempunyai kesan yang positif iaitu 91% kumpulan sasar mengaku tahu tentang kempen ini. Mereka sedar memang merokok ini tidak baik untuk kesihatan. 91% understand that merokok itu adalah tidak baik untuk kesihatan. 76% perokok berpengetahuan tentang penyakit berkaitan merokok. Hasil kempen itu kita telah dapat meningkatkan 8% lagi bahawa mereka tidak alpa penyakit akan dihidap apabila merokok. 36% perokok berhasrat untuk berhenti dalam tempoh enam bulan setelah terdedah kepada kempen yang kita jalankan ini. 21% perokok bertindak dengan mengunjungi klinik berhenti merokok. Di Parlimen juga ada klinik berhenti merokok. Saya harap Ahli-ahli Parlimen yang merokok sila pergi ke klinik kita. Kita akan beri kaunseling. Pastikan kita dapat kurangkan merokok dan 17% perokok mengaku telah berhenti merokok. 17% mengaku telah berhenti merokok hasil pendedahan kepada kempen kita.

Ahli-ahli Yang Berhormat, daripada kajian yang kita jalankan berbanding statistik 1996 dengan statistik 2006, dalam tempoh ini memang kumpulan merokok 18 tahun ke atas daripada 23.5% telah jatuh kepada 21.5%. Memang ada kesannya. Kita dapat kurangkan bilangan perokok sebanyak 2% di Malaysia. Ya, Yang Berhormat Wangsa Maju.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri sedar atau tidak bahawa baru-baru ini kerajaan telah luluskan satu Rang Undang-undang Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2008, di mana di bawah itu dengan izin saya memetik di sini. Powers of The Board. Salah satunya adalah:

“5 (h) to promote economically viable alternatives for persons involved in the kenaf industry or tobacco industry; dan (i) to provide financial or other assistance, with the approval Minister, to persons involved in the kenaf industry or tobacco industry.’

Di bawah rang undang-undang ini, ia menegaskan memberi kuasa kepada kenaf industry. So, sekarang ini ada banyak kuasa yang telah diambil alih daripada Menteri Kesihatan kepada industri kenaf. So, bagaimanakah Kementerian Kesihatan boleh memainkan peranan dalam apa-apa yang ditetapkan di bawah FCTC dan juga bercanggah dengan ini, kenaf industry ini. Terima kasih.

Dato' Liow Tiong Lai: Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju. Memang Lembaga Kenaf adalah di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan saya hendak tegaskan di sini, bahawa ia adalah satu cadangan bagaimana kita hendak kurangkan perladangan tobacco dalam negara kita dan kita menggalakkan mereka bertukar tanaman daripada tobacco kepada kenaf. Oleh itu kita mengadakan lembaga ini untuk membuat promosi tersebut. Promosi bukan promosi tanaman tobacco tetapi promosi tanaman kenaf. Yang berhubung dengan tobacco adalah aktiviti R&D ataupun aktiviti bagaimana hendak mencegah atau menghalang penggunaan tobacco yang salah. Orang kata,penggunaan tobacco yang salah dari segi undang-undang. Oleh itu memang saya tahu berhubung dengan akta ini,telah pun kita bincang dan Kementerian Kesihatan masih lagi memainkan peranan yang penting

dari segi pencegahan merokok ini. Kalau Lembaga Kenaf dan Tembakau ini yang handle raw

material. Daun ataupun tanaman dan kenaf saja, dari segi hasil tobacco masih lagi di bawah Kementerian Kesihatan. Kita masih lagi mempunyai kuasa untuk memantau.

Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Labuan, Yang Berhormat Menteri.

Dato' Liow Tiong Lai: Ya.

Tuan Pengerusi: Kasi Yang Berhormat Labuan, kasi Yang Berhormat Labuan. Ini Yang

Berhormat Wangsa Maju daripada tadi berdiri.

Dato' Liow Tiong Lai: Okey, Yang Berhormat Labuan, Yang Berhormat Labuan.

Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal [Labuan]: Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang

Berhormat Menteri. Seperti mana yang kita sedia maklum, kerajaan telah pun membelanjakan

berpuluh-puluh juta ringgit untuk Kempen Anti Merokok. Sedarkah kita Yang Berhormat Menteri

bahawa di Labuan sendiri, rokok yang masuk ke Labuan lebih daripada 20 kontena satu bulan.

Kita bayangkan berapa banyak kemasukan rokok yang masuk melalui Labuan.

Apakah involvement kementerian untuk pencegahan tersebut dan juga secara tidak langsung untuk mengurangkan kemasukan tersebut, saya rasa kalau kurangnya Kemasukan

rokok melalui Labuan, secara tidak langsung kita dapat mengurangkan penghisap-penghisap rokok bergiat dalam hal ini dan juga kita bayangkan kalau 20 kontena, more than 20 containers masuk every months to Labuan, ke manakah perginya rokok-rokok tersebut?

Saya rasa tidak semuanya digunakan di Labuan tetapi mungkin dihantar ke tempattempat

lain. Akan tetapi inilah salah satu kalau boleh cara kita untuk mengurangkan. Kurangkan

masuk benda ini ke Labuan yang secara tidak langsung perokok-perokok dan pengedarpengedar

rokok juga tidak ada peluang untuk memperniagakan rokok tersebut melalui Labuan.

Terima kasih.

Dato' Liow Tiong Lai: Okey, Yang Berhormat Labuan. Kita ambil perhatian berhubung

cadangan tersebut, tetapi hendak maklumkan kepada Yang Berhormat, by 2010, 2010 menurut

AFTA...

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Yang Berhormat Menteri...

Dato' Liow Tiong Lai: .... kita akan terbukalah mana-mana negara pun boleh masuk

dari segi import rokok ini. So, oleh itu kita rasa memang kita kena membuat kawalan lebih tertib

lagi dalam negara kita.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Can I just support your point just now?

DR. 1.12.2008

44

Dato' Liow Tiong Lai: Yes, yes.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Tuan Pengerusi, saya rasa yang disebut

tentang TAK NAK! rokok itu lebih kepada smokers. Now, why don’t we at the same time dengan

izin shift our strategy bukan hanya untuk perokok tetapi industri itu sendiri. Industri tobacco itu

sendiri saya rasa kena ada counter strategy kerana mereka ini worldwide.

■1230

Mereka ini seluruh dunia, dia akan pastikan macam mana pun produk rokok dia akan

sampai. British American Tobacco, Philip Morris, ini semua besar-besar ini. So ada tak kerajaan

satu will yang besar untuk shift ataupun mengalih strategi bukan hanya tak nak merokok kepada

smokers tetapi buat satu strategi kepada industri rokok itu sendiri macam mana nak counters

strategi. Dia tak bagi buat iklan tetapi dia offer pada musim perayaan harga, rokok turun,

contohnya dan ini berlaku.

Kemudian dia tukar flavor, dia ada exotic flavor Tuan Pengerusi. Ada strawberi, ada

peach, ada macam-macam yang mensasarkan kepada kanak-kanak dan wanita-wanita. Tidak

ada satu pun yang melarang exotic flavor ini untuk dijual kepada orang ramai. Jadi saya

mencadangkanlah to be positif supaya kementerian melakarkan satu strategi yang premisnya

ialah counter industri ini. Bukan setakat tak nak merokok, tetapi pada waktu yang sama kita shift

strategi kepada yang lebih besar. Macam disebut Yang Berhormat Labuan, berapa puluh

kontena masuk sebulan, so kita cannot stop that one. So apa strategi yang boleh stop benda ini

supaya Malaysia will become non-smoking friendly nation.

Dato' Liow Tiong Lai: Terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar, memang cadangan

ini baik. Kita telah pun laksanakan beberapa cadangan tadi termasuk kata perisa dan juga light

premium rokok itu. Kita telah pastikan bahawa kotak rokok tidak boleh letak semua kata-kata

tersebut untuk menarik pelanggan. Kita memang akan memantau dari masa ke semasa

termasuk industri tobacco ini bagaimana kita hendak mengelakkan industri tobacco ini terus

berkembang dan menyebabkan perokok yang begitu tinggi dalam negara kita. Ya Yang

Berhormat Wangsa Maju, ada lagi?

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Satu sahaja. Terima kasih Yang Berhormat

Menteri, Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Kami sedar bahawa kerajaan telah mengambil

tindakan untuk menghalang semua pengiklanan rokok ini. Akan tetapi walaupun kerajaan

membuat peraturan untuk menghalang semua iklan, kalau kita pergi ke kedai kopi masih ada

iklan tetapi tak ada iklan mengenai dengan Dunhill dan sebagainya tetapi mereka meletakkan

semua bungkus-bungkus rokok. Jadi satu pengiklanan juga.

Kenapa kita tidak mahu buat satu peraturan bahawa kita ban pengiklanan rokok at the

point of sale di mana di kedai-kedai mana pun tidak boleh menunjukkan bungkus-bungkus rokok.

Kalau kita hendak beli rokok, kita kena tanya mereka sama ada mereka ada jual rokok Dunhill

kah, Benson kah, tidak boleh iklan terus. Mengenai dengan perkara ini, di Thailand, di

DR. 1.12.2008

45

Singapura, mereka telah laksanakan. Kenapakah kita tidak minat? Kita tidak berapa serius saya

rasa. Sekarang ini syarikat-syarikat rokok ini, mereka sudah tahu mereka ini adalah satu sunset

industry, orang ramai juga sudah tahu rokok ini adalah bahaya.

Mereka sekarang ini menjalankan pengilangan dengan cara tiap-tiap malam mereka

hantar promoter, perempuan cantik, seksi lagi dan mereka memberikan rokok, kadang-kadang

diberi rokok free kepada remaja-remaja kita. Saya harap kementerian mengambil tindakan yang

tegas supaya mereka tidak boleh buat kegiatan sedemikian. Terima kasih.

Tuan Pengerusi: Sila Yang Berhormat Menteri, itu sahaja fasal dengan rokok. Yang

lain jangan layan-layan lagi.

Dato' Liow Tiong Lai: Terima kasih Tuan Pengerusi, cadangan itu saya akan buat

kajian dan terima kasihlah cadangan daripada Yang Berhormat Wangsa Maju.

Saya beralih kepada Yang Berhormat daripada Kuala Krau yang telah bertanya

berhubung dengan perkhidmatan kesihatan di luar bandar. Harap dapat panjangkan waktu

pejabat. Pada masa ini, perkhidmatan jabatan pesakit luar di luar waktu pejabat telah disediakan

di 16 buah klinik di kawasan bandar. Pihak kementerian sedang mengkaji untuk memperluaskan

lagi perkhidmatan ini ke klinik-klinik lain mengambil kira sumber manusia dan sumber kewangan

yang sedia ada.

Perkhidmatan kecemasan boleh diperolehi di jabatan kecemasan di semua hospital, bagi

kecemasan ada 24 jam ya. Perkhidmatan kecemasan juga boleh diperolehi di klinik-klinik

kesihatan di kawasan luar bandar di mana petugas kesihatan bergilir-gilir menyediakan

perkhidmatan secara on call.

No comments: