Monday, 22 December 2008

HIMPUNAN KASIH IBU-IBU TUNGGAL AMPANG
Pelancaran PENAPIS AIR KAMI PRIHATIN dengan motto "Now Everyone Can Drink Healthily" bermaksud " Sekarang Semua Orang Boleh Minum Secara Sihat ". Kelihatan saudara Vincent Lee, Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Malaysia juga sebagai sukarelawan Parlimen Titiwangsa.
Sebuah Penapis Air yang terdiri dari komponen-komponen asas atau mempunyai ciri-ciri minima penapisan air sehingga boleh terus diminum tanpa perlu dimasak. Penapis air ini akan menghasilkan air yang bersih, selamat dan sihat diminum kerana air yang ditapis melalui proses bagi menghasilkan " Nano Energy Water " atau " Air bertenaga Nano". Juga merupakan produk langsung dari kilang yang mengeluarkan pelbagai jenama penapis air termasuk yang dipasarkan secara MLM.
Simply SAFE, RELIABLE & AFFORDABLE atau SELAMAT, BOLEH DIHARAP & MAMPU DIBELI.
Ciri-ciri:Jaminan 1 tahun, Mudah dipasang (DIY), perlu ruang penyimpanan yang kecil, mudah dibawa dan Senggeraan minima sahaja.
Ucapan mengalu-alukan ibu-ibu yang hebat kerana terus tabah mengharungi kehidupan mencabar sebagai ibu tunggal. Juga tahniah dan syabas kepada JK Urusetia program yang terdiri dari Pusat Khidmat Wakil Rakyat ADUN Lembah Jaya, Badan Amal Kami Prihatin dan Parlimen Ampang&Titiwangsa. Dirasmikan oleh YB Puan Rodziah Ismail Exco Kebajikan HE Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi.
Turut hadir selaku VIP ialah ADUN Lembah Jaya YB Khasim, Pengerusi BAKP atau Badan Amal Kami Prihatin Brig Gen (B) Hj Abd Ghani Mahluddin. 'Anchor Woman' yang bertungkus-lumus adalah Pengarah Program Puan Hjh Rohainah, Ketua Muslimat Ampang dan AJK LKKPP.
Mereka ini adalah ibu2 tunggal dari kalangan kaum India yang tidak pernah dapat pembelaan. Tidak pernah dapat bantuan JKM walaupun sudah menjadi balu sejak 15-20 tahun yang lalu selepas suami masing-masing meninggal dan meninggalkan 4-5 orang anak-anak yang masih kecil. Saya sungguh bersimpati dan terharu serta tertanya-tertanya kenapa perkara seperti ini berlarutan.
InsyaAllah program yang dijalankan hari ini akan membantu. Yang dibimbangi pihak berkuasa terus tidak peka tapi 'pekak', memilih bulu dan warna, mendiskriminasikan parti-parti yang tidak sehaluan. Ini pengalaman saya sendiri apabila senarai ibu tunggal Titiwangsa yang saya serah sendiri kepada YB Menteri iaitu 1 bulan selepas program HIT di Titiwangsa pada bulan Julai yang lalu sehingga kini tiada maklum balas. Sehinggakan kami terpaksa hantar salinan lain ke JKM WP. Itupun tiada juga maklum balas walaupun sudah dihantar lebih sebulan yang lalu dengan serahan tangan.
Wahai sang Menteri, Ini bukan soal politik kepartian, ini adalah masalah rakyat, yang merupakan amanah dan tanggung-jawab kita para peimpin.... Cakap berdegar-berdengar di Parlimen tentang program CARI-CARI tetapi apabila kita buat program pegawai JKM tidak berani turun, bukan buat atas nama parti tapi atas nama Parlimen, dah dihantar nama pun masih tidak bertindak atau sengaja pilih untuk tidak mahu bertindak.
Ratusan ibu tunggal pelbagai bangsa yang menghadiri
HIT Ampang di Dewan Bandaran Ampang Jaya
Pendaftaran ibu tunggal oleh JKM. Alahamdulillah dalam
Program HIT diAmpang ini, JKM beri kerjasama.
Persatuan Peguam Syar'ie juga menyumbangkan tenaga mereka. Terima kasih.
JANGAN LUPA MILIKI PENAPIS AIR KAMI PRIHATIN sebagai tanda keprihatinan kita terhadap kesihatan keluarga sendiri dan membantu ekonomi NGO yang terlibat dengan pelbagai program kebajikan dan kemasyarakatan terutama membantu ibu-ibu tunggal.
Hubungi Puan Raja 0193575857, Kak Hjh 0133407441, 0162778559
by Dr Lo'lo'

No comments: