Gambar di atas menunjukkan senario di mana ibu tunggal yang diceritakan, sedang mengongsikan penderitaan dan perjalanan hidup yang begitu pedih kepada saya di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa.
Sungguh menyedihkan cerita seorang ibu tunggal yang telah terungkai aqidahnya kerana tekanan hidup yang bersangatan. Kisahnya kami ketahui apabila dia menghubungi Faezah untuk berjumpa dengan saya untuk berkongsi penderitaannya terutama kecenderungannya untuk membunuh diri sebab sudah tidak tertanggung lagi masalahnya yang bertimpa-bertimpa.
Dipendekkan cerita wanita ini jadi ibu tunggal sejak 3 tahun lalu apabila suaminya meninggal dunia akibat penangan AIDS. Dengan 'titled' balu/ibu tunggal tambahan pula dia sendiri mengidap HIV positif yang dijangkiti oleh suaminya wanita ini menghadapi hidup yang sangat suram. Lebih malang lagi dia dikurniakan 4 orang anak OKU yang memerlukan perhatian dan perbelanjaan yang besar untuk membela mereka. Sudah jatuh ditimpa tangga ibu tunggal ini seringkali dipecat dari kerja sebaik sahaja majikannya dapat tahu dia pengidap HIV meskipun hanya bekerja sebagai 'cleaner'/pencuci.
Jadi dia terpaksa keluar dari daerah dan negeri asal dia,utk mencari rezeki. Asalnya sejak kematian suami anak2nya dijaga oleh ibu mertua tetapi kerana hasutan dan tidak faham tentang HIV akhirnya dia anak beranak dihalau keluar. Mereka 5 beranak berhijrah pula kerumah ibunya sendiri. Disini pun tidak kekal kerana ibunya sendiri akhirnya menyatakan ketidak saggupan membela anak2 OKU tersebut.
Maka dia terpaksa keluar dari rumah ibunya. Apabila diadukan kepada JKM Daerah mereka bukan membantu sebaliknya meyuruh dia mencari rumah sewa dan arahkan dia pinjam duit majikan. setelah berpindah dan walaupun rumah sewanya dilawati oleh pegawai JKM akhirnya bantuan bulanan kepada anak-anaknya terhenti sebab sebelum ini diberi kepada ibunya. Bayangkan kesusahan dia, sudahlah anak-anak nya yang berumur dari 18-7 tahun terpaksa tinggal sesama sendiri dan si ibu terpaksa balik setiap 2 minggu untuk menghantar barangan keperluan, makanan harian pula dipesan dari kedai makan berdekatan, sumber kewangan terputus pula. Bayangkan keperitan wanita ini tambahan pula majikan sudah mendesak supaya dibayar hutangnya.
Wanita ini menceritakan bagaimana buruknya layanan yang dia terima bila berurusan dengan JKM mahupun Baitulmal Negeri tersebut berbanding dengan layanan yang dia dan keluarga terima disebuah Pusat Kristian semasa arwah suaminya masih hidup. Di Pusat itu yang terletak di Lembah Kelang, suaminya dirawat dan dilayan dengan baik, anak-anaknya disekolahkan di sekolah anak-anak istimewa malah keperluan hidup asas mereka ditanggung. Disinilah aqidah mereka suami isteri dan anak beranak hancur dan terburai. Alhamdulillah mereka diselamatkan oleh Jabatan Agama Negeri. Namun Jabatan Negeri hanya membantu beberapa bulan selepas itu mereka dibiarkan melayari hidup yang begitu mencabar.
Saya telah menghubungi JKM Daerah dan Baitulmal untuk kembalikan bantuan bulanan dan mereka bersetuju. Malangnya selepas itu kakitangan JKM telah menghubungi ibu malang ini dan memarahi dia. Inilah sikap yang saya tidak boleh terima. Alahamdulillah saya berjaya menghubungi AP...akan disambung
No comments:
Post a Comment