Tuesday 2 December 2008

YB berucap mengingatkan persatuan peniaga lebih bersifat inklusif, terbuka dan bersedia untuk menerima semua peniaga tanpa mengira latar belakang politik. Malah YB menyebut nama-nama Dato' Johari Ghani Penasihat Persatuan Peniaga Pasar Dato Keramat merangkap Timbalan Ketua Bahagian UMNO Titiwangsa serta seluruh AJK, En. Hedzer Timbalan YDP PAS Titiwangsa dan semua AJK PAS TW, AJK PKR & PR Titiwangsa untuk memberi mesej bahawa YB bersedia untuk bersikap terbuka dan berkhidmat dengan semua rakyat tanpa mengira kaum dan latar belakang politik.
Pasar Keramat adalah tempat YB membeli barangan kering dan basah, beli barangan 'hardware', beli buah-buahan malah tempah baju dan kot juga.
Peniaga khusyu' mendengar penerangan.
Peniaga-peniaga ambil keputusan untuk tidak berpindah selagi cadangan-cadangan balas mereka untuk penambah baikan dan ubah suai disempurnakan.
YB Dr Lo'lo'

3 comments:

nononsense said...

Doctor, tahniah saya ucapkan atas usaha gigih doctor membantu rakyat marhaen seperti saya.

Kalau semua wakil rakyat dan pimpinan negara macam doctor saya yakin Malaysia akan jadi negara yang terulung di dunia satu hari nanti.

Sedikit komen daripada pengikut blog doctor. Kalau boleh perkataan yang digunakan janganlah disingkatkan kerana ianya akan mengurangkan kredibiliti blog ini. Tambahan lagi tuan doctor seorang pemimpin masyarakat. Kalau kita tengok akhbar pun mana ada yang pakai kata singkatan.

Harap doctor boleh take note perkara ni. Saya ingin juga forward artikel dan luahan doctor kadang2 tapi terbantut disebabkan ingin menjaga imej doctor.

mujaheedah said...

salam puan doktor,

saya hari2 check blog ni. tak sabar nak tunggu update.

peminat setia

DR. LO'LO' BT DATO' HJ. MOHAMAD GHAZALI said...

waalaikumussalam...

syukran mujaheedah..