Pemindahan penduduk Flat Pekeliling ke FLAT SRI TERENGGANU, Sentul.
Penduduk atau lebih tepatnya pemilik unit-unit Flat Jalan Pekeliling akhirnya bersetuju untuk berpindah ke PPR Sri Trengganu, Sentul iaitu bersebelahan dengan tapak pembinaan Perumahan Parcel S. Ini adalah Unit-unit perumahan yang akan menggantikan unit-unit yang dimiliki oleh penduduk Flat Pekeliling. Setelah bertahun-bertahun berjuang, akhirnya mereka berjaya memastikan buat masa kini mereka dapat mengikuti secara langsung pembinaan kediaman gantian tersebut. Sebenarnya Parcel S ini telah dijanjikan sejak Tahun 2001, tetapi tiada hitam putih & tiada langsung progres. Orang sekarang kata TIDAK take-off langsung
Pelbagai ujian yang saya sendiri hadapi dalam menyelesaikan kes ini. Berapa kali penduduk-pebduduk tersebut datang 'menyerang' Pusat Khidmat saya untuk mengadu pelbagai hal sehinggalah kepada bekalan api, air dan lif yang dihentikan. Kata orang Perak, jenuhlah saya menyantuni mereka dari Pusat Khidmat hinggalah ke Parlimen, tapi bukanlah bermakna isu ini sahaja saya bawa ke Parlimen, macam-macam isu setempat telah saya kemukakan. Alhamdulillah, berkat "Tsunami Politik 8 Mac" sehingga melahirkan Pembangkang yang kuat dalam Dewan Rakyat menyebabkan Menteri-menteri dan Timbalan-timbalannya tidak boleh duduk diam kerana sering didesak untuk bertindak dan bukan cakap atas angin sahaja.
Gambar-gambar yang tertera dibawah adalah lawatan saya ke Flat Sri Trengganu bersama Timbalan Menteri WP Dato Saravanan untuk mengetahui secara langsung kedudukan dan permasalahan mereka. Memang saya kata mereka begitu beruntung, dapat duduk percuma selama 3 tahun tanpa bayar sewa iaitu sehingga Parcel S siap. Kebanyakan mereka ditanggung oleh anak-anak, jadi unit-unit mereka telah dibaik-pulih sehingga sangat selesa untuk didiami. Kredit juga mesti diberikan kepada Bahagian Perumahan dan JPEC DBKL yang telah bersungguh-sungguh membantu malah telah belanjakan RM1.5 juta untuk proses baik pulih PPR lama yang supaya sesuai untuk didiami.
Walaupun masih ada beberapa perkara atau pembaikan yang perlu dibuat, saya kira perkara-perkara tersebut minor berbanding dengan kejayaan mendapat surat aku-janji memiliki rumah gantian Parcel S dan dapat duduk selesa 3 tahun tanpa bayar sewa. Saya juga mesti mengakui keprihatinan Dato Saravanan yang turun padang bersama-sama saya pada hari tersebut dan turut bersungguh menyelesaikan isu Flat Pekeliling ketahap sekarang ini.
Mendengar aduan dan keluhan salah seorang penduduk yang terlibat
Bersama-sama Dato Saravanan, Michael (Ketua Penduduk yang dapat 2 unit 2 bilik yang sangat selesa sebab ada 2 hall, 2 dapur, 2 tandas dan 4 bilik tidor ) serta yang lain-lain yang turut serta termasuk wartawan.
Dengan pemindahan ini bertambah luaslah kawasan saya iaitu Zon Kg Baru(termasuk Chow Kit, Pekeliling dan sebahagian Jalan Pahang), Zon Keramat, Zon Pandan, Zon Desa Rejang (Setapak) dan Zon Flat Sri Trengganu. Risau memikirkan pertambahan ini sedangkan tenaga membantu tidak bertambah, wang ringgit pun tenat sebab peruntukan Ahli Parlimen 2008 satu sen tidak dapat, Tahun 2009 mungkin sama juga.
1 comment:
Askum Dr. Lo'lo'....saya harap Dr. Lo'lo dpt memberi feedback scepat mungkin...
saya ingin tahu penduduk lama flat seri terengganu (Blok A)dipindahkan ke mana?
adakah kesemua penduduk lama flat (Blok A)berpindah ke tempat lain @ hanya setengah dari mereka?
terima kasih...
Kalau ada apa2 feedback bleh hubungi saya email : noriza8886@yahoo.com..
Post a Comment