Isu Rampasan kuasa Kerajaan Pakatan Rakyat Perak adalah isu utama yang disampaikan. Dalam menjawab isu tanah di Perak, sangat jelas bahawa Kerajaan PR Perak memberikan geran pegangan bebas kepada orang-orang Cina di beberapa Kg. Baru Cina di mana tanah tersebut merupakan tanah dimana terletaknya rumah keluarga-keluarga tersebut sejak 4-5 generasi yang lalu. Tanah tersebut bukan tanah Orang Melayu yang dirampas lalu diberikan kepada orang Cina. Ini tanah tumpah darah keluarga tersebut, di situlah rumah mereka, di situlah anak cucu-cicit mereka dilahirkan dan dibesarkan. Tambahan pula mereka adalah rakyat Malaysia bukan rakyat negeri lain. Bab bagi-bagi tanah ni sebenarnya UMNO/BN lagi teruk, bukan bagi tanah kampung tapi bagi satu gunung seperti bagi satu Genting Highland kepada Lim Goh Thong, satu Pulau iaitu Pulau Pangkor kepada Vincent Tan, bagi satu Anjung kepada Cina Singapura di Wilayah Iskandar.
Malah UMNO 'jual' Bukit Gantang kepada Cina Gerakan, 'jual' Taiping kepada India PPP dalam PRU 11 dan lain-lain kalau nak sebut sangat isu perkauman ni. Mengapa UMNO tidak mengamuk dan hanya merelakan kawasan Parlimen yang secara tradisinya dimiliki UMNO (juara orang Melayu) di anugerahkan kepada bukan Melayu?? tapi sebaliknya bila Kerajaan PR meluluskan permohonan Geran di Kg Baru Cina, orang UMNO begitu riuh rendah sehinggakan dikatakan dijadikan sebagai justifikasi merampas Kerajaan Perak dari PR.
Sebagai fakta Kerajaan PR Perak telah meluluskan lebih 130,000 geran kepada orang-orang Melayu di Kampung-kampung Tersusun untuk orang-orang Melayu berbanding 49,000 geran kepada orang Cina.
Pak Yazid penceramah veteran, telah berumur 80 tahun lebih tetapi tetap bersemangat. Pak Yazid menceritakan bagaimana beliau dipecat dari PAS kerana membantah penggabungan PAS dengan BN, namun katanya beliau tetap mengundi PAS setiap kali pilihan raya kerana tidak ada parti yang beliau rasa paling jelas visinya dalam memperjuangkan Islam dan keadilan sejagat. Beliau pernah menjawat sehingga ke jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan
Peguam muda sdra Zamri menerangkan bahawa dalam undang-undang Tubuh Perak kerusi MB hanya boleh dikosongkan sekiranya MB sendiri meletakkan jawatan atau apabila diberi undi tidak percaya dalam DUN atau apabila parti MB tersebut kalah atau hilang majoriti dalam PRU.
Antara hadirin hadirat yang mengikuti ceramah perdana di Darul Ummah pada 16 Feb 2009.
Dr Lo'lo'
14 comments:
ini dosa nizar pada orang melayu
Assalamualaikum dr lo'lo',
Saya seorang penduduk di bawah kawasan parlimen dr , saya tinggal di flat jalan jelatek, seorang pelajar dan seorang yang insyaallah sentiasa menyokong islam, saya cuma berharap satu sahaja yang sangat penting dari dr iaitu agar dr menghidupkan USRAH-USRAH di kawasan parlimen dr, mungkin di markas2 pas ada dilakukan, namun untuk bersifat dakwah yang ,menyeluruh dan tarbiyyah saya sangat amat menyeru agar dr turun dan mengerahkan seluruh jentera baik pemuda,muslimat,unit amal,nisa' untuk menghidupkan usrah di surau2 di masjid, cukuplah di kawasan parlimen dr dahulu, kami tidak perlukan sangat ceramah2 kerana apa yang saya lihat bukan kekurangan maklumat isu2 semasa itu yang menjadi hal tetapi makanan rohani yang menyebabkan hancurnya struktur masyarakat kerana bala bencana hasil daripada maksiat yang dibuat secara bundle oleh masyarakat, saya amat berharap sekali lagi agar dr dapat menjalankan amanah ini, kerana setiap jiwa di dalam kawasan yang ditadbir oleh dr akan dipertanggungjawabkan kelak, cukuplah saja meminta amanah itu di jalankan dunia ini agar tidak dr menanggung nya di akhirat kelak, di kesempatan ini saya merekamkan setinggi penghargaan kerana PAS yang mentadbir parlimen titiwangsa,perkara ini memang sama sekali tidak dapat saya lihat dibawah kerajaan BN sama sekali semenjak saya lahir lagi di kawasan datok keramat, jadi berbuatlah yang sepatutnya agar dr beroleh REDHA ALLAH. moga ALLAH meredhai dr dan seluruh penegak kebenaran islam. wallahu'alam
"berbuatlah di hari yang kita boleh beramal tanpa hisab sebelum tibanya hari yang kita dihisab tanpa amal" .wsalam.
33:72. Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat[1233] kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh (al-ahzab)
Dengan segala hormatnya YDP dan Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Putrajaya mempersilakan Tan Sri/Puan Sri/Dato Seri/Datin Seri/Dato/Datin/Tuan/Puan ke majlis :
SECANGKIR KOPI BERSAMA YB DATO MAHFUZ OMAR
Tarikh : 1 Mac 2009
Hari : Ahad
Masa : 4.00 petang - 6.00 petang
Tempat : Bilik Kelab Dewan Presint 16
Kupon : RM10.00
Hubungi : Ust Mohd Nazir Zakaria 012 - 379 4534
Sdra Zabir Shariff 012 - 393 8491
Sdra Roshidi Wahab 012 - 251 1296
Semoga dengan kehadiran Tan Sri/Puan Sri/Dato Seri/Datin Seri/Dato/Datin/Tuan/Puan akan memeriahkan lagi majlis ini dan dapat menyemarakkan agi agenda perjuangan bersama.
Sdra Masfahri,
Saya tidak ada kuasa untuk mengujudkan kumpulan2 usrah di Masjid2 dan Surau2 di Titiwangsa. Masjid2 dan Surau2 adalah dibawah pentadbiran JAWI dan ada AJK mereka sendiri yang kebanyakannya dilantik oleh JAWI.
Dalam PAS di TW saya hanyalah seorang Ketua Muslimat Kawasan dan Alhamdulillah kami ada program usrah sendiri dan juga Kumpulan Tadarrus yang semakin aktif kini.
InsyaAllah bila PR memerintah kami akan pastikan AJK2 surau / masjid akan dipilih oleh ahli2 qariah sendiri dan program tarbiyah akan diperluaskan bukan sahaja dalam masjid/surau tetapi juga dipasar2, pusat2 beli belah dan tempat2 tumpuan orang ramai.
MB Perak Ir Nizar mengadakan tazkirah setiap kali sebelum mesyuarat exco sehigga ahli2 exco yang tidak beragama Islam pun sudah boleh berucap dengan mengambil ayat2 quran sebagai panduan. Kakitangan kerajaan juga ada disediakan program2 tazkirah. Itu baru 10 bulan, insyaAllah bila kita dikembalikan Kerajaan Perak yang dirampas secara ganas kita akan meneruskan program2 tarbiyah untuk pimpinan, pegawai kerajaan dan rakyat seluruhnya.
Dr Lo'lo'
Assalammualaikum...
Salam hormat...
salam perpaduan...
Saya bukan mahu comment di sini untuk menentang apa yang Dr buat tetapi apa yang saya nampak, Dr tidak fokus kan usaha Dr kepada Parlimen Titiwangsa...
Tak payah la kita sibuk dengan orang lain...
Tak payah la sibuk dengan krisis negeri Perak tu...
Tak payah la sibuk kalau kawasan sendiri pun tak terjaga...
Jangan nak olong orang lain kalau kita tidak boleh tolong diri kita...
Jangan lah nak tolong rakyat kawasan lain kalau rakyat kawasan sendiri tak terjaga...
Saya bukan nak menidakkan kebaikan yang Dr buat di kawasan orang lain tu tetapi saya harap Dr lebih fokus kepada kawasan Parlimen Titiwangsa...
Tak kan lah kita nak tengok penduduk kawasan lain maju sedangkan penduduk kita sendiri tidak terbela...
jangan sampai kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan...
Saya bagi nasihat ini atas dasar ummat ISLAM dan sifat kemanusiaan bukan kerana saya pro-kerajaan...
Dan nasihat ini juga atas dasar saya penduduk Parlimen Titiwangsa(Dato' Keramat)...
Saya harap apa yang saya comment ini dapat membantu Dr dalam meneruskan pentadbiran PArlimen Titiwangsa...
Salam hormat...
Salam perpaduan...
Terima kasih....
SELAMAT BERJUANG...
1. jangan isti'jal.
2. kalau anda mendapat tarbiyyah, anda takkan mengharapkan sesuatu perubahan besar pada susuk tubuh seorang wanita cekal seperti yb TW.
3. anda seharusnya faham bbrp limitation bdg tugas seorg Ahli Parlimen lbh2 lagi AP pembangkang.
3.1 elaun tak cukup (sbb AP pakatan tak ambik rasuah)
3.2 kemudahan disekat (boleh ke pakai dewan serbaguna dgn mudah?)
3.3 sumber kewanagn yg terhad (anda ada derma ke?)
3.4 kekurangn sumber tenaga manusia (anda snggup jadi sukarelawan?)
4. kalau tak boleh jwp sikit persoalan ini, lupakanlah permintaan2 andat td drp yb TW.
TERUSKAN PERJUANAGN YB!
"benih yang ditanam harini tak akan tumbuh esok"
Assalammualaikum...
Salam hormat...
Bagus dengan comment "rumah sewa" tu...
sebab tu saya cakap,
kalau kita tak boleh nak tolong diri sendiri, tak payah la sibuk nak tolong orang lain atau rakyat...
Rakyat memilih seseorang kerana rakyat memerlukan perubahan yang lebih berbanding dengan apa yang dilakukan oleh Ahli Parlimen sebelum ini...
Tetapi,
Bila tiada elaun...
Bila tiada kemudahan...
Bila tiada sumber kewangan...
Bila tiada sumber tenaga...
Kenapa sibuk nak bantu orang???
Kenapa sibuk nak jadi Ahli PArlimen yang kononnya perjuangan untuk rakyat???
Kenapa???
Ini yang dikatakan perjuangan yang tidak betul...
Ini yang dikatakan perjuangan bukan kerana rakyat...
Kerana kalau kita nak perjuangdan bantu rakyat, kita cukup segalanya untuk kemahuan rakyat...
Kalau elaun tiada, kewangan tiada, tenaga tiada untuk bantu rakyat,
ini bukan perjuangan dan ingin bantu rakyat...
Kerana apa pun tiada...
Kalau kita tidak mampu tetapi masih ingin bantu rakyat,
ini maknanya menipu rakyat kerana rakyat rasakan seseorang yang bertanding itu mampu untuk membantu rakyat atas pemerhatian yang beliau sanggup untuk bertanding...
Tetapi bila kita tiada semuanya, bukankah itu menipu namanya...
Tolonglah kita jangan terus menipu rakyat dan kalau kita tidak mampu untuk membantu, kenapa kita sibuk nak jadi wakil rakyat???
Adakah Dr Lo' Lo' penipu???
Saya tidak rasa kerana sebagai ummat ISLAM yang menjadikan ISLAM sebagai perjuangannya, sudah pasti tidak akan menipu rakyat...
Jadi buktikanlah yang anda bukan menipu rakyat......
terima kasih... Salam...
SELAMAT BERJUANG...
Terimakasih atas ingatan anda,
Dengan serba kekurangan kerana dinafikan SEGALA peruntukan sebagai Ahli Parlimen saya mengambil tg jwb ini kerana ini adalah KEWAJIPAN dan merupakan FARDHU KIFAYAH yg dituntut oleh Islam.
Hadis Nabi yg bermaksud:
Barang siapa diantara kamu melihat kemungkaran hendaklah diubah dgn tangan, jika tidak mampu, ubah dgn lidah, jika tdk mampu benci dlm hati; yg demikian itu selemah2 iman.
JADI INILAH PANDUAN SAYA UNTUK TERUS MEMIKUL TG JWB SAYA SBG AHLI PARLIMEN DAN SEMUA PERUNTUKAN YG DINAFIKAN DAN PELBAGAI TENTANGAN YG SAYA HADAPI ADALAH MERUPAKAN MEHNAH DAN TRIBULASI PERJUANGAN.
Dr Lo'lo'
salam,
saya menyokong sepenuhnya pergerakan yang memperjuangkan islam. Separuh dari diri saya menyokong PAS dan separuh lagi seakan-akan susah untuk menerima PAS. Ini kerana saya berpendapat bahawa golongan PAS merasakan mereka adalah yang terbaik dan pihak yang bertentangan dengan mereka adalah sebaliknya. Saya ambil contoh, PR mendakwa media perdana terlalu 'bias' dalam melaporkan hal-hal yang berkaitan politik khasnya dan amnya pentadbiran di malaysia akan tetapi apa yang saya dapati harakah juga dua kali lima, berita yang dilaporkan oleh pihak PR juga terlalu 'bias' kepada pihak PR. Tiada satu pun berita yang melaporkan berita yang elok di dengar berkenaan kerajaan BN di dalam harakah. Sebagai contoh isu pembatalan kenaikan tol, saya rasa elok kiranya harakah menyiarkan untuk menyokong isu tersebut, tak perlu di buat pelbagai andaian buruk mengenainya. Mugkin betul pihak terbabit mempunyai niat tertentu, tapi itu terserah pada Allah untuk menentukannya, kita sebagai hambaNya disarankan untuk bersangka baik. saya kira ulama dan para ilmuan islam di dalam PAS lebih tahu mengenai hukum hakam mengenai islam. Satu perkara lagi yang saya terkilan mengenai PAS ialah cara pemimpin dan penyokong mereka bercakap mengenai pihak lawan. Mereka menggambarkan pihak lawan ini begitu jijik sekali walaupun dalam beberapa perkara tidak dapat dibuktikan kesahihannya. Pada pendapat saya seorang yang lebih mendalami ilmu agama perlu lebih bijak untuk bercakap kerana mereka membawa imej islam. Saya tidak hairan jika ucapan tidak sedap di dengar datang dari orang-orang yang jahil tapi jika ia dari mulut pemimpin PAS saya akan merasa amat terkilan. Saya tertarik untuk mengungkap kata-kata Dr.asri, 'apa saja yang kita buat kita perlu fikir adakah Allah dan Rasul setuju dengan kita'. Saya tertanya-tanya adakah gaya percakapan pemimpin PAS ini dipersetujui oleh Allah dan Rasul.
salam
saudara the revolution dildm blognya meletakkan perjuangan Islam diatas perjuangan bangsa dan negara ...
tetapi comment sdr pada 2.48am KURANG memperlihatkan itu.
eg:
1. "kalau kita tak boleh nak tolong diri sendiri, tak payah la sibuk nak tolong orang lain atau rakyat..." (adakah ini ajaran Islam?)
2. "Kenapa sibuk nak bantu orang???
Kenapa sibuk nak jadi Ahli PArlimen yang kononnya perjuangan untuk rakyat???" (sejak bila Islam meletakkan syarat utk bantu org/rakyat kena ada duit banayk, kemudahan cukup, dan abundant human resource?)
3. "Kerana kalau kita nak perjuangdan bantu rakyat, kita cukup segalanya untuk kemahuan rakyat..." (Ulama mana yang cakap begini? Mufti pun tak pernah rasanya)
4. "Kalau kita tidak mampu tetapi masih ingin bantu rakyat,
ini maknanya menipu rakyat kerana rakyat rasakan seseorang yang bertanding itu mampu untuk membantu rakyat atas pemerhatian yang beliau sanggup untuk bertanding..." (yang ni YB dr. lo' lo' dah jawab, beliau jwb beliau bertanding utk memenuhi fardu kifayah. the revolution tahu fardu kifayah?)
5. "Tolonglah kita jangan terus menipu rakyat dan kalau kita tidak mampu untuk membantu, kenapa kita sibuk nak jadi wakil rakyat???" (rujuk Al-Maidah ayat2-apa maksud MEMBANTU DALAM ISLAM)
sy hrp the revolution akan dpt terima kerana orang yang menulis begini
-perjuangan agamaku, ISLAM- didalam blognya akan menerima dgn hati terbuka.
p/s:merevolusikandiri-saya amat2 setuju
:)
Salam...
salam hormat...
Salam perpaduan...
Saya ucapkan terima kasih kepada penjelasan yang cuba disampaikan kepada saya oleh Dr. Lo' Lo' dan rakannya (rumah sewa im2)...
Saya faham anda rasa tercabar dengan comment saya di sini...
Saya bukan ingin menentang Dr lo' lo' atau 'RS IM2'...
Tetapi saya sebagai penduduk di Parlimen Titiwangsa rasa bertanggungjawab untuk menyampaikan kemahuan dan kehendak serta suara rakyat di Parlimen Titiwangsa...
Bagi menjawab segala masalah dan kekeliruan 'RS IM2',
saya tidak mahu menekan sangat dalam comment saya...
tetapi saya minta maaf sekiranya ada pihak yang makan hati dan kecil hati...
Saya hanya menjalankan tanggungjawab saya dan ini juga salah satu perkara fardhu kifayah...
Dalam ISLAM, kita diajar untuk sama ratakan segalanya...
Adakah ISLAM hanya mengajar kita untuk penuhkan dengan rohani sahaja???
Apa yang ISLAM ajar ialah sama ratakan dari semua aspek termasuklah rohani, ekonomi, sosial, dan banyak lagi...
Sekiranya kita ingin menjadi Ahli Parlimen, kita perlu tahu apa yang diinginkan oleh rakyat...
Adakah rakyat mahu sesuatu dari segi rohani sahaja??
Adakah rakyat mahu sesuatu dari segi ekonomi sahaja???
atau rakyat mahu dari semua aspek???
Dari segi rohani, saya yakin bahawa Dr Lo' Lo' mampu memberikannya kepada rakyat...
Tetapi kita lihat pula dari segi ekonomi...
Apa yang diperlukan bagi membantu ekonomi rakyat???
kewangan, tenaga, dan banyak lagi kita perlukan...
sekali lagi kita perlu ingat bahawa ISLAM mengajar kita untuk sama ratakan dari semua aspek termasuklah ekonomi...
Ini jugalah yang rakyat mahukan..
Isu fardhu kifayah,
fardhu kifayah ialah perkara yang perlu dilakukan dalam satu masyarakat tetapi bukan semua orang perlu lakukan hanya sekurang-kurangnya seorang...
Tetapi orang yang melakukannya itu perlulah berkemampuan dalam menjalankan tugas itu...
Sebab itulah saya cakap sekiranya kita tidak mampu, tidak payahlah kita sibuk untuk menjalankan kerja itu dan lebih baik kita serahkan sahaja kepada orang yang lebih mampu...
Bukan saya ingin menidakkan usaha Dr Lo' Lo', tetapi kita perlu balance dalam apa yang kita lakukan dan kita perlu tahu konsep sebenar fardhu kifayah itu dalam konteks ISLAM...
Saya minta maaf kerana bagi comment yang panjang ini tetapi ini tanggungjawab saya untuk menyampaikan dan memperjelaskan lagi ISLAM itu kepada orang ramai terutamanya remaja sekarang ini...
Saya juga rasa bertanggungjawab untuk membantu Dr. Lo' Lo' dalam mentadbir Parlimen Titiwangsa ini walaupun kita tidak bersemuka tetapi blog adalah salah satu caranya...
Saya yakin bahawa Dr Lo' Lo' mewujudkan blog ini untuk memenuhi kehendak ini...
Saya juga rasa bertanggungjawab untuk menyampaikan suara rakyat Parlimen Titiwangsa agar cara ini dapat digunakan dengan sebaiknya oleh Dr Lo' Lo'.
Salam perpaduan...
Terima kasih... salam...
SELAMAT BERJUANG
Salam.
Saudara the revolution yang dimuliakan,
terima kasih sanggup balas comment saya.
Pertama terima kasih atas pengiktirafan 'rakan' Dr Lo' Lo'. Beliau tak kenal pun saya. :)
Berkenaan dengan penjelasan lanjut, saya tak boleh jawab bagi pihak yb. Biarlah beliau sahaja yang balas. Beliau lebih faham keadaan sebenar. Tak guna saya jawab sekiranya hakikatnya mungkin berbeza.
Sebenarnya tak timbul isu makan hati dan kecil hati personally,sebab kritikan sebegini perlu untuk dapatkan feedback rakyat supaya kita tak sentiasa selesa.
Saya setuju comment the revo dalam perenggan ke8 yg menyatakan the revo ingin membantu Dr Lo' Lo' dalam mentadbir parlimen TW.
Cuma, saya agak terganggu dengan ayat ini, "Dalam ISLAM, kita diajar untuk sama ratakan segalanya..."
Saya boleh faham maksud saudara, tapi saya rasa ada sesuatu yang tak kena dengan ayat itu.
Mungkin lebih baik saudara mengatakan SEIMBANG(BALANCE/WASATIYYAH) atau LENGKAP (WHOLISTIC/SYUMULIYYAH). Tapi itu masalah bahasa.Kadang-kadang ia mengelirukan.
Balik pada tangungjawab,sebenarnya itulah masalah yang kita semua sedar dalam memenuhi tangungjawab sebagai YB. Bukan PR sahaja bahkan juga BN menghadapi beberapa kekurangan itu dan ini.
Tetapi saya yakin YB TW lebih baik daripada YB sebelum ini. Kenapa saya cakap begini? YB Dr. Lo' Lo' baru ambil alih tak sampai setahun pun (lagi 4 hari genap setahun) tapi program yang dijalankan BOLEH DIKATAKAN LEBIH BAIK daripada YB yang sebelum.
Ya benar, penilaian kita berbeza tapi saya merasakan beliau sudah melakukan yang terbaik (buat masa ini) kepada rakyat. Saya tak sangka beliau boleh hadir ke kenduri saudara saya walaupun beliau ada 3 program pada hari sama.
By the way, saya harap the revolution terus beri komen membina pada Yb. Barangkali kadang2 perhalusi dahulu. Islam mengajar kita adab/etika sebelum memberi pendapat. Saya rasa kita tak perlu jadi seperti sebuah parti 'tertentu' yg tak benarkan hatta BEKAS PRESIDEN nya utk bersuara dalam parti. ISLAM benarkan khilaf cuma jangan sampai kita berpecah. Tentu the revo setuju dengan saya.
Dengan itu saya MENCABAR DIRI SAYA dan saudara the revolution utk MEMBANTU Dr. Lo' Lo' dalam APA SAJA CARA (yang halal saja) bagi membantu penduduk Titiwangsa atas kesedaran memenuhi tuntutan fardhu kifayah!
Anda berani?
Salam Perjuangan
" Allahumma la sahla illa ma ja`altahu sahla,
Wa anta taj`alul hazna iza shi`ta sahla"
Ya Allah ! Tiada yang mudah melainkan apa yang Engkau jadikannya mudah.
Engkau yang menjadikan kesedihan itu (lenyap) apabila Engkau hendak jadikannya mudah."
((Riwayat Ibnu Hibban))
Salam kepada semua...
Anda berani???
Itu memang satu soalan yang cukup berani...
Saya bukan tidak setuju atau ingin menidakkan pendapat 'RS IM2'...
Saya tahu ada kebenarannya tetapi kita kena ingat bahawa semua teguran bukanlah sesuatu yang menentang kita...
Tentang persoalan yang ditujukan,
selagi ISLAM dan MELAYU menjadi perjuangan saya, selagi itu saya berani untuk memperjuangkan tidak kira siapa orang yang sama perjuangannya, maka akan saya turut bersama memperjuangkannya...
Inilah perjuangan saya dan saya ini sebenarnya merupakan Mahasiswa UITM..
jadi sebab itulah saya jadikan blog dan media seperti ini untuk membantu bagi memperjuangkan perjuangan saya...
Saya harap pihak lain juga dapat menggunakan media seperti ini tidak kiralah dari pihak mana sekali pun...
Jangan jadikan ini satu media yang memberi kepentingan diri semata-mata...
Terima kasih... Salam...
Salam hormat...
salam perpaduan...
SELAMAT BERJUANG...
SALAM.
Tahniah the revolution!
Malaysia mengharapkan orang2 seperti saudaralah yang akan terus berjuang atas LANDASAN YANG BENAR tidak kiralah dari Universiti mana ia menuntut ilmu. Tiada yang benar melainkan yang benar-benar belaka sekiranya ISLAM dan MELAYU menjadi asas perjuangannya.
Jangan pula nanti terpesong dalam perjuangan dek kerana hanyut dalam UJIAN harta, pangkat, wanita, dan wang ringgit!
"selagi ISLAM dan MELAYU menjadi perjuangan saya, selagi itu saya berani untuk memperjuangkan tidak kira siapa orang yang sama perjuangannya, maka akan saya turut bersama memperjuangkannya..."
TERUSKAN BERJUANG.
"Sesungguhnya kesudahan bagi orang yang berjuang itu hnyalah dua: Menang dengan pahala dan harta rampasan atau mati syahid dengan dibangkitkan di hari kiamat dengan darah merah seharum kasturi" (Mafhum Hadis Muslim)
Post a Comment