Friday, 27 March 2009

Gambar sekitar Program PRK Bukit Gantang

Program Sambutan Hari Wanita dengan tema WANITA SATU HATI , KITA BERSAUDARA.

Tarian Singa ada, permainan Kompang dan Tabla serta tarian India.

Beri hadiah kpd pemenang aturcara sukaneka rakyat dan juga bantuan kepada pengundi terpilih serta cabutan nombor bertuah kepada pengundi-pengundi yang bernasib baik.

Bergambar kenangan dengan pimpinan DMPP lama dan baru, pimpinan PAS Perak dan Prof Aziz Bari yang kebetulan juga turut hadir.

YB Zailah (bertudung hitam) dalam satu program dengan pengundi di BG.

Suasana disatu ceramah kelompok...

Saya , Kak Lah mantan Ketua DMPP dan YB Dr Mariah bersantai menikmati jamuan

Dato Mustafa Ali selaku Pegarah JPP dan juga perasmi program kemuncak Hari Wanita Sedunia di Bukit Gantang.

Dimana2 pun kami diberi sambutan hangat oleh pengundi berbilang kaum.

Dr Lo'lo'

7 comments:

The Revolution said...

Salam...
Salam hormat...
Salam perpaduan...

Sudah2 la tipu rakyat...
Konon je perjuang ISLAM dekat Perak...

Tgk sket kat sini...
http://merevolusikandiri.blogspot.com/2009/04/bukit-gantang-pas-tolak-negara-islam.html

Cukup2 la tipu rakyat...

Terima Kasih...
Salam...
SELAMAT BERJUANG...

aku said...

the revo datang lagi....

nak ckp pasal Islam kunun, parti penuh rasuah!

The Revolution said...

Salam...
Salam hormat...
Salam perpaduan...

Kepada 'aku',
Inilah dia orang pembangkang...
Adab tiada...
Hormat pun tiada...
Salam pun tiada...
Tetapi, tidak ape kerana dalam blog ini semua orang pembangkang...

Saya tetap dengan cara saya walaupun anda semua di sini tidak beradap...

Inilah dia sikap pembangkang...
Bila kelemahan diri dikenalpasti lawan, lepas itu pusing balik dan tukar topik...
Tidak berani dan tidak tahu nak jelaskan isu tentang kelemahan sendiri...

Bukti dah depan mata...
Tak kan tak nak terima lagi...
Ini juga salah satu sikap orang pembangkang...
Tidak boleh menerima kelemahan sendiri walaupun sudah tahu diri itu tidak mampu dan lemah...

Janganlah kita tipu rakyat jika kita tidak mampu...
Jangan kita merselindung sebalik ISLAM kalau kita lemah...
Jangan kita berdekah-dekah berceramah tetapi apa pun tak buat...
Jangan kita melalak sana sini kalau kita hanya tahu cakap, tetapi tangan kudung kedua-duanya...

Beradablah kita kalau kita mahu orang beradab terhadap kita...

Terima Kasih...
Salam...
SELAMAT BERJUANG...

aku said...

Assalamualaikum,

beradab sangatlah rampas hak orang lain,
beradab sangatlah pesalah rasuah masih jadi pemimpin.

tak cukup dengan bagi salam utk jadikan kita orag beradab...

apalah maknanya cakap pasal adab jika tuduh orang lain menipu rakyat..

sapa yang tipu siapa?

ahli akar umbi umno yg ditipu pemimpinnya..
berjuang atas nama wang, habis wang, melayu ditendang, Islam lagilah dibuang.

bercakap seolah2 umno sahaja yg mampu mentadbir negara dgn baik, tak ada kelemahan, semua muluk2 belaka..

padahal...jenayah meningkat, sosial anak muda (Melayu khususnya) makin teruk, rasuah berleluasa, hilang nilai dan jati diri, Islam dicabar, maruah Melayu dihina....

eh, ni semua sebab masalah global ke? (seperti alasan yg selalu pemimpin2 umno gunakan)

ni semua masalah tempatan (lokal) yg mana umno sebagai parti teras BN kurg berjaya memerintah dgn berkesan. nak kata masa tak cukup, mustahil sebab dah hampir 52 tahun BN perintah!

kalau pakatan ada masalah mentadbir di 4 negeri logiklah jugak sebab baru je lepas setahun (kecuali kelantan).

pastu tuduh Nizar tak nak tubuh negara Islam, eh ingatkan mudah ke nak buat perubahan...kenalah ikut step2 dulu.

mula2, kasi kefahaman tentang konsep Islam. ini mungkin ambil masa lebih kurang 2tahun(ikut tempat kalau konteks negeri Perak) pastu, tanam kepercayaan tentang sistem islam. bila semua dah percaya dan yakin baru boleh implement konsep islam spt dlm ajaran siasah syariyyah.

kalau Nabi boleh laksanakan dalam tempoh 23 tahun dlm keadaan takde elektrik, media massa, Tv, internet dan sebagainya, kita yang ada bnyak kemajuan saintifik ni mesti boleh buat lagi cepat daripada tempoh itu.

masalahnya umno je yang tak nak!

The Revolution said...

Salam...

kepada 'aku',
Bukti dah depan mata pun masih nak berdalih lagi...
hahahaha............

Inilah contoh orang pembangkang yang ada dalam Malaysia ini...
Tidak terima kenyataan...
Tidak boleh dikritik...
Tidak belajar pada kelemahan sendiri...
Tidak terima kelemahan sendiri....

Sekurang-kurangnya BN masih boleh terima dengan kelemahan yang mereka miliki...
Walaupun sudah lama mentadbir negara pasti ada kelemahannya...
Kita bukanlah sempurna 100%...
Tetapi kita kena terima kelemahan kita dan kita kena terima kenyataan...

Jangan kita belagak sombong...
Bukti dah depan mata....
Siapa yang mencabar ISLAM???
Siapa yang menghina MELAYU???
Siapa yang mempermainkan nama ALLAH???
Siapa yang merperlekehkan AZAN???
Siapa yang ingin menghapuskan ketuanan MELAYU???
Siapa yang derhaka kepada SULTAN??
Siapa yang baling batu dekat kereta RAJA???
Siapa yang mempersoalkan isu cium keris???
Siapa yang nak hapuskan DEB???
Siapa yang nak samaratakan ISLAM dan agama lain???
Siapa yang cadang nak buka kuota UITM untuk bukan bumiputra???
Siapa yang mempersoalkan perlembagaan Malaysia artikel 153???

Jawablah....
Jawapannya pembangkanglah...
siapa lagi???
PR...........

Jangan kita tahu bangkang dan kritik sahaja tetapi kelemahan sendiri tidak terima dan tidak diperbaiki...
Baru 11 bulan mentadbir 5 buah negeri, macam-macam yang telah jadi...
Masalahnya, bila isu ISLAM dipermainkan, PAS tak bangkit pun...
kalau bangkit pun, itu pun sekejap lepas tu mengalah juga dengan DAP...
Bukan kita hendak memalukan PAS tetapi ini kenyataannya dan inilah realitinya.....

terima kasih...
salam...
SELAMAT BERJUANG....

aku said...

kahkahkah

padan muka 2 bukit kalah!!!
mahathir dah expired dah..duduk rumah jaga cucu,tambah ibadat sikit

hidup PAS!

Anak Pendang Sekeluarga said...

Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.” (Yusuf 12:108)”

Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya….dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq