Thursday, 16 April 2009

SEKITAR KEMPEN PRK P059 PARLIMEN BUKIT GANTANG
Di laman rumah Tuan Hj Mansor, Muslimat Tambun dan Johor bergotong-royong memasak untuk program Demo masak Sup Spageti, Pemeriksaan Kesihatan, Rawatan Islam/Homeopati dan Ceramah Penerangan. Ust. Mat Ali bertugas dengan penuh dedikasi dari jam 2 hingga hampir jam 6 ptg. Pengundi-pengundi Bukit Gantang di Taman Mawar dan dari lain-lain lokaliti yang turu hadir juga berasib baik kerana dapat hadiah-hadiah dari cabutan nombor bertuah. Hadiah-hadiahnya terdiri dari beg & kipas hingga yang utama adalah penyelesa / comforter.

Pengundi-pengundi yang datang beramai-ramai dalam satu program penerangan yang kami sediakan.

Sarapan pagi bersama pengundi di Cheh salah satu UPU dalam Changkat Jering.

Seorang pengundi yang dirawat sedang menunjukkankakinya yang sakit dan perlu rawatan.

Disambut oleh petugas muslimat dalam satu program ceramah kelompok.

Pentas Wanita: YB Fuziah Salleh Ahli Parlimen Kuantan, Saya sendiri, YB Zuraida AP Ampang, YB Chong Eng AP Bukit Mertajam.

Lihatlah sendiri pendengar-pendengar ceramah PR yang terdiri dari pelbagai kaum. PR telah berjaya menyatu padukan rakyat Malaysia dalam satu wawasan perpaduan yang lebih terbuka dan lebih inklusiv.

Saya rasa kasihan dengan penyokong-penyokong UMNO/BN di luar sana mahupun dalam ini yang tidak menyedari bahawa merekalah yang telah lebih 50 tahun ditipu oleh pemimpin-pemimpin mereka. Mereka ditipu dengan kempen Nizar menderhaka tetapi yang mereka tidak sedar bahawa DS Nizar adalah mangsa penganiayaan daripada konspirasi tertinggi negara. Pimpinan negara yang tidak takut langsung dengan balasan Allah, mencolek Exco, ADUN dan Timbalan Speaker sehingga langsung tidak dapat dihubungi hatta oleh keluarga sendiri. Akhirnya muncul di Putra Jaya maka seterusya jadilah rampasan kuasa di Perak.

DS Nizar selaku MB Perak yang membawa mandat parti PAS/PR dan juga amanah rakyat terpaksa sembah derhaka atau bahasa biasanya tidak bersetuju dengan Tuanku Sultan Perak yang menitahkan beliau meletak jawatan. Inilah penderhakaan pimpinan tertinggi negara kepada rakyat Perak. Malangnya DS Nizar yang diletak dikandang salah.

Mereka juga timbulkan isu tanah, Nizar bagi tanah pada Cina. Ya selaku MB Perak DS Nizar beri GERAN KEKAL TANAH TAPAK RUMAH kepada rakyat Perak yang terdiri dari 49,000 geran di Kg. Baru yang majoritinya Cina dan 102,000 geran di Kg Melayu Tersusun yang terdiri dari orang-orang Melayu. DS Nizar bukan ambil tanah kampung orang Melayu dan bagi pada Cina tetapi meluluskan prmohonan geran kekal kepada rakyat Perak berbilang kaum yang telah mereka pohon sejak berpuluh tahun yang lalu.

Kalau UMNO tuduh PR boneka Cina DAP dan khianat tanah orang Melayu, kenapa tanah seluas 45 ekar yg dipohon Tuan Guru Hj Abd Latif (Pondok Pak Teh Kroh Grik Perak) sejak 1996 telah diluluskan oleh MB Nizar dalam mesyuarat Exco PR. Kalau Kerajaan PR pimpinan DS Nizar boneka Cina DAP, sudah tentulah permohonan ini masih tidak diluluskan. Sedang UMNO/BN yang memerintah lebih 50 tahun di Perak tidak pun meluluskan permohonan Tuan Guru ini sedangkan dia menjalankan pengajian pondok. Apa orang UMNO/BN ingat Pak Teh ni Cina Taiwan atau Cina Komunis ke?

Tak sedar lagi, Orang Melayu memang tidak sedar selama ini mereka ditipu UMNO/BN. Saya senaraikan disini sebahagian kecil 'pengurniaan' tanah oleh UMNO/BN kepada TAUKE-TAUKE CINA:

-22,000 ekar tanah kerajaan digadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir Manjung.

- 5000 ekar di Bruas dan 1500 ekar di Bandar Baru kepada Cina MCA untuk kampus UTAR. Bandingkan dengan isu Pak Teh yang pohon hanya 45 ekar tanah untak buat Pondok Pengajian tidak diluluskan lebih 12 tahun sehinggalah PR memerintah.

- 200 ekar tanah untuk tapak Kilang Simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana digadai oleh pemimpin UMNO) . INI TANAH RIZAB MELAYU DI PADANG RENGAS, KUALA KANGSAR TEPI HIGHWAY. Lain kali lalu disitu buka mata luas-luas dan istighfar banyak-banyak, tengok dengan mata kepala sendiri PENDERHAKAAN UMNO terhadap orang Melayu. Yang dikenyangkan adalah TAUKE CINA, bukan bagi tanah kepada rakyat tak bertanah tapi bagi kepada TAUKE CINA ya CINA KALAU KITA NI SERONOK SANGAT BERCAKAP DENGAN NADA PERKAUMAN.

- Bagaiman pula dengan Parlimen Dr Zamri, SATU PULAU PANGKOR tergadai kepada Konglomerat CINA iaitu Vincent Tan .

- SATU GUNUNG KEPADA TAUKE JUDI Lim Goh Tong di Genting Highland.

- SATU BUKIT TINGGI juga kepada Tauke Judi CINA

- Di Pulau Pinang siapa yang memerintah sehingga orang Melayu terpinggir dan tersingkir dari Pulau, naik tanah darat pun hanya mampu duduk di rumah-rumah Flat. KM Pulau Pinang tu masa BN memerintah Melayu Jawa atau mungkin Rawa atau Melayu Boyan ke? Sekarang baru UMNO PP sibuk tentang nasib orang Melayu...dan kata PP diperintah oleh Cina. Paling tidak pun KM kerajaan PR dari DAP telah secara terang menyatakan akan ikut cara pemerintahan Khalifah Omar Ab Aziz, malah anjurkan seminar lagi untuk memastikan jentera kerajaan memahaminya.

Semasa Hari Mengundi di BG bila wanita-wanita UMNO dan puteri-puterinya terjerit-jeritkan derhaka, saya sebut RASUAH TU DERHAKA KEPADA ALLAH sebab ajaran Islam menyatakan PEMBERI DAN PENERIMA RASUAH SAMA-SAMA KE NERAKA tapi pimpinan UMNO ambil & beri juga rasuah, bermakna DERHAKA KEPADA ALLAH DAN RASULNYA. Ada sesetengah wanita UMNO yang kata kami tak rasuah, lantak le deme yang atas-atas tu rasuah bukan kami. Saya kata sebab makcik SOKONG DI BAWAH NI LAH MEREKA NAIK ATAS DAN MAKAN RASUAH.

PAS benar-benar berkawan dan bekerja dengan DAP baru setahun ni, namun begitu hasil tarbiyah, tazkirah dan penerangan yang ikhlas dan terbuka pimpinan DAP yang dikatakan 'chauvinist Cina', 'anti-Islam' dan lain-lain label negatif kini menunjukkan minat untuk mempelajari dan memahami Islam terutama Al Quran yang jadi panduan orang Islam. Kita tidak pernah memaksa mereka menganuti Islam tetapi kita kongsikan Islam dengan mereka sehingga roboh dinding prejudis yang memisahkan kita dengan mereka sekian lama ini. UMNO berkawan dengan MCA, dengan MIC dan lain-lain selama berpuluh-berpuluh tahun, tidak pernah kita dengar pimpinan bukan Melayu dalam BN tunjukkan minat kepada Al Quran. Malah yang berlaku rasa prejudis makin menebal malah UMNO mengelirukan lagi mereka dengan Islam Hadhari.

Pada kami Pimpinan PAS kami bersyukur kerana dipilih oleh Allah untuk berdakwah secara langsung kepada Mad'u (orang yang didakwah) dengan permuafakatan dalam PR. Kalau sebelum ini kami berdakwah dalam markaz, dalam masjid, dalam surau dan ceramah-ceramah yang hanya dihadiri oleh orang-orang PAS sahaja, kini kami boleh berdakwah dalam bilik mesyuarat exco, dalam bilik mesyuarat PBT-BPT juga dalam program-program dalaman PR secara langsung. Alhamdulillah ilmu Uslub Dakwah masyarakat majmuk yang kami pelajari sebelum ini dapat kami praktikkan dan tidak hanya tinggal dalam fail dan kertas-kertas seminar/bengkel sahaja.

Jika masih tidak sedar lagi kepada penyokong-penyokong UMNO Ma'a Salamah, biarlah kamu dengan labu-labu kejahilan dan keangkuhan kamu. Sokonglah pemimpin kamu yang RASUAH SAMPAI BAWA REBAH..

Kepada penyokong-penyokong UMNO yang membaca blog saya dan memberi komen seolah-seolah kami PAS tertipu, saya minta buat satu perkara yang mudah sahaja. Cari gambar Najib dan Rosmah, juga gambar Pak Lah dengan Jeanne serta Tun Mahathir dengan Hasmah, bandingkan dengan Gambar TG Nik A. Aziz dan TG Abd. Hadi Awang dengan isteri masing-masing. Agak-agaknya tanpa perlu fikir panjang, sape yang sedara lebih yakin untuk membela dan menegakkan Melayu Islam di Malaysia ini. Najib atau TG Abd. Hadi, Mahathir atau TG Nik A. Aziz?!!....

TEPUK DADA TANYA IMAN jangan tanya selera dan nafsu yang tidak pernah kenyang !

Dr Lo'lo'

2 comments:

The Revolution said...

Salam...
Salam Hormat ...
Salam Perpaduan...

Nampaknya ter'update' juga blog ini...
Tetapi ,masih lagi dengan kisah orang lain...
Tetapi ,masih lagi dengan Parlimen orang lain....
Tetapi, masih lagi untuk orang lain....
Tahniah saya ucapkan....

Ini ke dia tafsiran fardhu kifayah YB???
Baru saya tahu...
Fardhu Kifayah di tempat sendiri pun tak terlaksana lagi....
Oo.... Ini rupanya fardhu kifayah tafsiran YB....
Teruskanlah perjuangan yang sebegini rupa......
Saya akan terus menyokong YB....
Dan selamat berjaya dan tahniah buat YB DR Lo' Lo'.....

Kenapa tak update blog pasal Titiwangsa???
Tak ada sumbangan ke???
Mustahil ni....
Tak update pasal Perasmian/pecah tanah Puncak Baru Pasar Minggu Kg Baru ke????
Tu kan usaha YB...
hahahahahahhahahahha....

Teruskanlah perjuangan.....

Terima Kasih...
Salam...
SELAMAT BERJUANG....

Unknown said...

"Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia." (Al-Anfaal 8:74)

Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya....dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq