Wednesday, 22 April 2009

KEPERITAN HIDUP RAKYAT - SIAPA YG PEDULI ? Melawat Keluarga yang Tinggal Kawasan Buangan Sampah

Keluarga daif ini hidup dalam 'istana air-mata', penuh penderitaan dan keperitan. Apakan daya setelah 52 tahun merdeka rakyat masih merempat di negara sendiri. Wanita beranak 2 ini terpaksa mengharungi kehidupan yang sangat terpinggir apabila keluar dari rumah keluarganya dari sebuah Felda di Negeri Sembilan. Menurut ceritanya dia dinafikan dari mendapat pembahagian harta-pusaka orang tuanya oleh adik-beradiknya sendiri. Itu cerita dia, betul atau tidak Allah yang tahu.

Namun begitu keluarga ini pernah dihantar balik ke Felda berkenaan apabila wakil zon Pandan saya En Abu Hassan menguruskan hal tersebut semasa menangani masalah mereka tinggal dirumah sampah tersebut tahunlepas. Menurutnya Pengurus Felda berjanji unuk mendapatkan rumah lain untuk mereka tetapi bila sampai disana dia terus dihantar balik kerumah keluarga yang memang telah 'membuang' mereka. Saya mengagak mereka ini tidak diterima keluarga kerana sisuami adalah penagih dadah. Malah terbaru saya dapat maklumat suaminya ini mengidap AIDS. Oleh kerana itulah mereka ambil keputusan untuk datang KL balik dan terus menetap di rumah sampah. Suami wanita ini menyambung sedikit ruang sebagai dapur seperti kelihatan dalam gambar.

Semasa kami sampai wanita ini baru balik dari lokap kerana suaminya ditahan apabila wanita ini sendiri terpaksa buat lapuran setelah tidak tahan dipukul suaminya sampai lebam2, malah anaknya yang sulung pun dipukul. Puncanya kerana suaminya bawa kawan kerumah tersebut dan kemudian minta duit untuk beli arak !! sudah jatuh ditimpa tangga. Saya bertanya kalau begitu buat apa tunggu lagi suami macam ini. Wanita memanglah spesis yang setia. Kata dia sebenarnya suami dia tu seorang yang penyayang dan kasihkan mereka tapi bila ada kawan dia akan jadi gitu. "Habis awak masih nak tunggu suami awak" Saya bertanya. "Ya lah, dia suami saya" . Inilah CINTA TANPA SYARAT @ UNCONDITIONAL LUV yang sejati. Nakbuat camne ....

Bekalan air keluarga ini. Peti ikan yang di ubah suai jadi tangki air siap dengan paip. Disinilah segala2nya dari mandi hingga air minum. Memang sangat 'unhygenic' tapi anak2 dia OK juga, mungkin imuniti badan mereka tinggi kerana sekian lama berada di persekitaran yang kotor.

'Tempat kerja' mereka sebelah rumah je. Kutip dan kumpul sampah yang boleh kitar semula untuk dijual bagi mendapat sedikit wang bagi belanja makan minum. Anak-anak dia bermain, dididik dan dibesarkan dalam keadaan sampah inilah....

Ruang tambahan rumah yang dibuat oleh suami penyayang sebagai bukti cintanya. Inilah wet&dry kitchen, dining&family hall mereka. Masak pakai dapur kayu untuk menjimatkan belanja. Sebagai tambahan pada hari tersebut wakil dari DBKL pejabat cawangan Titiwangsa ada turut serta. Saya juga telah menghubungi ANAK iaitu sebuah NGO yang keahliannya terdiri dari anak-anak atau generasi kedua ketiga FELDA. Pengerusinya En Mazlan Aliman berjanji untuk melihat kes keluarga ini dan cuba membantu mengikut saluran2 yang sewajarnya.

Sebelum balik saya sempat bertanya, awak solatke tidak ? Kata wanita ni ringkas Tidak !! ada telekungke? Takde !! Ingatke lagi cara2 nak solat? Dah tak ingat..... Apa nak buat Kekufuran boleh membawa kepada kekufuran. Kekayaan pula boleh menjadikan orang lupa kepada Allah Yang Maha Pencipta. Saya telah mengarahkan muslimat cawangan Pandan Baiduri untuk membantu wanita malang ini sambil mengajar dia solat tapi sebelum tu kena ajar berhadas kecil dan besar. Saya meninggalkan sedikit duit untuk belanja sementara suami dia keluar dari lokap. Lama sikit duduk dalam lokap pun bagus, supaya aman anak isterinya, tapi sebenarnya saya risau memikirkan seorang wanita beranak kecil tidor dirumah sampah yang tidak berpintu, tapi apa yang dapat saya buat kerana dia enggan pergi kemana2. InsyaAllah dengan pertolongan pelbagai pihak penderitaan wanita akan dapat dibela dalam masa terdekat....Kalu ada yang nak menderma sangat dialu2kan melalui program Sekampit Beras Sekilo Tepung. Atau yang terbaik bagi pancing supaya dia boleh memancing setiap hari dan bukan mengharapkan ikan yang disedeqah sahaja.

Dr Lo'lo'

5 comments:

The Revolution said...

Salam...
Salam Hormat...
Salam Perpaduan...
Salam Revolusi...

Derita rakyat PARLIMEN TITIWANGSA siapa pula yang peduli??????
Siapa ek????

Entah la....
Dah selalu sangat dengan orang lain kan sehingga lupa orang dekat dalam rumah sendiri...
Jangan sampai Kera dihutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan....

????????

Terima Kasih...
Salam...
Selamat Berjuang....

Unknown said...

Boleh bantu,mengapa IP saya mempunyai pautan dengan laman dari german?

Mr. Saiko said...

Asslamualaikum dan salam hormat...

Kepada saudara "The Revolution".. Derita yang macam mana yang saudara maksudkan ni. Saya juga warga titiwangsa. Di titiwangsa juga terdapat saluran untuk membuat aduan sekiranya saudara merasai PENDERITAAN saudara itu sudah tidak mampu nak DITANGGUNG. Mari tampil ke pejabat khidmat masyarakat parlimen yang terletak di KG BARU. Luahkan disana. Apa penderitaan yang dilihat sehingga memaksa saudara mengeluarkan kenyataan di blog ini. Nampak macam TERLALU BESAR DERITANYA sehingga saudara menyifatkan "Orang dalam rumah dilupakan".. Luahkan disini TAK DAPAT apa-apa saudara. Tampilkan diri di pejabat. InsyaAllah Ahli Parlimen Titiwangsa dan warga kerjanya akan membantu sedaya upaya..

Selagi kita berdiam, sampai bila pun orang takkan tau apa masalah yang kita tanggung..

- AMK Titiwangsa -

The Revolution said...

Salam...
Salam Hormat...
Salam Perpaduan...

Terima kasih kepada Mr Saiko merangkap AMK Titiwangsa...
Saya bukan apa???
Saya bangga dengan Dr Lo' Lo' tetapi saya tidak suka sikap pegawai di Pusat Khidmat PAS...
Sikap yang kurang ajar itu yang membuat kami rasa meluat....

Ini yang menjadi masalah bila ketuanya baik, tetapi pegawainya teruk dari segi sikapnya...
Saya dah perasanlama dah perkara ini...

Saya harap pihak Dr Lo' Lo' dapat mengambil tindakan dan perubahan yang selanjutnya....

Terima Kasih...
Salam...
SELAMAT BERJUANG....

Ehsan Surur said...

nama saya ehsan,salah sorang pekerja di pusat khidmat yb. dr.lo'lo'.saya x kisah kalau encik 'the revolution' mengatakan ade pegawai di sini yg kurang ajar tp saya nak mintak encik menamakan orang itu supaya senang kami berbincang berkenaan perkara ini.di pusat khidmat ini ade 4 org pegawai bertugas iaitu:
1)en.shahir - pegawai khas
2)en.ehsan - pegawai operasi
3)en.asri - pegawai seliaan
4)cik faezah - setiausaha

jd,supaya perkara ini dpt diselesaikan dgn telus saya harap encik dpt memberikan nama tersebut.

-ES-